Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, October 28, 2009

Underwear untuk Si Suami Curang

ATT79431
Kalau dulu kita digemparkan dengan cawat besi bagi kaum perempuan, tujuannya adalah untuk menangani masalah rogol dan pencabulan. Kini, ianya dihasilkan untuk lelaki. Jika tujuan teknologi ini dihasilkan bagi menangani masalah kaum lelaki di rogol dan dicabul, tentulah mustahil bukan?
ATT79432
Memang tujuannya tidak lain hanyalah membendung daripada lelaki buas mencurangi pasangannya, lebih-lebih lagi buat si suami. Mungkin ini jalan yang terbaik bagi memberi amaran kepada si suami yang berhidung belang. Atau mungkin juga boleh digunakan kepada pesalah seks.
ATT79433
Sebenarnya, isu cawat besi ni isu lapok. Dalam tahun-tahun 70-an pun ada seorang ADUN Johor, bernama Daeng Jalok Daeng Malibok, membuat cadangan supaya wanita Malaysia pakai cawat besi.
Maka hiruk-pikuklah polemik pasal cawat besi di dada akhbar dan kedai kopi pada ketika itu. Tapi, akhirnya isu itu pun mati, dan jadi basi.
ATT79434
Selepas itu ia kemudian dibangkitkan semula oleh tokoh agama iaitu Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, supaya dicadangkan pemakaian cawat besi ini pada tahun 2007. Namun ia senyap semula. Jadi bagaimana dengan keberkesanan dan keperluan cawat besi seperti ini?
Arkib Akhbar Utusan 16/2/2007 :

Perkenal semula cawat besi elak rogol
HULU TERENGGANU 15 Feb. – Pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa, kata tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Beliau membuat saranan itu memandangkan berlaku peningkatan kes rogol dan mangsanya pula bukan setakat wanita muda, tetapi juga kanak-kanak dan warga tua.
“Mungkin ia (pakai cawat besi) janggal dan kurang seronok didengar, namun inilah saranan terbaik kepada wanita bagi mengelak diri mereka dari dirogol,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah pada majlis Forum Maal Hijrah peringkat negeri di Markas Pengajian Islam (Marpa) di Kampung Pelandan di sini malam tadi.
Forum itu turut melibatkan penceramah terkenal, Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail dan dipengerusikan oleh Kamaruddin Omar serta dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Rosol Wahid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd. Zawawi Ismail dan ADUN Telemong, Rozi Mamat.
Terdedah
Abu Hassan berkata, kaum Hawa tanpa mengira usia kini terdedah kepada jenayah seksual itu berikutan semakin ramai lelaki khususnya remaja negara ini semakin gagal mengawal nafsu mereka.
Dalam beberapa kes yang dilaporkan, katanya, terdapat perlakuan seks di luar tabie seperti remaja lelaki sanggup merogol haiwan dan warga tua manakala datuk dan ayah pula bertindak seperti haruan makan anak.
Justeru katanya, saranan tersebut bukan bermaksud menghina kaum wanita, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada kaum Adam bahawa semakin sukar mencari lelaki sebagai seorang pelindung berkualiti pada masa kini.
“Saya juga tidak kata semua lelaki sama ada yang dewasa atau remaja tidak bagus. Yang baik tu, baiklah, cuma yang suka buat perangai ni nak kita tangani. Jangan harap kepada kerajaan saja.
“Jika perkara ini dibiarkan dan kita bersikap acuh tak acuh, macam mana kita mahu melahirkan umat lelaki berkualiti yang dapat menjadi pemimpin negara pelbagai kaum ini,” katanya.
Abu Hassan berkata, pemakaian cawat besi di kalangan wanita menjadi amalan popular pada zaman dahulu iaitu sekitar tahun 1920-an hingga 1950-an, malah sekitar awal 1960-an pun masih ada yang memakainya.
“Ketika itu pemakaian cawat besi dipakai wanita yang sudah berkahwin dan ia bagi mengelak mereka dari menjadi mangsa jenayah seksual terutama ketika ketiadaan suami di rumah kerana merantau mencari rezeki,” ujarnya.

Cawat besi juga pada Afiq telah mengalami beberapa perubahan dari segi bentuk dan gaya. Mungkin cawat besi yang ada dipasaran sekarang lebih selesa digunakan. Mungkin satu hari nanti Afiq atau korang boleh test pakai. Nak tahu rasa nya macam mana kan? Tak salah rasanya jika mencuba, tapi jangan sampai hilang kunci lah, puas nak buka nanti.
image ATT79432
                      Dulu                                           Sekarang

4 Komen Pembaca:

Ken Wooi said...

lol.. the suami will wear or not.. =P

kenwooi.com

taiko said...

Uhuk.. nak kencing camne tu?

Yann said...

hahaha..bagus jugak idea nih..kihkih..

mana ado jual nih..hahaha.boleh wat hantaran kawen x nanti..ahaks

cybernetic88 said...

uhuk. xselesa bro. hahaha. tp nk beli satu. sje smpan =P

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya