Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tingal 09, Welcome 2010!

http://www.goodfinancialcents.com/wp-content/uploads/2009/01/2010-roth-ira-conversion-rules-limits.jpg

Tingal tak berapa saat je lagi kita bersama-sama meningalkan tahun 2009 dan memasuki 2010. Maka dengan itu bertambahlah setakuk umur kita semua! Yang 23 menjadi 24, yang 59 menjadi 60 dan begitulah hakikat yang tak mampu kita sebagai manusia mengubahnya walaupun dengan kekayaan yang mengunung.

Tentu banyak perkara yang tak mampu kita lunaskan pada tahun ini kan? Begitulah juga dengan Afiq. Tetapi masih ada lagi tahun hadapan bukan? Bersama kita mencapai azam baru dalam tahun yang baru. Terlalu banyak cita-cita Afiq sebenarnya untuk tahun hadapan, tapi rasanya masih terlalu awal untuk dituliskan disini. Biar Afiq sudahkan impian tahun lepas yang belum kesampaian dulu sebelum memulakan cita-cita baru,

Jadi di kesempatan ini Afiq bersama-sama ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Tahun

Baru 2010!

Sunday, December 27, 2009

Menyunting Bunga Ditaman

Bila dinilai kan cinta ini memang tiada tolak bandingnya, tetapi apalah guna ianya dibiarkan terapung di atas janji manis mulut? Biarlah ia tersemat bersama adat, sebagai orang berbangsa yang mulia.

Pada mulanya Afiq pun tak terbayang ada kekuatan untuk semua ini, tetapi dengan izin Allah, tentunya segalanya berjalan lancar. Memang dulu Afiq pernah berjanji, jika cinta itu ada, akan Afiq kotakan. Seminggu sebelum Afiq minta izin pada ibu untuk meminang. Alhamdulillah ibu izinkan dan tak sampai sehari ibu terus kabarkan pada saudara mara. Maka dengan keputusan diaorang, 26 hb Disember 2009 rombongan meminang pun datang.

100_3458 100_3459

Dalam kekalutan itu, Afiq sempatlah membeli cincin belah rotan buat persediaan. Afiq beli sorang je tanpa pandangan sesiapa. Hanya ikutkan rasa hati sendiri, nasib baik cantik dimata orang. Sehari sebelum majlis, Afiq pergilah tempah kek lapis dan beli buah-buahan sebagai buah tangan. Di hias cuma ala kadar tetapi cantik dan menarik.

100_3460 100_3462

Padi tu disebabkan Afiq ada program so perbincangan dijalankan pada malam sebelum. Pakcik dan makcik hanya bertanyakan nama dan soalan2 asas. Sempat juga Afiq menyiapkan biodata sebagai rujukan diaorang. Afiq tak ada kata apa-apa pun sebab pada Afiq apa yang dikatakan oleh keluarga itu lah yang Afiq maksudkan. Tentunya diaorang melihat sesuatu yang baik untuk Afiq kan?

16958_1202354693526_1068335327_30518725_565382_n 16958_1202354933532_1068335327_30518731_127636_n

Rombongan dengan berbekalkan sebentuk cincin belah rotan, kek dan buah-buahan bertolak jam 2 dan sampai lebih kurang jam 3 petang. Dengar kata, sampai je terus keluarga nya menyemput makan. Sampai 5 petang baru diaorang habis bincang. Afiq pun tak tahu sangat apa yang diaorang katakan, maklum lah afiq bukan ada kat sana pun. Setelah selesai semuanya, keputusan yang diterima selepas pinangan diterima adalah seperti berikut :

Majlis Pertunangan pada 30hb Januari 2010

Hantaran Pertunangan termasuk sebuah cincin berPermata

Majlis Pernikahan dijangka pada awal 2011

Duit Hantar  RMxxxxx

Hantaran Pernikahan serba satu

 

Moga-moga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Biarlah Afiq hadiahkan cinta ini dengan sebuah Perkahwinan. Tanda Afiq benar-benar cintakannya.

Tuesday, December 22, 2009

Cantik tak?

100_3434

Thursday, December 17, 2009

Ghairah bola, Maal Hijrah dilupakan

Dikala rakyat Malaysia sedang ghairah untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di sukan sea, janganlah kita lupa untuk Maal Hijrah tahun ini. Penting nya doa itu untuk kesejahteraan kita tahun hadapan.

Meriah nya tidak lah seperti menyambut tahun baru yang pastinya ada bunga api dan persembahan, tetapi hadir lah di masjid untuk majlis Ilmu dan bacaan Yassin. Sama-sama lah kita berdoa semoga mendapat keberkatan di dunia ini. Amin..

Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

——————————————————————————————-
——————————————————————————————-

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Bonus 1 Malaysia untuk rakyat!

Adakah mustahil bagi kerajaan persekutuan memperuntukan buget untuk seluruh rakyat di Malaysia ini? Kalau pertumbuhan KDNK dijangka tumbuh 3.5% pada 2010, makna lebihan kewangan pastinya bernilai jutaan ringgit.

Afiq bukan lah penganalisa ekonomi negara, tetapi apa yang Afiq nampak adalah dari sudut pandang dari kaca mata seorang rakyat Malaysia.

Kalau dilihat di negara-negara luar, satu polisi diperkenalkan oleh kerajaan mereka untuk membayar duit sara hidup kepada semua golongan termasuk yang mengangur. Kalau di Malaysia ini, tak mampu beri bulanan, tahunan pun jadi lah kan.

Saban hari kita sebagai rakyat hanya memekakkan telingga mendengar pelbagai skandal yang melibatkan jutaan ringgit. Dari sekecil-kecil ‘thumb drive’ sehingga lah projek bangunan yang bernilai jutaan ringgit, semua nya di sapu oleh golongan perompak Berkolar Putih. Yang untung nya siapa? adakah rakyat?

Dengan Buget berbilion ringgit kepada SME dan Sektor swasta lain, adakah kita sebagai rakyat mendapat manafaatnya?

 

Angaran Kecil jika Salurkan Bonus kepada seluruh rakyat :

Penduduk Malaysia = 27 juta orang

Jika seorang rakyat dapat RM1, maka RM 1 x 27 juta = RM 27 juta

Jika seorang rakyat dapat RM10, maka RM 10 x 27 juta = RM 270 juta

Jika seorang rakyat dapat RM 100, maka RM 100 x 27 juta = RM 2.7 B

Jika seorang rakyat dapat RM 1000, maka RM1000 x 27 juta = RM 27B

 

Ini tidak akan berlaku jika setiap saluran kewangan terdapat tapisan dan disedut  bagi orang tertentu, tentulah kita semua akan mendapat rahmatnya.

Wednesday, December 16, 2009

Best nyer dah kahwin..

Minggu lalu Afiq telah berusaha menjayakan majlis perkahwinan sepupu di Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walau pun kepenatan yang amat sangat sampai Afiq terdemam lepas balik.

 

CIte pasal orang kawen ni memang lah best. Walaupun Afiq sendiri masih lagi belum kawen. Teringin lah jugak bila tengok rata-rata kawan dah dengan baby masih2. Best nyer kan!

 

Majlis berlangsung pada 5hb Disember 2009 iaitu hari Sabtu. Tema majlis warna Hijau dan kuning, cantik tu.. Makan rewang sanak saudara je, so memang sedaplah. Kena plak Afiq yang siang ayam tu, mestilah sedap kan!

 

Ni adalah sepupu yang ke empat kahwin, lepas ni sape lah pulak eh? Afiq pun nak ambik turn kawen gak lah! Tak sabar!

Monday, December 14, 2009

Jaya Jusco Mall Melaka Meletup! (Gempar)

image
Seorang mati, 13 cedera, letupan di pasar raya14/12/2009 3:12pm
MELAKA 14 Dis – Seorang mati manakala 13 lagi cedera termasuk tiga parah apabila salah satu kawasan di sebuah pasar raya yang sedang diselenggara tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan kecemasan.
Mengikut laporan awal, kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di sektor D, ketika pekerja kontrak membuat penyelenggaraan terakhir sebelum bangunan tersebut dirasmikan Khamis ini. - Utusan
image
Cerita ini benar-benar mengemparkan. Afiq baru bercadang nak pergi pembukaannya pada 17hb ni. Dengar cerita tarikh pembukaannya telah ditangguhkan dahulu. Bahaya betul ni!

Saturday, December 12, 2009

Hilang

"Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...


Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya.


Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati......"

 

Dah lama rasanya Afiq tak menulis di blog ini. Sedikit bersarang rasanya dan rating pun makin menurun. Kekangan masa menjadi sedikit penghalang. Tapi Afiq tetap takkan lupakan pembaca setia sekalian.

Oklah, hari ni kita cerita sedikit mengenai cinta, yerlah sifat semula jadi setiap insan. CInta memang tak dapat dipisahkan dengan kesetiaan dan kalau kesetiaan itu goyah, maka cinta juga akan goyah serta akan rebah.

Tipu lah jika seorang manusia normal mengatakan dia tidak pernah mempunyai rasa cinta. Melainkan dia tidak punyai hati! Cinta memang indah jika disemai dengan baik. Baja cinta tentunya adalah setia. Cinta bukan lah hadir dengan hanya lafas, tetapi dari hati yg suci. Kalau niat buruk, hasilnya nanti tentu lah buruk. Terpulang kepada kita menilainya. Dan jika sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmah dari Nya.

Monday, December 7, 2009

Kereta Maut menjunam dari Langit!


KERETA jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.

Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.
Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

 

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.
Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.
"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.
Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.
Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.

image

image

image

image

image

image

Sempat Lagi Mencuri
Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.
Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Ke 3-3 remaja yang ditahan kerana mencuri sedang disoal-siasat pihak polis didalam bilik keselamatan KB Mall

Aku baru perasan kereta ni rupanya pakai enjin Ford B8 180 (turbo)... kalau korang biasa dengan enjin turbo, mesti korang dapat cam "intercooler" standard B8 180hp dekat bawah tu... ni baru B8 180 beb... kalau B8 210, mau tembus terus dekat seberang sana... aku rasa owner kereta ni tengah "test power" kereta dia dekat atas tu kot... B8 180, masuk gear 2 tekan minyak sampai boost cecah 1.3 bar... nah kau..! terrrjunam..! ni kena siasat betul-betul nih...

Al-Fatehah kepada semua mangsa..