Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Backup Gambar, Video dan Wall Facebook anda

Kitakan selalu dengan desas desus yang kata Mark (si Owner Facebook ni) nak tutup Facebook untuk selama-lamanya. Tapi tak tahu lah betul atau tidak, tapi kalau betul macam mana dengan semua gambar yang kita upload di facebook yang akan turut berkubur sekali.

 

Ramai yang tak sedar, secara tak langsung mereka banyak mengupload gambar-gambar kenangan mereka di facebook berbanding print dan simpan di album. Semua nya adalah visual dan bukan nya secara nyata. Dan gambar2 ni semua adalah kenangan yang mungkin tak boleh kita putarkan kembali.

 

Bayangkan yang start buka acc dari tahun 2005? Berapa banyak plak gambar dalam profile diaorg kan? Jadi sayang lah kalau gambar2 upload tu semua tak dapat dilihat balik.

 

Ok, bagi yang nak backup profile atau gambar, tak payah lah klik satu2 gambar lepas tu save. Bila nak sudah kan? Jadi cara yang lebih mudah Afiq akan tunjukkan disini. Backup semua gambar, video, noted dan wall. Mudah dan senang.

Klik pada gambar untuk besarkan

1

Pertama sekali, klik pada anak panah kecik pada hujung sebelah kanan Profile anda. Sebelah Home.

2

Klik Account Setting

3

Klik download a copy

4

Klik yang hijau tu

5

Klik Lagi Hijau tu

6

Kalau keluar macam ni maknanya permohonan anda berjaya. Cuma ambil masa sikit. Tunggu sampai dapat email.

7

Pada Account setting tadi akan keluar macam ini sampai lah ready untuk download. Lagi banyak gambar, lagi lama masa yang diambil. Boleh log out facebook korang atau tutup komputer. tak menjejaskan apa2.

8

Bila dah ready, korang akan dapat email mcm ni dan boleh terus klik link tersebut.

9

Masukkan password facebook korang dan klik continue. Akan keluar lah pop up download dan save kat mana korang suka.

 

File yang didownload akan keluar format zip atau rar. Bagi yang tak boleh buka tu, sila download software ni dulu www.rarlab.com

 

Oklah, sampai sini aje perkongsian Afiq yang mana semua Print Screen tu Afiq buat sendiri mengunakan Acc Facebook sendiri. Jadi yang nak share boleh cuma jangan buang watermark dan kredit ke www.permata-merah.co.cc.

Terima kasih..

Thursday, January 12, 2012

Kembali Menulis - 2011 penuh bermakna

Dah usang sangat rasanya blog ini tanpa diselengara sejak dari tahun lepas. Rasanya lepas Afiq berkahwin, terus sunyi sepi. Bukan bersara, tetapi tidak berkesempatan.

Oklah, terus cerita mengenai tahun 2011 yang telah berlalu 2 minggu yang lalu. Tahun 2011 adalah tahun yang cukup bermakna buat Afiq kerana tahun itu lah Afiq mendapat isteri dan juga anak.

Ya, Afiq Danial sudah menjadi ayah kepada Muhammad Aisy Ayman. Tak sangka kan? Masa berlalu cukup pantas, kadang2 kita semacam tidak percaya apa yang telah berlaku sekarang ini. Walhal, Afiq rasa macam baru semalam ambil keputusan SPM.

Walaubagaimana pun, Afiq rasa masih muda dan bersemangat remaja, mcm dulu-dulu. Cuma yang berbeza adalah cara kehidupan dan tngungjawab. Maklum lh dah ada Seorang Isteri dan Seorang anak sekarang.

Sebut pasal anak, Isteri Afiq selamat melahirkan beliau pda 12/12/11 jam 9.14malam. Alhamdulillah. Kini gnap 1 bulan umur Muhammad Aisy Ayman. Dari cerita panjang lebar, baik Afiq kongsikan gambar2. Melalui gambar menceritakan 1001 makna, betul tak?
Masa umur 1 hari. Berat lahir 3.5kg

Umur 1 hari

Umur 3 Hari

































Sunday, December 5, 2010

Barisan Nasional membela Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia?

Adakah BN juga membela saya serta keluarga saya? Bagaimana pula dengan kampung dan kawasan saya? 

Kenapa Minyak naik kalau BN membela saya?

Kenapa Harga barang naik kalau BN membela saya?

Kenapa BN xtahu ke sekarang ekonomi negara sedang berkembang?

Kenapa BN nak terus tipu kalau rakyat semua dah tahu?

Ok..ini pendapat saya, hak saya. Kalau anda rasa berbeza, itu hak anda.. Terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

Batang Pensel dalam Kemaluan

 

imageKUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa“


Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru. Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama. 
Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya.


“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.


“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.


Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. 
Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri

*Berita Harian

Wednesday, November 10, 2010

Tenung-tenung, Pandang-pandang!

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Monday, October 4, 2010

Status saya : PRA BERKAHWIN

Dengan jayanya saya dengan ini telah lulus cemerlang serta menerima sijil walaupun 50% modul kursus saya adalah tido! Alhamdulillah..

CCI10042010_00000

Setelah meneliti terma dan syarat, saya dengan ini diistiharkan Pra-Berkahwin.. Sekian..

Thursday, September 30, 2010

Bila Afiq Danial berjoget!

Nah, ambik ubat! Gara-gara lewat kan.. Tapi walau macam mana pun Afiq berjaya mencari sekumpulan pembantu walaupun pada mulanya Afiq seorang.. Diaorg akhir nya terpedaya dan turut sama lewat..

Cerita nya begini, tengah hari kan biasalah.. Afiq lajak tido sampai org dah nak pergi Afiq br nak bgn. Masa tu solat pun belum lagi, so confirm terhegeh2.. Bila sampai je semua orang asik dok pandang, rupanya Afiq sorang je. Yang lain semua awal eh?

Motivator plak kata nak denda malam nanti. habis lah.. Tengah dok2 pikir mcm mana nak tambahkan geng terhegeh2 ni, Afiq pun mula dapat idea nak curi kasut Siti Hawa. Biar dia lambat sama, tp ada sorang member ni lg dasat, suruh curi semua kasut..hahahaha..

Last2 semua penakutkan.. Malam tu lepas Afiq makan, Siti Hawa and da geng br nak makan, Afiq ape lg, “Korang nak tambah ABC tak? Saya tolong ambik kan..sedap tau..Makan2, jangan malu2..tambah lagi, Sup kambing tu dah rasa tak? Saya ambik eh..”

Baik punya layan, diaorg tak perasan yg diorang pun dah lambat jugak..hahaha..padan muka semua, akhir nya terdiri lah satu kumpulan joget antarabangsa yang mengila..

Thursday, September 23, 2010

LA BELLA RESORT nantikan kedatangan saya!

Letaknya 7 km dari pusat bandar Mersing, dan beratus km dari Melaka atau gambaran yang lebih tepat, sangat jauh dari rumah Afiq. Dengar kata terletak dalam suasana perkampungan dan persisiran pantai Laut China Selatan. Best betul kalau memancing tu. Perjalanan ambil masa 4 jam, betul ke?

Ok, jam 3 pagi bertolak dari melaka. Seharusnya GPS dah ready untuk mengelakkan dari sebarang kesesatan perjalanan. 3 pagi kan? sape nak layan korang kalau nak bertanya.

Gambar diambil dr blog La Bella Resort>

 

image

image

image

Ok..sekarang masa untuk pack baju!