Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

Fakta Membimbangkan- Marjerin & Mentega

Ini adalah satu email yang Afiq terima hari ini dan sangat membimbangkan. Yer lah, rumah Afiq mesti ada roti dan marjerin Jenama Butter Cup untuk sarapan dan makan kunyah2 bila masa lapar. Tetapi yang dibaca ini mungkin bakal mengubahnya. Cuma, beberapa fakta yang mungkin terpesong dari kita membaca http://en.wikipedia .org/wiki/ Margerine# History. Afiq pun bukan lah nak menakut-nakutkan sesiapa dan menyebarkan berita yang mungkin palsu, cuma Afiq nak kongsikan sebagai bahan bacaan. Yang arif tu, mungkin korang boleh jelaskan.

http://citrasupply.files.wordpress.com/2008/11/mentega_tatura.jpg

Korang peratikan kedua gambar diatas dan dibawah ni, Ada perbezaan tak antara marjerin dan mentega? Pada Afiq dua-dua sama sahaja!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFxlbYV5yXFpn6ub9QYANIRCgK2x1-TM8c9kxa98-uAFVJJnLSkC88MXT4om3Wm9lwOkY2bmvzQH9zr-IFKH1BxsaRBkO7PigF7NhDcILMfcUgrV0pqk3a-sS9ZvlD1DGcMT_12Cz2Fkk/s400/01052009566.jpg 

Email yang Afiq terima:

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang

melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah

otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi

mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu

mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti

mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan

pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai

jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya

sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding

memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah

makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan

lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin

terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid

lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol

berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin
menaikkan risiko
penyakit barah
sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin

semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur

hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna

hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Betul atau tidak, terpulang lah kepada korang. Afiq pun tak tahu nak kata apa, maklumlah bidang Afiq ialah matematik dan akauntan, tak ada kena mengena dengan biokimia ok!

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Hari Raya Oleh Pas Kawasan Kota Melaka

Alhamdulillah

Alhamdulillah, sambutan Jamuan yang di Anjurkan oleh Pas Kawasan Kota Melaka ini begitu meriah sekali. Disambut oleh ribuan penduduk kawasan Pernu, Telok Mas dan kampung3 kecil di sekitarnya.

 

Afiq angarkan lebih seribu yang hadir termasuklah penduduk India dan Cina. Tahniah gerak kerja Pas Kota Melaka. Afiq harap PRU13 (Pilihan Raya Umum) nanti pas akan merampas Dun Telok Mas dan Parlimen Kota Melaka.

 

Teruskan usaha! Takbir!

100_2457 100_2458 100_2459 100_2461 100_2462 100_2463 100_2464 100_2465 100_2466

Saturday, October 17, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu!

Hari ini Hari Lahir Ibu yang ke 49 Tahun. Masih muda lagi kan? Kami 2 orang adik beradik berpakat menyambutnya dirumah. Lebih meriah dengan Hidangan yang kami masak sendiri.

 

Menu Istimewa, Stik Kambing BBQ dan Nasi Goreng.

100_2411

 

 

 

 

 

 

 

 

Stik Kambing yang telah siap dicuci.

100_2412

Di perap dengan rempah BBQ selama 1 jam

 100_2413

Setelah itu, masakkan didalam Microwave dengan suhu sederhana selama 15 minit.

100_2418

Ini lah hasilnya dan sungguh menyelerakan.

 100_2420

Korang boleh cuba sendiri dirumah.

 

Sambutan hari lahir ibu, kek juga tidak kami lupakan. Perisa Mocha dengan coklat. Sedap gak. Tapi kambing lagi sedap tau!

100_2414 100_2422

Selamat Hari Lahir Ibu, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, October 5, 2009

Jamuan Hari Raya @ Holiday Inn

Hari ini, Afiq telah dijemput untuk Open House Etiqa di Holiday Inn. Makan memang xleh ingat, kambing panggang dan satey menjadi buruan utama. Sampai berkali-kali round makan. Kalau setakat rendang dengan ketupat tu dah puas makan kat open house rumah kawan3. Dan tak pernah plak org buat kambing panggang kan? So jangan lepaskan peluang ini!

100_1985 Biasalah kalau dah se-hensom ni, confirm bergambar tak ingat nyer. Ada lah beberapa gambar yang menarik tapi xsangka plak kat hotel ni ado beca. So leh snap pic dengan percuma. Kalau kat Kota A-Famosa dah kene ketuk Rm10 kan?

100_2019

Masa Afiq dok lepak2 kat Lobi, tertarik plak kat satu lembaga ni. Memang cun gile. Rasanya lum pernah jumpa lagi. Baru kot. Ianya ialah Honda Jazz baru. Warna biru kilat3. Body kit pun lain dari yang biasa tgk kat jalan. Tapi tak tahu lah pulak kewujudan makluk baru ni. Lepas ni nak tgk kat showroom Honda lah.

100_1996                                                      Cantikan?

Rasanya dah tingal beberapa hari je lagi nak akhir Syawal. Tapi ada banyak lagi rumah yang lum sempat dikunjungi ni. Maklum lah skang dah sibuk keje. Yang mana tak sempat tu, maaf lah eh. Tahun depan InsyAllah Afiq datang. Janji korang jemput.

Saturday, September 19, 2009

Lemang Oh Lemang


Alhamdulillah Afiq dah sampai di kampung dengan selamatnya. Dah pun menjamah makanan Raya iaitu Lemang dan Ketupat. Memang sangat seronok..Korang makan ape tu? Apa2 pun Afiq mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat menjamu selera. Makan lah puas3 rendang dan ketupat itu. Kalau ada yang nak menjamah lemang tu, jemputlah beraya di Kampung Afiq di Batu Anam Segamat Johor.

Line Internet agak slow. Sebenarnya bukan agak lagi, tapi langsung xdapat. So kebetulan plak Afiq ke bandar malam ni, so dapat lah update blog kesayangan ini. Besok Afiq akan uploadkan gambar3 raya eh, dan tema untuk tahun ini MERIAH!

So, selamat eh korang. Berhati3 di jalan raya tau! Raya raya jugak, jangan terlalu gairah sehingga melupakan orang tersayang.. Salam Aidilfitri dari Afiq sekeluarga!