Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Helikopter Terhempas

image

Terkini – 1.15pm

TEMERLOH, 16 Sept — Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dipercayai terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang kira-kira 9.30 pagi tadi.


Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari udara.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.


“Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera, manakala seorang parah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.
“Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan pendaratan cemas,” katanya. — Bernama

Sumber - Utusan Online

Sunday, September 12, 2010

Sosilawati dipercayai dibunuh dan dibakar

image

image

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Sumber utusan

Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.. Al-fatihah..

Lagi berita tentang misteri kehilangan Dato Sosilawati

Sosilawati Mati Dibunuh Di Morib - Kosmo

JUmpa Empat Mayat - Berita Harian

Sosilawati Dibunuh, Tujuh Ditahan - Utusan

Sunday, April 18, 2010

Gambar & Video Tragedi kemalangan Achik Spin

Kemalangan yang merlibatkan Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun dan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS kira-kira jam 6:15 petang tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2, dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.

Arwah tercampak dari kereta dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah hampir diseluruh badan. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta sebelum kebakaran bermula.

Semoga beliaun ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

achik-spin-kemalangan-1

achik-spin-kemalangan-2

achik-spin-kemalangan-3

achik-spin-kemalangan-4

achik-spin-kemalangan-5

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia dalam Kemalangan

image
Terkini! Diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di KM-14-8 Lebuhraya Lekas (Kajang-Seremban) pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Berita lanjut mengenai kemalangan ini, akan update kemudian.
Al-Fatihah buat beliau..Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Friday, March 26, 2010

Video pesawat TUDM terhempas

SINTOK: Perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebuah pesawat jenis Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.


Ia menyebabkan suasana di Stadium UUM ketika majlis yang dirasmikan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan turut dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi gempar berikutan bunyi letupan kuat diikuti asap hitam keluar dari kawasan hutan tempat pesawat itu terhempas.


Suasana majlis perasmian itu menjadi gamat apabila kira-kira 500 hadirin, terutama pelajar menjerit kerana terkejut dengan kemalangan itu.


Dua jentera dengan 14 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengambil masa kira-kira sejam untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa yang ditemui beberapa meter dari pesawat. Selain bomba, operasi turut dibantu pihak TUDM dan UUM.


Mangsa dikatakan maut akibat terhempas selepas dipercayai melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam, manakala separuh dari badan pesawat musnah.


Mayat juruterbang dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.


Detik cemas itu sempat dirakam di dalam sebuah video sila klik video di bawah untuk menonton

Monday, December 14, 2009

Jaya Jusco Mall Melaka Meletup! (Gempar)

image
Seorang mati, 13 cedera, letupan di pasar raya14/12/2009 3:12pm
MELAKA 14 Dis – Seorang mati manakala 13 lagi cedera termasuk tiga parah apabila salah satu kawasan di sebuah pasar raya yang sedang diselenggara tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan kecemasan.
Mengikut laporan awal, kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di sektor D, ketika pekerja kontrak membuat penyelenggaraan terakhir sebelum bangunan tersebut dirasmikan Khamis ini. - Utusan
image
Cerita ini benar-benar mengemparkan. Afiq baru bercadang nak pergi pembukaannya pada 17hb ni. Dengar cerita tarikh pembukaannya telah ditangguhkan dahulu. Bahaya betul ni!

Monday, December 7, 2009

Kereta Maut menjunam dari Langit!


KERETA jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.

Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.
Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

 

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.
Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.
"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.
Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.
Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.

image

image

image

image

image

image

Sempat Lagi Mencuri
Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.
Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Ke 3-3 remaja yang ditahan kerana mencuri sedang disoal-siasat pihak polis didalam bilik keselamatan KB Mall

Aku baru perasan kereta ni rupanya pakai enjin Ford B8 180 (turbo)... kalau korang biasa dengan enjin turbo, mesti korang dapat cam "intercooler" standard B8 180hp dekat bawah tu... ni baru B8 180 beb... kalau B8 210, mau tembus terus dekat seberang sana... aku rasa owner kereta ni tengah "test power" kereta dia dekat atas tu kot... B8 180, masuk gear 2 tekan minyak sampai boost cecah 1.3 bar... nah kau..! terrrjunam..! ni kena siasat betul-betul nih...

Al-Fatehah kepada semua mangsa..