Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah, menjadi Kota Cahaya

Melaka sememangnya menjadi tarikan pelancong tak kira dari Malaysia ataupun luar negara. Ramai yang akan mencari peluang untuk melawat negeri bersejarah ini. Yang menjadi tarikan budaya adalah tempat-tempat yang bakal dilawati.

DSCN2443

Oleh kerana Afiq merupakan anak jati Melaka, Afiq ingin berkongsi sedikit dengan korang semua tentang apa yang menarik disini. Keadaan Bandar Melaka jauh berbeza jika diukur dengan 5 @ 10 tahun dahulu. Pembangunan pesat yang mengubah stuktur jalan dan infrastuktur secara total mungkin mengejutkan bagi yang sudah lama tidak berkunjung kesini.

DSCN2442

Lampu neon disetiap ceruk pokok dan bangunan menyerikan kota di malam hari menjadikan Melaka kini tiada perbatasan waktu antara malam atau siang. Dan kebanyakan tempat-tempat yang boleh dilawati dibuka sehingga jam 12 malam memberi banyak ruang kepada pengunjung. Tak sah datang ke Melaka jika tiada lawatan dibuat.

100_2368

Dengan pembinaan Menara Taming Sari dan Eye on Malaysia, korang boleh lihat permandangan Bandar Melaka yang penuh berkedipan lampu Neon. Dan selayaknya Melaka kini boleh digelar Kota Cahaya. Afiq hari itu terlibat dengan pengambaran oleh sekumpulan pelajar yang membuat kajian mengenai Kota Cahaya ini. Berikut adalah video yang sempat dirakam dan diedit oleh Afiq.

Sekiranya ada dikalangan pembaca yang ingin berkunjung ke Melaka, boleh lah menghubungi Afiq untuk bertanyakan tempat-tempat yang ingin dilawati.

Saturday, September 19, 2009

Jom Balik Kampung


Untuk pengetahuan korang, Afiq lagi 5 minit nak berangkat pulang ke kampung di Segamat Johor. Seronoknya dapat beraya tahun ini dengan saudara mara tercinta. (macam lah sebelum ni raya di over sea). Sampai je kampung, confirm lemang dah siap. Hahaha, cuma perlu dimakan saja.

Hari ini kalau ikutkan dah kira hari raya lah. Meriahnya memang dah kemuncak. Lebih3 lagi malam nanti. Bagi yang tak de kampung atau tak balik kampung tu, jangan lah korang bersedih. Pergi je lah raya rumah sape3 yang tak balik. Xpun kampung Afiq pun boleh.

Korang semua, doakan semoga perjalanan Afiq selamat sampai ke destinasi. Yang dijalan raya tu, berhati3 eh. Ingat orang tersayang..