FUNCTIONS : * TOUCH SCREEN * * USE 3 PCS AA BATTERY *
BENEFITS : - LEARNING WORDS - - SPELLING ABILITY - - MATCH ABILITY - - LETTER - - VOCABULARY DEVELOPMENT - - MUSIC TALENT - - INDEPENT LEARNING - - PAGES INTERACTIVE - - LEARNING CARDS - - PROCOGNIZE ABILITY -
This ipad is only for educational purpose, please don't compare this ipad with the REAL IPAD from apple which costs thousands. This IPAD is only for kids educational purpose, very useful for kids.
Hari ini Nokia melancarkan satu lagi khidmat selepas jualannya iaitu Ovi Map. Kalau dulu ovi map ni kene bayar (free 10hari sahaja) dan mengunakan Line GPRS atau Internet. Sebagai altenatifnya ramai yang mengunakan Garmin Xt kedalam Hp GPS nya, free (bila di hack) dan tidak mengunakan talian Online (GPRS).
Lepas ni kedai-kedai hp tak dapatlah lagi nak kikis RM80 semata-mata nak installkan software garmin ni sebab nokia dah bagi free..
Today we made a big announcement to provide a new version of Ovi Maps, which not only include major improvements but even something bigger: with this release Ovi Maps including high-end, car grade and pedestrian navigation features come at no extra cost and can be kept for the life of the smartphone. No additional licenses needed for extra countries, regions or services like traffic information or city guides. I can assure you this is the best offer you will get from any company for a while.
Last time I wrote in this blog, I told how Nokia started a revolution by connecting the telephone number to a person. Instead of dialing a number, you started to call a person. Today, 15 years later, we are now making a similar move with Ovi Maps.
Location on a map is simply a combination of two numbers: latitude and longitude. For example, the location of my office is 41°1’7’’N 73°43’28’’W. As plain numbers this does not mean much to anyone. Even on a map, this location is without any meaning unless you associate the location to Nokia or me. Actually, think how irrelevant a map full of roads and buildings really is, without knowing what or who is in the building or who is driving the roads? It is as irrelevant as those phone numbers back in the 90s, if they do not belong to anyone.
With our new Ovi Maps we really want to change the world and the way you can discover it. Firstly, we wanted to make maps and navigation available for everyone, secondly we wanted to make it available in any situation. In order to do both of above mentioned we have built our maps using advanced hybrid vector technology. This makes the maps scale in practice infinitely and it makes them available both of online and offline use. The technology consumes hugely less bandwidth than the other technologies and and really enables everyone to use it everyday.
We are happy about giving new meaning to numbers. With this release of Ovi Maps we cover almost all the countries of the world, you can navigate in 74 countries in 46 languages, navigate in pedestrian-only zones for over 80 cities around the world as well as 6000 3D landmarks in over 200 cities. “In other numbers”, this means that currently roughly 3.7 billion people could use Ovi Maps for navigation in their home country on their Nokia. You can also be pretty sure you could use Ovi Maps in your holiday location with navigation, as it works in 45 of the 50 most popular destination countries for tourists. This is equals about 700 million visits each year to these 45 countries (source Euromonitor International ). When you’ve done these 45 countries, you’ll still have 29 more to go. And this is enough about numbers…
By making it as easy as possible to use to as many people as possible, using maps will become as common as sending text or snapping a photo. Connecting to places in a new way makes you to feel closer to who and what matters (instead of numbers).
Afiq hari ni nak review skit pasal mengunakan digi broadband yang tak sampai beberapa jam je ni. Maklum lah, benda baru kan? mesti lah nak kongsikan.
Pagi tadi Afiq terima satu parcel courier dari citylink yang didalam nyer terkandung modem dan sim card Digi Broadband. Hadiah semperna contest Pimp My Broadband.
Modem yang diberikan memang cantik dan cool dengan wallpaper digi. Lebih-lebih lagi modem ni unlock untuk digunakan dengan apa-apa sim card skali pun. Ni lah first time Afiq memiliki Modem Untuk Broadband. Maklum lah sebelum ni pakai modem HP je. So memang tak terniat untuk beli, tapi dah dapat free, syukur rezeki.
Line plak percuma 3 bulan yang bernilai RM108 sebulan. Berbaloi-baloi kan? Kan bagus kalau digi tambahkan free call dan sms skali, lagi lah puas hati. Ahak.. Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada kan, siapa nak bagi free..
Ok lah, mengenai review pengunaan Digi Broadband ni, memang Afiq berikan Thumb Up! Kalau nak dibandingkan dengan Celcom dan Maxis, tempat Afiq di Telok Mas ni memang tak ada line 3G. So guna GPRS je lah yang lembat bangat tu. Confirm nak buka blog ni pun xlepas. Tapi bila guna Digi ni, terkejut Afiq bila downloading nya mampu mencecah 1300 kps @ 1.3mbps. Lebih laju dari streamyx 1.0 mbps kan? Memang menakjubkan digi mampu berfungsi dengan baik walau pun kat tempat solok macam Telok Mas ni.
Tengok lah kedua-dua screenshoot ni, memang sahih kelajuan internet digi ni. Tengah macam mana, mungkin lepas 3 bulan percuma ni Afiq akan teruskan melangan jalur lebar ni dan potong streamyx kat rumah. Nak banyak-banyak line buat ape kan.
Rasanya Afiq lepas ni perlu tukar router kot. Kena tambah yang boleh cucuk modem broadband USB. Baru lah line digi ni dapat dikongsi untuk kesemua pc dan laptop dalam rumah ni. Lebih senang pakai wifi sebab Afiq suka mengalih-alihkan laptop dari letak satu tempat je.
Bila lah modem ni nak ada stok kat melaka, maybe Pc Fair yang mendatang kot.
Dan untuk pengetahuan korang, entri ni ditulis dan diupload mengunakan line Broadband Digi tau. Terima kasih DIGI!
Sampai je pagi ni, Afiq terus call digi center untuk aktifkan sim card yang diberi. Dia kata lepas 4 jam baru aktif dan boleh digunakan. Afiq pun tak tahu lah line kat Telok Mas ni ok ke tak, tapi kalau Celcom confirm GPRS je. Baik lah Afiq on kan modem streamyx kat rumah ni.
Harap-harap digi ni lebih baik perkhidmatannya dari celcom kan. Walaupun dapat free, so kalau perkhidmatannya bagus, apa salahnya Afiq terus sambung pakai lepas 3 bulan.
Lepas ni Afiq online tanpa halangan. Sambil memandu pun boleh online! Memang best! Terima kasih digi!
Baru sat tadi dapat email dari DIGI pasal contest Pimp My Broadband tu. Yang best nyer diaorang nak postkan barang-barang tu. Tak payah lah susah payah Afiq nak ambik kat KL kan? Lagi satu, diaorang siap cakap harga Modem + Internet Broadband 3 bulan tu nilainya lebih RM500. Wah! Untung nyer kan? Dan modem tu tak di lock kan dan bebas mengunakan mana-mana sim card dari lain-lain network! Memang best lah DIGI!
Congratulations!
Your blog post for the ‘Pimp My Broadband’ contest has qualified as one of the top 50 most voted entries.
As such, you have won yourself a pimped up DiGi broadband modem AND 3 months of free service! This total package is worth more than RM500!
Just to clarify, there is no contract or obligation attached to this prize.
Once the 3 months expires, you have the option to continue the service (at a discounted rate), or simply keep the modem and use it with another service of your choice, as all DiGi modems are unlocked.
Afiq masih lagi teruja dengan kemenangan ini! Yeah! Kalau nak tau, Sayang Afiq pun memang jugak. Nasib lah stategi menjoinkan contest kitaorang ni berhasil dan dua-dua plak tu menang. Korang jangan jeles eh..
Tak sabar nak tunggu modem ni! Afiq belum pernah ada broadband! Ni first time tau..Harap-harap abang posmen hantar cepat-cepat eh.. Dah tak sabar ni!
Dalam hidup ini kita selalunya kita lebih melayan orang lain daripada diri sendiri. Memenuhkan kehendak setiap orang disekeliling kita. Sekolah dulu pandai-pandai pun untuk berbakti kepada orang tua. Kadang-kadang kita tak terfikir, apa yang sebenarnya kita lakukan untuk diri kita. Cari duit setiap hari, tetapi satu pun impian kita masih belum tercapai.
Dan hari ini kerana menyahut seruan contest dari DELL, Afiq hari ni nak berkongsi dengan korang semua, apakah impian yang Afiq mahu bagi memberikan penghargaan untuk diri sendiri. Ada yang sudah dicapai, dan ada yang masih belum dan mungkin terlalu jauh lagi. Tapi walau macam mana pun Afiq akan berusaha bagi menghargai diri ini yang telah berkhidmat selama 23 tahun.
1) Kereta Idaman untuk kesana kemari. (Tercapai!) Setelah bertungkus lumus mencari duit, pengangkutan yang selesa pada Afiq adalah hadiah yang paling bermakna pada diri ini. Biarlah perjalanan kita kesana kemari itu selesa dan tak lah nanti sakit pingang. Kerja pun menjadi lebih sempurna. Alhamdulillah hadiah ini telah Afiq berikan kepada Diri Sendiri pada tahun 2007.
2) Kahwin (masih menanti)Yang kedua pula, hadiah diri yang paling penting dalam hidup adalah perkahwinan. Afiq rasa lah. Tak tahu plak kalau korang rasa perkahwinan itu satu paksaan atau bebanan. Jadi skang ni Afiq perlu merancang untuk segera mencapaiakan hadiah buat diri sendiri yang paling bermakna ini.
3) Honeymoon (sedang diangan-angankan)Yang ketiga selepas berkahwin, mestilah memanjakan pengantin baru dengan pergi Honeymoon. Alang kah bahagia dan manjanya diri sendiri bila dapat honeymoon. Tak kesahlah dalam negeri atau luar negara, janji HONEYMOON! Yang ini kena capaikan yang kedua dulu baru dapat.
4) Rumah Ku Syurga Ku (berada didalam minda)
Yang ni lah yang paling bagus, Rumah yang selesa dan harmoni. Sesuai untuk beristirehat setelah penat lelah bekerja. Bila rumah dah macam syurga, mesti lah nak selalu berada di rumah kan? Tak lah asik nak merayap. Rumah sekarang dah ada, cuma perlu di ubah suai supaya lebih memberikan keselesaan dan kebahagiaan.
5) Bilik media (Harapan dan impian) Yang terakhir ini adalah untuk mengisi masa lapang yang sememang nya lapang. Bilik media macam ini lah tempat dimana Afiq bakal melayan diri sendiri dengan memblog dan melayari Internet. Dalam bilik inilah segala kesengsaraan Afiq bakal dimusnahkan. Memang dah lama idamkan ada bilik khas begini, tapi belum ada rezeki. Dan dibilik ini jugalah Afiq memerlukan sebuah Laptop yang cangih mangih lagi berguna untuk melengapkan pencapaian ke internet. Yang sekarang bukan tak ada cuma kurang cangihnya berbanding Laptop jenis
Dell(TM) Inspiron 13 Laptop Jadi Afiq mengharaplah sangat menang contest ini supaya hadiah yang bakal di menangi itu merupakan hadiah yang Paling Istimewa buat Diri dan Afiq akan mengunakannya untuk menulis blog dengan lebih kerap untuk pembaca semua!
Kalau lah Dell tahu betapa Afiq memerlukannya, tentu Dell akan bermurah hati menyenaraikan Afiq sebagai pemenang nantikan? Harap-harap begitu lah.
Jika Afiq memenangi contest Dell kali ini, Afiq akan mempamirkan Link Dell sebagai penaja untuk Blog Permata-Merah ini! Setuju?
Dan satu lagi buat pembaca sekalian, Dell dengan bermurah hatinya memberi Baucer Tunai sebanyak RM100.00 bagi pelangan yang membaca blog ini dan ingin membeli Laptop Impian Afiq jenis Dell(TM) Inspiron 13 Laptop tu.
You can reward your blog readers by giving them a special coupon code 7ZQVQF2RLZRKW3 from Dell that would allow anyone who makes purchase of a Dell Inspiron 13 (S510701MY) with RM100 Instant Cash Redemption!!. This promotion is only available online or by calling us at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009
So macam mana? Bestkan DELL ini, satu jenama Laptop yang memang boleh dipercayai. Beli jangan tak beli!
Kalau dulu kita digemparkan dengan cawat besi bagi kaum perempuan, tujuannya adalah untuk menangani masalah rogol dan pencabulan. Kini, ianya dihasilkan untuk lelaki. Jika tujuan teknologi ini dihasilkan bagi menangani masalah kaum lelaki di rogol dan dicabul, tentulah mustahil bukan?
Memang tujuannya tidak lain hanyalah membendung daripada lelaki buas mencurangi pasangannya, lebih-lebih lagi buat si suami. Mungkin ini jalan yang terbaik bagi memberi amaran kepada si suami yang berhidung belang. Atau mungkin juga boleh digunakan kepada pesalah seks.
Sebenarnya, isu cawat besi ni isu lapok. Dalam tahun-tahun 70-an pun ada seorang ADUN Johor, bernama Daeng Jalok Daeng Malibok, membuat cadangan supaya wanita Malaysia pakai cawat besi.
Maka hiruk-pikuklah polemik pasal cawat besi di dada akhbar dan kedai kopi pada ketika itu. Tapi, akhirnya isu itu pun mati, dan jadi basi.
Selepas itu ia kemudian dibangkitkan semula oleh tokoh agama iaitu Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, supaya dicadangkan pemakaian cawat besi ini pada tahun 2007. Namun ia senyap semula. Jadi bagaimana dengan keberkesanan dan keperluan cawat besi seperti ini?
Arkib Akhbar Utusan 16/2/2007 :
Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)
Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti Afiq, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.
Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.
File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.
Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).
Mengunakan Mozilla sebenarnya memang terbaik bagi Afiq. Dengan plug in nya yang lebih mesra penguna, memudahkan melayari segala web dan program dengan lebih cepat. Dan yang lebih penting, loading nya cepat berbanding IE (Internet Explorer).
Bagi yang masih mengunakan IE tu, bawa3 lah berubah. Memang IE lembab dan tak berguna pada Afiq. Nasib lah window dah built in kan. Kalau kene install, memang dah lama hilang dalam laptop ini. Bagi yang masih belum menginstall Mozilla ini, download dulu di http://download.mozilla.org/?product=firefox-3.5.3&os=win&lang=en-US
Apa yang Afiq nak kongsi hari ini adalah untuk mencepatkan lagi loading page sesebuah web yang kita buka tetapi bukan lah menambah kelajuan Internet. Loading dapat dipercepatkan kerana cara ini membatalkan respon yang diterima oleh Mozilla.
Caranya mudah. Buka Tab baru mozilla. Taipkan <about:config>
Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu
Bila dah keluar gambar diatas, ada beberapa perkara yang korang perlu buat dan tambah.
1:Cari perkataan iaitu dengan mengunakan filter "network.http.pipelining" dan setkan kepada "true"
2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"
3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.
4. Selepas tu korang klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.
Bila dah selesai semua ni, restart balik Mozilla Firefox korang. Selamat Mencuba!
Korang pernah tahu tak sejarah HDD (HardDisk)? Dari mana asalnya dan siapa yang membuatnya? Hebatkan sebesar 2.5' sahaja tetapi dapat menampung berjuta file.
Ini Harddisk pada tahun 1956 iaitu sebelum Malaysia merdeka lagi. Pada September 1956, IBM telah melancarkan 305 RAMAC iaitu komputer pertama dunia dengan Hard Disk Drive. Harddisk itu beratnya lebih dari 1 Tan dan kapasiti menyimpan hanya 5MB.
Tapi lepas setengah abad, Harddisk dah jadi sangat comel. Dan kapasitinya juga besarkan? Korang cuba bayangkan kalau laptop korang tu, beratnya 1 Tan. Nak pergi mana-mana kena bawa lori.
Harddisk sekarang
Harddisk ni atau singkatannya HDD boleh menulis 125 MB persaat. Kelajuan nya diukur daripada putaran cekeranya. Terdapat banyak jenis HDD ni, Sata dan IDE. Dan juga 2.5 inci dan 3.5 inci. HDD ini juga bukan sekadar storage komputer atau pun laptop, malah boleh juga menjadi portable storage kira macam pendrive lah. Kapasiti HDD ini yang paling besar Afiq jumpa 1.5TG atau 1500GB.
Lagi satu storage yang baru ialah SSD atau Solid-State drive. Saiznya juga lebih kecil iaitu 1.8’ dan 2.5’.Ia sebenarnya storage yang dikira baru. Tetapi teknologinya hampir sama dengan Ram. Yang bagusnya SSD ni lebih laju iaitu 654MB/Persaat kelajuan menulis dan 712MB/Persaat membaca. Antara kelebihannya ialah SSD ini menjimatkan bateri jika dipakai pada laptop. Walaubagaimana pun, kegunaan SSD ini belum meluas kerana harganya yang terlalu mahal.
Pembangunan yang pesat terutamanya teknologi memberikan perubahan yang besar kepada kita. Antara yang menjadi ikutan sekarang adalah yang sulit ditonjolkan bagi tatapan umum. Terperanjat dengan gambar yang diterima melalui email, Afiq paparkan untuk renungan semua.
Afiq pun tidak faham mengenainya, maklumlah Afiq kan bujang teruna trang tang tang lagi. So tak tahu lah nak gambarkan bagaimana.
Persoalannya? Adakah tuala wanita ini dapat ditonjolkan seperti Seluar dalam?
Maaf jika ini agak keterlaluan. Sekatar mencari jawapan untuk mengisi ilmu didada.
Anti Virus ini sebenarnya merupakan software penting yang mesti ada didalam Pc korang. Zaman Global yang cangih ini, virus dah terlalu cangih sehinggakan mampu merosakkan sistem Pc korang. Bukan setakat kehilangan file2 penting, tetapi juga menjahanamkan OS dan Pc. Ambil lah langkah berjaga2 untuk menjaga Pc ini dari sebarang ancaman.
Anti virus ini pula ada pelbagai jenis dan beribu2 banyaknya dipasaran. Jenis Anti virus ni juga mengikut spec dan kepengunaannya dalam sistem yang korang pakai. Sebagai contoh, sebahagian anti virus ini juga mengkhaskan mengikut Os tertentu. Bukan boleh main install je. Anti virus juga biasanya mengakses bahagian sistem dalam Os, dan kerosakan pada file Anti virus juga akan merosakkan sistem Os atau Windows. Biasanya ini terjadi semasa meng install anti virus yang tidak sesuai kedalam Pc. So korang kena berhati3 dalam memilih anti virus mana yang sesuai.
Disebabkan Afiq baru mengunakan Os Windows 7, dan anti virus yang Afiq review juga berkaitan Win 7 lah. Mula3 Afiq lepas install Win 7, Afiq gunakan anti virus Kaspersky Anti-Virus Windows Workstations 6.0 MP 4 yang memang dikhaskan untuk Win 7 ni. Tetapi lepas 1 minggu mengunakan, Afiq baru perasan yang anti virus ini berat sebab mengunakan CPU usage yang tinggi. Mungkin jika spec Pc korang tinggi, korang tak perasan atau tiada sebarang masalah mengunakannya.
Altenatifnya, Afiq skang mengunakan Bitdefender Internet Security 2010 yang mengunakan Ram Memory untuk berfungsi. Jadi hanya sedikit CPU usage digunakan dan menjadikan Pc korang lebih laju dan teratur. Pengunaan anti virus ini sesuai sekiranya korang mengunakan Ram yang tinggi atau ada lebihan Ram. Cara mana nak tgk, korang pergi kat Windows Task Manager, tgk dalam performance. Atau mudah klik je Ctrl+Alt+Delete. Kalau ada lagi free memory dalam ram tu, boleh lah guna.
Berikut 10 Antivirus Terbaik 2009 yang dikeluarkan oleh TopTenREVIEWS:
Peringkat 1 : BitDefender Antivirus (www.bitdefender.com)
Peringkat 2 : Kaspersky Anti-Virus (www.kaspersky.com)
Peringkat 3 : Webroot Antivirus (www.webroot.com)
Peringkat 4 : ESET Nod32 (www.eset.com)
Peringkat 5 : AVG Anti-Virus (www.avg.com)
Peringkat 6 : Vipre Antivirus & Antispyware (www.vipreantivirus.com)
Peringkat 7 : F-Secure Anti-Virus (www.f-secure.com)
Peringkat 8 : Trend Micro (www.trendmicro.com)
Peringkat 9 : McAfee VirusScan (www.mcafee.com)
Peringkat 10 : Norton AntiVirus (www.symantec.com)
Senarai ini dikeluarkan berdasarkan pencapaian Kelajuan, Update dan kepengunaan. Yang tertinggi adalah BitDefender dan Kaspersky kerana dua syarikat anti virus ini sangat cepat dalam mengupdate data Virus yang baru. Adakalanya setiap 2 jam dia akan auto update. Kepantasan update ini lah yang melayakkan kedua produk ini harus korang gunakan bagi menjaga keamanan PC yang dicintai. Taniah kepada semua syarikat anti virus yang bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan membasmi kuman ini, walaupun Afiq tahun korang jugalah yang membuat Virus tersebut.
Pilihlah Anti virus yang sesuai mengikut pengunaan anda. Sekiranya nak berjimat cermat, cari lah crack software untuk anti virus tersebut. So korang leh download je kat internet tanpa beli. Jimat duit dan jimat masa.
Hari ni Afiq berpulun mengemas rumah dengan adik. Punggah segala macam yang ada dalam katil ni. Hasilnya banyak lah barang yang perlu dibuang. Kemas punya kemas, terjumpa lah barang2 lama yang Afiq rasa masih ada lagi nilai nya. Iaitu lampu belakang Kereta Satria.
Satria dalam kenangan
Kereta Satria Afiq ni sebenarnya dah lama takde. Dah jual pada tahun 2007. Sebabnya tak ada orang nak pakai. Masa nak jual tu memang lah sedih, maklumlah kereta kesayangan. Dan duit pun banyak dilaburkan. Tapi lebih sedih kalau tengok kereta tu terbiar buruk sebab tak ada orang pakai kan?
Lampu belakang ini pula (Tail Lamps) di ganti selepas kemalangan dengan perempuan gila yang menyondol bontot Satria ini. So yang belah kanan retak tapi belah kiri masih sangat baik. Disebabkan lampu ni ori, nak ganti sebelah je pun dah mahal, so Afiq beli lah satu set yang lain dan yang murah. Yang lama tersimpan rapi sehingga lah hari ni.
Bagi sesiapa yang berminat tu, boleh lah tengok3. Hubungi je Afiq dari blog ni. Harga start dari Rm50. Memang dah murah sangat lah tu. Kalau cari kat kedai potong pun sebelah je dah 100++. Sangat berbaloi kalau korang beli.
Setelah beberapa hari mengunakan OS Windos 7 ini, Afiq nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenainya. Memang tidak dinafikan Os sebelum ini iaitu Vista terlalu banyak memberikan masalah kepada penguna. Dan masalah yang paling utama adalah terlalu berat untuk Prosesor yang kecil terutama CPU yang lama. Vista juga memerlukan kapasiti Ram sekurang2nya 2GB dan Prosesor 2GHz. Mungkin disebabkan aduan penguna, Bill Gate serta anak beranaknya mendengar dan membuat pembaharuan kepada Os ke tujuh ini dengan mementingkan kelajuan serta prestasi yang baik.
Os win 7 ini hanya memerlukan 1Gb ram dan 1GHz Prosesor sekurang-kurangnya untuk beroperasi dengan baik. Tetapi Afiq juga telah mencuba kepada Laptop lama yang mengunakan 512Ram. Alhamdulillah berjalan lancar. Secara kesimpulannya, jika Pc atau Laptop yang dulu mengunakan Os Win Xp, tiada masalah untuk beralih kepada Windows 7. Tak kiralah apa pun spec CPU anda yang lama. Jadi tidak perlu risau.
Untuk meng Install Os ini, Afiq hanya mendownloadkan saja dari http://www.tinydl.com/software/59020-microsoft-windows-7-ultimate-x86-x64-oem-dvd.html. Jadi jimatlah Rm8 untuk membeli DVD. Bagi yang nak mudah tu, cari je lah DVD yang berlambak dijual dipasaran gelap. Lagi pun Afiq rasa Bill Gate (cukai pintu) tu dah cukup kaya untuk membolehkan kita mencetak rompak Windows dia ni. Sebenarnya Windows 7 ini belum lagi dipasarkan, cuma boleh didapati secara online dari Microsoft. Kemungkinan selepas dipasaran Malaysia, harganya mungkin sama dengan harga Vista iaitu Rm105 untuk Starter Ed dan Rm300++ untuk Premium. Afiq pun telah kerugian yang amat besar setalah mengunakan Xp ori berharga RM300 dan guna cuma tak sampai 2 bulan.
Untuk install Os ini, boleh dilakukan dari Windows Explorer je, jadi tak perlu korang susah3 nak boot Program ini untuk install. Jadi sangat senang, macam nak install software Word. Cuma sebelum install tu, korang perlu lah backupkan file3 yang penting dulu. Cari lah mana3 pen drive. Atau yang mempunyai 2 partition hard drive tu, tranfer je dalam partition yang free. Lepas dah backup, korang terus je installkan.
Untuk yang mengunakan OS Windows 7 Ultimate macam Afiq, korang boleh download crack di Justkhai. Tapi Afiq tak pula mengunakan crack sebab lepas update je, windows Afiq install terus Activate. Mungkin terus upgred kot sebab Xp Afiq guna tak sampai 2 bulan. Soal driver pula korang tak perlu risau. Terus update driver sebab microsoft dah janji OS ini auto Detect semua driver dalam CPU korang. Jadi install Win 7 ini lebih mudah dari install XP.
Bila dah install Os, barulah korang download balik software3 yang penting contohnya firefox dan Ym. Dan windows korang boleh digunakan sepenuhnya. Install Os baru atau Format Windows ni tak susah pun sebenarnya, cuma korang perlu sedikit keberanian menangung kerosakan PC kesayangan korang. Dari korang kena bayar kat kedai sampai RM70, baiklah korang cuba buat sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat tu, baru hantar kedai. Sekurang2nya kita mencuba dulukan?
Untuk pengetahuan korang, Afiq Install Os Win 7 ini kepada lappy Afiq yang baru tu. Yang namanya putih macam dalam entri yang lepas. Segalanya berjalan lancar. Sehingga lah entri ini ditulis, Os Win 7 lah yang Afiq gunakan. Ternyata mengunakan nya sangat teruja sebab Win 7 ni Combination Vista (graphic) + XP (performance). Sangat chantek!
Dan yang paling menarik mengunakan Os Win 7 ni, wallpaper slideshow. Maknanya, korang boleh guna seberapa banyak gambar untuk wallpaper dan dia akan bertukar-tukar sendiri mengikut masa yang korang set. Canggih tak?
Untuk Software3 lain pula tiada perubahan besar. Yang mana boleh run dalam Vista, semua boleh run dalam Win 7. Jadi tak perlulah risau. Jadi korang lepas ni bertukarlah kepada Os Win 7. Kalau nak beli Laptop atau Pc baru tu, lupakan lah Vista yang akan merugikan duit korang sebanyak RM300. Selamat Mencuba!
Ni Afiq nak cite lah satu peristiwa, kalau dah terlalu workaholic sambil sahur pun boleh wat keje. Korang tengok lah gambar ni, sambil3 sahur, sambil meeting. Cerita perancangan untuk masa hadapan. Tahun 2012. Gile advance lah kan?
Ni bincang ape ni? Nak wat program ke gosip3 ni? Huhu..bulan pose tau ni..
Serius skit lah masa meeting..baru cepat berjayakan? Ni dah sahur ke belum? Kalau lapar, otak pun jem!
Ok, kalau kita nak cerita pasal workaholic ni kadang3 macam-macam boleh jadi. Lebih-lebih lagi kalau dah rajin tahap gila babannya. Dibulan yang Mulia ini elok lah kita rajin melakukan perkara yang berfaedah. Dan jangan lah melakukan perkara yang mungkar itu seperti merempit.
Afiq pun pelik lah, kat melaka ni bila bulan puasa je, Mat3 rempit mula nak mengila. Ape korang ingat korang nak mati dan terlepas dari siksaan kubur? Yerlah, mati dibulan Ramadhankan mendapat rahmat terlepas dari siksaan kubur. Tapi itu untuk orang yang beramal saja, mat rempit banyak amal ke? korang dah terlebih rajin eh?
Bagi Afiq plak, nak kata terlalu rajin tu tidak lah. Tetapi kadang3 kalau dah terlalu rajin, banyak perkara pelik yang dilakukan. Contoh nya semalam install Windows 7 punya pasal, sampai dah terlepas sahur.
Dah habis download, bersusah payah plak nak install. Benda baru, so cara dia pun belum mahir. Dah berejam3 try baru boleh. Akhirnya terinstall lah juga. Tapi kat laptop lama. Sebab nak test dulu ok ke tak, baru masuk kat putih nanti. Tapi rasa macam sayang pula nak buang XP ni, bukan ape, beli jer dah Rm300++. Pakai tak sampai 2 bulan. Rugi tak?
Tapi yang Afiq kagumnya, OS Windows 7 ni tak memerlukan spec dan ram yang tinggi untuk install dan guna. Tak macam vista yang lembab dan berat. Jadi untuk yang nak beli laptop atau pc baru tu, hentikan membeli Vista. Beli Windows 7 ni, tak pun kalau belum releast dipasaran beli jer cetak rompak. Sangat menjimatkan dan berbaloi.
Bagi penguna XP plak, mungkin sudah sampai masanya untuk korang berubah ke OS yang baru. Jom pakat reramai pakai windows 7! Sape yang nak suruh Afiq install tu, takde masalah cuma sediakan Rm20 je eh. Boleh Afiq buat beli baju raya.
Memandang sekarang bulan Puasa dan sangat tidak sesuai jika kita pergi menonton wayang. So cari lah altenatif lain untuk menonton. Salah satu cara adalah mendownload movie-movie baru dari internet. Tapi ramai yang tak tahukan? So hari ni Afiq kongsikan bagaimana korang dapat menjimatkan wang membeli DVD haram @ cetak rompak sebanyak Rm8 untuk satu movie.
Kalau search kat google dengan keyword "Free Download Movie", terlalu banyak link dan kebanyakannya tak boleh pakai. Cakap free, tapi bila nak download kena bayar kan?
Website yang pertama http://www.syok.org/ : Korang hanya perlu sign up sekali dan boleh terus download movie3 yang ada dalamnya. Sangat banyak sehingga korang perlukan masa sekurang3 menonton terus selama 3 bulan tanpa henti.
Website kedua adalah http://asamboi.org/selambe/ : mamat ni paling rajin mendupload movie3 baru, baik holiwot, boliwot, malaywot, indowot, wotwot semua ada. Korang search je kat sini.
Website terakhir http://www.beck007.com/ : yang ni pun sama, cuma yang ni kurang malaywot dan indowot..
Sebenarnya banyak lagi blog atau website yang menyediakan perkhidmatan mendownload free ni, cuma korang je yang perlu rajin mencari. Dan untuk pengetahuan korang juga, ada berapa software yang perlu ada untuk menonton movie3 yang didowload ini. Antaranya ialah :
http://www.real.com.au/ : Real Player, sebab kebanyakan movie tersebut mengunakan format real ini. Korang download jer basic player yang tak perlu bayar dan boleh digunakan pada bila3 masa.
http://www.gomlab.com/ : Gom Player, kerana player ini mempunyai kebanyakan plugin format video3 tadi. so amat berbaloi korang download. Dan yang paling utama, ianya adalah Free!
http://www.freebyte.net/download/hjsplit.zip : Hj-Split, sebabnya kebanyakan movie yang diupload akan diasing kan kepada beberapa bahagian atau part. Sebabnya untuk memudahkan download. So bila dah download semua part, kena lah cantumkan semula. File tersebut akan diakhiri dengan *.001, *.002, *.003 mengikut jumlah part. 1) buka software Hj-Split yang telah di download tadi, klik pada JOIN. 2)pilih input file 3)pilih file mana yang nak dijoin, pastikan kesemua file3 tersebut didalam satu folder! 4)lepas tu tekan Start 5)tunggu sampai complete. Masa bergantung kepada saiz file tersebut. 6)dah selesai semua, korang extract guna WinRar untuk file tersebut. WinRar 3.80 : gunanya untuk extract file yang di compresskan. file movie yang berakhir dengan *.rar perlu mengunakan software ini.
So untuk korang semua, selamat menonton! Jangan lupa nanti belanja Afiq pop corn eh.
Ok hari ni nak cerita pasal Lappy atau Laptop baru Afiq. Sebenarnya takde lah baru sangat pun. Dah 2 minggu lebih umurnya. Cerita ni pun bukan lah nak bagi tahu satu dunia yang Afiq beli laptop baru, cuma nak kongsi lah dengan korang mana lah tahu boleh berguna untuk yang sedang mencari laptop tu.
First skali nama dia Putih. Si Dia yang bagi nama tu. Sangat sweetkan? Padan lah dengan kecomelan Putih dengan Tuan dia yang tak berapa nak putih tu.hahaha.. Putih telah Afiq beli masa PC Fair hari tu 8/8/2009 kat Mahkota Parade Melaka. Harga? Lebih kurang dengan laptop2 yang lain dan tak perlulah Afiq tuliskan. Cuma si Putih ni mempunyai beberapa keistimewaan yang membuatkan Afiq terpegun.
Model : BenQ Joybook Lite U101 CPU : Intel® Atom™ Processor N280 1.66 GHZ Operating System : Genuine Windows® XP Home Chipset : Intel® GMA950 Graphics : Intel® GMA950 (of DirectX 9.0 capability) Memory : DDRII-533 2GB Hard Drive 1HDD : 160 GB (5400RPM - SATA) Screen Size : 10.1" WSVGA (1024x576) .16:9 LED backlight .UltraVivid widescreen display with 200nits .Response Time:8ms Resolution : WSVGA (1024x576) Brightness : 200 nits I/O Ports : USB 2.0 x3 ‧RJ-45 Ethernet port x1 ‧D-Sub port x1 ‧DC-IN x1 ‧Microphone-in x1 ‧Headphone-out x1 Battery : 6-cell Lithium-Ion Battery, 53.28WHr (2400mAH);approximately 8hrs duration*
* This battery life is estimated (under BatteryMark V4.0.1) with SSD and when the power-saving mode is on. The actual battery life may vary with different operating conditions and settings. Communications/Networks : LAN:Built-in 10/100 Ethernet ‧Wireless LAN: 802.11 b/g ‧Bluetooth: Built-in Rev. 2.0/ EDR (option) Card Reader : 4-in-1 card reader: MS/MS-Pro/SD/MMC Audio : Built-in 1.5W speaker x2 ‧Built-in Microphone x1 ‧Soundsystem x 2 channels (1) Sound Blaster Pro Compatible (2) HD Audio (3) Noise Suppression & Echo Cancellation supported Software : Anti-Virus Software .QData Trove 3.1 .Adobe Reader 8 .Adobe Flash Player 9 Active X .Arcsoft WebCam Companion 3.0 .Magic-I Visual Effect 2 .QHotkey Mgr
* For Windows operating system only. Dimensions : 258 x 189 x 28 (front) ~ 32 (rear) mm Weight : 1.1 kg(with 3-cell battery) Accessories (Standard) : Built-in 1.3-megapixel webcam
Ok..yang istimewa bagi Afiq tentang putih ini adalah sebab dia Ringan dan Sangat Comel. Berat lebih kurang 1kg berbanding laptop lain 2.4kg. Bukan apa, Afiq dah penat lah bawa laptop berat2 ni. Tercabut bahu nak pikul, so dengan adanya Putih yang ringan ini, tak terbatas lah Afiq nak berblog.
Yang kedua sebab memory dia 2Gb berbanding Laptop2 mini yang lain cuma 1Gb atau 512Mb sahaja. So Putih lebih laju berbanding kawan2 dia yang dari jenama lain. Korang jangan konfius plak, si Putih ni laptop mini atau NetBook, so kapasiti untuk letak Ram tak sama macam laptop korang yang besar bapak tu.
Dan yang paling membuatkan Afiq terus teruja nak beli, Putih dibekalkan dengan Battery 6 Cell dan tahan sehingga 8 Jam. Tapi biasanya dalam 5 jam jer kalau guna Wifi sambil2 dengan lagu. Kalau hanya standby, memang 8 jam, silap2 lebih dari tu. Antara model HP, DELL, ACER dan lain2 semuanya bagi battery 3 cell. So keistimewaan inilah yang membuatkan Afiq tak teragak2 untuk mengambil putih sebagai buah hati ku yang baru!
Warranty plak salama 2 tahun. So kesihatan Putih akan lebih terjamin. Dan akan lebih lama menjadi kekasih Afiq kan?
Ada yang mempersoalkan kenapa Afiq beli NetBook, sedangkan tak boleh main game, kecik, dan xada internal DVD. Dan kenapa mesti Putih? Jawapannya : Afiq tak main Games, tp game online boleh jer! Afiq suka yang comel2, sbb Afiq pun comel! DVD kat laptop lain dah ada dan boleh beli external kalau nak. Sebab apa Putih?Sebab cantik lah..Lagi pun Afiq kan putih sesuci kapas. hahaha..Korang yang mempunyai lappy itam legam tu tak payahlah nak hantar cat warna lain eh..
Dan akhir sekali, untuk pengetahuan korang entri ini ditulis pun mengunakan Putih. Terima kasih eh Putih kerana terus menjayakan blog tuan mu ini.