Anti virus ini pula ada pelbagai jenis dan beribu2 banyaknya dipasaran. Jenis Anti virus ni juga mengikut spec dan kepengunaannya dalam sistem yang korang pakai. Sebagai contoh, sebahagian anti virus ini juga mengkhaskan mengikut Os tertentu. Bukan boleh main install je. Anti virus juga biasanya mengakses bahagian sistem dalam Os, dan kerosakan pada file Anti virus juga akan merosakkan sistem Os atau Windows. Biasanya ini terjadi semasa meng install anti virus yang tidak sesuai kedalam Pc. So korang kena berhati3 dalam memilih anti virus mana yang sesuai.
Disebabkan Afiq baru mengunakan Os Windows 7, dan anti virus yang Afiq review juga berkaitan Win 7 lah. Mula3 Afiq lepas install Win 7, Afiq gunakan anti virus Kaspersky Anti-Virus Windows Workstations 6.0 MP 4 yang memang dikhaskan untuk Win 7 ni. Tetapi lepas 1 minggu mengunakan, Afiq baru perasan yang anti virus ini berat sebab mengunakan CPU usage yang tinggi. Mungkin jika spec Pc korang tinggi, korang tak perasan atau tiada sebarang masalah mengunakannya.
Altenatifnya, Afiq skang mengunakan Bitdefender Internet Security 2010 yang mengunakan Ram Memory untuk berfungsi. Jadi hanya sedikit CPU usage digunakan dan menjadikan Pc korang lebih laju dan teratur. Pengunaan anti virus ini sesuai sekiranya korang mengunakan Ram yang tinggi atau ada lebihan Ram. Cara mana nak tgk, korang pergi kat Windows Task Manager, tgk dalam performance. Atau mudah klik je Ctrl+Alt+Delete. Kalau ada lagi free memory dalam ram tu, boleh lah guna.
Berikut 10 Antivirus Terbaik 2009 yang dikeluarkan oleh TopTenREVIEWS:
Peringkat 1 : BitDefender Antivirus (www.bitdefender.com)
Peringkat 2 : Kaspersky Anti-Virus (www.kaspersky.com)
Peringkat 3 : Webroot Antivirus (www.webroot.com)
Peringkat 4 : ESET Nod32 (www.eset.com)
Peringkat 5 : AVG Anti-Virus (www.avg.com)
Peringkat 6 : Vipre Antivirus & Antispyware (www.vipreantivirus.com)
Peringkat 7 : F-Secure Anti-Virus (www.f-secure.com)
Peringkat 8 : Trend Micro (www.trendmicro.com)
Peringkat 9 : McAfee VirusScan (www.mcafee.com)
Peringkat 10 : Norton AntiVirus (www.symantec.com)
Senarai ini dikeluarkan berdasarkan pencapaian Kelajuan, Update dan kepengunaan. Yang tertinggi adalah BitDefender dan Kaspersky kerana dua syarikat anti virus ini sangat cepat dalam mengupdate data Virus yang baru. Adakalanya setiap 2 jam dia akan auto update. Kepantasan update ini lah yang melayakkan kedua produk ini harus korang gunakan bagi menjaga keamanan PC yang dicintai. Taniah kepada semua syarikat anti virus yang bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan membasmi kuman ini, walaupun Afiq tahun korang jugalah yang membuat Virus tersebut.Pilihlah Anti virus yang sesuai mengikut pengunaan anda. Sekiranya nak berjimat cermat, cari lah crack software untuk anti virus tersebut. So korang leh download je kat internet tanpa beli. Jimat duit dan jimat masa.
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya