Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Backup Gambar, Video dan Wall Facebook anda

Kitakan selalu dengan desas desus yang kata Mark (si Owner Facebook ni) nak tutup Facebook untuk selama-lamanya. Tapi tak tahu lah betul atau tidak, tapi kalau betul macam mana dengan semua gambar yang kita upload di facebook yang akan turut berkubur sekali.

 

Ramai yang tak sedar, secara tak langsung mereka banyak mengupload gambar-gambar kenangan mereka di facebook berbanding print dan simpan di album. Semua nya adalah visual dan bukan nya secara nyata. Dan gambar2 ni semua adalah kenangan yang mungkin tak boleh kita putarkan kembali.

 

Bayangkan yang start buka acc dari tahun 2005? Berapa banyak plak gambar dalam profile diaorg kan? Jadi sayang lah kalau gambar2 upload tu semua tak dapat dilihat balik.

 

Ok, bagi yang nak backup profile atau gambar, tak payah lah klik satu2 gambar lepas tu save. Bila nak sudah kan? Jadi cara yang lebih mudah Afiq akan tunjukkan disini. Backup semua gambar, video, noted dan wall. Mudah dan senang.

Klik pada gambar untuk besarkan

1

Pertama sekali, klik pada anak panah kecik pada hujung sebelah kanan Profile anda. Sebelah Home.

2

Klik Account Setting

3

Klik download a copy

4

Klik yang hijau tu

5

Klik Lagi Hijau tu

6

Kalau keluar macam ni maknanya permohonan anda berjaya. Cuma ambil masa sikit. Tunggu sampai dapat email.

7

Pada Account setting tadi akan keluar macam ini sampai lah ready untuk download. Lagi banyak gambar, lagi lama masa yang diambil. Boleh log out facebook korang atau tutup komputer. tak menjejaskan apa2.

8

Bila dah ready, korang akan dapat email mcm ni dan boleh terus klik link tersebut.

9

Masukkan password facebook korang dan klik continue. Akan keluar lah pop up download dan save kat mana korang suka.

 

File yang didownload akan keluar format zip atau rar. Bagi yang tak boleh buka tu, sila download software ni dulu www.rarlab.com

 

Oklah, sampai sini aje perkongsian Afiq yang mana semua Print Screen tu Afiq buat sendiri mengunakan Acc Facebook sendiri. Jadi yang nak share boleh cuma jangan buang watermark dan kredit ke www.permata-merah.co.cc.

Terima kasih..

Thursday, January 12, 2012

Kembali Menulis - 2011 penuh bermakna

Dah usang sangat rasanya blog ini tanpa diselengara sejak dari tahun lepas. Rasanya lepas Afiq berkahwin, terus sunyi sepi. Bukan bersara, tetapi tidak berkesempatan.

Oklah, terus cerita mengenai tahun 2011 yang telah berlalu 2 minggu yang lalu. Tahun 2011 adalah tahun yang cukup bermakna buat Afiq kerana tahun itu lah Afiq mendapat isteri dan juga anak.

Ya, Afiq Danial sudah menjadi ayah kepada Muhammad Aisy Ayman. Tak sangka kan? Masa berlalu cukup pantas, kadang2 kita semacam tidak percaya apa yang telah berlaku sekarang ini. Walhal, Afiq rasa macam baru semalam ambil keputusan SPM.

Walaubagaimana pun, Afiq rasa masih muda dan bersemangat remaja, mcm dulu-dulu. Cuma yang berbeza adalah cara kehidupan dan tngungjawab. Maklum lh dah ada Seorang Isteri dan Seorang anak sekarang.

Sebut pasal anak, Isteri Afiq selamat melahirkan beliau pda 12/12/11 jam 9.14malam. Alhamdulillah. Kini gnap 1 bulan umur Muhammad Aisy Ayman. Dari cerita panjang lebar, baik Afiq kongsikan gambar2. Melalui gambar menceritakan 1001 makna, betul tak?
Masa umur 1 hari. Berat lahir 3.5kg

Umur 1 hari

Umur 3 Hari

































Saturday, September 18, 2010

M. RAJOLI MENINGAL DUNIA (Update)

image

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

Sumber Berita Harian Online

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT. Pemergian arwah pastinya dirasai kerana bakat lakonan beliau sentiasa menjadi ingatan.

Sunday, May 2, 2010

Kem Sains & Matematik

KEM SAINS PEREMPUAN KEM SAINS3

Untuk tempahan Gambar, boleh hubungi 017-7941003.

Harga untuk saiz A4 = RM8

Harga untuk saiz 4R = RM2

 

Gambar-gambar program :-

Tuesday, February 2, 2010

Cerita tentang tunang

kami2

Kepak-kepak,gembung-gembung,Kepak-kepak,gembung-gembung… Akhirnya Majlis berjalan dengan lancar. Meriah nya tidak terkira..Tak sangka plak ramai yang hadir. Terima kasih kepada yang sudi memeriahkan Majlis.

Afiq mengharapkan semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

Tak ada apa nak cerita, cuma gambar yang menjadi tontonan. Kalau ada terkurang apa-apa, boleh lah bg komen yang membina.

 

Hantaran pihak Perempuan >

100_3665 100_3666  100_3668 100_3669 100_3670 100_3671 100_3672

 

Hantaran pihak Lelaki >

100_3762 100_3764 100_3765 100_3766 100_3767 100_3768 100_3769 100_3770 100_3771 100_3772

 

Gambar pengantin >

IMGA0782 Opszz..Tersasul…Bukan Pengantin, baru lesen L..