Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Backup Gambar, Video dan Wall Facebook anda

Kitakan selalu dengan desas desus yang kata Mark (si Owner Facebook ni) nak tutup Facebook untuk selama-lamanya. Tapi tak tahu lah betul atau tidak, tapi kalau betul macam mana dengan semua gambar yang kita upload di facebook yang akan turut berkubur sekali.

 

Ramai yang tak sedar, secara tak langsung mereka banyak mengupload gambar-gambar kenangan mereka di facebook berbanding print dan simpan di album. Semua nya adalah visual dan bukan nya secara nyata. Dan gambar2 ni semua adalah kenangan yang mungkin tak boleh kita putarkan kembali.

 

Bayangkan yang start buka acc dari tahun 2005? Berapa banyak plak gambar dalam profile diaorg kan? Jadi sayang lah kalau gambar2 upload tu semua tak dapat dilihat balik.

 

Ok, bagi yang nak backup profile atau gambar, tak payah lah klik satu2 gambar lepas tu save. Bila nak sudah kan? Jadi cara yang lebih mudah Afiq akan tunjukkan disini. Backup semua gambar, video, noted dan wall. Mudah dan senang.

Klik pada gambar untuk besarkan

1

Pertama sekali, klik pada anak panah kecik pada hujung sebelah kanan Profile anda. Sebelah Home.

2

Klik Account Setting

3

Klik download a copy

4

Klik yang hijau tu

5

Klik Lagi Hijau tu

6

Kalau keluar macam ni maknanya permohonan anda berjaya. Cuma ambil masa sikit. Tunggu sampai dapat email.

7

Pada Account setting tadi akan keluar macam ini sampai lah ready untuk download. Lagi banyak gambar, lagi lama masa yang diambil. Boleh log out facebook korang atau tutup komputer. tak menjejaskan apa2.

8

Bila dah ready, korang akan dapat email mcm ni dan boleh terus klik link tersebut.

9

Masukkan password facebook korang dan klik continue. Akan keluar lah pop up download dan save kat mana korang suka.

 

File yang didownload akan keluar format zip atau rar. Bagi yang tak boleh buka tu, sila download software ni dulu www.rarlab.com

 

Oklah, sampai sini aje perkongsian Afiq yang mana semua Print Screen tu Afiq buat sendiri mengunakan Acc Facebook sendiri. Jadi yang nak share boleh cuma jangan buang watermark dan kredit ke www.permata-merah.co.cc.

Terima kasih..

Friday, November 6, 2009

Adobe Photoshop CS4

Salam pagi Jumaat semua, walaupun pagi ni sedikit mendung tapi ceria dan kegembiraan tetap terasa bila mendengar kicipan burung-burung. Ceh wah, macam lah Afiq ni duduk dalam hutan kan. Padahal tingal rumah taman je. Tapi apa salahnya nak feel-feel pagi-pagi ni kan?

 

Sambil-sambil minum kopi, Afiq nak kongsi dengan korang semua tentang satu lagi software Adobe yang menjadi satu kemestian bagi Pakar-pakar grafik dan gambar iaitu Adope Photoshop. Mesti korang pernah dengarkan? Tapi tak semua orang tahu gunakan, Afiq sendiri pun baru dan masih belajar cara-cara nak edit Pic guna Photoshop ni. Kalau di ikutkan memang rumit nak belajar benda ni, tapi untuk ilmu apa lah salahnya kan? Belajar skit-skit, lelama pandai lah.

http://www.tritech-computers.com/store2/images/Academic%20Adobe%20Photoshop%20CS4%20Extended.jpg

Ok, step yang pertama sebelum memulakan proses editing, korang mestilah ada software nya dulu. Afiq ambil langkah mudah dan menjimatkan iaitu dengan mendownload dari website Adobe. Korang boleh download file ni kat

https://www.adobe.com/cfusion/tdrc/index.cfm?loc=en&promoid=EBYEU&product=photoshop 

atau kalau korang malas nak tunggu 3-4 jam, korang pergi lah beli DVD yang berharga RM8 tu. Lepas tu installkan nya dalam PC korang. Bagi yang download atau dah terbeli DVD yang tak ada RETAKAN (crack), pergi yang ni plak

http://rapidshare.com/files/267259159/CS4_Activation_Working_Admiral.rar

crack ini dijamin memberikan kepuasan yang teramat sangat dalam merompak software Adobe ni. So xpayahlah korang nak install setiap 30 hari.

 

Bila dah siap semua install, korang mestilah pandai gunakan? Kalau tak, buat berat harddisk korang je simpan software yang seberat 1.6GB ni. Lebih baik simpan game. Tapi sebenarnya, kalau nak pandai sesuatu perkara tu, korang kena banyak try n error. Lepas tu buat research sendiri kat google. Baru lah gemerlang, gemilang dan terbilang.

 

Kalau korang rajin skit, ikutlah cara Afiq yang super rajin ni iaitu kita berguru dengan yang pakar. Tak perlu buang duit beratus-ratus ringgit pergi kelas. Korang pergi kelas online je, FREE! Caranya korang download tutorial video ni.

http://www.tinydl.com/ebooks/96061-total-training-for-photoshop-cs4-extended.html

Ada 11 chapter kesemuanya yang memakan berhari-hari untuk belajar. Tapi kesannya korang akan pandai. Untuk pengetahuan korang, Afiq baru habis chapter 3,tapi dah boleh lah edit yang basic-basic. Best kan?

Ni semua chapter-chapter yang korang perlu belajar. Tutorial ni dalam format video dan lebih mudah untuk korang ikut.

Chapter 1: NAVIGATIONAL FEATURES (39 min) 1. Tour of the Photoshop CS4 Interface 2. Customizing Workspaces 3. Customizing Keyboard Shortcuts 4. Customizing File Menus 5. Arranging Documents & Navigation 6. More Options, Preferences & Presets


Chapter 2: USING ADOBE BRIDGE (47 min) 1. Managing Color Settings 2. Organizing Files 3. Batch Renaming & Generating a PDF Contact Sheet 4. Metadata, Keywords, Filters & Find 5. Creating a Panoramic Image Using Photomerge® 6. Creating a Web Photo Gallery 7. Exporting a PDF Slideshow


Chapter 3: TIME-SAVING TIPS (43 min) 1. Tips for Creating Print Documents 2. Tips for Creating Web Documents 3. Recording Actions & Creating a Droplet 4. Using the History Panel

Chapter 4: MAKING SELECTIONS (65 min) 1. Using the Pen Tool 2. Using the Marquee Selection Tools & the Magic Wand Tool 3. Removing a Background with Magic Eraser & Defringe 4. Using the Quick Selection Tool & Rening a Mask 5. Compositing 6. Using Channels to Save & Load Selections 7. Working with Pantone® & Other Spot Colors


Chapter 5: PAINTING & RETOUCHING (41 min) 1. Using a Custom Brush, Quick Mask Mode & Rotate Canvas 2. Using Channels for Complex Selections 3. The Healing Brushes, Creating Patterns & the Patch Tool 4. Using the Clone Stamp Tool & Clone Source Panel 5. Working with Layer Blending Modes 6. Changing a Color with the Color Blending Mode & an Adjustment Layer


Chapter 6: CREATING COMPOSITIONS (461 min) 1. Keyboard Shortcuts for Working with Layers 2. Keyboard Shortcuts for Transparency & Grouping 3. Combining Vector & Pixel Masks 4. Applying Blending Modes & Layer Styles 5. Saving Versions of Layer Comps 6. Creating Knockouts & Clipping Groups


Chapter 7: NON-DESTRUCTIVE EDITING (41 min) 1. Editing Smart Objects 2. Working with Smart Filters 3. Using Adjustment Layers with Smart Objects, Part 1 4. Using Adjustment Layers with Smart Objects, Part 2


Chapter 8: COLOR CORRECTION (43 min) 1. Understanding Color Settings 2. Removing a Color Cast by Adjusting Curves 3. Adjusting Curves, Hue/Saturation & Unsharp Mask 4. Correcting Skin Tone


Chapter 9: CREATING VECTOR ARTWORK (19 min) 1. Content-Aware Scaling & Creating Vector Text 2. Working with Custom Vector Shapes 3. Creating a Custom Shape from an Illustrator® Path


Chapter 10: CREATING IMAGES FOR THE WEB (30 min) 1. Optimizing Files 2. Slicing Images for the Web Using CSS or Tables 3. Creating Basic Frame Animations & Saving for the Web


Chapter 11: WORKING WITH 3D & ANIMATION (20 min) 1. Creating a 3D Sphere & Using the 3D Tools 2. Editing a 3D Texture 3. Animating 3D Objects 4. Exporting & Resizing an Animation 5. Credits

Hasilnya hari ni, Afiq dah edit satu gambar untuk dijadikan logo pada header blog ni, korang perasan tak? Ambik masa 30 minit je Afiq buat, tapi lepas ikuti tutorial ni lah. Software yang Afiq gunakan untuk background dan crop gambar ialah Adobe Photoshop ni. Lepas tu masukkan ballon dengan jadikan file GIF guna Photoscape.

 Untitled-1 Untitled-12 LogoPS 11 logo

Semuanya jadi lebih mudah jika ada skit ilmu. Korang pun apa lagi, jom kita belajar sama-sama guna Photoshop ni, tak kan masih lagi nak edit gambar guna Web Editor. Yang dah pandai tu, boleh lah korang ajar kan Afiq eh, atau boleh kongsi gambar-gambar yang dah edit.

Untitled-1

Sedikit tips dari Afiq, kalau korang nak cropkan beberapa gambar dalam image korang tu, pastikan korang kumpul dulu satu folder gambar apa yang nak pakai, nanti senang. Tak lah meraba-raba cari file di merata harddisk.

Bagi sape yang ada masalah dalam menginstall software ni, korang msg kat komen, Afiq akan cuba bantu yang termampu.

Friday, October 30, 2009

Tutorial : Duit dari Nuffnang

Salam pagi Jumaat semua, dipagi yang mulia ini Afiq rasa lebih baik Afiq kongsikan sesuatu yang berguna pada pembaca sekalian. Cara buat duit dari Nuffnang.
Memang ramai yang dah tau, tapi masih lagi ada yang belum tau kan? Dan ada gak yang masih lagi tak tau macam mana nak coding kan scrip nuffnang dalam blog.
Jadi langkah mudah, Afiq uploadkan file Tutorial ni yang Afiq baca supaya korang leh ikut sekali. Korang download dan baca dulu eh.
Klik sini
Tutorial E-Book edisi BM
|Langkah demi Langkah|

>Download<
Sedikit maklumat yang Afiq tau tentang nuffnang ni adalah mereka kira berapa banyak iklan yang terpapar di blog korang, dan di klik. Biasanya dibayar pada setiap hari Isnin. Blog Afiq pun tak lah banyak sangat dapat dari nuffnang ni, tetapi adalah juga hasilnya. Siapa nak bagi kita duit free kan walaupun RM1. Betul tak?
cats1
Koranf kumpul3 kan setiap minggu, lama-lama nanti jadi lah banyak dan bila dah cukup RM50, boleh cashoutkan. Nanti diaorang hantar cek ke rumah. Lepas tu boleh lah belanja Afiq KFC kan?
Kalau ada apa-apa masalah berkenaan Tutorial yang korang download tu, boleh lah tanya kat Afiq. Nak komen pun boleh atau lagi senang, YM je Afiq. Afiq sedia membantu tp dengan syarat nanti bila dah dapat Cek, belanja KFC tau.

Tuesday, October 20, 2009

Adakah Antivirus anda berfungsi?

http://teknologinformasi.blog.telkomspeedy.com/files/2009/04/antivirus.gif

Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.
Copy kod di bawah di dalam notepad.


X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)


Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti Afiq, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.


Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.


File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.


Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).

 

Selamat Mencuba!

Saturday, September 26, 2009

Tutorial : Windows 7

http://www.lifehacker.jp/081110windows7installerheader.jpg

Setelah beberapa hari mengunakan OS Windos 7 ini, Afiq nak kongsikan kepada pembaca sekalian mengenainya. Memang tidak dinafikan Os sebelum ini iaitu Vista terlalu banyak memberikan masalah kepada penguna. Dan masalah yang paling utama adalah terlalu berat untuk Prosesor yang kecil terutama CPU yang lama. Vista juga memerlukan kapasiti Ram sekurang2nya 2GB dan Prosesor 2GHz. Mungkin disebabkan aduan penguna, Bill Gate serta anak beranaknya mendengar dan membuat pembaharuan kepada Os ke tujuh ini dengan mementingkan kelajuan serta prestasi yang baik.

Os win 7 ini hanya memerlukan 1Gb ram dan 1GHz Prosesor sekurang-kurangnya untuk beroperasi dengan baik. Tetapi Afiq juga telah mencuba kepada Laptop lama yang mengunakan 512Ram. Alhamdulillah berjalan lancar. Secara kesimpulannya, jika Pc atau Laptop yang dulu mengunakan Os Win Xp, tiada masalah untuk beralih kepada Windows 7. Tak kiralah apa pun spec CPU anda yang lama. Jadi tidak perlu risau.


Untuk meng Install Os ini, Afiq hanya mendownloadkan saja dari http://www.tinydl.com/software/59020-microsoft-windows-7-ultimate-x86-x64-oem-dvd.html. Jadi jimatlah Rm8 untuk membeli DVD. Bagi yang nak mudah tu, cari je lah DVD yang berlambak dijual dipasaran gelap. Lagi pun Afiq rasa Bill Gate (cukai pintu) tu dah cukup kaya untuk membolehkan kita mencetak rompak Windows dia ni. Sebenarnya Windows 7 ini belum lagi dipasarkan, cuma boleh didapati secara online dari Microsoft. Kemungkinan selepas dipasaran Malaysia, harganya mungkin sama dengan harga Vista iaitu Rm105 untuk Starter Ed dan Rm300++ untuk Premium. Afiq pun telah kerugian yang amat besar setalah mengunakan Xp ori berharga RM300 dan guna cuma tak sampai 2 bulan.

Untuk install Os ini, boleh dilakukan dari Windows Explorer je, jadi tak perlu korang susah3 nak boot Program ini untuk install. Jadi sangat senang, macam nak install software Word. Cuma sebelum install tu, korang perlu lah backupkan file3 yang penting dulu. Cari lah mana3 pen drive. Atau yang mempunyai 2 partition hard drive tu, tranfer je dalam partition yang free. Lepas dah backup, korang terus je installkan.

Untuk yang mengunakan OS Windows 7 Ultimate macam Afiq, korang boleh download crack di Justkhai. Tapi Afiq tak pula mengunakan crack sebab lepas update je, windows Afiq install terus Activate. Mungkin terus upgred kot sebab Xp Afiq guna tak sampai 2 bulan. Soal driver pula korang tak perlu risau. Terus update driver sebab microsoft dah janji OS ini auto Detect semua driver dalam CPU korang. Jadi install Win 7 ini lebih mudah dari install XP.

Bila dah install Os, barulah korang download balik software3 yang penting contohnya firefox dan Ym. Dan windows korang boleh digunakan sepenuhnya. Install Os baru atau Format Windows ni tak susah pun sebenarnya, cuma korang perlu sedikit keberanian menangung kerosakan PC kesayangan korang. Dari korang kena bayar kat kedai sampai RM70, baiklah korang cuba buat sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat tu, baru hantar kedai. Sekurang2nya kita mencuba dulukan?


Untuk pengetahuan korang, Afiq Install Os Win 7 ini kepada lappy Afiq yang baru tu. Yang namanya putih macam dalam entri yang lepas. Segalanya berjalan lancar. Sehingga lah entri ini ditulis, Os Win 7 lah yang Afiq gunakan. Ternyata mengunakan nya sangat teruja sebab Win 7 ni Combination Vista (graphic) + XP (performance). Sangat chantek!

Dan yang paling menarik mengunakan Os Win 7 ni, wallpaper slideshow. Maknanya, korang boleh guna seberapa banyak gambar untuk wallpaper dan dia akan bertukar-tukar sendiri mengikut masa yang korang set. Canggih tak?

Untuk Software3 lain pula tiada perubahan besar. Yang mana boleh run dalam Vista, semua boleh run dalam Win 7. Jadi tak perlulah risau. Jadi korang lepas ni bertukarlah kepada Os Win 7. Kalau nak beli Laptop atau Pc baru tu, lupakan lah Vista yang akan merugikan duit korang sebanyak RM300. Selamat Mencuba!