Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Bila kehidupan bermula

image

 

Terbuka sahaja mata kita, melihat cahaya yang  menerangi keindahan alam ini. Hakikat sebuah kehidupan yang kita akan lalui sejak dilahirkan. Itu lah yang menjadi lumrah bila kita bergelar manusia.

Afiq pun begitu, memang telah ditakdirkan segala-galanya setiap apa yang berlaku didunia ini. Membesar dan mengirup kehidupan, sekali-sekala menempuh noda dan liku-liku. Sukar dibayangkan apa yang akan berlalu, kerana itu bukan kuasa kita.

Bila difikirkan semula, pernahkah kita terbayang apa yang akan kita lalui hari ini? Soal jodoh pun begitu. Bila sampai satu masa, barulah kita mengetahui, dialah yang menjadi Isteri. Sebagai manusia yang hina dina, kita tidak mampu untuk menentukan masa depan kita bila semua itu telah ditakdirkan, hanya doa sahaja dipanjatkan agar semuanya seperti diminda.

100_3545

Saat dahulu bila kita mula mengenal jalan-jalan kehidupan, semuanya nampak terang. Tapi bila semakin lama kita berjalan, semakin banyaklah laluan yang kita akan kelihatan. Akhirnya kita akan membuat satu saja pilihan untuk terus ke jalan yang benar hingga akhir hayat.

Apa yang Afiq harapkan, liku hidup ini tidak lah perlu terlalu curam agar perjalanan itu akan sentiasa lancar hendaknya. AMIN..

………………………………………………………………………………………………………….

Bila dah terlalu lama tidak menulis ni, Afiq rasa sedikit kekoh. Blog pun dah penuh bersarang. Yer lah, memandangkan Afiq sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti, Blog ini sedikit terpinggir. Tetapi tidak lah Afiq bermaksud utk lupakan kalian semua sebagai pembaca. Mungkin entri selepas ini lebih banyak kepada info daripada puitis bahasa. Yang penting, ia bermakna untuk kita semua.

Friday, September 25, 2009

Biar orang kata

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigbnukz6nqGMAs5fUcMpnINiXtXCz8ztGtEkcEya8_5_3lcEAM41ZtwzeIBzABEjgYQBEiULH9pp9pqfD20w0dW1XTj1MJQ9aCHpYj_AwRyeJsllE91jKTBJRfPD84Xg7oozrcANwkolVC/s400/mencaci+mengumapat+memaki+mengutuk.jpg
Di warung-warung gebang, dosa seharian diraih sebanyak-banyaknya. Cukup dibayar kopi satu cawan! Lumba-lumba bentang berita terkini. Serakah tokoh kebencian, tanpa bukti tanpa saksi. Cerita lipur lara pelosok mukim. Sensasi dilukis sebegitu hina. Potret jalang artis manis pula dijual, dengan fitnah dan rempah tambah berbekalkan sebaris gosip cinta, dan secebis prasangka.

Peluru caci, tembakan nista, berpuing-puing membedil wibawa. Dosa dipentas siasah tampak suci. Dibalut dengan keharusan fatwa spontan. Lupa dia pada karaman katibin. Disebalik tabir kota malam. Kerana selengara dosa lebih enak, dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang mereka hatinya telah buta. Pada azab sengsara neraka.

Mengata terus mengata, mencaci dan memaki. Biar bertimbun, melimpah ruah sampai ke penuh satu lautan. Biar sampai dosa itu keneraka, bertukar menjadi pahala kesyurga kepada mangsanya.

Yang membenci, jangan terus mendengki. Kita masing punya hati, laluan hidup sendiri. Kata ini seikhlas hati, dari manusia yang minta simpati.

Friday, July 24, 2009

Bila Diburu Kenangan


Untuk makluman semua, Afiq telah delete acc Friendster tadi. Maaflah pada kawan2 lama yang mengenali Afiq. Pada Afiq acc FS itu tidak lagi diperlukan. Dan terlalu banyak kenangan yang perlu dipadamkan. Cukup lah sekarang dengan Facebook. Kawan2 baru dan dunia yang baru..

Untuk pengetahuan korang, ingatan Afiq mungkin dah hilang untuk mengenangkan kisah silam. Sampaikan kadang2 Afiq terlupa yang dulu pernah menyayangi seseorang setulus hati. Yang Afiq tahu sekarang adalah masa hadapan. Dan Afiq macam dah jadi orang baru, tak sama seperti 5 tahun dahulu. Masa itu telah mencorakkan perubahan dalam hidup ini.

Sampai bila kan nak dihantui dengan kenangan masa2 dulu kan? Apa yang Afiq pelajari dari masa lampau, "sayangi insan yang kita sayang perlu ada batas dan hadnya". Sayangi lah orang yang kita sayang dengan berpada2. Jangan kerana terlalu sayang dan menjaga kepentingan orang lain, diri sendiri terabai. Lebihkan setia dari cinta. Kalau seimbang lagi bagus.

Memang Afiq pernah dilukai dulu, tapi tak bermakna Afiq tidak boleh menerima kehadiran orang baru. Afiq pun ingin mencari kebahagian dan kasih sayang dari seorang perempuan. Afiq pun mahu mencintai dan dicintai. Tapi biarlah bidadari itu datang betul3 kerana keikhlasannya. Tak perlu Afiq taburkan janji atau segala2nya untuk merebut cinta. Biar cinta itu datang dengan ketentuan Ilahi..

Mungkin kah hati Afiq berbunga kembali?

Untuk apa kita bertemu..
Jika hanya penuh derita ..
Kepedihan dihatiku..
mendayukan bicara asmara..
Kering layu bagai daunan..
Yang menitih sekilas usia..

Terkuncilah mimpi bertahun ..
Dalam suram malam gelita..
Menantikan embun pagi
Menitiskan wangian kasturi..
Keluhuran benih cinta..
Merantai ingatan..
Kenangan masa silam..

Dirimu diriku..
Pernah bernama kekasih..
Apa mungkin kau dan aku..
Melayarkan bahtera impian..
Walau pernah kehilangan..
Tanda cinta pedoman setia..

Bicaramu sentuhanmu kasih..
Menghangatkan kenangan..
Namun hati yang terluka ini..
Mengunci perasan hati..
Untuk aku bercinta lagi denganmu..

Apa mungkin kau dan aku..
Melayarkan bahtera impian..
Walau pernah kehilangan..
Tanda cinta pedoman setia..

Bicaramu sentuhanmu kasih..
Mengenangkan dan kenangan..
Namun hati yang terluka ini..
Mengunci perasan hati..
Untuk aku bercinta lagi denganmu..

Tuesday, July 21, 2009

Pujangga Si Biru

Tubuh sasa kini layu,
memandang jauh disana,
katanya juga telah kelu,
bila hati terduga

Si Biru,
menjerit tak bersuara,
berkata tak didengar,
merintih tak dihirau,
menangis ia sepi.

Si Biru,
mencari sinar bahagia
mencari senyum gembira
mencari hidup sempurna
mencari cinta setia

Bila mencari malam,
Datang pula siang,
Bila saat hitam,
Datang pula terang.

Biru, carilah Sang Merah,
Disitu ada sakti,
Biarlah sampai berdarah,
Mencari jawapan pasti.

Si Biru dan Si Merah,
Sama-sama mencari,
Si Biru dan Si Merah,
Semoga mereka akan abadi.

***************************************************
Dikesempatan ini juga Afiq nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat, Akmal dan Kembarnya Din. Taniah umur berdua kamu telah meningkat kepada 22tahun. Tak sangka eh, kamu sudah lebih tua dari Afiq..ahak.. Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki..Amin..

Kepada yang berpuasa, Anda tidak digalakkan merenung
Gambar ini..Sekian..

Monday, June 29, 2009

Mimpi Mimpi

http://www.freewebs.com/widya/Mimpi.jpg
Baru semalam bermimpi
Dia muncul lagi
Datang seribu erti
Terpaut pada hati

Senyum itu ceria
membunuh segala duka
lupa pada yang tiada
Hidup seperti baru bermula

Kata, gelak dan tawa
mungkin bukan apa
hati cepat prasangka
sedarlah ia cuma
teman biasa
bukan untuk jatuh cinta

Jangan, jangan curiga
teman ini memang mesra
walau hati terduga
nasib belum tahu tiba
mulut memang tak terkata
kelu diam seribu bahasa

Mata memandang
hati merasa
akal terbayang
lidah berdusta jua

Pada satu titik
Hati Dah mula terdetik
Suara pula tidak memekik

Biarlah,
Yang mimpi tetap mimpi
Jangan terus mencari
Nanti hati mati lagi
Takdirkan itu sudah pasti!

Tuesday, May 26, 2009

Engkau, ini aku pinta!


Bila aku dihina, syukur aku panjatkan ke Ilahi. Sesungguhnya masih ada lagi yang mengingati Ku.


Bila aku dibenci, doa aku pinta dari Ilahi. Sesungguhnya kemuliaan itu bukan pada insan hina ini.


Semua manusia tidak akan ada rasa yang sama, Ada yang Suka dan juga yang membenci.


Aku bahagia bila kau tiada,

cukuplah, selamat tingal derita,

jangan kau keruhkan suasana,

yang aku telah cipta.


biar aku dgn hidup ku,

jangan lah kau mengangu,

engkau-engkau, Aku-aku,

jgn kau keji aku!


biar apa aku buat,

biar apa aku catat,

tak payah kau lihat,

tak payah kata aku jahat.


kau tak perlu rasa apa2,

hidup kau dan aku berbeza,

itu dulu memori kisah duka,

aku telah lupa segalanya!


Aku Tak minta simpati pada sesiapa,

Dunia aku dan kau jauh berbeza,

kau jangan lah rasa apa-apa

kerna kau tidak ada kena mengena!


Rasa hati : Geram

Saturday, May 16, 2009

Bermula Dari situ!


Dari bangku itu

Disini aku bermula
disini aku membaca
disini aku mengira
disini aku dewasa.

Tidak akan hebat aku
kalau tidak kerna kamu!
Tidak sempurna aku
kalau tiada didikan kamu!

Sesungguhnya,kau lah perjuang Dunia. Kau lah wira negara, mendidik anak bangsa tanpa pernah putus asa.

Masa ini, kau corakkan
Dunia ini, kau ukirkan
Kemajuan ini, kau lahirkan

Kerana kau, disitulah ia bermula!
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Thursday, May 14, 2009

“Kadang-kadang seseorang itu perlu menangis
agar merasai pedihnya kecewa derita
TETAPI kalau tiada sesuatu untuk ditangiskan,
maka tangisilah kebarangkalian
NASIB DIRI setelah mati”

Wednesday, May 13, 2009

Balada Jiwa Perempuan Gila

Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan..Penghayatannya menarik..Saksikan lah..

Tuesday, May 5, 2009

Sampai Masa

Mencari erti dalam suasana,
Melihat bayangan waktu malam,
Hati menjadi gundah gulana,
Meniti hari makan kelam.

Perasaan ini mungkin hiba,
Bila mana hati kesepian,
mungkin nanti sampai bila,
bidadari datang menyeri impian.

Perasaan ini bukan apa,
hanya mengikut nafsu hati,
akal pula meluahkan kata,
mengapa perlu hanya bersendiri.

Hari-hari merasa mentari,
hilang dingin tadi malam,
indah sungguh ciptaan Ilahi,
Mata melihat tidak terpejam.

Memang terpegun bila memandang,
Indah sungguh bagai sang bulan,
bicara hati tidak ditenung,
takut cantik hanya luaran.

memang ramai mata memandang,
bila keluar bujang tampan,
sampai nanti akan hilang,
kerana hati tiada kejujuran.

Hari silih berganti hari,
akan sampai satu ketentuan,
besar sungguh kuasa Ilahi,
bahagia pasti kecapi Impian.

-Afiq-
4/5/2009

Monday, May 4, 2009

Siapa Peduli

tika aku meratap sepi,
aku terkenang kembali,
saat gembira aku rasai,
kini menjadi kenangan abadi.

cukup sukar aku luahkan,
bila masa aku keseorangan,
tidak pernah aku sesalkan,
tetap aku simpan menjadi kenangan.

kau sedar aku disisi,
sering mendamba erti cinta,
kau tahu nilai hati,
tapi kau sering lupa.

kau pernah hulurkan tangan,
aku sambut penuh kepastian,
kau pernah pinta harapan,
aku balas dengan keihlasan.

madah janji kau mainkan,
penuh dengan kejujuran,
kenapa tidak kau kotakan,
atau bisikan itu hanya hiasan?


kadang aku rasa,
aku tiada apa,
kau tidak kenal siapa,
insan mana yang mulia.

peduli aku dimana?
tidak pernah kau rasa,
apa gembira atau duka,
aku seorang yg lara.

hari ini kau gembira,
bila kau telah pergi,
tapi sampai satu masa,
akan kau kenang aku kembali.

realiti tidak akan menjadi mimpi,
masa juga tak kan kembali,
memori ini tetap diingati,
walau sampai akhir nanti.

biar aku kau benci,
biar aku kau caci,
hakikatnya tetap pasti,
kau menipu diri sendiri.

biar aku hilang cinta,
biar aku rasa sensara,
asal kau rasa gembira,
asal kau sentiasa bahagia.

Kau sentiasa aku doakan,
Agar kau mendapat rahmat,
Jagalah diri jgn digadai Iman,
Moga hidup sentiasa berkat.

Usah peduli aku disini,
Biar aku sentiasa sepi,
Ini semua suratan Ilahi,
Dia Maha Mengerti..

-Afiq-
3/5/2009

Friday, May 1, 2009

Bicara Rindu

Terlukis di ruangan mata
terbayang di fikiran
melayang....
jauh....
terbang....
di nostalgia kenangan
pada kisah pengalaman.....

Bicara rindu ...
berlagu pilu
dada sebak sendu....
pedih.....
sakit..
perit.....

di pantai pertemuan
pada kisah itu
terbayang wajah-wajah..
kegembiraan..
kesedihan...
membuah ukhwah..
membenih pengalaman..

Senyuman terpalit
ku lukis si wajah
cuba memadam kenangan silam....
cuba melambai pada masa depan...
cuba melangkah pada kehidupan..
cuba meneruskan penghayatan...
pada kisah yang lebih bermakna
dari rindu pada bicara
sebuah kenangan...

Tuesday, April 28, 2009

Sepi

bisik ku pd bulan.
kembalikan
teman ku...
kekasih ku...
syurga ku...
tanpa dia, malam menemani ku
sepi memeluk ku..
bulan,
jgn biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi seperti ku

Sunday, April 26, 2009

Bukan aku untuk DiCintai

cinta sesama manusia
tidak kekal selamanya
penantian yang sia-sia
kerna hanya nafsu belaka

aku faham benar erti cinta itu.aku pernah merasakan kehadirannya.pernah gembira dan duka melaluinya.namun hati masih lagi mencari erti,kenapa tiada lg yg hakiki?

antara aku dan dia,kenapa hadirnya gembira?Akhir nya tetap duka.

antara aku dan dia,apa yang menjadi punca?Sampai hancur istana cinta.

antara aku dan dia,siapa punya angkara?adakah pihak ketiga Si Durjana.

cinta tetap datang dan pergi?
entah sampai bila.
Tp aku tidak lg punyai hati,takut-takut mungkir janji.
walaupun seribu yang mencari,
aku tetap menyepi,biarlah aku menyendiri.

siapa lah aku?bukan punya paras rupa,bukan ada harta,bukan suci hati dan jiwa,semuanya bukan bermakna kerna aku tiada apa-apa.

hari ini biar aku katakan.bukan aku tak sudi,bukan paras rupa yg dicari,
tp biarlah aku tenang kembali,biarlah kita diredhai dan biarlah sampai ketentuan ilahi, cinta kekal abadi hinga ke akhir hayat nanti.

aku harap kau mengerti.

kalau takdir kita disatukan,kau tetap menjadi isteri ku.jangan hilang punca kerana perjalanan didunia ini tidak terhenti selagi kau masih bernyawa.

maafkan aku,
aku tidak pernah memberikan harapan.sudah berkali aku katakan.biarkan aku keseorangan.sampai nanti tuhan tentukan.

buat semua yang mengenali,buat semua yang menanti,buat semua yang mencari.bukan diri aku untuk kau cintai,harap kau mengerti.

Salam Ikhlas dari ku
-afiq-
26/4/2009

Saturday, April 11, 2009

Derita Sebuah Cinta

Mengapa dia menjadi pujaan?
Mengapa lelaki itu yang menjadi bahan tatapan?
Sehari tidak bersua rindunya tidak keruan,
Lagaknya seperti orang gila bayangan,
Sesaat tidak mendengar suara dia bergetaran,
Sudah hilang selera makan,
Sedetik tidak bertanya khabaran,
Terasa dunia penuh dengan kehancuran,
Seolah-olah rasa besarnya kehilangan...


Begitulah adat org bercinta,
Terasa bagai dunia dia yang punya,
Orang di sekeliling tidak nampak di mata,
Apa yang dilihat cuma "aku & dia",
Bersama-sama mengikat janji setia,
Kononnya sanggup hidup dan mati bersama,
Terpateri sudah janji dara dan teruna,
Cinta mereka seakan-akan dapat merentasi segala,
Biarpun ribut dan badai yang melanda...


Begitu hebat panahan asmara,
Menghanyutkan jiwa-jiwa yang lara,
Terdengar pula bisikan si durjana,
Mengheret manusia bercinta menghampiri zina,
Sekali-sekala iman tergoda,
Mampu lagi rasanya,
Uuntuk menahan nafsu yang menggila,
Namun sampai bila?
Sudah bersumpah si iblis durjana,
Untuk menyesatkan keturunan Adam dan Hawa,
Akhirnya tumpas juga ke lembah hina...


Sudah lupakah aku pada tangan yang membesarkan?
Sudah lupakah aku pada tangan yang menyusukan?
Sudah lupakah aku pada tangan yang menyuapkan?
Sudah lupakah aku pada suara yang memberi dorongan?
Sudah lupakah aku pada suara yang memberi pujukan?
Sudah lupakah aku pada suara yang memberi ketenangan?
Sudah lupakah aku pada mereka yang menjadi kesayangan?


Sanggup aku ketepikan mereka?
Hanya demi cinta aku kepada dia?
Insan yang bersama aku di kala suka,
Bersama aku di kala duka,
Menemani di saat aku kecewa,
Menyulam kasih sayang yang tidak terhingga,
Mendengar dengan penuh setia,
Menyuntik semangat tatkala aku lemah tidak berdaya,
Mengembalikan senyuman di bibirku penuh ceria...


Kejamnya aku pada mereka,
Mengapa bukan pujaan aku buat mereka?
Sedangkan pertama kali aku melihat dunia,
Hanya ada mereka berdua,
Yang tersenyum melihat kelahiran cahaya mata,
Anak yang bakal mendoakan mereka,
Memperoleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat,
Begitu besar harapan mereka terhadap anak tercinta,



Namun apa yang sudah aku lakukan?
Meninggikan suara melawan kata-kata mereka,
Menyebelahi kekasih idaman hati,
Membelakangi mereka demi memenuhi janji,
Janji kepada seorang lelaki,
Yang belum pasti menjadi milik aku,
Yang belum tentu dapat mengasihi aku,
Seperti mereka berdua yang menyayangiku,
Sehingga ke hujung nyawa,
Mencurahkan kasih tanpa mengharapkan balasan,
Sanggup berkorban demi melihat aku tertawa...



Ya Rabbul Izzati,
Taubat Nasuha aku persembahkan,
Agar diri ini lebih matang.,
Menghadapi hari-hari yang mendatang,
Dengan seribu ketabahan dan sejuta kesabaran,
Bimbinglah aku ke pangkal jalan,
Agar aku dapat pulang ke pangkuan,
Pangkuan insan yang bernama Mama & Abah...
Seiring jua aku panjatkan kalimah kesyukuran,
Kerana aku masih belum terlambat,
Untuk mengabdikan kasih ini,
Kepada Yang Maha Berkuasa,
Sesungguhnya ayat-ayat cinta ini,
Hanya untuk Dia~

Hati Ini


Mampukah kita melupakan insan2 yg pernah singgah di hati kita begitu saja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dlm bentuk apa pun jua perpisahan itu. Sama ada kita yg meninggalkan atau dia yg berlalu pergi, hakikatnya kenangan yg tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja. Biar apa pun bentuk kenangan yg ditinggalkan, pahit, manis , suka mahupun duka insan2 ini tetap diingati.

Ada

ketikanya rindu itu datang juga. Datang dlm bentuk yg pelbagai. Dan rindu yg hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi dlm hati. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dlm hati hanya Dia yang tahu. Dia yg Maha Mengetahui segalanya.

Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita

cuba

melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yg kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dlm kenangan. Kita jd nanar dgn perasaan yg satu ini. Perasaan yg sudah sekian lama diusir namun ia dtg jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yg menyakitkan ini. Berilah ruang utk aku bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yg menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis mengenangkan sebuah perpisahan.

Perpisahan dlm bentuk apa pun jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal. Dan pada waktu itu tidaklah sempat utk menyediakan diri dlm bentuk apa sekalipun. Perpisahan sama ada dgn yg hidup atau yg perginya tidak kembali, tidak dapat tidak, pasti saja menyebabkan kita mengalirkan air mata. Hatta si jejaka hebat sekalipun boleh menitiskan mutiara jernih itu. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan. Puas diseka air mata yg tumpah kala menadah tgn memohon kekuatan dari Dia, namun air mata itu tumpah jua. Penuh khusyuk memohon supaya diizinkan utk mengusir bayang wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon semoga diberi kekuatan utk meneruskan hari esok dan lusa dgn penuh rasa bahagia. Bermohon tanpa henti. Bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar di hujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi. Dan pada waktu kita sebenarnya sudah mati sebelum mati.

Peritnya perpisahan. Namun masih ada juga yg memilih utk berpisah. Masih ramai yg memilih utk tidak lagi bersama dia, mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi kalut begini? Tidak takutkah utk mengharungi hari2 mendatang tanpa kehadiran org2 yg disayangi? Jgn ajukan soalan yg sama kepadaku. Kerana aku manusia yg lemah hatinya. Selalu tidak mampu menjalani hidup dgn cara terbaik bila hati ditinggalkan sepi. Aku tiada jawapan. Aku lebih suka memilih diam dr menjawab pertanyaan2 yg begitu. Pertanyaan yg tidak sepertinya itu hanya menjadikan aku insan hilang kata2 di tengah kekalutan manusia. Hentikan soalan2 yg menghimpit begitu. Jgn desak aku memberikan jawapan. Kerana aku tidak mampu menjawabnya secara lisan. Aku nekad. Nekad utk tidak mahu menjawab pesoalan sebegitu.

Aku jd lesu melawan perasaan sndiri. Hakikatnya aku tahu yg kadangkala berpisah itu adalah lebih baik dr bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jln yg paling baik. Tapi sungguh. Aku tidak sanggup. Walaupun ia adalah perkara yg boleh difikirkan saat itu. Sekali lagi aku memenangkan kata hati. Aku tolak mentah2 apa yg akal

cuba

katakan. Kerana satu sebab, kerana dlm hati inilah aku letakkan dia. Dlm hati inilah aku letakkan mereka. Dia, mereka semuanya insan2 yg disayangi sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja utk mengikut apa yg mahu dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun. Aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan. Aku sudah tidak sanggup.

Aku mahu membenci. Tapi belum pun perasaan itu bermula, aku sudah lelah menanggungnya. Itu yang benar. Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci. Itu yg aku rasa. Kerana dgn benci hanya akan menjadikan manusia yg tidak berperikemanusiaan pada manusia lain. Ia hanya menjadikan aku manusia yg hilang sifat manusianya. Lalu aku putuskan utk tidak membenci. Sekurangnya, tidak utk sekali ini. Tidak mahu membenci walau sesiapapun. Biar apa pun yg dilakukan oleh org2 sekeliling, aku memutuskan utk tidak membenci mereka ini. Aku tidak mahu dilihat dgn muka yg penuh dgn hasad kerana membenci. Aku juga telah memutuskan itu semua.

Membuat keputusan merupakan perkara yg paling payah dlm hidup. Mudahlah kiranya keputusan yg dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. Biar aku saja yg terluka. Biar aku saja yg menangis. Biar aku saja yg menyesal. Tidak sekali-kali aku mahu melibatkan org2 lain yg terpenting dlm hidupku. Malangnya tidak semua keputusan dlm hidup yg bakal melibatkan byk org. Pasti byk hati yg kecewa. Kerana tidak mahu kecewakan sesiapa, aku memutuskan utk menanggungnya sendiri. Aku tega mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak mahu kasihan pada hati, tapi sekurangnya aku tidak mahu ada byk lagi hati yg terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yg ada dlm hati menjadi nanah hingga ke satu hari aku dijemput bertemu Dia yg abadi.

Mudahnya menjadi anak2 kecil. Tiada apa yg perlu difikirkan. Segalanya diuruskan. Pun begitu, setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dgn cara dan keadaan yg tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih utk menjadi siapa kita hari ini. Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yg harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dgn doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yg kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yg kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, Dia sedang memberi peluang utk kita memperbetulkan apa jua yg dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yg cacat pemikirannya. Sebaliknya, dgn kesilapan2 yg pernah dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yg lebih tahu menghargai hidup dlm erti hidup yg sebenar. Belajarlah bersyukur utk setiap musibah yg menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, aku dpt merasakan yg kehadirannya lewat musim itu ada hikmahnya. Dan dia merupakan cerita terindah sepanjang kedewasaan ini.

Hati sudah penat berlari. Tidak juga aku temukan di manakah hentiannya. Pun begitu, aku belum mahu berhenti. Aku akan terus berlari sehingga bertemu destinasi yg pasti. Biar diseka sahaja peluh dan air mata yg tidak mahu berhenti ini.