Monday, June 29, 2009
Mimpi Mimpi
Baru semalam bermimpi
Dia muncul lagi
Datang seribu erti
Terpaut pada hati
Senyum itu ceria
membunuh segala duka
lupa pada yang tiada
Hidup seperti baru bermula
Kata, gelak dan tawa
mungkin bukan apa
hati cepat prasangka
sedarlah ia cuma
teman biasa
bukan untuk jatuh cinta
Jangan, jangan curiga
teman ini memang mesra
walau hati terduga
nasib belum tahu tiba
mulut memang tak terkata
kelu diam seribu bahasa
Mata memandang
hati merasa
akal terbayang
lidah berdusta jua
Pada satu titik
Hati Dah mula terdetik
Suara pula tidak memekik
Biarlah,
Yang mimpi tetap mimpi
Jangan terus mencari
Nanti hati mati lagi
Takdirkan itu sudah pasti!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Komen Pembaca:
mimpi..ngeri!
mimpi itu mainan tido
Yan : Mimpi hantu ke?
Ai : Masa tido tak leh main tau..
aháh..mimpi antu sebijik cm muko ko!
gerun...
grrrr....
makkkkkkkkkkk!!! tolong
tido mne leh main masak2 pulk!
wakkakaka..
disebab kan entri ini..malam tadi aku mimpi yang tak best..huhuhu..xnak tido lagi..
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya