Tapi yang saya kagum dengan nya, dia tidak berputus asa tu. Walaupun saya amat jarang reply msg, inikan pula nak call, tapi dia tetap juga menghubungi saya. Banyak sangat ke kredit dia ni? Atau dia ni mungkin anak Ananda Krishnan..Hahaha.
Dan rasanya bukan saya sorang yang di Spam mengunakan sistem pesanan ringkas, sahabat baik saya juga mengalami masalah yang sama. Tapi yang best nya dia dah dapat jumpa. Kena pula sahabat ni kuat melayan, so kira menjadi lah tu. Hari-hari lah diaorang ni berhubung dan kadang kala terjumpa. Yer lah, kenal pun cara misteri so hubungan tu pun misteri jugalah. Masalahnya sahabat saya ni dia masih belum dapat mengenali sepenuhnya siapa si gadis itu. Jadi sukar nak dijelaskan sejauh mana hubungan itu patut diteruskan. Saya bukan nak melarang tetapi kalau hubungan itu nak betul pasangan itu harus lah telus. Takkan sampai nama penuh beserta binti pun susah nak bagi.
Kepada gadis yang misteri, apalah salahnya kalau kamu menerangkan asal usul darimana kamu wujud, bagi tahu nama penuh, mana dapat no fon, apakah tujuan kamu menhubungi saya, alamat kamu dimana, apakah makanan dan minuman kegemaran, kalau perlu jumpa kita jumpa dan kalau susah sangat isikan je borang permohonan. Kalau nak berkawan, kita berkawan dengan telus dan jujur, barulah betul. Kan?
Tetiba rasa nak tunjuk kat gadis misteri senyuman terbaru saya...Ahak..perasan tak perbezaannya?
Sape2 ada masalah yang sama boleh lah berkongsi..Teruna Misteri pun boleh..
Tetiba rasa nak tunjuk kat gadis misteri senyuman terbaru saya...Ahak..perasan tak perbezaannya?
4 Komen Pembaca:
err.. mana misai? hehe!!
haha...x pe la.dah ade secret admirer.hehe...mcm sy,ade org sms sy tp skdr nak kwn je la.sy x suke sgt sbb mamat 2 tunang org.pd sy,blh timbul fitnah.dah le x knl.lain la kalo tunang dia sy knl.huhu
uik.. bahaya ni.. mane tau ex-gf ke.. saje nk uji ker.. huhuhu...
idacomel:i dont think so..She never msg me..
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya