Benar kata pepatah “Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia”. Kita memang tidak boleh betul-betul kenal hati dan perasaan seseorang kerana ia sering berubah. Pasti ini juga terjadi pada aku, mungkin tidak sama Afiq yang kau kenal 3 tahun dahulu dengan sekarang. Persekitaran dan peredaran zaman mengubah semua.
Begitu juga dan cinta! Persetanlah kalau kata cinta kau itu sangat setia, Sampai Bila? 1 tahun? 10 tahun? Atau mungkin 1000 tahun? Tak mungkin cinta kau itu umpama Batu Cave. Wei..Batu Cave pun berubahlah. Bezanya hanya pada masa. Mungkin kalau kau setia macam batu, Cinta itu boleh bertahan 50 tahun lagi. Tapi kalau setia kau macam Tisu, alamatnya lagi 7 hari akan berkuburlah cinta tu.
Hari-hari kita dengar orang cakap, ”aku sayang kau lah”, ”aku setia pada kau lah”, ”sumpah aku tak cari yang lain”. Peh..mainan bibir kau sungguh indah.. Boleh terlena sapa yang mendengarnya. Hakikatnya hati berkata lain. Kan Kan Kan?? Kalau kau kata kau masih sayang, tapi dalam masa yang sama kau ada yang kedua, ketiga atau keempat. Tu bukan sayang, tu terpaksa. Jangan tipu diri sendiri dan orang lain.
Kalau kita berkasih hari ini, tujuannya apa? Kalau betul-betul nak kahwin dan telah bersedia ok lah. Tapi kalau tak terfikir lagi kelak hubungan itu akan jadi sia-sia. Umur muda lagi, Nak belajar dulu, Belum bersedia, Tak cukup duit, haa..ni semua alasan lah ni. Maknanya pasangan kau tu berpura-pura. Konon-konon cinta sampai mati. Boleh jalan daaa..
Tengok kat luar sana, bersepah budak-budak terlentok kat bahu pasangan masing-masing. Usia muda lagi. Agak-agaklah, kalau pakwe kau yang berantai anjing, berambut perang, tindik telinga, seluar jean rock kapak punya tu, boleh jadi Ayah ke? Perempuan umur 20, lelaki umur 21 dan masih merempit lagi. Nak kahwin umur 25, boleh tunggu ke sayang? Ni lah Cinta Monyet atau Monyet Yang Bercinta, dua-dua sama.
Ni bukan nak mengatalah, tapi nak menasihat. Aku pun sama, pernah bercinta. Dari sekolah sampai sekarang ada lah 6 7 kali. Tapi bayangan pun belum nampak lagi sape lah isteri aku nanti. Mula-mula memang lah cinta setia, lama-lama cinta kau tu jadi sampah. Nak timbang kati pun dah tak laku. Time tu tak payahlah nak repair-repair lagi couple kau tu, total lose dah! Kau campak kan je dalam sungai. Tu yang kalau tak jadi paper lah. Tapi kalau cinta kau tu dah jadi bayi, jangan plak kau nak campak kan dalam sungai pulak.
Ni realiti lah dalam kehidupan, apa-apa yang ada memang tidak kekal. Hari ini kau beli kasut baru, sayang sangat-sangat kasut tu sampai tidur pun pakai. Tapi kalau kau lalu lagi depan Vinci, kau akan lupa kasut yang pernah kau bawa tidur dulu tu. Terus pakai yang baru. Betul tak?
Jangan cakap lah kau tu setia kalau tak sampai 30 atau 40 tahun bersama. Buat geli telinga je dengar. Last-last sendiri mau ingat lah. Tapi tak semua kan manusia ni sama, ada yang betul-betul setia macam penulis ni. Ahak.. Cuma masa, kau dan Tuhan yang akan tentukan setia tu sampai bila.

Kalau ada yang terasa tu jangan marah, Maknanya kau tak setia. Cakap je lebih sampai berbuih-buih, tapi hampeh!
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya