Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, Dia menciptakan untuk mu pasangan hidup dari sejenis mu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadaNya. Dan dijadikan Nya diantara kamu kasih dan sayang, sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda2 kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. Surah Ar Rom : Ayat 21
Aku merenung jauh melihat masa yang berlalu. Terkenang saat lalu, saat aku bukan sepi bergini. Memang masa itu bahagia dan aku tidak terduga aku jadi bergini akhirnya. Oh realiti dunia, aku alpa dahulu. Entah mengapa perasaan kasih aku kadang-kadang wujud walau aku tidak tahu untuk siapa. Adakah lintasnya cinta tanpa aku sedari?
Teringat kata rakan aku satu tahun yang dahulu. Layak aku gelarkan nya abang. Bermain difikiran ini kata-katanya yang sungguh bererti.
"Afiq, cinta itu akan datang dan pergi. Kau tidak perlu mencari. Kerana cinta itu akan hadir tanpa kau sedari seperti datangnya mimpi. Kau mungkin tidak merasakan kehadiranya, tetapi ada saatnya kau sangat senang dengan seseorang itu, walaupun kau mengatakan kau bukan jatuh cinta namun hati kau ada sedikit terdetik. Masa itu kau perlu membuat keputusan sama ada saat yang berlalu itu perlu dicapai atau dilepaskan. Dan cinta yang hadir itu akan sejati."
Aku percaya kata-katanya. Cinta itu memang datang dan pergi. Mungkin kerana aku terlalu merasai pemergiannya sehingga aku tidak perasan kewujudannya kembali. Entahlah, mungkin aku perlu sedikit masa lagi. Untuk aku kembali bersinar semua dengan bahagia. Aku perlu sokongan dari kalian yang berada di sisi, sentiasalah meneranggi hidup ku.
Lamunan aku terhenti disaat ada insan yang sudi mengajak aku keluar mencari sedikit ketenangan. terima kasih sahabat ku..
Nukilan ini hanyalah ilusi. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar untuk tatapan dan renungan.
1 Komen Pembaca:
Life has taught us that love does not consist in gazing at each other but in looking outward together in the same direction...
-ALONG QUIY-RAIL DEAN-
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya