Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, June 19, 2009

Tangisi Takdir




Dunia ini sentiasa bahagia, di hiasi indah dengan ciptaan Tuhan. Hembusan angin, Langit yang membiru, Gunung Ganang yang menghijau sentiasa menenangkan suasana. Lihat disana, burung berkicip mungkin tanda gembira. Tapi kita manusia sering saja berduka.

Mungkin bezanya kita punyai hati dan perasaan. Hati yang sering lara mengikut keadaan. Gembira, Duka dan Tangisan itu tandanya kita berakal. Tapi emosi kita sering disalah guna, menghukum alam dan orang lain atas kekecewaan yang dirasa. Ingat tak kita pada takdir yang menentukan segala? Apa yang berlaku itu ada hikmah dari yang Maha Kuasa, jangan kita menyalahkannya.

Manusia normal mana yang tidak pernah mengugurkan mutiara mata? Walau segagah mana pun dia, pilu tetap ada. Air mata pasti mengalir jika dia diuji dengan derita. Manusia tetap lemah dan kalah mengawal duka sehinggakan ada yang menghukum diri dengan mencabut nyawa. Kekesalan dengan apa yang dilakukan, tangunglah dengan kerelaan diri sendiri, tauladan lah kejadian lalu itu dengan bererti.


Emosi ini adalah mainan ngeri. Kadang-kadang kita boleh terhukum kerananya. Mungkin bukan hanya deraian air mata, tapi derita hati dan minda selama-lama. Walau kau mengalir air mata darah sekalipun nasib tetap sama. Yang telah berlaku itu tidak mungkin boleh diputarkan semula. Terima lah dengan seadanya.

Rakan-rakan dan taulan, yang duka, derita dan kecewa.
Jangan lah kau tangisi lagi yang telah pergi, sedarlah seadanya kau bukan lagi ketentuannya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Benar kesedihan itu tidak lagi dapat dibendung tetapi deraian air mata bukan lah nilai ukuran untuk kau buktikan kejujuran.

Rakan-rakan dan taulan, yang gembira, bercinta dan bahagia.
Walau bersyukur dengan nikmat yang ada, jangan lah kau lupa pada sensara. Manusia tidak akan terpisah dengan duka. Bersedialah sementara kau masih lagi ada bahagia, kelak bila sampai waktunya jangan pula kau merana.

Bahagia itu ada, cuma di tempat asing ia berada. Mungkin kita dapat merasa tetapi kerana kegelapan itu sentiasa menyelubungi kehidupan walau didepan mata, bahagia tidak kita kelihatan. Begitu juga dengan cinta yang indah rasanya, tetapi jika tidak disemai dengan kejujuran, cinta itu jugalah racun yang menghancurkan.

Nikmatilah hidup ini, dengan kemuliaan yang Tuhan telah beri. Cari lah kebenaran dan kebahagian. Cari lah cinta dan kejujuran yang sejati. Cari lah orang yang benar-benar sudi. Tabah mengharungi cabaran dan rintangan, berkongsi gembira dan duka, lalui lah lorong yang diredai. Hidup kita InsyAllah diberkati.

Salam jumaat dari saya, semoga kau bersinar selamanya..

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya