Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, November 5, 2009

Fakta Membimbangkan- Marjerin & Mentega

Ini adalah satu email yang Afiq terima hari ini dan sangat membimbangkan. Yer lah, rumah Afiq mesti ada roti dan marjerin Jenama Butter Cup untuk sarapan dan makan kunyah2 bila masa lapar. Tetapi yang dibaca ini mungkin bakal mengubahnya. Cuma, beberapa fakta yang mungkin terpesong dari kita membaca http://en.wikipedia .org/wiki/ Margerine# History. Afiq pun bukan lah nak menakut-nakutkan sesiapa dan menyebarkan berita yang mungkin palsu, cuma Afiq nak kongsikan sebagai bahan bacaan. Yang arif tu, mungkin korang boleh jelaskan.

http://citrasupply.files.wordpress.com/2008/11/mentega_tatura.jpg

Korang peratikan kedua gambar diatas dan dibawah ni, Ada perbezaan tak antara marjerin dan mentega? Pada Afiq dua-dua sama sahaja!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFxlbYV5yXFpn6ub9QYANIRCgK2x1-TM8c9kxa98-uAFVJJnLSkC88MXT4om3Wm9lwOkY2bmvzQH9zr-IFKH1BxsaRBkO7PigF7NhDcILMfcUgrV0pqk3a-sS9ZvlD1DGcMT_12Cz2Fkk/s400/01052009566.jpg 

Email yang Afiq terima:

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang

melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah

otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi

mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu

mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti

mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan

pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai

jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya

sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding

memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah

makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan

lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin

terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid

lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol

berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin
menaikkan risiko
penyakit barah
sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin

semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan
SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur

hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna

hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik.
Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Betul atau tidak, terpulang lah kepada korang. Afiq pun tak tahu nak kata apa, maklumlah bidang Afiq ialah matematik dan akauntan, tak ada kena mengena dengan biokimia ok!

2 Komen Pembaca:

Aidi-Safuan said...

marjerin dan mentega..satu minyak,satu lagi lemak...xsure mane satu.kena refer kimia form 5.hihi

Anonymous said...

camner law na buat kueh,,??
mesti ada mentega,,,

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya