Afiq betul-betul tak sangka hari ni dengan kewujudan gambar yang telah di tag di facebook oleh sepupu, Gambar ketika umur Afiq 5 @ 6 tahun. Memang menakjubkan walau pun gambar sedikit kabur. Yer lah, gambar lama yang hampir 20 tahun. Dan dulu mana ada kamera digital yang boleh di tacap mengunakan adobe kan?
Gambar ni masa serambi Rumah Nenek ada lagi, serambi rumah lama yang lengkap dengan tangga batunya. Yer lah, rumah kampung melaka kan? Mesti ada tangga batu. Kat sini lah tempat kita orang sepupu sepapat bermain. Serius, memang Afiq rindukan saat-saat itu!
Setinggi-tinggi terima kasih buat sepupuku Erina yang telah menguploadkan gambar ni.
Yang ni plak gambar kami bermanja dengan arwah nenek. Yang dipangkuan nenek tu Afiq lah. Manjakan dengan nenek? Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan nenek dan menjemputnya ke rahmatullah beberapa tahun dahulu. Al-fatihah untuk Hajah Aminah Bt Abd Hamid.
Yang ini betul-betul menyentuh perasaan Afiq. Kalau tak silap ni gambar raya yang Afiq pun tak ingat tahun nya. Masa tu mungkin Afiq berumur 4 @ 5 tahun. Dah hampir 20 tahun gambar ni. Ni lah gambar keluarga bahagia dahulu. Tapi tuhan maha mengetahui dan telah menyemput Arwah ayah ke sisinya. Memang Afiq sedih ketika menulis entri ni, lebih-lebih lagi mengenangkan saat Afiq beraya tanpa Ayah dan tak sama seperti kanak-kanak lain. Memang satu kehilangan bila tempat kita bermanja dan mengharap telah tiada. Tapi itulah hakikatnya yang perlu Afiq tempuhi. Dari berumur 7 tahun sehingga lah sekarang, hanya kasih sayang ibu yang membesarkan Afiq.
Biarpun tanpa arwah ayah, kami sekeluarga tetap meneruskan kehidupan dengan sempurna. Bila raya tetap kami pun sambut raya. Afiq sehinggakan tidak mampu lagi menitiskan air mata bila mengenangkannya sebab dah terlalu lama memendam rasa. Afiq masih ingat lagi pada tahun 1993 iaitu ketika Afiq berumur 7 tahun, pemergiaan Arwah Ayah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya menjadi tangisi Afiq sepanjang hari. Bila mengenangkan masa depan ketika itu, terfikir juga kenapalah nasib Afiq sedemikian rupa. Terlalu kuat dugaannya. Tapi itu adalah takdir. Tak siapa dapat menghalangnya.
Kini, selepas 16 tahun, perkara itu mematangkan Afiq. Tentu arwah ayah bangga melihat Afiq sekarang kalau beliau hidup lagi. Tentu dia pun nak lihat Afiq besar dan berjaya. Tentu dia pun mahu melihat Afiq berkahwin dan bekeluarga suatu hari nanti. Tentunya..
Doakan Arwah Ayah Afiq ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disisi Nya.
Al-Fatihah untuk Arwah Abu Bakar B. Mohd Zin.
1 Komen Pembaca:
Pic zaman kanak2 u,,alaa xbape jelas..huhu
hmm..al -fatihah utk ayah u
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya