Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, November 8, 2009

Insiden bakar iringi NS julang Piala Malaysia

Apa nak jadi dengan sukan bola sepak negara ni? Tak sudah sudah dengan kekecohan yang berlaku. Macam dah jadi tradisi. Tadi masa menyaksikan siaran langsung, terdapat beberapa insiden dipaparkan, termasuklah satu kebakaran yang berlaku!

image

image

image Kekecohan dimulakan dengan balingan mercun oleh Penyokong Kelantan, dan berlakunya kebakaran disebabkan mercun tersebut. Balingan mercun juga telah mencederakan seorang wartawan.

image Pada Afiq, perkara macam ni sepatutnya tak berlaku. Yer lah, penyokong lebih agresif dari pemain. Macam mana sukan bola sepak negara nak maju kalau perkara macam ni pun tak boleh nak ubah. Masing-masing yang datang tu bukan kecik anak, tapi dah besar-besar bapak, perangai mengalahkan budak tadika.

 

Memalukan, menjijikkan, menghinakan! Itu je apa yang Afiq dapat katakan untuk sikap manusia yang tak bertangungjawab.

 

Baca berita penuh dari Malaysia Kini.

Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.
Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.


Pemainnya Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.


Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan, namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.


Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang, namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.


Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.


Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.


Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.


Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti, sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.


Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas, malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.


Berangkat menyaksikan perlawanan itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.


Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya.
"Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta-merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.


Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.


"Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia, namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.
Sementara jurulatih Kelantan, B Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.


"Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.
"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya. BERNAMA

6 Komen Pembaca:

Anonymous said...

kelantan x layak menang pon nt rkyat2 dier suma lupa diri.

Anonymous said...

semua ni pasal kenegerian. selagi sifat 1 negara or 1 msia xde, mcm tu la jadi. fanatik dgn negeri sendiri mcm tu la jadi..

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

sorry to say..
org kelantan kalau main ape2 pun
bila diorang dah start nak kalah,
diorang mesti main kotor..
betul..
tu tengok,da diorang da kalah,
mula ar wt kecoh..
huh..
ntah pape!

EastbulletdotCom said...

memang menyakitkan hati aku tgk kat tv semlam..

semua bertindak tak matang...

kalo nak maen mercun pun...

jgn la bahayakan orang laen...

ade sekali tu dye baleng mercun dkat pemain nak amek sepakan sudut...

memang kuang ajaq!

Anonymous said...

penyokong kelantan sepatut nya berpikiran luas.. adat la kalah menang..
kepada juru latih kelantan... lain kali jgn cakap besar..
tunjuk dulu.. buat ketua pasaukan kelantan.. pimpin anak2 buah awk..

buat pemain2 n9.. tahniah atas kemenangan 3-1..
sy bangga jd anak jati n9...

Anonymous said...

tu la..aku lg kesian kat brother yg nak padamkan api..kena baling dgn botol..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya