Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, September 21, 2013

Bbm on iphone



Hari ini bbm secara rasminya di lancarkan di app store IOS. Untuk mendapatkannya boleh klik ni di https://itunes.apple.com/my/app/bbm/id690046600?mt=8

Update: sudah available di apple store malaysia, so abaikan yang dibawah ni.
 
Sekiranya bermasalah untuk download, sila tukar setting country pada itunes store caranya ialah : 
Setting>itunes&app store>view apple id>change country region ke New Zealand>postcode:8053,suburb:canterburry

Macam afiq pernah guna blackberry dulu, so restore je profile lama yang telah di backup. Contact semua ada balik, cuma pin je berubah.. Ni pin afiq : 76a01553

Bar code pula :
 
Jangan lupa add yer.. 

Thursday, September 19, 2013

Dropbox fungsi camera upload

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA
SALAM PERPADUAN, SALAM 1 MALAYSIA
SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 751 TAHUN.

Ni salam wajib untuk orang-orang melaka, jadi saya pun terikut2 lepas balik dari beberapa seminar anjuran kerajaan negeri. Ok berbalik pada tajuk, mesti ramai yang tahu atau telah mengunakan app / software dropbox ini. Memang tidak dinafikan ianya sesuatu teknologi yang bagus untuk digunakan. Dan apa yang saya nak kongsikan ini adalah fungsi auto camera upload yang terdapat dalam app dropbox di android atau ios.

Pro's nya ialah:
Jika HP anda dicuri, maka anda akan dapat melihat wajah suspek jika dia mengunakan kamera.


Con's nya pula:
Setiap gambar yang anda ambil mengunakan kamera hp dimuat naik di internet secara auto. Ini agak merbahaya jika gambar tersebut adalah gambar peribadi dan tidak mahu mendedahkan kepada sesiapa, walaupun mempunyai keselamatan password dan sebagainya, mungkin juga terlepas ke index google sebagai tema carian. Kan dah naya. So sebagai langkah berjaga2, pendapat Afiq elok lah di off kan dulu pada setting dropbox tersebut.

Sekian..

Wednesday, September 18, 2013

Dah kenalkan tak?

IRasanya macam belum dikenalkan lagi anak saya. Sekarang dah masuk usia 1 tahun 9 bulan. Dah pandai bercakap benda2 yang penting. Alhamdullillah, cepat dan pintar dia membesar. Kadang2 rasa macam tak percaya. Lasak pun ye juga, tp memang itu lumrah budak nak membesar, dia banyak benda yang dia ingin tahu.
Ini aksi bersahaja depan kamera.

Dan ini lagi..

Ok lah cukup sampai sini, nanti ada masa Afiq kenalkan isteri tercinta pula!

Belog yang usang!

Agak lama tidak menulis, dan ternyata kehidupan lalu tidak sama dengan yang dilalui sekarang. Jurang masa itu terlalu berbeza.

Boleh katakan, sejak berumah tangga ini, kehidupan berubah 360•, namun ia sesuatu yang indah. Isteri adalah seperti bayang2 yang sentiasa menemani kita, tidak kira sukar atau pun indah, sentiasa menjadi peneman. Itulah nikmat hidup berpasangan. 

Untuk blog ini pula, afiq akan cuba untuk aktif kembali menulis kisah suka duka cinta dan dunia. Mungkin sedikit sebanyak mencoretkan beberapa nostalgia indah untuk generasi akan datang!