Ceritanya begini, pagi sebelum masuk ke office Afiq akan singgah di warung roti canai abang sarjan. Kebetulan hari ni meja penuh dan Afiq duduk lah di depan seorang mak cik ni. Memang selalu dia ada di warung ni tp hari ni dia bawa seorang anak kecil mungkin cucu nya.
Lepas ordernya 2 keping roti canainya sampai, dia pergi mengambil tisu. Entah apa yang terjadi tetiba anak kecil tersebut capai dan roti tu jatuh bersama anak tersebut.
Masa tu Afiq tak sempat nak buat apa2, dan mungkin budak itu lebih pantas. Niat di hati ni memang lah nak bantu mak cik tersebut dengan orderkan semula makanan nya, tp mulut ni tak terkeluar suara. Takut mak cik ni salah faham. Tapi lepas tu mak cik terus nak balik dan Afiq nampak dia mengeluarkan syiling untuk membayar makanan yang jatuh tersebut.
Hati ini rasa sebak, tapi itu lah mulut ni berat sangat nak keluarkan kata2 untuk bantu. Afiq rasa bersalah sangat biarkan mak cik tu dengan cucunya balik tanpa menjamah makanan dulu. Mungkin dia orang susah duit nya cucuk2 untuk satu pesanan sahaja.
Pembaca sekalian, bantu afiq bagaimana nak biasakan mulut ni ringan untuk menegur dan membantu orang. Rasa terkilan.