Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tingal 09, Welcome 2010!

http://www.goodfinancialcents.com/wp-content/uploads/2009/01/2010-roth-ira-conversion-rules-limits.jpg

Tingal tak berapa saat je lagi kita bersama-sama meningalkan tahun 2009 dan memasuki 2010. Maka dengan itu bertambahlah setakuk umur kita semua! Yang 23 menjadi 24, yang 59 menjadi 60 dan begitulah hakikat yang tak mampu kita sebagai manusia mengubahnya walaupun dengan kekayaan yang mengunung.

Tentu banyak perkara yang tak mampu kita lunaskan pada tahun ini kan? Begitulah juga dengan Afiq. Tetapi masih ada lagi tahun hadapan bukan? Bersama kita mencapai azam baru dalam tahun yang baru. Terlalu banyak cita-cita Afiq sebenarnya untuk tahun hadapan, tapi rasanya masih terlalu awal untuk dituliskan disini. Biar Afiq sudahkan impian tahun lepas yang belum kesampaian dulu sebelum memulakan cita-cita baru,

Jadi di kesempatan ini Afiq bersama-sama ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Tahun

Baru 2010!

Sunday, December 27, 2009

Menyunting Bunga Ditaman

Bila dinilai kan cinta ini memang tiada tolak bandingnya, tetapi apalah guna ianya dibiarkan terapung di atas janji manis mulut? Biarlah ia tersemat bersama adat, sebagai orang berbangsa yang mulia.

Pada mulanya Afiq pun tak terbayang ada kekuatan untuk semua ini, tetapi dengan izin Allah, tentunya segalanya berjalan lancar. Memang dulu Afiq pernah berjanji, jika cinta itu ada, akan Afiq kotakan. Seminggu sebelum Afiq minta izin pada ibu untuk meminang. Alhamdulillah ibu izinkan dan tak sampai sehari ibu terus kabarkan pada saudara mara. Maka dengan keputusan diaorang, 26 hb Disember 2009 rombongan meminang pun datang.

100_3458 100_3459

Dalam kekalutan itu, Afiq sempatlah membeli cincin belah rotan buat persediaan. Afiq beli sorang je tanpa pandangan sesiapa. Hanya ikutkan rasa hati sendiri, nasib baik cantik dimata orang. Sehari sebelum majlis, Afiq pergilah tempah kek lapis dan beli buah-buahan sebagai buah tangan. Di hias cuma ala kadar tetapi cantik dan menarik.

100_3460 100_3462

Padi tu disebabkan Afiq ada program so perbincangan dijalankan pada malam sebelum. Pakcik dan makcik hanya bertanyakan nama dan soalan2 asas. Sempat juga Afiq menyiapkan biodata sebagai rujukan diaorang. Afiq tak ada kata apa-apa pun sebab pada Afiq apa yang dikatakan oleh keluarga itu lah yang Afiq maksudkan. Tentunya diaorang melihat sesuatu yang baik untuk Afiq kan?

16958_1202354693526_1068335327_30518725_565382_n 16958_1202354933532_1068335327_30518731_127636_n

Rombongan dengan berbekalkan sebentuk cincin belah rotan, kek dan buah-buahan bertolak jam 2 dan sampai lebih kurang jam 3 petang. Dengar kata, sampai je terus keluarga nya menyemput makan. Sampai 5 petang baru diaorang habis bincang. Afiq pun tak tahu sangat apa yang diaorang katakan, maklum lah afiq bukan ada kat sana pun. Setelah selesai semuanya, keputusan yang diterima selepas pinangan diterima adalah seperti berikut :

Majlis Pertunangan pada 30hb Januari 2010

Hantaran Pertunangan termasuk sebuah cincin berPermata

Majlis Pernikahan dijangka pada awal 2011

Duit Hantar  RMxxxxx

Hantaran Pernikahan serba satu

 

Moga-moga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Biarlah Afiq hadiahkan cinta ini dengan sebuah Perkahwinan. Tanda Afiq benar-benar cintakannya.

Tuesday, December 22, 2009

Cantik tak?

100_3434

Thursday, December 17, 2009

Ghairah bola, Maal Hijrah dilupakan

Dikala rakyat Malaysia sedang ghairah untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di sukan sea, janganlah kita lupa untuk Maal Hijrah tahun ini. Penting nya doa itu untuk kesejahteraan kita tahun hadapan.

Meriah nya tidak lah seperti menyambut tahun baru yang pastinya ada bunga api dan persembahan, tetapi hadir lah di masjid untuk majlis Ilmu dan bacaan Yassin. Sama-sama lah kita berdoa semoga mendapat keberkatan di dunia ini. Amin..

Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

——————————————————————————————-
——————————————————————————————-

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Bonus 1 Malaysia untuk rakyat!

Adakah mustahil bagi kerajaan persekutuan memperuntukan buget untuk seluruh rakyat di Malaysia ini? Kalau pertumbuhan KDNK dijangka tumbuh 3.5% pada 2010, makna lebihan kewangan pastinya bernilai jutaan ringgit.

Afiq bukan lah penganalisa ekonomi negara, tetapi apa yang Afiq nampak adalah dari sudut pandang dari kaca mata seorang rakyat Malaysia.

Kalau dilihat di negara-negara luar, satu polisi diperkenalkan oleh kerajaan mereka untuk membayar duit sara hidup kepada semua golongan termasuk yang mengangur. Kalau di Malaysia ini, tak mampu beri bulanan, tahunan pun jadi lah kan.

Saban hari kita sebagai rakyat hanya memekakkan telingga mendengar pelbagai skandal yang melibatkan jutaan ringgit. Dari sekecil-kecil ‘thumb drive’ sehingga lah projek bangunan yang bernilai jutaan ringgit, semua nya di sapu oleh golongan perompak Berkolar Putih. Yang untung nya siapa? adakah rakyat?

Dengan Buget berbilion ringgit kepada SME dan Sektor swasta lain, adakah kita sebagai rakyat mendapat manafaatnya?

 

Angaran Kecil jika Salurkan Bonus kepada seluruh rakyat :

Penduduk Malaysia = 27 juta orang

Jika seorang rakyat dapat RM1, maka RM 1 x 27 juta = RM 27 juta

Jika seorang rakyat dapat RM10, maka RM 10 x 27 juta = RM 270 juta

Jika seorang rakyat dapat RM 100, maka RM 100 x 27 juta = RM 2.7 B

Jika seorang rakyat dapat RM 1000, maka RM1000 x 27 juta = RM 27B

 

Ini tidak akan berlaku jika setiap saluran kewangan terdapat tapisan dan disedut  bagi orang tertentu, tentulah kita semua akan mendapat rahmatnya.

Wednesday, December 16, 2009

Best nyer dah kahwin..

Minggu lalu Afiq telah berusaha menjayakan majlis perkahwinan sepupu di Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walau pun kepenatan yang amat sangat sampai Afiq terdemam lepas balik.

 

CIte pasal orang kawen ni memang lah best. Walaupun Afiq sendiri masih lagi belum kawen. Teringin lah jugak bila tengok rata-rata kawan dah dengan baby masih2. Best nyer kan!

 

Majlis berlangsung pada 5hb Disember 2009 iaitu hari Sabtu. Tema majlis warna Hijau dan kuning, cantik tu.. Makan rewang sanak saudara je, so memang sedaplah. Kena plak Afiq yang siang ayam tu, mestilah sedap kan!

 

Ni adalah sepupu yang ke empat kahwin, lepas ni sape lah pulak eh? Afiq pun nak ambik turn kawen gak lah! Tak sabar!

Monday, December 14, 2009

Jaya Jusco Mall Melaka Meletup! (Gempar)

image
Seorang mati, 13 cedera, letupan di pasar raya14/12/2009 3:12pm
MELAKA 14 Dis – Seorang mati manakala 13 lagi cedera termasuk tiga parah apabila salah satu kawasan di sebuah pasar raya yang sedang diselenggara tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan kecemasan.
Mengikut laporan awal, kejadian itu berpunca daripada kebocoran gas di sektor D, ketika pekerja kontrak membuat penyelenggaraan terakhir sebelum bangunan tersebut dirasmikan Khamis ini. - Utusan
image
Cerita ini benar-benar mengemparkan. Afiq baru bercadang nak pergi pembukaannya pada 17hb ni. Dengar cerita tarikh pembukaannya telah ditangguhkan dahulu. Bahaya betul ni!

Saturday, December 12, 2009

Hilang

"Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...


Jangan katakan selamat tinggal jika kita belum siap meninggalkannya.


Jangan menyerah kerana cinta, perjuangkanlah, dan jagalah cintamu jika kamu menginginkannya kerana jika kamu membiarkannya pergi bererti kamu tidak mencintainya sepenuh hati......"

 

Dah lama rasanya Afiq tak menulis di blog ini. Sedikit bersarang rasanya dan rating pun makin menurun. Kekangan masa menjadi sedikit penghalang. Tapi Afiq tetap takkan lupakan pembaca setia sekalian.

Oklah, hari ni kita cerita sedikit mengenai cinta, yerlah sifat semula jadi setiap insan. CInta memang tak dapat dipisahkan dengan kesetiaan dan kalau kesetiaan itu goyah, maka cinta juga akan goyah serta akan rebah.

Tipu lah jika seorang manusia normal mengatakan dia tidak pernah mempunyai rasa cinta. Melainkan dia tidak punyai hati! Cinta memang indah jika disemai dengan baik. Baja cinta tentunya adalah setia. Cinta bukan lah hadir dengan hanya lafas, tetapi dari hati yg suci. Kalau niat buruk, hasilnya nanti tentu lah buruk. Terpulang kepada kita menilainya. Dan jika sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmah dari Nya.

Monday, December 7, 2009

Kereta Maut menjunam dari Langit!


KERETA jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.

Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.
Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

 

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.
Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.
"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.
Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.
Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.

image

image

image

image

image

image

Sempat Lagi Mencuri
Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.
Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Ke 3-3 remaja yang ditahan kerana mencuri sedang disoal-siasat pihak polis didalam bilik keselamatan KB Mall

Aku baru perasan kereta ni rupanya pakai enjin Ford B8 180 (turbo)... kalau korang biasa dengan enjin turbo, mesti korang dapat cam "intercooler" standard B8 180hp dekat bawah tu... ni baru B8 180 beb... kalau B8 210, mau tembus terus dekat seberang sana... aku rasa owner kereta ni tengah "test power" kereta dia dekat atas tu kot... B8 180, masuk gear 2 tekan minyak sampai boost cecah 1.3 bar... nah kau..! terrrjunam..! ni kena siasat betul-betul nih...

Al-Fatehah kepada semua mangsa..

Friday, November 27, 2009

Ibadat Korban

[Korban.jpg]

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.

  Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

  Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

   Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

   Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing  haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.

Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

   Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.

Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

   Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

Orang yang menjalankan ibadat Korban.

   Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.

Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

   Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”

Afiq mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca Blog Permata-Merah!

Tuesday, November 24, 2009

Digi Broadband

Afiq hari ni nak review skit pasal mengunakan digi broadband yang tak sampai beberapa jam je ni. Maklum lah, benda baru kan? mesti lah nak kongsikan.

Pagi tadi Afiq terima satu parcel courier dari citylink yang didalam nyer terkandung modem dan sim card Digi Broadband. Hadiah semperna contest Pimp My Broadband.

Modem yang diberikan memang cantik dan cool dengan wallpaper digi. Lebih-lebih lagi modem ni unlock untuk digunakan dengan apa-apa sim card skali pun. Ni lah first time Afiq memiliki Modem Untuk Broadband. Maklum lah sebelum ni pakai modem HP je. So memang tak terniat untuk beli, tapi dah dapat free, syukur rezeki.

Line plak percuma 3 bulan yang bernilai RM108 sebulan. Berbaloi-baloi kan? Kan bagus kalau digi tambahkan free call dan sms skali, lagi lah puas hati. Ahak.. Tapi bersyukurlah dengan apa yang ada kan, siapa nak bagi free..

Ok lah, mengenai review pengunaan Digi Broadband ni, memang Afiq berikan Thumb Up! Kalau nak dibandingkan dengan Celcom dan Maxis, tempat Afiq di Telok Mas ni memang tak ada line 3G. So guna GPRS je lah yang lembat bangat tu. Confirm nak buka blog ni pun xlepas. Tapi bila guna Digi ni, terkejut Afiq bila downloading nya mampu mencecah 1300 kps @ 1.3mbps. Lebih laju dari streamyx 1.0 mbps kan? Memang menakjubkan digi mampu berfungsi dengan baik walau pun kat tempat solok macam Telok Mas ni.

Untitled

Untitled2

Tengok lah kedua-dua screenshoot ni, memang sahih kelajuan internet digi ni. Tengah macam mana, mungkin lepas 3 bulan percuma ni Afiq akan teruskan melangan jalur lebar ni dan potong streamyx kat rumah. Nak banyak-banyak line buat ape kan.

Rasanya Afiq lepas ni perlu tukar router kot. Kena tambah yang boleh cucuk modem broadband USB. Baru lah line digi ni dapat dikongsi untuk kesemua pc dan laptop dalam rumah ni. Lebih senang pakai wifi sebab Afiq suka mengalih-alihkan laptop dari letak satu tempat je.

tkng@11 Bila lah modem ni nak ada stok kat melaka, maybe Pc Fair yang mendatang kot.

Dan untuk pengetahuan korang, entri ni ditulis dan diupload mengunakan line Broadband Digi tau. Terima kasih DIGI!

Penantian Berakhir

Setelah menunggu hampir 2 bulan, akhirnya sampai juga Modem Free beserta internet percuma 3 bulan. Yang contest pimp my broadband tu http://www.permata-merah.co.cc/2009/11/keputusan-contest-digi-pimp-my.html

Sampai je pagi ni, Afiq terus call digi center untuk aktifkan sim card yang diberi. Dia kata lepas 4 jam baru aktif dan boleh digunakan. Afiq pun tak tahu lah line kat Telok Mas ni ok ke tak, tapi kalau Celcom confirm GPRS je. Baik lah Afiq on kan modem streamyx kat rumah ni.

Harap-harap digi ni lebih baik perkhidmatannya dari celcom kan. Walaupun dapat free, so kalau perkhidmatannya bagus, apa salahnya Afiq terus sambung pakai lepas 3 bulan.

100_2934 100_2936

Lepas ni Afiq online tanpa halangan. Sambil memandu pun boleh online! Memang best! Terima kasih digi!

Friday, November 20, 2009

UPSR 2009

Alhamdulillah, hari ni keputusan UPSR keluar dan Afiq pun dah pergi beberapa sekolah untuk tengok pelajar-pelajar. Memang seperti dijangkakan, pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah lah diucapkan kepada semua. Yang tak dapat 5A tu, bukan bermakna korang gagal. Dah itu rezeki yang Tuhan beri, akan datang PMR dan SPM pula akan menanti. Teruskan berusaha untuk akan datang.

 

100_2803 100_2805 100_2806 100_2808 100_2809 100_2810 100_2811 100_2812 100_2813 100_2816 Tak dapat dibayangkan perasaan Afiq bila melihat pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Memang rasa usaha selama ni berbaloi-baloi. Macam iklan Celcom kan.

Tahniah lah sekali lagi, Pelajar-pelajar Afiq semua, jangan korang lupa eh pada ku, nanti kalau dah masuk sekolah menengah still lah keep in touch. Kalau ada masalah apa-apa pun, Contact lah, Afiq sedia membantu.

Sekarang ni, Afiq tengah mempersiapkan untuk program Persediaan Menghadapi UPSR 2010 pula, so adik-adik yang darjah 5 ni, bersedialah tau..

Tuesday, November 17, 2009

Wish u happy birthday!

Lama pulak Afiq tak mengupdate blog ni, maklumlah sibuk dengan pelbagai tugas yang bakal melanda nanti. Persiapan dan kelengkapan perlu diatur dahulu sebelum menjadi kelang kabut.

 

Kalau masuk ofice Afiq sekarang ni korang akan lihat betapa serabutnya pejabat ni dan sekali gus menyerabutkan otak Afiq sekali. Alahai, lupa pula nak snap pic yang menunjukkan tongkang pecah tu ok.

 

Takpe, walaupun dalam kekalutan dan keserabutan yang melanda, sempat jugak kita orang buat parti untuk sambut hari jadi. Kali ni untuk Wiwi atau nama sebenarnya Hawa, Tah macam mana jadi wiwi pun Afiq tak tahu, bantai jer lah pangil aper pun. So setelah mendapat penajaan penuh untuk besday party kali ni, hasilnya ialah kek blueberry. Rasanya sedap tapi lagi sedap kalau dpt cheess kek plus dengan aiscrem.

 

Tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhir ni otak terlalu beku untuk menulis, mungkin sebab dah terlalu tepu berfikir. Jadi banyak gambar dari tulisan, lagi senang di fahami sebelum Afiq terus mengarut dan mencarut kan?

100_2769 100_2774 100_2777 100_2785 100_2787 100_2790

Afiq mewakili semua gerakerja Permata-Merah mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke *4 tahun kepada Siti Hawa, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..Amin..

P/s: Umur sebenar terpaksa dirahsiakan bagi menjaga privasi identiti wiwi. Korang teka lah sendiri. Mungkin kah 34? 44? 55? atau 4 tahun?

Thursday, November 12, 2009

Aku masih kanak-kanak riang!

Afiq betul-betul tak sangka hari ni dengan kewujudan gambar yang telah di tag di facebook oleh sepupu, Gambar ketika umur Afiq 5 @ 6 tahun. Memang menakjubkan walau pun gambar sedikit kabur. Yer lah, gambar lama yang hampir 20 tahun. Dan dulu mana ada kamera digital yang boleh di tacap mengunakan adobe kan?

12636_104159862934527_100000215409158_114118_5500104_n

Gambar ni masa serambi Rumah Nenek ada lagi, serambi rumah lama yang lengkap dengan tangga batunya. Yer lah, rumah kampung melaka kan? Mesti ada tangga batu. Kat sini lah tempat  kita orang sepupu sepapat bermain. Serius, memang Afiq rindukan saat-saat itu!

Setinggi-tinggi terima kasih buat sepupuku Erina yang telah menguploadkan gambar ni.

  12636_104159882934525_100000215409158_114124_858574_n Yang ni plak gambar kami bermanja dengan arwah nenek. Yang dipangkuan nenek tu Afiq lah. Manjakan dengan nenek? Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan nenek dan menjemputnya ke rahmatullah beberapa tahun dahulu. Al-fatihah untuk Hajah Aminah Bt Abd Hamid.

12636_104159879601192_100000215409158_114123_4876246_n

Yang ini betul-betul menyentuh perasaan Afiq. Kalau tak silap ni gambar raya yang Afiq pun tak ingat tahun nya. Masa tu mungkin Afiq berumur 4 @ 5 tahun. Dah hampir 20 tahun gambar ni. Ni lah gambar keluarga bahagia dahulu. Tapi tuhan maha mengetahui dan telah menyemput Arwah ayah ke sisinya. Memang Afiq sedih ketika menulis entri ni, lebih-lebih lagi mengenangkan saat Afiq beraya tanpa Ayah dan tak sama seperti kanak-kanak lain. Memang satu kehilangan bila tempat kita bermanja dan mengharap telah tiada. Tapi itulah hakikatnya yang perlu Afiq tempuhi. Dari berumur 7 tahun sehingga lah sekarang, hanya kasih sayang ibu yang membesarkan Afiq.

Biarpun tanpa arwah ayah, kami sekeluarga tetap meneruskan kehidupan dengan sempurna. Bila raya tetap kami pun sambut raya. Afiq sehinggakan tidak mampu lagi menitiskan air mata bila mengenangkannya sebab dah terlalu lama memendam rasa. Afiq masih ingat lagi pada tahun 1993 iaitu ketika Afiq berumur 7 tahun, pemergiaan Arwah Ayah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya menjadi tangisi Afiq sepanjang hari. Bila mengenangkan masa depan ketika itu, terfikir juga kenapalah nasib Afiq sedemikian rupa. Terlalu kuat dugaannya. Tapi itu adalah takdir. Tak siapa dapat menghalangnya.

Kini, selepas 16 tahun, perkara itu mematangkan Afiq. Tentu arwah ayah bangga melihat Afiq sekarang kalau beliau hidup lagi. Tentu dia pun nak lihat Afiq besar dan berjaya. Tentu dia pun mahu melihat Afiq berkahwin dan bekeluarga suatu hari nanti. Tentunya..

Doakan Arwah Ayah Afiq ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disisi Nya.

Al-Fatihah untuk Arwah Abu Bakar B. Mohd Zin.