Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, September 1, 2009

Apa itu RON 97 dan RON 95?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqvs75_UDBaNJMiJKG4KE8M3PmvOEu267lA2Nh7DuW89nWZyHlTLx7WKtPiUQUp-eJj650REfBQtI3QwFAflmb2ASA3eOVheBt8BhgI-FcxiRy3dAeAYXBDoSC-o6FvaeWTEs8QdIjDTZj/s400/ron+95.jpg
Hari ini Afiq memberi lagi info mengenai petrol. Hari ini harga bahan api itu telah dinaikkan sebanyak Rm0.25 dan Rm0.05. Memang membebankan, tetapi apalah daya kita sebagai penguna. Kita hanya boleh ditindas dan menjerit dalam diam. Bermula dari semalam, orang sibuk bertanya mengenai Ron ini. Termasuk lah Afiq yang menanyakan kepada bangla station minyak mengenai hal ini. Tetapi jawapannya mudah, "Sama saja lah abang, dua-dua boleh pakai". Setelah sedikit kajian dibuat, ini lah hasilnya.

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Kalau dilihat dari sudut pengunaan, RON 95 ini hanya tidak sesuai digunakan oleh kereta yang mempunyai Turbo atau Kuasa yang sangat tinggi. Lain3 jenis termasuk lah kereta Afiq, sesuai mengunakannya tanpa sebarang masalah teknikal.

Jika dilihat dari segi penjimatannya, RON 95 ini jauh lebih murah dari RON 97 yang digunakan sebelum ini. Macam ini lah kita buat perbandingan. Air Cola berjenama Coke dengan air cola berjenama tesco. Dua-dua air cola kan? Cuma rasanya sedikit lain, tetapi dua-dua menghilangkan dahaga. Jadi bila kita biasa minum Cola dari Coke, tiba3 hari ini kita minum Cola dari Tesco, tetap tak memberi apa-apa kesan. Betul tak?

Ok, mari kita lihat kenderaan jenis apa yang sesuai mengunakan minyak dari RON3 ini.

[untitled.bmp]

Korang rasa3 lah, menteri-menteri kita pakai minyak gred yang mana?

6 Komen Pembaca:

maryame karpov said...

cikgu,baguih la entry ni,memberi education yg baik pasal minyak ron ni,
btw soalan tu,menteri tak kisah pkai minyak hape pun,bukan duit tok nenek mereka yang bayaq,sume masuk claim bulanan,klu jd rakyat bawahan mcm kita ni,barulah ada akal,

Anonymous said...

memang la betul.. bukan kita sahaja yang mengeluh malah orang lain pun rasa sedemikian. semua org boleh cakap serupa tu.. pada saya kerajaan malaysia dah terlalu banyak mengambil berat rakyat berbanding negara2 jiran kita seperti thailand, indonesia,pilipina.

cuma kita je org melayu cepat sgt melatah. baru naik cikit kita dah gelabah.. kerajaan telah megurus dengan baik dan sedaya upaya.

klau anda tak percaya cuba tanya kepada rakan2 korang jika ade yg merantau di negara-negara lain. Tak pun kita boleh tanye warga asing dan pelancong2 yang dtg ke malaysia.

kita tanye pada mereka dan bandingkan dgn meraka.. ape jawab meraka kerajaan kita lagi bagus atau keraajan negara mereka?

Bagi yang pekerja sektor swasta saya tak hairan kalau mereka nak komen tu memang patut pun.
kakitangan kerajaan amat bertuah daripada kakitangan swasta.Itu pun ade segenlintir yang tidak bersyukur bak kata org "dah bagi senang nak senang lagi" "bagi betis nak peha"

malah pekerja di bawah sektor kerajaan tapi hakikatnya tahu nak mengutuk dan memprotes kerajaan sahaja.. tetapi kenapa mahu kerja kerajaan!? "

Lebih baik berhenti sahaja jadi kakitangan kerajaan.Ramai pengganggur, pekerja swasta yang berharap nak kerja dgn kerajaan.

Ubah la pemikiran dan jangan hanya menembak tak tentu pasal jika kita tidak tahu. Jangan jadi org hanya pandai bercakap tetapi kosong pengetahuannya.

Unknown said...

hurm...bagus afiq...

bukan apa..ada sesetengah org berpendapat yg minyak RON 95 tu tak cukup power untuk kete diorg...sedangkan kete buatan Malaysia jer pown...

mungkin slama neh diorg rasa diorg bawak sports car...so gitu la kot..ahaks...

p/s: lama gak rasanya tak mengomen kat sini..isk isk

Unknown said...

bagus artikel neh Afiq...
baru paham sket..
bukan apa...ramai sangat yg bawak citer mcm2...
ada yg siap kata...RON95 neh akan menjejas kan performance kete diorg...sedangkan pakai kete buatan Malaysia ja pown...hehe...konpius2...

P/s: lama rasanya tak mengomen kat sini..

Anonymous said...

bagus jugak informasinya... berguna ni
untuk mengetahui lebih lanjut perbezaan antara minyak ini,
pergi di sini http://y.ahoo.it/vypLdq

Nur Jannah said...

Assalamualaikum wbt..
trima kasih atas perkongsian ilmu nya.
saya nak bagi pndpt tntng kenaikkan harga minyak..
pd pandangan saya..kerajaan bukan sesuka hati nak naikkan hrga minyak..msti ada sbb tertentu mengapa mereka buat mcm ni..jd kita sbg rkyat harus memahami dn menghargai usaha kerajaan yg bersusah payah mnjaga ketenteraman negara..

Saya tidak menyalahi atas menyokong mana2 pihak..just nak bgi pndpt apa yg di rasakn betul.. :)

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya