Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, April 6, 2010

Pejabat Ku dipecah masuk penyamun

Ini merupakan kali kedua kejadian kecurian. Dulu ingat tak Afiq pernah tulis entri mengenai car wash yang di rompak. bagi yang tak tahu, boleh baca sini  http://www.permata-merah.co.cc/2009/05/cuci-kereta.html.

Namun kekuatan kesabaran ini masih lagi bertahan dan tenang menghadapinya. Ini mungkin ujian Allah SWT yang kita tak mampu duga. Mungkin juga ada hikmahnya.

Kejadian dikatakan terjadi pada waktu tengah malam diantara 10.30 malam hingga 8 pagi. Angaran kerugian yang dikira secara kasar lebih kurang RM17,000 melibatkan beberapa barangan seperti Set Komputer, Beberapa buah CPU, 5 buah printer, mesin fax, wang tunai berjumlah RM1000 dan barangan elektrik yang lain.

06042010324 Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi.

06042010325 Polis menyiasat kemungkinan pencuri tersebut memasuki dari bahagian atas.

06042010326

Ini merupakan teori pertama, pencuri itu naik melalui bumbung jiran sebelah.

 06042010327 Ini teori kedua iaitu pencuri masuk melalui pintu hadapan. Ni abang polis tengah bagi taklimat langkah2 keselamatan.

 

06042010328 Ini pintu grill yang di potong, dipercayai mengunakan cutter.

06042010329

Laluan hadapan atau laluan utama.

 06042010330 Ini bilik Jijan dan Zul. Habis kena pungah. Sebab dalam bilik ni banyak duit.

06042010331 Duit yang hilang daripada bilik ni, lebih kurang RM1000.

06042010332 Ok ni meja Afiq, habis diselerakkan juga. Tapi tak lah berapa teruk.

06042010333

Laci Afiq dalam keadaan bersepah. Nasib tak ada barang berharga.

 06042010334 Bilik Afiq dan Akmal tak ada barang yang hilang, sebab kebanyakkannya dalam kereta berbanding dalam pejabat.

Apa-apa pun Afiq ucapkan ribuan terima kasih kepada Perompak-Perompak ini. Jasa mu di kenang sehingga hari akhirat. Moga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka.

Setiap kejadian itu pasti ada hikmah nya..

2 Komen Pembaca:

Yann said...

Cett..
kejam betol pencuri tu

Anonymous said...

ish afiq! sape suwoh bgtaw dlm kete?? bahaya noo..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya