Seniman tersohor M. Rajoli kini dilaporkan tenat di Hospital. Keadaan kesihatan beliau masih tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata. Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu makna.
Bagi yang tidak mengenalinya, Nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an. Lahir pada 07 April 1945 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau berkahwin dengan Hashimah Md. Din dan Hajah Wan Chik Daud (pembaca berita dan pelakon)..
Beliau membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama antaranya drama ‘tuan guru’ ..tentu sudah tengok klip video ini..dan antara episod drama yang seringkali aku ikuti ‘Cinta Antara Benua dan banyak lagi lakonannya. Sempena bulan Ramadhan tempohari ada drama lakonannya tersiar dalam TV yang mengisahkan seorang manusia yang diuji Imannya dalam mencegah kemungkaran Allah S.W.T…Dibintangi Oleh M.Rajoli, Norlia Ghani, Jalil Hamid, Rosnah Mat Aris. Segalanya berubah kini,
Menurut wartawan Utusan Malaysia, ketika 5 bulan lalu dia menziarah nya, beliau masih mampu berkata-kata walaupun sepatah dua. Namun kini, dia lebih menyepikan diri.
Jika isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.
“Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.
“Mulanya saya tunggu juga apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah minta apa pun walaupun setitik air.
“Akhirnya saya buat keputusan memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan malam,” cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami tercinta.
Bukan itu sahaja, malah kini Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.
M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.
M. Rajoli asalnya boleh berjalan seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus terbaring.
“Enam bulan abang menjalani fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.
“Tetapi kini setiap petang Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.
“Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
“Di samping itu sebulan sekali, saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat jantung abang,” cerita Hashimah.
Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya, berkata: “Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga bapa mereka.
Doakan semoga beliau cepat sembuh dah sentiasa dirahmati Allah SWT.
0 Komen Pembaca:
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya