Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Thursday, January 27, 2011

Lawak giler babas!!

Hai. Aku Amin. Aku ada cerita nak berkongsi dengan korang......


Dulu, masa aku kecik-kecik, aku takut gila dengan Ayah aku. Ayah aku garang gila weh. Ayah aku suka kasi amaran kat aku dengan kasik jelingan garang dia jika aku ada buat benda yang dia tak suka.

Contohnya, di kedai, kalau aku ambil gula-gula, Ayah aku akan menjeling tajam yang bermakna aku kena letakkan gula-gula tadi ke tempatnya semula.

Nak di jadi kan cerita, satu hari, aku dengan Ayah aku pergi surau utk solat maghrib. Kecik-kecik beb. Memang la rajin baik warak alim. Keh keh keh.

Masa tu orang semua tengah kusyuk solat. Ketika sedang rukuk, aku ternampak kain pelikat tok imam tersepit kat tengah-tengah celah punggung dia. Aku yg 'konon-kononnya' baik ni berniat nak tolong tok imam tu. Aku terus je tarik kain yg tersepit tu keluar dari tempat sepitan dia. Konon2 biar kain tu boleh bernafas lega. Hehe. Ayah aku yg ternampak adegan tu terus kasik jelingan maut dia kat aku. Aku pun faham maksud ayah aku tu lalu memasukkan semula kain pelikat tok imam di celah punggung tok imam tadi. Ape lagi, melatah lah orang tua tu..

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Muka ayah aku merah padam tahan malu tahan marah. Malam tu berbirat punggung aku kene rotan.
Hadoi... ("╯﹏╰)


Moral of the story is:
Jgn memandai nak masukkan kain kat celah punggung tok imam.. Kih3 X_X:$=D

1 Komen Pembaca:

zulkoa said...

even da bace cite ni..aku gelihati agi..hoho

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya