Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Monday, May 31, 2010

Surat Ku untuk Mu Adinda!

Kehadapan adinda ku yang jauh diperantauan, harap adinda sentiasa sihat hendaknya. Begitu juga kekanda harapkan adinda sentiasa gembira senantiasa.


Tujuan kekanda ini adalah untuk menyampaikan hasrat hati yang telah lama terpendam ini. Kanda tidak lg mampu membohongi diri sendiri,terlalu pedih hati ini! Dinda, sepermegian dinda, hati kanda ini terlalu sakit menangung rindu.kanda tak tahu hendak luahkan dimana. Mandi tak bersabun, tidur tak berdengkur, makan pun tak sendawa..


makin parah keadaan kanda ini. Jika dihitung masa, sehari tidak menghidu ketiak dinda sudah cukup membuatkan kanda gila, inikan pula selama 5 hari. Kekanda tidak lg mampu dinda!


Adinda tentu mengerti keadaan kanda ini, malam ku tiada seri bagai sepi si cengkerik menglihat siang. Malam ini kanda masih lg bersendiri,tanpa dinda menemani. Dinda,izinkan kanda puitis kan satu pantun buat dinda..


Buah cempedak diluar pagar,
ambik galah tolong jolokkan,
dinda ku cinta tak kunjung tiba,
kanda kurus tak lalu makan.


Dinda,hening senja makin terasa.kanda keseorang makin merana.bukan penganti dinda kanda harapkan,cuma mungkin sedikit saja ketenangan.


dinda,kanda mohon bukan pun seribu impian,cuma hanya 1 keizinan.kanda bukan apa,sekadar mengisi tangisan yang perlukan kenangan.


dinda,izinkan kanda pergi mencari rezeki dengan mengail malam ini.dalam erti kata lain pergi memancing mencari rezeki.harap dinda perkenankan.


sembah salam dari kanda yg merindui serta mencintai mu! Restu mu kanda pinta!

Sunday, May 2, 2010

Kem Sains & Matematik

KEM SAINS PEREMPUAN KEM SAINS3

Untuk tempahan Gambar, boleh hubungi 017-7941003.

Harga untuk saiz A4 = RM8

Harga untuk saiz 4R = RM2

 

Gambar-gambar program :-

Sunday, April 18, 2010

Gambar & Video Tragedi kemalangan Achik Spin

Kemalangan yang merlibatkan Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun dan meninggal dunia dalam kemalangan tersebut di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS kira-kira jam 6:15 petang tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2, dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.

Arwah tercampak dari kereta dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah hampir diseluruh badan. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta sebelum kebakaran bermula.

Semoga beliaun ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

achik-spin-kemalangan-1

achik-spin-kemalangan-2

achik-spin-kemalangan-3

achik-spin-kemalangan-4

achik-spin-kemalangan-5

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia dalam Kemalangan

image
Terkini! Diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di KM-14-8 Lebuhraya Lekas (Kajang-Seremban) pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Berita lanjut mengenai kemalangan ini, akan update kemudian.
Al-Fatihah buat beliau..Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Thursday, April 8, 2010

Pembongkaran Penipuan! Pesta Telefon Bimbit Di Tesco Melaka

08042010340

Afiq hari ni memang nak bongkar kan pesta penipu ni. Kempen dari Banner-banner Kata PESTA TELEFON BIMBIT DAN IT DI TESCO MELAKA, DISKAUN 70%, HARGA HANDPHONE BERMULA RM8.80, BLUETOOTH HEADPHONE RM1, MEMORY CARD RM1, 100& ASLI.

Afiq siap beratur dari jam 10.30 pagi sampai buka jam 11 pagi. Dah lah panas, orang ramai.

Tapi semua haprak..mana ada diskaun? Bluetooth RM1 eh? itu pun cabutan bertuah tapi kene beli HP dulu kan? Memang sah penipuan. Sape yang berhajat nak pergi tu, baik tak payah. kalau nak pergi juga baik korang hati-hati. Cakap semua ORI kan? Tapi jual I-Phone CHINA! Bila Afiq cakap ni china nye, diaorg cakap “ni ori singapore set punya maaa….” maaaakk luu….

Afiq juga rasa booth tu semua satu syarikat je, sebab waranty claim 1 company je. Betul lah kan? Harap pihak berkuasa dan Tesco sila pantau baik-baik.

Tuesday, April 6, 2010

Pejabat Ku dipecah masuk penyamun

Ini merupakan kali kedua kejadian kecurian. Dulu ingat tak Afiq pernah tulis entri mengenai car wash yang di rompak. bagi yang tak tahu, boleh baca sini  http://www.permata-merah.co.cc/2009/05/cuci-kereta.html.

Namun kekuatan kesabaran ini masih lagi bertahan dan tenang menghadapinya. Ini mungkin ujian Allah SWT yang kita tak mampu duga. Mungkin juga ada hikmahnya.

Kejadian dikatakan terjadi pada waktu tengah malam diantara 10.30 malam hingga 8 pagi. Angaran kerugian yang dikira secara kasar lebih kurang RM17,000 melibatkan beberapa barangan seperti Set Komputer, Beberapa buah CPU, 5 buah printer, mesin fax, wang tunai berjumlah RM1000 dan barangan elektrik yang lain.

06042010324 Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi.

06042010325 Polis menyiasat kemungkinan pencuri tersebut memasuki dari bahagian atas.

06042010326

Ini merupakan teori pertama, pencuri itu naik melalui bumbung jiran sebelah.

 06042010327 Ini teori kedua iaitu pencuri masuk melalui pintu hadapan. Ni abang polis tengah bagi taklimat langkah2 keselamatan.

 

06042010328 Ini pintu grill yang di potong, dipercayai mengunakan cutter.

06042010329

Laluan hadapan atau laluan utama.

 06042010330 Ini bilik Jijan dan Zul. Habis kena pungah. Sebab dalam bilik ni banyak duit.

06042010331 Duit yang hilang daripada bilik ni, lebih kurang RM1000.

06042010332 Ok ni meja Afiq, habis diselerakkan juga. Tapi tak lah berapa teruk.

06042010333

Laci Afiq dalam keadaan bersepah. Nasib tak ada barang berharga.

 06042010334 Bilik Afiq dan Akmal tak ada barang yang hilang, sebab kebanyakkannya dalam kereta berbanding dalam pejabat.

Apa-apa pun Afiq ucapkan ribuan terima kasih kepada Perompak-Perompak ini. Jasa mu di kenang sehingga hari akhirat. Moga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka.

Setiap kejadian itu pasti ada hikmah nya..

Saturday, April 3, 2010

Ni aku nak marah Nuffnang!

Wah, bile rating blog tinggi je terus Membership Status tukar jadi Ordinary(non-exclusive). Cara bagus eh, untuk menyekat iklan daripada keluar.

Kalau ia pun ada satu dari pada banyak blog aku yang dead link atau tak aktif, bagi lah email dulu. Jangan lah terus tukar.

Ini tidak, main terjah je. Pulak tu masa rating tinggi je. Kalau time biasa, tak pulak kau ubah!

Untitled

Masuk ni dah kali kedua ok! Kang masuk kali ke tiga, telingga aku jadi merah panas hati!

Nuffnang, Permata-Merah mintak penjelasan! Sekian..