Harga gula pun masih belum reda dengan kenaikan 20 sen, kita akan digemparkan dengan kenaikan harga petrol pula. Skang ni gula naik, harga teh tarik pun turut naik 20sen. Kalau harga petrol nanti naik, harga teh tarik akan turut naik, walaupun nak buat teh tarik tak guna petrol. Korang setuju tak?
Harga Minyak akan naik pada 1 mei 2010, korang tak percaya? Baca ni>
Dua harga petrol mulai 1 Mei 2010
PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama
Bila Afiq baca ni pula, banyak fakta yang memang Afiq sendiri akui.>
Dulu pun semasa minyak naik ke paras RM2.70, tengok harga makanan, harga barang naik. Kalau di kedai-kedai makan, mereka peduli apa kalau minyak naik, harga tetap naik punya. Rakyat Malaysia tetap kena menghadapi juga, sebab memang keperluan harian.
Okey…cuba kita buka mata lihat negara jiran kita. Ya……memang diakui yang mana harga minyak Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia. Harga minyak di Thailand mengikut harga semasa minyak dunia. That’s the fact. Tetapi…….
- Adakah Thailand ada naikkan cukai kereta import ber cc tinggi sehingga 300 % ?
- Adakah Thailand mengenakan cukai jalan ke atas mana-mana kenderaan di sana?
- Adakah Thailand mengenakan tol di hampir setiap jalan?
Rakyat Thailand boleh pakai kereta mewah ke mana-mana tanpa perlu risau pun cukai yang tinggi. Pilihan dan contoh sudah ada dan jika kerajaan kasihkan dan prihatin dengan nasib rakyat, mungkin boleh dipertimbangkan. Akhirnya keputusan terletak di tangan pihak kerajaan.
Di Thailand tiada cukai kereta sampai 300%. Kalau di Malaysia terbalik pula. Cukai kereta mencecah sehingga 300% bukan suatu yang mustahil. Bayangkan kereta yang pada asalnya tidak sampai RM100,000 boleh menjangkau ke harga setinggi RM200,000. Kalau miskin atau berpendapatan sederhana mampu membelinya? Geleng kepala dan telan air liur sahajala. Beli Porshe, Ferrari, Lamborghini dan pelbagai lagi kereta mewah. Sebab apa? Mereka ada AP. Yang golongan yang kaya-raya tentu sahaja mampu beli.
Di Malaysia penuh dengan CUKAI…contohnya LHDN, PCB, KERETA, ROADTAX, KEDAI MAKANAN(FAST FOOD), CUSTOM DLL…….masih tidak cukup lagi tampung dana kerajaan?
Apa yang dilihat di sini, ada beberapa kemungkinan jika kerajaan melaksanakan peraturan 2 harga petrol ini. Bukannya saya katakan begini kita hendak berniat tidak baik, tetapi…kemungkinannya tetap ada. Jangan pandang remeh.
- Attenden pam minyak tu mintak tengok IC dari pelanggan? Sogok RM10, sure lepas punya. Yang jaga pula sekarang ini rata-rata pekerja asing pulak tu.
- Kereta CC besar tidak boleh dapat subsidi, kereta kecil boleh dapat subsidi? Kalau macam itu, paling untung pemilik kereta seperti RX7, RX8, Mercedes Kompressor (Mazda RX8 memang CCnya rendah tetapi revolutionnya tinggi menyebabkan dia makan banyak minyak. Actually kereta ber CC tinggi lebih save minyak sebab power lebih, jadi kurang drag. BMW 2.5 lebih save minyak jika hendak dibandingkan dengan yang 1.8, kerana kereta BMW berat jadi drag lebih, so enjinnya yang ber CC rendah akan terpaksa guna minyak lebih, bagi mendapatkan lebih kuasa )
- Bagi individu yang ada dua kereta, misalkan 1 kereta Savvy dan satu lagi Toyota wish. Maka cuma perlu isi minyak pakai kereta Savvy lepas tu bila sampai di rumah, tinggal sedut dan pindahkan ke kereta Toyota Wish. Dapat jimat sekitar 30sen seliter dan jimat RM12 setangki penuh kereta Wish.
- Kalau ikut attendant pam minyak….park kereta Viva….bayar full tank(letak deposit RM100), kemudian alihkan kereta Viva… park pula Evo10, isi minyak sampai penuh.
Ada baiknya kerajaan Malaysia contohi apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan di Brunei yang mana masuk sahaja kereta plat luar negara ke negara kita, auto charge kepada mereka harga petrol tanpa subsidi. Rakyat Malaysia dapat harga petrol bersubsidi. Kalau CC kereta 2.0 pun dikira berkehidupan mewah saya sendiri musykil, sebab sekarang ini banyak kereta-kereta lama yang CC lebih daripada 2.0 di jalan jalan sekarang ini dan kereta-kereta seperti ini pun sebenarnya bukan boleh dikategorikan sebagai kereta mewah. Contohnya :
- Si kaya pakai kete bawah 2.0cc, tetapi harga kereta mewahnya sangat mahal. (Dapat subsidi???)
- Si miskin menggunakan kereta yang lebih murah, dah berkarat cabuk contohnya Ford Cortina 2.0 atau Mistsubishi Galant 2.0 GLX yang keluaran tahun 1982. Lepas itu, adalah kereta-kereta buruk dan tidak semewah kereta-kereta lain, tetapi mempunyai CC besar. Nayalah orang yang memilikinya. Sekarang ini kereta second hand Perdana SE keluaran tahun 1996 boleh dapat sekitar RM14K-RM15K. Nasibla…..sebab dikategorikan sebagai kereta mewah. (Tidak dapat subsidi???)
Kemudian kenapa individu yang berkereta mewah tidak boleh mengambil dan mendapat subsidi? Walhal orang kaya seperti inilah yang menyumbang dan membayar banyak cukai. Kaya ke miskin ke, tetap menyumbang kepada ekonomi negara. Kalau nak teruskan jugak dasar ini, mungkin boleh dikenakan kepada individu yang memiliki kereta cc 2.5@3.0 ke atas.
Satu lagi jikalau kerajaan hendak menarik balik subsidi minyak untuk kereta yang ber CC tinggi, maka silalah hapuskan road tax yang tinggi dikenakan terhadap kereta ber CC tinggi. Mungkin kerajaan sudah lupa kot. Tidak mengapa. Saya suka mengimbau balik dasar yang cuba dilaksanakan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2007, artikel atau berita kerajaan mengenakan road tax yang tinggi kepada kereta ber cc tinggi agar yang kaya pun akan boleh diberi subsidi minyak. Renung-renungkanlah……
Tapi yang lebih mengejutkan apabila dijangka harga petrol akan naik sehingga RM 3.90 seliter. Kalau ini benar2 berlaku, maka akan musnahlah Barisan Kerajaan yang ada ni untuk mentadbir Malaysia pada pengal akan datang. Sebabnya kerana mereka lebih menghulurkan beban kepada rakyat dari cuba untuk menyelesaikan nya.
Kalau lah ada juga yang masih bersetuju dengan kenaikan harga petrol ni, memang lah korang tak ada otak yang waras! Atau korang memang seorang yang sangat kaya rasa sampaikan berak pun keluar duit. Apa pun alasan nya, Afiq serta ramai lagi manusia di Malaysia ni TIDAK BERSETUJU dengan kenaikan harga petrol ni!
Terperanjat tak kalau korang baca ni>
PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97,while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family Sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.
The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect. Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.
The government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota. Source===> SkyNet News Asia
5 Komen Pembaca:
Well, don't you feel that everything is always going up. Every price is going up and living style is going up. But one thing that will never goes up is our salary :D. Wonder how people could survive with little salary.
Regards from cr3ap
http://cr3ap85.blogspot.com/
Info yg menarik! bagus!
Well, 1 Malaysia, we'll wait and see....
pundek punya najid antatoya ni. BN-BARUAH NEGARA
Kata rakyat didahulukan...
Memang la rakyat didahulukan kalau ada masalah...
Pencapaian pulak diutamakan...
Pencapaian untuk mengikis duit rakyat la maksudnya...
Tak paham2 lagi ke??
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya