Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, January 27, 2010

Sinetron Fahrin Ahmad, Linda Onn dan Scha Al-Yahya

Satu dunia sedang menonton kisah percintaan ini. Ye lah, maklum lah selebriti terkenal katakan. Tapi yang tak sedapnya bila cerita ini terlalu dramatik sampai menguris banyak pihak.

ENTAH di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain.
Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu.
Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dengan melantik seorang peguam, Tengku Naufal Tengku Mansor, Fahrin telah mengemukakan notis tuntutan maaf dan menyiarkan permohonan maaf atas alasan memfitnahnya, selain menulis surat aku janji agar tidak mengulangi perbuatan seumpama itu lagi dalam tempoh tujuh hari terhadap penyampai radio Suria FM itu.
Bagi Fahrin, tindakan yang dibuatnya itu adalah jalan yang terakhir untuk 'mendiamkan' Linda daripada membuat sebarang kenyataan buruk mengenainya.
Sudah pasti dakwaan Linda itu suatu tamparan hebat yang pernah diterima Fahrin sehingga melibatkan tekanan emosi.

Malah, ketika sidang media berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, Fahrin sebak dan terus mengeluarkan air matanya tatkala memberitahu betapa sedihnya dia mengenangkan ibunya yang terlantar sakit di hospital turut menerima tempias dan terpaksa berhadapan dengan persoalan demi persoalan tentang hal itu yang ditebak oleh saudara-mara dan teman-teman.

Berikut luahan hati Fahrin.
Setelah sekian lama, mengapa baru sekarang anda mengambil tindakan?
Pada peringkat awal ia terlalu remeh. Kisah percintaan tidak sepatutnya jadi begini. Dalam tempoh lama saya berdiam tidak bermakna saya kalah tapi saya tenang dan sekadar melihat sahaja. Saya tak akan ambil tindakan tegas jika perkara ini tidak perlu. Sepatutnya dia tak payah nak bercakap perkara yang boleh mengaibkan. Akhirnya, atas nasihat peguam, saya rasa apa yang tertera memang cukup kukuh berlandaskan undang-undang, dan saya bertindak.

Bagi anda, apakah yang membuatkan Linda mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Percintaan tidak seharusnya begini. Kenapa bila dah habis baru nak cakap buruk pasal saya. Saya tak pernah sikit pun mengata mereka (Linda dan Scha) yang boleh menyebabkan orang luar berprasangka buruk. Apabila saya putus cinta dengan Scha, saya tahu orang akan kata silap saya. Saya diam. Saya tak faham kenapa dia nak buat tindakan macam ini. Saya tak pernah menyesal berkawan dengan mereka. Tetapi kenapa sampai hati mereka buat macam ini.

Perasaan awak ketika diberi gambaran sebagai seorang yang panas baran dan kaki pukul?
Saya ini seorang yang ceria dan menghiburkan. Wajah saya sudah menjadi duta kepada beberapa produk besar dan kecil dan saya perlu menjaga nama produk yang saya bawa. Apa perasaan awak bila awak keluar negara, orang tanya, betul ke awak ini kaki pukul? Bagaimana pula perasaan awak bila mak sakit di hospital turut ditanya soalan itu.
Adik saya yang tidak tahu apa-apa pun mendapat pelbagai panggilan telefon dan mereka terpaksa menjawab soalan-soalan orang.

Bila akhbar The Star turut keluarkan artikel itu, pembaca-pembaca mereka tidak didedahkan dengan gosip-gosip. Saya percaya mereka pasti akan ada keraguan tentang saya setelah membaca artikel itu.
Mungkin bunyinya agak kelakar. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti ada orang nak bermenantukan saya. Sah-sah orang tanya, awak ni kaki pukul ke? Saya tak macam itu!

Komen keluarga awak tentang hal ini?
Alhamdulillah keluarga terus mendoakan saya dan sentiasa menjadi tulang belakang saya ketika susah dan senang. Jangan ingat saya tidak ada perasaan kecewa. Ingat, saya ini selebriti. Tak semua cerita yang boleh saya kongsikan sesuka hati. Kalau boleh saya pendamkan sahaja. Dia perlu meminta maaf dalam masa tujuh hari ini. Kerana dia, keluarga saya turut menerima tempiasnya.

Ada pesanan buat Linda dan mungkin juga Scha?
Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka.

Ada perasaan dendam terhadap mereka?
Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita.

Serik untuk bercinta dengan artis?
Mungkin kali ini usaha saya bukan dengan artis lagi kot. Saya akan cuba elakkan dari bercinta dengan wanita yang mempunyai sama bidang dengan saya.

Saksikan kisah ini :>
Babak 1 >
image
image
image
Babak 2 >
image
image
image
Babak ke 3 >
image
Babak ke 4 >
image
image
image
Babak ke 5 >
image
image
image


Dalam hal sebegini, pada Afiq tidak perlulah kita mengaibkan sesiapa. Yang sudah lepas itu lepas lah. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini. Telah tertulis Dalam Qada & Qadar Allah SWT.

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya