Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Monday, August 31, 2009

Analisis Kenaikkan Harga Minyak Petrol

http://layarangkasa.files.wordpress.com/2008/12/raise-of-petrol-price.jpg
Menjelang tengah malam ini, 1 September 2009 sekali lagi kita dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak petrol ini. Mungkin hadiah semperna Kemerdekaan ke 52 gamaknya. Agak keterlaluan jika ini dilakukan kerana musim ini adalah musin perayaan. Kenaikan harga minyak ini sekali gus akan menaikkan harga barang-barang.

Sedikit analisis yang Afiq lihat, dan memberi impak yang besar kepada kita.

Harga Minyak Petrol berkuat kuasa 1 September 2009.
Harga Minyak Petrol Ron 97 dari Rm1.80 kepada Rm2.05 (kenaikan 25sen)

Harga Minyak Petrol Ron 95 dari Rm1.75 kepada Rm1.80 (kenaikkan 5sen)

Peratusan Harga Juga meningkat!

12.19% Harga Minyak Meningkat
12.19% Harga Barang-barang Meningkat
24.38% Kos penguna meningkat (Pengunaan Barang + Minyak)
100.0% Kenaikan Kemarahan Rakyat!

Adakah benar yang diwar-warkan oleh Kerajaan bahawa kenaikan harga minyak petrol ini tidak memberi kesan kepada rakyat?Afiq sebagai penguna mengatakan ini adalah satu pembohongan. Kerana kita tahu setiap kenaikan harga petrol, ia akan memberi kesan kepada segala kos pengangkutan. Termasuk barang-barang dagangan dan makanan. Impak ini sangat lah besar! Adakah ini 1 Malaysia yang rakyat diutamakan?

Bagi kebanyakan penguna kenderaan Bersaiz sederhana seperti Afiq yang mengunakan Tangki Minyak penuh sebanyak 45 Liter, kenaikan kos sebanyak Rm11.25! Jika sebulan sebanyak 4 kali isi penuh, bermakna kenaikan kos sebulan Rm45. Jika setahun? Rm540! Adakah ini tidak membebankan?

Imbas semula harga Petrol dahulu

1995 = Harga Petrol Malaysia RM1.52 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong

2009 = Harga Petrol Malaysia RM2.05 atau RM1.80 pada Harga Minyak Dunia $65-$75 setong.


Korang sebagai penguna bagaimana? Berpuas hati dan menyokong tindakan menaikkan Harga Minyak Petrol ini?

Merdeka, Apa ertinya?

http://hardyw3b.files.wordpress.com/2007/08/merdeka.jpg
Hari ini merupakan 31 Ogos 2009. Semua orang Malaysia tahu tarikh ni kan? Ye, kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun. Tapi ramai yang tak tahu, ape erti merdeka yang sebenar!

Tiap3 tahun sama saja, Konsert Ambang Merdeka, Mat2 Rempit, Mat3 Romeo dan Minah3 Juliet dan Gejala sosial yang melampau. Kenapa ini terjadi? Adakah ini yang diperjuangkan oleh datuk nenek kita dahulu? Kebebasan yang melampau sehingga kita boleh melakukan apa saja?
http://www.sa-free.org/wp-content/uploads/2009/07/1_malaysia.jpg
Tahun 2009 ini Afiq lihat sambutan kemerdakaan sedikit Hambar. Tidak kelihatan orang melekatkan Bendera Malaysia di kereta mahu pun di rumah? Adakah kerana Sambutan menyambut Ramadhan dan Syawal lebih diutamakan? Ataupun ini adalah protes rakyat kepada SATU MALAYSIA yang di laungkan oleh Perdana Menteri?

Yang rakyat tahu, Merdeka cuti umum! Berpeleseran lah pada malam 31 itu. Kan? Pada Afiq pun, Merdeka bukan lah satu perayaan atau sambutan yang penting, Hanya mengenang Budi dan Perjuangan Merdekakan Malaysia dari penjajah. Tetapi mungkin satu hari nanti, kita akan merayakan satu lagi Perjuangan, Iaitu Merdekakan Malaysia dari Penjajah Bangsa!

Pandangan Korang pula bagaimana? Apa ertinya kemerdekaan yang kita sambut Tiap3 tahun ini?

Saturday, August 29, 2009

Mobile Update : Berbuka Puasa

Tadi sebelum keluar mengajar, Ibu dah tanya Afiq " Hari ini nak masak ape ye". Sememangnya, Afiq pun buntu nak berbuka apa. Tengah syok3 pikir, teringat lah semalam, berbuka dengan sayang. Sangat seronok. Makan skit jer pun dah kenyang. Dan Afiq suka sangat Pic tu! Sempatkan bergambar sebelum berbuka.Ahak..nak wat mcm mana, itu adalah kami.

Ok, Rasanya hari ini Afiq nak pergi kedai di Penjara Banda Hilir beli Nasi Goreng, dah lama tak makan disitu. Kalau tak buka, kena tukar plan beli Nasi Lemak Kg Portugis. Rasanya ok kot.

Habis kelas kol 5, sampai rumah dalam kol 5.30. Lepas solat Azar baru nak pergi, rasa2 dalam kol 6. Agak3 korang, sempat tak Afiq sampai sebelum kol 7 dengan merentas jam di Telok Mas?

Walau macam mana pun, Afiq tetap nekad nak pergi! Korang mesti tak tahu kan kenapa, sebab kedai Penjara Banda Hilir itu adalah yg terfamous di Melaka sekitar awal 90an. Sampai sekarang, sedapnya masih lagi maintain.

Tak lupa juga pada korang, Selamat Berbuka Puasa!

Thursday, August 27, 2009

Rindu Serindu Rindunya!



Saat ini Afiq rasa betul3 diduga..berceramuk hati ini..tak lain tak bukan apabila menahan Rindu..Sememangnya menahan Rindu itu perit tapi Bahagia..Kan3?

Ok..bagi yang tak tahu lagi macam mana perasaan rindu itu, cuba korang faham dulu ape maksud Rindu dalam kamus..

Mengikut Kamus Dewan (DBP) Edisi ketiga: Erti itu bermaksud: Yang terkandung dalam sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan dll)

Rindu 1 itu bermaksud: Berkeinginan benar (akan, kepada) berkeinginan benar hendak berjumpa (hendak ke kampung dll)

Rindu 2 itu bermaksud: Rindu dendam perasaan sangat cinta (akan) sangat berahi, menaruh cinta kasih (pd) dll.

Kalau tak faham juga, cuba menghayati puisi rindu ini..

http://empimuslion.files.wordpress.com/2008/05/0y4fhcoz.png

ia bukan sempadan.. di hati bukan,
ia datang menghunjam
mengalun dalam mesra
menyimbah tanpa sedar
ia bagaikan seorang
sang kelana yang kehausan..

rindu bukan satu ungkapan
bukan juga dengan
sebuah kata-kata..
ia terlalu manis..
namun bukan merasakan dengan
lidah..
ia lazat.. tetapi tidak
diusus kotor..
ia indah
namun bukan mudah dikira
atau dihitung..

rindu tidak tahu
mana kamarnya..
andai terlihat
maka ia jadi seperti semut..

rindu bagaikan panahan kematian..


contoh3 ayat rindu :

Afiq amat rindu kekasihnya yang jauh diperantauan.

Amat Rindu : Tersangat rindu atau terlalu rindu.

Maksud rindu plak : Sila rujuk kamus Dewan Bahasa edisi ketiga tadi!


Tapi korang mesti pelikkan dari mana wujudnya rindu ini..

Asal usul rindu adalah dari cinta..Atau dari perkara yang korang sangat suka..kalau tak suka maka tak cinta.kalau tak cinta maka tak rindu.Betul tak?

ok..cukuplah toturial kali ini mengenai Rindu, bagi yang tidak ada perasaan tu..Korang cari lah rindu kat mana2 asal jangan cari kat bazar Ramadhan..

Please Kamu Jangan Nakal



Ok..Bulan Ramadhan ni Afiq nak pesan kepada semua termasuk diri Afiq sendiri supaya Jangan Nakal.

Jangan Nakal Tak pose!

Jangan Nakal tengok benda3 Nakal

Jangan Nakal Merayau3 malam3 buta

Jangan Nakal Merempit

Jangan Nakal Mengumpat

Jangan Nakal Hati

Jangan Nakal Main Mercun

Jangan Nakal-Nakal




Yang nak Exam tu..Semoga Berjaya..
Jangan Nakal3..

Wednesday, August 26, 2009

Ikhlas Aku Mencintai Mu!


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.". Suatu masa dulu, aku juga pernah melaungkan rasa benci pada cinta sehinggakan aku mengatakan yang Aku Tidak Percaya Lagi pada Cinta. Pada aku, cinta itu maksudnya Setia. Namun, manusia tidak mungkin akan setia kerana manusia tidak kekal abadi. Tekat aku mengagungkan kata walau picisan perasaan sepi menghimpit pilu.


Kerana itu, aku merasakan lima tahun dahulu mungkin aku terlalu hina untuk mencari cinta yang akan kekal sampai mati. Mungkin aku terlalu naïf untuk mencari kesempurnaan kasih. Aku juga lupa yang aku hanya punyai satu hati untuk diperjudikan dalam hubungan itu. Kasih yang aku puja tidak kekal lama. Zahir dan Batin aku tersiksa. Biar aku didusta, biar aku merana, aku tetap hidup menghirup udara didunia ini. Banyak lagi perjalanan yang harus aku tempuhi walaupun likunya aku harung seorang diri.


Tetapi semalam, saat aku rasakan kebahagian telah hadir, aku tidak mampu untuk berkata apa. Aku juga tidak mampu untuk memperjudikan kasih ini lagi. Aku telah tiada apa2 yang boleh dibanggakan. Cuma Hati ini aku serahkan dengan Ikhlas kerana Allah untuk dikasihi dan dicintai. Saat dirimu hadir, Aku juga sukar untuk mencari dimana nilainya aku kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.


Hari ini, mungkin episod duka aku telah pun berakhir. Saat ini kau hadir bagai sekeping hati yang aku benar-benar cintai. Kasih itu bukan aku cari, tetapi ia hadir bagaikan mimpi. Aku terima kerana ia bagailah satu anugerah yang dikurniakan oleh Ilahi untuk nikmat didunia ini. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Untuk esok, aku akan membulatkan tekad, kasih ini akan aku darjatkan dirimu menjadi seorang Isteri dan menjadi ibu kepada anak-anak ku. Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Dirimu Noorfaizyan, tetap dihati dan disanubari. Akan kekal abadi hingga akhir nanti.


"Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi"


Ikhlas Dari Ku,
Afiq

Monday, August 24, 2009

Keserhadanaan Di Bulan Ramadhan

Alhamdullilah, hari ni masuk berbuka yang ke3. Kejap jer kan masa berlalu. Kang tetiba jer dah masuk bulan syawal. Tahun ni Afiq sambut Ramadhan sama seperti tahun3 yang sebelumnya. Cuma bezanya tahun ni ada teman pergi pasar Ramadhan dan nak kongsi menu berbuka. Maklum lah tahun ni ada Kekasih hati baru.

Entri hari ni Afiq nak kongsi sikit bagaimana cara berbuka puasa orang bujang. Sangat simple kan? Nasi Lemak dengan kuih je yang beli. Air bancuh sendiri lah. Belum ada isteri nak tolong hidangkan. Lagi pun makan sorang2, so cukup lah ni sekadar alas perut. Kang banyak3 nanti malas pergi terawih + tambah berat badan. Harap sangat puasa kali ni bertambah kurus. Walaupun sekarang dah maintain slim dan berat badan yang ideal, cuma nak target 39kg jer ni ni. Skit lagi nak capai.

Menu hari ini dihidangkan terus dari pasar Ramadhan Batu Berendam, balik dari ofice tadi terus together dgn sayang. Tawaf 3 kali dan ini lah hasilnya. Yang lain cuma ambil bau saja. Dah penat sangat pikir nak makan ape, sambar jer lah Nasi Lemak yang harganya cuma Rm1. Sangat jimat dan berbaloi. Kalau lah hari3 makan macam ni, leh capat simpan duit kahwin.

Bulan yang mulia ini tak perlulah kita ikutkan sangat nafsu ni. Makan sekadar isi perut, bukan buat taik banyak3. Ramai lagi orang yang susah dan tak dapat makan sedap3 macam kita. Kira bersyukurlah kita masih lagi dapat membeli belah kan?

Walaupun makan yang sikit, tapi Afiq cukup suka merayap di Pasar Ramadhan ni. Tak tahu lah kenapa, mungkin sekadar nak ambil bau dan cuci mata. Cuci mata yang Afiq maksudkan kat sini adalah tengok masakan3, bukan tengok gadis3 tau. Walaupun ada juga yang pakai menjolok mata berpeleseran di kawasan orang meniaga ni, buat3 tak tahu je lah. Tah kenapa lah masih ada yang tak tahu hormat bulan Ramadhan ni. Apalah salahnya kalau bersopan setahun sekali kan.

Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita banyak3 kan beramal. Moga3 bulan yang berikutnya kita sentiasa diberkati. Amin..

Tazkirah Ramadhan - Asal Usul Neraka

http://nuruddin83.files.wordpress.com/2009/03/api-neraka.jpg
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun
tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah
dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


..: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi
Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT
KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan
memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu
mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
:-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.'

Sama-sama lah kita beramal di Bulan Ramadhan Yang Mulia ini!

Friday, August 21, 2009

Fadilat Solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Sama2 lah kita mendapat manfaat di Malam2 Ramadhan ini.

Ramadhan Al Mubarak

http://www.e-zakat.com.my/baru/sistem/e-kad/kad/kebaikanramadhan.jpg
Menjelang waktu Magrib hari ini, maka bermula lah Bulan Ramadhan yang penuh mulia. Di kesempatan ini, Afiq nak mengucapkan Salam Ramadhan kepada Ibu, Adik dan Keluarga tercinta, Buat Cinta ku yang di ingati dan dikasihi selalu, serta tidak lupa kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita Semua mendapat keberkatan dari Yang Esa.

Afiq juga ingin memohon kemaafan kepada semua jika selama ini Afiq ada terkasar bahasa, menguris perasaan atau ada yang berkecil hati sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maklum lah Afiq manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Harapan Afiq untuk Ramadhan kali ini ialah :
1) Berpeluang Solat Tarawih dengan banyaknya.
2) Moga kekuatan iman ini kekal untuk sentiasa membaca Al-Quran.
3) Memperbanyakkan Solat dalam mengecapi Fadilat Malam Ramadhan.
4) Berbuka puasa secara sederhana.
5) Dapat mengurangkan Asap Rokok didalam paru2.
6) Kesihatan yang baik untuk kekalkan ibadah puasa dan solat.
7) Bahagia bersama keluarga tercinta.
8) Bahagia bersama Kekasih Hati dan Mengharapkan hubungan ini Di Rahmati.

Salam Ramadhan untuk Semua!

Ada apa dengan Blog Permata-Merah??

Mungkin blog ini masih lagi terlalu asing bagi penduduk2 Malaysia, maklum lah. Blog ini pun bukan lah terkenal pun. Tak ada apa yang menarik pun mengenai blog ini. Ia cuba hanya omong2 kosong dari penulis nya sahaja. Yang ditulis adalah mengenai CERITA, CINTA & DUNIA.

Sebenarnya dari blog ini jugalah tempat Afiq meluahkan rasa yang kadang kala tidak terucap oleh kata2. Jangan lah salah angap berblog ni membuang masa dan sampai ada yang mengatakan blogger seperti Afiq ini POYO dan tidak bermaruah. Sebabnya berblog bukan lah untuk berlagak atau meraih simpati seluruh dunia. Hanya untuk berkongsi cerita.

Dunia blog juga banyak mempengaruhi perkembangan Teknologi dan Industri Media Massa dimana maklumat yang ingin disampaikan boleh dikongsi seluruh dunia dengan hanya sekelip mata. Pada pandangan Afiq, ini adalah kemudahan dan kecangihan yang perlu dikecapi oleh setiap orang. Lagi pun di internet, bukan hanya membaca email, Chating dan Laman2 Sosial seperti Facebook dan Myspace yang hanya perlu digunakan. Banyak lagi ilmu yang boleh diperolehi oleh penguna2 internet ini.

Ketamadunan dan kecangihan ini dapat dirasai bila mana ramai yang berjaya mempengaruhi pembaca dengan membuka Kedai Maya, Rujukan Ilmu dan sebagainya. Ambil contoh, kalau dulu kita hanya menunggu berita Jam 8 malam untuk mengetahui Perkembangan Dunia. Tapi sekarang dengan melayari Internet dan Membaca Blog sekelip mata korang dah berada dimana2 dalam dunia ini dan mengetahui perkembangan semasa.

Untuk makluman korang juga, blog permata-merah ini bukan lah hanya Diari Afiq semata2, tetapi Afiq akan bercerita mengenai semua perkara. Berkongsi ilmu jugakan merupakan Ibadah. So apalah salahnya mengunakan kemudahan Blog ini. Bagi korang pembaca setia yang mempunyai maklumat yang dingin dikongsi, boleh lah emailkan kepada Afiq di evil_impaler27@yahoo.com.

Berblog ini juga banyak fungsinya dan Afiq pernah ceritakan di entri terdahulu iaitu Blogger, Kerja Gila?. Bagi yang tak sempat lagi baca tu, rajin2kan lah mengeladah segala isi yang ada didalam Blog ini.

Afiq juga nak kongsi dengan korang semua mengenai cara untuk mendapat duit dari Berblog ini. Kalau korang lihat, ada terdapat iklan dari Nuffnang pada blog ini. Setiap iklan itu adalah berbayar. So makin ramai yang lihat blog korang, makin banyak duit korang dapat. Caranya mudah saja, korang hanya perlu mendaftar di www.nuffnang.com.my dan letakkan code wigget di blog korang.
Walaupun tak banyak lagi orang yang membaca blog ini, tetapi sekurang2nya ini adalah satu permulaan yang baik untuk terus berkembang dan maju. Dan Afiq percaya mungkin satu hari nanti blog ini juga seiring dengan Blog3 lain yang Berkembang pesat dengan jumlah pengunjung yang memcecah ribuan orang sehari.

Afiq pun hanya mendapat berapa sen lah sangat dari Nuffnang ini, tetapi nilai itu sangat berharga pada Afiq. Sebabnya ia adalah satu usaha dan yang paling penting ianya dari hasil yang Halal. Kalau pihak Nuffnang baca entri ini, cepat dan banyakkan lah masuk duit tu eh. Afiq nak simpan duit kahwin ni.

Dari kita terus mengunyah Gula-Gula Haram, baiklah kita berlapar sedikit dengan usaha yang kita lakukan. Tak perlu menipu dan sebagainya. Tuhan kan dah janji, setiap orang didunia ini ada rezeki masing2. So berusahalah dan bersabarlah.

Sedapkan mata memandang melihat duit ini, tetapi kalau korang perhatikan betul2, duit RM100 ini adalah duit palsu. Lihat pada no siri duit ini, semuanya sama. Kertasnya pun lain. Difahamkan duit ini digunakan untuk Politik Wang oleh pihak2 tertentu. Nampak cantik, tetapi tiada nilai dan azabnya lebih besar dari nilainya. Betul tak korang?

Bagi pembaca setia blog ini, Afiq suka nak mengucapkan ribuan terima kasih dalam korang menyokong usaha Afiq menjayakan nya. Terutama Cinta Afiq yang sangat banyak bagi dorongan dalam mencari isi dan panduan dalam menulis. Nanti kalau Afiq rajin, Afiq akan adakan jamuan Hari Raya untuk pembaca semua.

Wednesday, August 19, 2009

My New Lappy-Putih



Ok hari ni nak cerita pasal Lappy atau Laptop baru Afiq. Sebenarnya takde lah baru sangat pun. Dah 2 minggu lebih umurnya. Cerita ni pun bukan lah nak bagi tahu satu dunia yang Afiq beli laptop baru, cuma nak kongsi lah dengan korang mana lah tahu boleh berguna untuk yang sedang mencari laptop tu.

First skali nama dia Putih. Si Dia yang bagi nama tu. Sangat sweetkan? Padan lah dengan kecomelan Putih dengan Tuan dia yang tak berapa nak putih tu.hahaha.. Putih telah Afiq beli masa PC Fair hari tu 8/8/2009 kat Mahkota Parade Melaka. Harga? Lebih kurang dengan laptop2 yang lain dan tak perlulah Afiq tuliskan. Cuma si Putih ni mempunyai beberapa keistimewaan yang membuatkan Afiq terpegun.

Model : BenQ Joybook Lite U101
CPU : Intel® Atom™ Processor N280 1.66 GHZ
Operating System : Genuine Windows® XP Home
Chipset : Intel® GMA950
Graphics : Intel® GMA950 (of DirectX 9.0 capability)
Memory : DDRII-533 2GB
Hard Drive 1HDD : 160 GB (5400RPM - SATA)
Screen Size : 10.1" WSVGA (1024x576)
.16:9 LED backlight
.UltraVivid widescreen display with 200nits
.Response Time:8ms
Resolution : WSVGA (1024x576)
Brightness : 200 nits
I/O Ports : USB 2.0 x3
‧RJ-45 Ethernet port x1
‧D-Sub port x1
‧DC-IN x1
‧Microphone-in x1
‧Headphone-out x1
Battery : 6-cell Lithium-Ion Battery, 53.28WHr (2400mAH);approximately 8hrs duration*

* This battery life is estimated (under BatteryMark V4.0.1) with SSD and when the power-saving mode is on. The actual battery life may vary with different operating conditions and settings.
Communications/Networks : LAN:Built-in 10/100 Ethernet
‧Wireless LAN: 802.11 b/g
‧Bluetooth: Built-in Rev. 2.0/ EDR (option)
Card Reader : 4-in-1 card reader: MS/MS-Pro/SD/MMC
Audio : Built-in 1.5W speaker x2
‧Built-in Microphone x1
‧Soundsystem x 2 channels
(1) Sound Blaster Pro Compatible
(2) HD Audio
(3) Noise Suppression & Echo Cancellation supported
Software : Anti-Virus Software
.QData Trove 3.1
.Adobe Reader 8
.Adobe Flash Player 9 Active X
.Arcsoft WebCam Companion 3.0
.Magic-I Visual Effect 2
.QHotkey Mgr

* For Windows operating system only.
Dimensions : 258 x 189 x 28 (front) ~ 32 (rear) mm
Weight : 1.1 kg(with 3-cell battery)
Accessories (Standard) : Built-in 1.3-megapixel webcam


Ok..yang istimewa bagi Afiq tentang putih ini adalah sebab dia Ringan dan Sangat Comel. Berat lebih kurang 1kg berbanding laptop lain 2.4kg. Bukan apa, Afiq dah penat lah bawa laptop berat2 ni. Tercabut bahu nak pikul, so dengan adanya Putih yang ringan ini, tak terbatas lah Afiq nak berblog.

Yang kedua sebab memory dia 2Gb berbanding Laptop2 mini yang lain cuma 1Gb atau 512Mb sahaja. So Putih lebih laju berbanding kawan2 dia yang dari jenama lain. Korang jangan konfius plak, si Putih ni laptop mini atau NetBook, so kapasiti untuk letak Ram tak sama macam laptop korang yang besar bapak tu.

Dan yang paling membuatkan Afiq terus teruja nak beli, Putih dibekalkan dengan Battery 6 Cell dan tahan sehingga 8 Jam. Tapi biasanya dalam 5 jam jer kalau guna Wifi sambil2 dengan lagu. Kalau hanya standby, memang 8 jam, silap2 lebih dari tu. Antara model HP, DELL, ACER dan lain2 semuanya bagi battery 3 cell. So keistimewaan inilah yang membuatkan Afiq tak teragak2 untuk mengambil putih sebagai buah hati ku yang baru!

Warranty plak salama 2 tahun. So kesihatan Putih akan lebih terjamin. Dan akan lebih lama menjadi kekasih Afiq kan?

Ada yang mempersoalkan kenapa Afiq beli NetBook, sedangkan tak boleh main game, kecik, dan xada internal DVD. Dan kenapa mesti Putih?
Jawapannya : Afiq tak main Games, tp game online boleh jer! Afiq suka yang comel2, sbb Afiq pun comel! DVD kat laptop lain dah ada dan boleh beli external kalau nak. Sebab apa Putih?Sebab cantik lah..Lagi pun Afiq kan putih sesuci kapas. hahaha..Korang yang mempunyai lappy itam legam tu tak payahlah nak hantar cat warna lain eh..

Dan akhir sekali, untuk pengetahuan korang entri ini ditulis pun mengunakan Putih. Terima kasih eh Putih kerana terus menjayakan blog tuan mu ini.

Puisi Cinta


Ini kata jiwa,

Ini suara hati,

Ini jatuh cinta,

Ini bahagia kembali!


Tiada bisikan manja,

Tiada juga pujuk dan rayu,

Seru cinta datang menyapa,

Bila rasa kasih dan rindu.


Kasih itu tidak dicari,

Apatah lagi meraih simpati,

Munculnya sendiri dalam hati,

Begitu agung kuasa Ilahi.


Biar bulan gelap gelita,

Akan diganti dgn matahari,

Cinta teragung cinta setia,
Sumpah janji sampai mati.


Berkilau ia bagai permata,

Bersinar ia bagai mutiara,

Seri diisi dengan gembira,

Moga kekal sentiasa bahagia!


Untuk cinta kasih dan rindu,

Biar sampai akhir dunia,

Selamanya dikau ku tunggu,

Kerna hati ini benar-benar cinta!


Ikhlas untuk Mu,
Noorfaizyan


Tuesday, August 18, 2009

Picisan Bangsat yang menGila!


Agak keraskan tajuk entri Afiq kali ini. Mungkin ramai yang terkejut kerana blog ini kan diangap blog jiwang. Ahak.. Tetiba pula ada title entri yang mengeri. Sebenarnya Afiq bukan lah hendak memaki atau menghina sesiapa, cuma nak berkata mengenai sikap sesetengah orang yang sering mengangu orang lain.

Kitakan sama2 mahu hidup didunia ini dengan aman kan? Masih2 ada hidup dan cara sendiri mengecapi bahagia. Jangan lah sampai kita perlu menjadi langau yang mengangu hanya untuk kepuasan dan kepentingan diri sendiri. Biarlah orang lain juga bahagia.

Afiq pun pelik kenapa ada manusia yang bersifat langau macam ini. Dengki ke melihat orang lain gembira atau tak puas dengan kehidupan sendiri? Korang mesti pernah dengarkan kes2 ugut-ugut orang lain, kacau-kacau dengan kelakuan yang kasar dan hina, memaki hamun orang lain tanpa sebab dan menjadi penghalang kepada kebahagian orang lain. Mungkin korang juga pernah kena kan?

Biasanya perkara2 bergini yang menjadi mangsa adalah perempuan. Walau pun ada lelaki yang terkena tetapi biasanya perempuan lah yang banyak menjadi korban. Mungkin sebab perempuan ini kaum yang lemah dari segi hati dan kudratnya menyebabkan ada yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan itu. Untuk kaum3 lelaki dan untuk Afiq juga yang mana juga seorang lelaki, jangan lah kita menjadi dayus dengan menganggu perempuan2 ini. Perempuan kan merupakan anugerah dari Tuhan kepada lelaki untuk di lindungi segala aurat dan fitnahnya. Jangan lah disakiti hati si kaum hawa ini.

Untuk perempuan2 dan mangsa pula. Pesan Afiq jangan lah bimbang, kerana masih ada lagi lelaki yang diluar sana yang membela perempuan2 dan contoh yang terbaik adalah Afiq. Afiq sedia mempertahankan fitnah perempuan2 dari menjadi mangsa kerakusan langau yang mengila ini.

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”. Hadith Riwayat Muslim.


Jika anda di ganggu, jangan lah membalas dengan kekerasan. Sebaik2 nya hindarkan dan diam adalah langkah yang terbaik. Biarlah dia terus membelenggu dosa atas kelakuannya. Dan jika ganguan itu agak keterlaluan, laporkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang2. Kerana mengangu orang lain adalah satu perbuatan jenayah dibawah akta kanun kesiksaan yang boleh dipenjarakan dan kerja berat sampai mati.

So untuk langau2 yang diluar sana, berfikirlah sebelum membuat sesuatu perkara yang dilakukan. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah.

UPSR 2009 bakal tiba!


Untuk makluman semua, peperiksaan UPSR 2009 akan bermula pada 8-10 September 2009 iaitu kira2 dua minggu lagi dari sekarang. So para pelajar semestinya sudah membuat persiapan bagi menghadapi UPSR ini.

Bagi pelajar2 Cikgu Afiq dan Cikgu Akmal pula, kelas Rakan Belajar telah pun berakhir minggu ini. Di harap pelajar2 sekalian dapatlah menumpukan perhatian semasa menjawab kertas soalan nanti eh.

Cikgu sentiasa mendoakan kalian cemerlang dalam UPSR nanti iaitu mendapat 5A. Cuma usaha dan tawakal kalian jer yang dapat merialisasikan impian cikgu, ibu bapa dan kamu sendiri. Cuma tingal 2 minggu saja lagi, berusahalah bersungguh2.

Cikgu juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang tidak disengajakan. Termarah atau terotan itu sebenarnya adalah tanda kasih cikgu kepada kamu semua untuk kamu berjaya. Jangan disimpan didalam hati, cikgu sayang kamu semua sama seperti adik cikgu sendiri. (tak boleh cakap sayang macam anak sendiri, sebab belum kahwin)

Akhir kata dari cikgu,


Semoga kamu semua
Mendapat 5A UPSR 2009
InsyAllah..

Sunday, August 16, 2009

Akhil Hayy dan Waheeda sah nikah?

Sebelum cerita mengenai tajuk, Afiq nak cerita tentang aktiviti hari ini dulu yer. Tengah hari tadi Afiq pergi menonton, cerita proposal ni. Dah berminggu2 plan nak tengok tapi ada je halangan nyer. Dan akhirnya hari ini impian itu telah menjadi kenyataan!

Memang superb lah citer ni, lebih2 lagi kalau tengok dengan orang yang disanyangi. Bagi korang yang plan nak kawen, melamar atau baru mempunyai kekasih, citer ni wajib ditonton tau. Berkisahkan mengenai seorang perempuan yang tua, tapi cun habis. Dia sibuk dengan kerjaya sampai terlupa untuk mendirikan rumah tangga. Bila dah terpaksa terus cari pasangan dan mengugutnya. Walaupun seorang lady bos yang garang dan digeruni, namun seorang lelaki mampu untuk melembutkan hatinya untuk menjadi isteri yang solehah. Hmm, akhirnya diaorang pun bahagia. Betul ke pe Afiq cerita ni? ahak..



Jadi bagi yang nak tahu cerita ni, sila lah pergi mendapatkan tempat dipawagam berhampiran.

Sesuai dengan cerita The Proposal ni, kita digemparkan dengan berita mengenai Akhil Hayy dan Waheeda telah sah bernikah pada pagi ini. Setelah bergelar duda kepada Maizawati pada 15 Julai lalu, pelbagai kontravesi yang melanda Ustaz Akhil ni. Akhirnya, tamatlah segala gosip antara perhubungan mereka ini. Yang menariknya, Akhil tidak memberi sebarang wang hantaran sebaliknya hanya memberikan Waheeda senaskah Al-Quran dan mas kahwin sebanyak Rm80. Masjil pernikahan ini juga dihadiri oleh kedua2 anak Ahkil dan keluarga Waheeda. Masjis yang berlangsung di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru disambut dengan sederhana.
http://mstar.com.my/archives/2009/5/1/mstar_hiburan/012720147.jpg
Tahniah Buat Akhil Hayy dan Waheeda! Selamat pengantin baru dan semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

Saturday, August 15, 2009

Bila aku kembali bahagia


Kita sebagai manusia tidak lari dari dua perasaan ini, iaitu bahagia dan duka. Semua orang pernah rasa since dari lahir lagi kan? Yup Afiq juga bergitu. Memang selama ni korang asik baca cerita sedih Afiq je kan? Ada yang sampai termuntah. Tapi itu hidup, ada corak dan warna nya.

Afiq juga sudah lebih setahun tidak pernah merasai bahagia disamping orang yang dicintai. Dalam keadaan bujang dan sepi itu lebih banyak mematangkan Afiq dalam mengharungi masa ini. Dan kerana terlalu jauh perjalanan itu sampai Afiq merasakan tidak pernah mengenali apa makna Perasaan Cinta itu.

Afiq juga terlupa apa bezanya suka, cinta dan sayang! Tetapi sebenarnya dalam tidak disedari, ketiga2 perasaan itu muncul dalam hati ini. Indahnya perasaan itu sehinggakan menjadikan segalanya kelu. Afiq tak tahu bagaimana ia perlu bermula.

Hari ini, kekuatan itu timbul untuk menyatakan apa yang Afiq rasa. Walaupun sebenarnya sejak dari dulu lagi hati sudah bersuara, tetapi biarlah kata2 berterus terang. Biarlah tersurat apa yang tersirat.

Afiq mahu Dia tahu, perasaan ini luar biasa bila mengenalinya. Afiq juga ingin dia tahu hati ini telah mula merasakan cinta dia. Harap dia mengerti isi hati ini. Tak ada niat untuk mencari cinta itu, tetapi ia muncul dengan tiba2. Jika ini kurnian Ilahi, dipanjatkan syukur kepadanya.

Tapi Afiq tidak ada apa2 melainkan hati yang Tuhan kurniakan. Itu saja yang boleh Afiq berikan sebagai tanda setia. Yang nampak didepan mata ini semua nya adalah pinjaman dari Tuhan. Bila2 masa Dia boleh tarik balik. Harap terimalah Afiq seadanya. Jangan lah meletakkan satu harapan yang tinggi sehingga Afiq tidak tercapai. Afiq tiada apa2.

Jadi memandangkan Afiq telah mempunyai kekasih hati, maka akan bermulalah satu episod baru di Blog Permata-Merah ini. Tapi konsepnya tetap sama iaitu Cerita cinta dan Dunia. Afiq juga nak maklumkan bahawa, dengan ini berakhirlah entri Mencari Kekasih Baru tu eh. Yang telah submit, tolong lah jangan kecewa.

Semoga hari2 yang mendatang akan lebih bahagia buat Afiq dan si Dia. Untuk korang juga yang sentiasa ceria membaca blog ini! Teruskan bersama.. Terima kasih semua!

Friday, August 14, 2009

Aku mampu tersenyum

Hari ini menjadi episod gembira.

Ya..Afiq masih lagi mampu mengukir senyuman. Afiq masih lagi mampu untuk tertawa.

Mungkin kah keadaan ini akan dapat dipertahankan?

Bila aku dapat bintang yang berpijar

Mentari yang tenang bersamaku disini

Ku dapat tertawa menangis merenung

Di tempat ini aku bertahan


Ok stop Afiq!

Stop dari melayan perasaan!

Daaa...

H1N1 adalah satu Konspirasi?

Agak gusar sekarang ini dengan wabak yang melanda umat seluruh dunia. Tidak terkecuali Malaysia. Dengan telah meragut nyawa 51 orang rakyat Malaysia, menteri kesihatan masih lagi berkata tidak perlu bimbang! Adakah ini cara yang terbaik untuk kita sebagai rakyat? Tunggu sehingga berapa orang mati baru kita perlu bimbang? 100 atau 1000 orang perlu menjadi korban? Adakah isu H1N1 ini tidak begitu sensitif jika dibandingkan dengan isu2 politik negara? Mungkin kah H1N1 ini juga tidak mampu mengugat kuasa dan jawatan meraka sehingga meraka rasakan ia tiada apa.
http://www.jphpk.gov.my/English/AntigenicShift_HiRes.png
Akibat dari virus ini banyak sekolah2 dan IPTA ditutup, tujuannya adalah untuk mengelakkan dari wabak ini terus merebak dikalangan pelajar. Namun ini bukan lah penyelesaiannya. Anak2 dari seawal 7 tahun tidak mengerti apa itu jangkitan atau virus. Yang mereka tahu adalah bersama rakan2 sekolah dan bermain. Memang agak terlewat untuk membendung jangkitan maut ini, tetapi langkah2 adalah yang terbaik. Sepatutnya mask atau topeng mulut perlulah diedarkan di setiap sekolah dan IPT2. Wajibkan pemakaiannya seperti memakai seluar. Apabila sudah semua menuruti, akan wujudlah fanomena dimana semua rakyat bertopeng. Tidak lah lagi ada yang berasa jangal untuk tidak menampakkan pemerah bibirnya.

Yang jadi masalahnya, harga topeng sudah melambung naik, bekalan sukar didapati. Kenapa ini tidak dipandang serius? Kalau kekurangan gula, sibuk pula buat tindakan. Pada pendapat Afiq, orang tidak akan mati kalau tidak ada gula, tetapi orang boleh mati jika tiada topeng.

H1N1 bukan lah satu perkara yang boleh kita angap remeh. Mungkin hari esok atau lusa virus ini boleh menyerang kita atau saudara mara. Jika ini berlaku, siapa yang perlu bertangungjawab? Adakah menteri kesihatan hanya akan mengucapkan takziah?

Kenapa susah sangat nak diedarkan topeng yang cuma berharga 40 sen? Adakah topeng ini lebih mahal daripada kemakmuran negara. Jika tidak dapat semua, cukup sekadar menyalurkan kepada sekolah2 dan IPT. Mereka lebih memerlukannya.

Mungkin ada sebahagian rakyat yang masih lagi dibelenggu dengan ketenangan yang di laungkan oleh menteri2 tentang tidak ada apa2 dengan H1N1. Cuma perlu basuh tangan dan kalau deman pergi lah Hospital. Sakit boleh sembuh jika makan ubat. Baguslah, teruskan dengan ketenangan dan kedamaian itu.

Terlalu banyak sebenarnya cerita mengenai virus ini, cuma ramai yang tidak tahu. Percaya atau tidak, virus ini sebenarnya hanyalah direka oleh manusia samalah seperti membuat virus komputer. Alasannya untuk melariskan Anti-Virus atau ubat yang dihasilkan. Berikut dilampirkan artikal dari Malaysia Kini.

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.
Apapun mengenai H1N1 ini, kerajaan perlulah mengambil langkah membendung. Jangan sampai ada yang menyalahkan Kementerian Kesihatan dengan saman atas kelewatan pencegahan. Bantu rakyat Malaysia dengan membekalkan topeng dan serulah seluruh rakyat bahawa Masalah Ini Sangat Membimbangkan! Biar semua orang takut dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Thursday, August 13, 2009

Rindu dan Cinta ini Untuk Siapa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyUE4yJ0ARleFfDwaSD-GyDZ8Kj_XnnsK9JheO6SvHrAXsLW11k5jfG2KK6anT6yrtHSgepHAMa2Ffp0dBWIGyejsHhBaq5X0vASZNeJypQPzOrh_Vgu2sCVKosI3EWyT0cIyShBgTpV8/s400/rindu.jpg

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati - raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw: "Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati." Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik'. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat' maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, "berhati-hatilah menjaga hati." Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah... akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan... Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama...

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah... apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.

Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install') secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan' - ‘God Spot' dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan - asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan... maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah: "Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina." Al-Mukmin : 60

Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah.

Firman Allah: "Allah memiliki Asmaa' ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." Al A'raaf : 180

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan' dan ‘percintaan' manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah.

Firman Allah: "Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi." Al-A'raf : 172

Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?

Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri.

"Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori... maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten.

Sabda Rasululah: "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."

Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.

Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah.

Sabda Rasulullah: "Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah - sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat' kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!

Hadis Qudsi: Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil. (Sahih Bukhari)

Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya... kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.

Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga' atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.

Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita - masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.

Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.

Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu". Riwayat Muslim

Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
"Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya."

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah' yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati - riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar - mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.

Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah' itu akan diterima oleh Allah.

Firman Allah: "Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu." Surah Al-Kahfi: 110

Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin - punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.

Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
"Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan." Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.

Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.

Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah... kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?

Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus'ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah... mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran." Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya'agal

Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan' kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan' diri kita kepada-Nya.

Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Itulah hakikatnya syukur - pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).

Petikan diambil dari ILuvIslam.com

Afiq sangat tertarik dengan tulisan ini. Memang kadang2 Hati Afiq pun terdetik Rindu dan Cinta. Tetapi untuk siapa? So Afiq kongsikan kepada pembaca sekalian. Baca sampai habis eh!