Saturday, August 15, 2009
Bila aku kembali bahagia
Kita sebagai manusia tidak lari dari dua perasaan ini, iaitu bahagia dan duka. Semua orang pernah rasa since dari lahir lagi kan? Yup Afiq juga bergitu. Memang selama ni korang asik baca cerita sedih Afiq je kan? Ada yang sampai termuntah. Tapi itu hidup, ada corak dan warna nya.
Afiq juga sudah lebih setahun tidak pernah merasai bahagia disamping orang yang dicintai. Dalam keadaan bujang dan sepi itu lebih banyak mematangkan Afiq dalam mengharungi masa ini. Dan kerana terlalu jauh perjalanan itu sampai Afiq merasakan tidak pernah mengenali apa makna Perasaan Cinta itu.
Afiq juga terlupa apa bezanya suka, cinta dan sayang! Tetapi sebenarnya dalam tidak disedari, ketiga2 perasaan itu muncul dalam hati ini. Indahnya perasaan itu sehinggakan menjadikan segalanya kelu. Afiq tak tahu bagaimana ia perlu bermula.
Hari ini, kekuatan itu timbul untuk menyatakan apa yang Afiq rasa. Walaupun sebenarnya sejak dari dulu lagi hati sudah bersuara, tetapi biarlah kata2 berterus terang. Biarlah tersurat apa yang tersirat.
Afiq mahu Dia tahu, perasaan ini luar biasa bila mengenalinya. Afiq juga ingin dia tahu hati ini telah mula merasakan cinta dia. Harap dia mengerti isi hati ini. Tak ada niat untuk mencari cinta itu, tetapi ia muncul dengan tiba2. Jika ini kurnian Ilahi, dipanjatkan syukur kepadanya.
Tapi Afiq tidak ada apa2 melainkan hati yang Tuhan kurniakan. Itu saja yang boleh Afiq berikan sebagai tanda setia. Yang nampak didepan mata ini semua nya adalah pinjaman dari Tuhan. Bila2 masa Dia boleh tarik balik. Harap terimalah Afiq seadanya. Jangan lah meletakkan satu harapan yang tinggi sehingga Afiq tidak tercapai. Afiq tiada apa2.
Jadi memandangkan Afiq telah mempunyai kekasih hati, maka akan bermulalah satu episod baru di Blog Permata-Merah ini. Tapi konsepnya tetap sama iaitu Cerita cinta dan Dunia. Afiq juga nak maklumkan bahawa, dengan ini berakhirlah entri Mencari Kekasih Baru tu eh. Yang telah submit, tolong lah jangan kecewa.
Semoga hari2 yang mendatang akan lebih bahagia buat Afiq dan si Dia. Untuk korang juga yang sentiasa ceria membaca blog ini! Teruskan bersama.. Terima kasih semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Komen Pembaca:
NOORFAIZYAN ABD. MUSA...gadis comel...cantik..dyg pnah ku kenal sjak brusia 7 thn...dan bpsah dgnnya slama 10thn...namun bersua kembali...dgn pnuh rintangan dan kebahagiaan...namun x lama...tp cinta..syg ku pdnya trus sgar selamanya...
salam...
Yer..cinta itu memang penuh dengan rintangan dan dugaan. Kita sedar yang cinta ini kurnian Ilahi. Ia akan hadir dengan izin Nya. Bersyukur lah dengan setiap apa yang telah ditakdirkan.
Pertemuan dan kematian memang telah ditentukan, telah tertulis sejak kita dilahirkan. Antara akal dan usaha kita mungkin cuba untuk merancang, tetapi apalah daya kita hanya sebagai seorang hamba.
Mungkin kita perlu mencari kebahagian dalam hidup, tetapi ia perlulah mendapat keredaan Nya. Biarlah cinta itu datang dengan Izin dan Kerana Allah SWT. Jangan lah kita terlalu leka mencari sehingga lupa pada Kuasa Yang Maha Mengetahui.
Saudara, semoga kita sama2 mendapat kerahmatan dan perlindungan dari Allah SWT atas tiap2 perkara yang kita lakukan.
Salam..
untuk KAMU Mr. Afiq Danial
kau hadir di satu hari,
seakan jawapan kpd doaku
dengan takdir Allah, kita bertemu.
adakah kau terima diriku seadanya?
Aku akan belajar,
mencintai dan dicintai,
menerima serta memberi.
Untuk puteri ku Yann..
Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,
Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan..
Aku terima mu seadanya sama seperti kau menerima kelemahan diri ini.
i told u so
huhu..
I told u so
huhu..
ROMANTIKNYEE:)AKHIRNYE..
bukan hidup untuk saja di dunia realiti,tapi hingga abadi....
selagi hidup tidak atas kesengsaraan yang lain...
insyaAllah bahagia akan mengiringi kalian...
atas izinNya...
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya