Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.". Suatu masa dulu, aku juga pernah melaungkan rasa benci pada cinta sehinggakan aku mengatakan yang Aku Tidak Percaya Lagi pada Cinta. Pada aku, cinta itu maksudnya Setia. Namun, manusia tidak mungkin akan setia kerana manusia tidak kekal abadi. Tekat aku mengagungkan kata walau picisan perasaan sepi menghimpit pilu.
Kerana itu, aku merasakan
Tetapi semalam, saat aku rasakan kebahagian telah hadir, aku tidak mampu untuk berkata apa. Aku juga tidak mampu untuk memperjudikan kasih ini lagi. Aku telah tiada apa2 yang boleh dibanggakan. Cuma Hati ini aku serahkan dengan Ikhlas kerana Allah untuk dikasihi dan dicintai. Saat dirimu hadir, Aku juga sukar untuk mencari dimana nilainya aku kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
Hari ini, mungkin episod duka aku telah pun berakhir. Saat ini kau hadir bagai sekeping hati yang aku benar-benar cintai. Kasih itu bukan aku cari, tetapi ia hadir bagaikan mimpi. Aku terima kerana ia bagailah satu anugerah yang dikurniakan oleh Ilahi untuk nikmat didunia ini. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku
Untuk esok, aku akan membulatkan tekad, kasih ini akan aku darjatkan dirimu menjadi seorang Isteri dan menjadi ibu kepada anak-anak ku. Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Dirimu Noorfaizyan, tetap dihati dan disanubari. Akan kekal abadi hingga akhir nanti.
"Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi"
Ikhlas Dari Ku,
Afiq
3 Komen Pembaca:
"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” - ni utk laki cari pmpuan....pmpuan cari laki lak cmne...??? tlg jwb....
kalau perempuan cari lelaki pun sama kot..Carilah kerana agamanya..InsyAllah tidak akan menyesal..
Wallahualam..
pompuan cari laki...x sama..nk tau...ape ciri2nya...tnylah pada yg lbh arif...
Post a Comment
Sila Komen dengan ikhlasnya