Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, October 31, 2009

Lelaki Maskulin over?

Kalau cakap pasal lelaki maskulin ni, ramai yang nak mengaku. Tapi bila cakap mengenai penjagaan diri, tak ramai lelaki yang suka berbicara mengenainya. Macam pompuan lah katakan.

Afiq pun sebenarnya begitu juga, kadang-kadang cuci muka pun termiss bila dah lewat sangat. Yer lah, muka bukan hensem pun nak touch up lebih-lebih. Tapi itu tak bermakna lelaki-lelaki boleh mengabaikan terus penjagaan diri ni. Nanti korang yang digelar selekeh.

Macam tu juga dengan rawatan, tetapi tak lah sampai nak ke spa, cukup sekadar dibuat dirumah je. Sapu je sendiri bila perlu. Tapi tak lah sampai hari-hari. Yer lah, macam Afiq cakap tadi, muka bukan hensem sgt pun, kalau dibiarkan terus jadi macam jambatan tak siap. So baik lah touch up skit3.
100_254122 Gambar adalah ilusi semata-mata!
Tidak ada kena mengena dgn yang hidup atau pun mati!

Cakap pasal pakai mask ni, pada Afiq tak salah kan kalau lelaki macam Afiq nak membuang jeragat dan bintik hitam kat kulit muka ni. Rasa nya tak lagi keterlaluan jika dibandingkan dengan artis yang menghabiskan ribuan wang ringgit berada di salon kecantikan. Cukuplah Afiq berbekalkan masker yg murah dan sapu lah sendiri. Lelaki yang menjaga diri bukan lah lelaki nyah ok. Sekadar untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Korang plak rasa macam mana? Salah ke lelaki memaskulin kan diri?

Friday, October 30, 2009

Tutorial : Duit dari Nuffnang

Salam pagi Jumaat semua, dipagi yang mulia ini Afiq rasa lebih baik Afiq kongsikan sesuatu yang berguna pada pembaca sekalian. Cara buat duit dari Nuffnang.
Memang ramai yang dah tau, tapi masih lagi ada yang belum tau kan? Dan ada gak yang masih lagi tak tau macam mana nak coding kan scrip nuffnang dalam blog.
Jadi langkah mudah, Afiq uploadkan file Tutorial ni yang Afiq baca supaya korang leh ikut sekali. Korang download dan baca dulu eh.
Klik sini
Tutorial E-Book edisi BM
|Langkah demi Langkah|

>Download<
Sedikit maklumat yang Afiq tau tentang nuffnang ni adalah mereka kira berapa banyak iklan yang terpapar di blog korang, dan di klik. Biasanya dibayar pada setiap hari Isnin. Blog Afiq pun tak lah banyak sangat dapat dari nuffnang ni, tetapi adalah juga hasilnya. Siapa nak bagi kita duit free kan walaupun RM1. Betul tak?
cats1
Koranf kumpul3 kan setiap minggu, lama-lama nanti jadi lah banyak dan bila dah cukup RM50, boleh cashoutkan. Nanti diaorang hantar cek ke rumah. Lepas tu boleh lah belanja Afiq KFC kan?
Kalau ada apa-apa masalah berkenaan Tutorial yang korang download tu, boleh lah tanya kat Afiq. Nak komen pun boleh atau lagi senang, YM je Afiq. Afiq sedia membantu tp dengan syarat nanti bila dah dapat Cek, belanja KFC tau.

Thursday, October 29, 2009

My Top 5 Treat List

Dalam hidup ini kita selalunya kita lebih melayan orang lain daripada diri sendiri. Memenuhkan kehendak setiap orang disekeliling kita. Sekolah dulu pandai-pandai pun untuk berbakti kepada orang tua. Kadang-kadang kita tak terfikir, apa yang sebenarnya kita lakukan untuk diri kita. Cari duit setiap hari, tetapi satu pun impian kita masih belum tercapai.

 

Dan hari ini kerana menyahut seruan contest dari DELL, Afiq hari ni nak berkongsi dengan korang semua, apakah impian yang Afiq mahu bagi memberikan penghargaan untuk diri sendiri. Ada yang sudah dicapai, dan ada yang masih belum dan mungkin terlalu jauh lagi. Tapi walau macam mana pun Afiq akan berusaha bagi menghargai diri ini yang telah berkhidmat selama 23 tahun.

1) Kereta Idaman untuk kesana kemari. (Tercapai!)Pic004(01) Setelah bertungkus lumus mencari duit, pengangkutan yang selesa pada Afiq adalah hadiah yang paling bermakna pada diri ini. Biarlah perjalanan kita kesana kemari itu selesa dan tak lah nanti sakit pingang. Kerja pun menjadi lebih sempurna. Alhamdulillah hadiah ini telah Afiq berikan kepada Diri Sendiri pada tahun 2007.

 

2) Kahwin (masih menanti)Pelamin_1Yang kedua pula, hadiah diri yang paling penting dalam hidup adalah perkahwinan. Afiq rasa lah. Tak tahu plak kalau korang rasa perkahwinan itu satu paksaan atau bebanan. Jadi skang ni Afiq perlu merancang untuk segera mencapaiakan hadiah buat diri sendiri yang paling bermakna ini.

 

3) Honeymoon (sedang diangan-angankan)kenya-honeymoon_kenya-honeymoon_top_618_1Yang ketiga selepas berkahwin, mestilah memanjakan pengantin baru dengan pergi Honeymoon. Alang kah bahagia dan manjanya diri sendiri bila dapat honeymoon. Tak kesahlah dalam negeri atau luar negara, janji HONEYMOON! Yang ini kena capaikan yang kedua dulu baru dapat.

 

4) Rumah Ku Syurga Ku (berada didalam minda)GregoryAin_pg116-117new

Yang ni lah yang paling bagus, Rumah yang selesa dan harmoni. Sesuai untuk beristirehat setelah penat lelah bekerja. Bila rumah dah macam syurga, mesti lah nak selalu berada di rumah kan? Tak lah asik nak merayap. Rumah sekarang dah ada, cuma perlu di ubah suai supaya lebih memberikan keselesaan dan kebahagiaan.

 

5) Bilik media (Harapan dan impian)1eight-495x329 Yang terakhir ini adalah untuk mengisi masa lapang yang sememang nya lapang. Bilik media macam ini lah tempat dimana Afiq bakal melayan diri sendiri dengan memblog dan melayari Internet. Dalam bilik inilah segala kesengsaraan Afiq bakal dimusnahkan. Memang dah lama idamkan ada bilik khas begini, tapi belum ada rezeki. Dan dibilik ini jugalah Afiq memerlukan sebuah Laptop yang cangih mangih lagi berguna untuk melengapkan pencapaian ke internet. Yang sekarang bukan tak ada cuma kurang cangihnya berbanding Laptop jenis

Dell(TM) Inspiron 13 Laptopcats Jadi Afiq mengharaplah sangat menang contest ini supaya hadiah yang bakal di menangi itu merupakan hadiah yang Paling Istimewa buat Diri dan Afiq akan mengunakannya untuk menulis blog dengan lebih kerap untuk pembaca semua!

Kalau lah Dell tahu betapa Afiq memerlukannya, tentu Dell akan bermurah hati menyenaraikan Afiq sebagai pemenang nantikan? Harap-harap begitu lah.

Jika Afiq memenangi contest Dell kali ini, Afiq akan mempamirkan Link Dell sebagai penaja untuk Blog Permata-Merah ini! Setuju?

 

Dan satu lagi buat pembaca sekalian, Dell dengan bermurah hatinya memberi Baucer Tunai sebanyak RM100.00 bagi pelangan yang membaca blog ini dan ingin membeli Laptop Impian Afiq jenis Dell(TM) Inspiron 13 Laptop tu.

You can reward your blog readers by giving them a special coupon code 7ZQVQF2RLZRKW3 from Dell that would allow anyone who makes purchase of a Dell Inspiron 13 (S510701MY) with RM100 Instant Cash Redemption!!. This promotion is only available online or by calling us at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009

So macam mana? Bestkan DELL ini, satu jenama Laptop yang memang boleh dipercayai. Beli jangan tak beli!

Akhir kata dari Afiq,

MAJU LAH DELL UNTUK AFIQ!

Wednesday, October 28, 2009

Underwear untuk Si Suami Curang

ATT79431
Kalau dulu kita digemparkan dengan cawat besi bagi kaum perempuan, tujuannya adalah untuk menangani masalah rogol dan pencabulan. Kini, ianya dihasilkan untuk lelaki. Jika tujuan teknologi ini dihasilkan bagi menangani masalah kaum lelaki di rogol dan dicabul, tentulah mustahil bukan?
ATT79432
Memang tujuannya tidak lain hanyalah membendung daripada lelaki buas mencurangi pasangannya, lebih-lebih lagi buat si suami. Mungkin ini jalan yang terbaik bagi memberi amaran kepada si suami yang berhidung belang. Atau mungkin juga boleh digunakan kepada pesalah seks.
ATT79433
Sebenarnya, isu cawat besi ni isu lapok. Dalam tahun-tahun 70-an pun ada seorang ADUN Johor, bernama Daeng Jalok Daeng Malibok, membuat cadangan supaya wanita Malaysia pakai cawat besi.
Maka hiruk-pikuklah polemik pasal cawat besi di dada akhbar dan kedai kopi pada ketika itu. Tapi, akhirnya isu itu pun mati, dan jadi basi.
ATT79434
Selepas itu ia kemudian dibangkitkan semula oleh tokoh agama iaitu Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, supaya dicadangkan pemakaian cawat besi ini pada tahun 2007. Namun ia senyap semula. Jadi bagaimana dengan keberkesanan dan keperluan cawat besi seperti ini?
Arkib Akhbar Utusan 16/2/2007 :

1 Malaysia-2 Perak-3 Katak

11.45am: ADUN Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan selepas Sivakumar menangguhkan sidang mereka. Mereka kini mengadakan satu sidang akhbar di perpustakaan, berhampiran bilik persidangan.
11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.
Sidang DUN Bn disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak pembangkang, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.
ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".
Ganeran memberi amaran tindakan akan diambil terhadap ADUN yang tidak mengikut peraturan.
Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.
11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.
11.05am: Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan.
11.00am: Nizar membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.
Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah bertadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua audit negara dan semua jabatan kerajaan.
10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"
Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.
10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

LIVE : Sidang Dun Perak

10.30 am : Sivakumar sebentar tadi mengadakan sidang media mengatakan jubah Speaker beliau dirampas polis.
10.30 am : Dewan berhenti rehat selama sejam dan akan bersambung semula pada 11.20 pagi.
10.18 am : Keadaan di dalam Dewan semasa Zamry membuat pembentangan bajet 2010
keadaan didalam dewan
Kawalan ketat di luar bangunan SUK PERAK
kawalan keta

Tuesday, October 27, 2009

Pelajar maut akibat 1 Malaysia

Hari ini kita digemparkan dengan berita Perkhemahan pelajar di Perak menjadi tragedi yang mengorbankan pelajar akibat jambatan gantung yang baru dibina 2 minggu lepas runtuh. Susulan dengan itu pelbagai pihak lah tampil untuk mengadakan siasatan dan mengkaji bagaimana ini berlaku. Pada Afiq beberapa aspek keselamatan diabaikan. Kalau dilihat dari program tersebut, seramai 298 pelajar dari 64 buah sekolah terlibat. Tetapi kenapa pelajar tersebut tidak di kawal dengan sepatutnya. Kalau Afiq yang menjadi urusetia program perkemahan tersebut, kawasan jambatan gantung itu adalah kawasan larangan bagi pelajar. Jika ingin menyeberangi jambatan itu mestilah ditemani oleh beberapa orang guru. Kalau tak buat begini, pastilah pelajar melompat2 dan bermain disitu.

Lagi satu soal pembinaan stuktur jambatan tersebut. Takkan lah pembinaan sebegitu pun nak di songlap juga. Bagaimana pemilihan kontraktor yang terlibat? Tolong lah ambik serius benda-benda begini lebih2 lagi melibatkan keselamatan.

Afiq menulis entri ini sebenarnya bila teringatkan yang Afiq pun akan mengikuti perkhemahan pelajar tahun 6 di air terjun Maran Kuantan pada 13 & 14 November ini. Seramai 75 orang pelajar dan 20 orang guru terlibat. Bila telah terjadi kejadian seperti ini, Afiq rasa seram sejuk pula memikirkannya. Yer lah, soal keselamatan mesti menjadi aspek utama, tetapi jika nak berlaku kejadian yang tak di ingini hanya Allah yang sahaja yang mengetahui.

Bagaimana dengan persediaan yang perlu ada? Perlukan kami guru-guru menyediakan pagar penghadang di setiap tempat yang bakal disingahi. Yang membimbangkan Afiq pelajar tidak dapat mengawal diri bila berada disana. Dah jumpa kawan kan, macam-macam perkara boleh berlaku. Yang penting, Doa dipanjatkan mengiringi perjalanan kami nanti. Moga semuanya selamat diredhai oleh Allah SWT. Amin..

Berikut berita mengenai Perkhemahan 1 Malaysia

Awie beri Amaran kepada Ustaz Akhil Hayy

Inilah yang kita saksikan perbalahan antara artis mengenai Agama. Sepatutnya ini tidak berlaku. Bukan salah kedua belah pihak, tetapi ia seperti di wujudkan dengan sengaja bagi mengadakan kontravasi. Afiq tidak menyokong mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin berkongsi mengenai keadaan ini.

Pendapat Afiq, bila mana sesuatu pendapat ditujukan, jangan lah terlalu keras sehingga boleh menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyampaian perlulah berhemat. Yer lah, tingkah laku artiskan menyadi tatapan peminat.

Pihak yang terasa pula, jangan lah meradang dengan seolah-olah memang benar bersalah. Tidak perlu mengatakan tidak benar jika bukan kita yang lakukan. Jika benar pula, hanya terima dengan hati yang terbuka. Itukan lebih baik.

Kalau dua-dua mahu menunjukkan taring, inilah yang akan berlaku.
image

PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.

Sunday, October 25, 2009

Boleh siapa tolong terangkan MASALAH ini?

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.
Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhah aha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo. .nenoooo. .
phewiiittttt tebabooooooooooo. . aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

Malam penghargaan Media : Artis berbaju tidur.

Buat pertama kali Metadome telah meraikan sebilangan wartawan hiburan dan artis dibawah naugannya seperti Imran Ajmain, Liyana Jasmay, The Fabulous Cats, Nurul Wahab, Han dan Sleeq untuk bercuti ke Suria Cherating Beach Resort, Pahang. Percutian itu yang mengambil masa dua hari satu malam. Turut disertai oleh wakil-wakil media.

 

Pada sebelah malamnya, satu Majlis Malam Penghargaan Media oleh Metadome. Yang menarik perhatian, tema baju malam itu ialah baju tidur. So semua lah berbaju tidur dengan seksinya. Budaya artis yang tidak memikirkan kesan keatas masyarakat, yang mereka tahu hanyalah glamor dan fasion. So korang tengoklah sendiri.

 

9418_162065600888_157337765888_2737955_8165396_n 9418_162065610888_157337765888_2737956_6923973_n 9418_162065620888_157337765888_2737958_3238344_n 9418_162071555888_157337765888_2737991_7480712_n 9418_162071570888_157337765888_2737993_3980717_n 9418_162071575888_157337765888_2737994_6571847_n 9418_162076930888_157337765888_2738049_5152850_n 9418_162076950888_157337765888_2738051_7974153_n 9418_162076955888_157337765888_2738052_1366682_n 9418_162076960888_157337765888_2738053_4986576_n 9418_162076985888_157337765888_2738056_4815415_n 9418_162076995888_157337765888_2738058_3252946_n 9418_162084550888_157337765888_2738085_5390868_n 9418_162084555888_157337765888_2738086_3674894_n Amacam? Korang berani tak kalau Afiq buat majlis Makan Malam bertemakan baju tidur?

Saturday, October 24, 2009

How To Make Your Marriage Last

image

Bajet 2010-Menguntungkan Rakyat?

Beberapa soalan yang timbul daripada Afiq yang melihat bajet 2010 ini daripada mata rakyat.

1) Tidak ada kepentingan untuk Pendidikan dan Pembelajaran Pelajar2 Malaysia.

2) Lebih menguntungkan Rakyat asing dan Pelabur asing daripada rakyat Malaysia.

3) Menguntungkan banyak syarikat swasta yang lama dan baru.

4) Perlukan wujudkan sektor asing (swasta) untuk menguruskan dana kebajikan rakyat? - Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion. Ini perlu kah??

5) SME Corp- siapa punya ni sampai peruntukan 350 juta?

6) Mewujudkan kemudahan yang mementingkan sesetengah pihak sahaja seperti Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah. Lepas tu bagi plak pengecualian cukai.

7) Mengkaji semula subsidi rakyat, Minyak akan naik? Hak rakyat akan dirampas?

8) Slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, langsung tidak boleh diguna pakai untuk bajet ini. Kerana menguntungkan sesetengah pihak, tetapi bukan untuk rakyat!

Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar
* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain
* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010
*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan
*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.

* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan
remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan
* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam
* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.
* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan
* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus
* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara
* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik
* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

Friday, October 23, 2009

Afiq Danial @ Facebook

Semalam masa Afiq tengok profile Fb, list friend dah sampai 1000 orang. Memang satu pencapaian yang bagus. Dula masa pakai friendster since 2004, friend baru 100++ je. Tapi pakai FB ni baru je beberapa bulan dah banyak macam tu.

fb

Tiap-tiap hari Afiq akan dapat friend request dlm 2-3 orang. Tah dari mana datang nya pun Afiq tak tahu. Tapi yang betul3 kenal di alam maya dan nyata adalah dalam 100++ yang memang best friend sejak dari skolah lagi.

 

So Afiq nak ucap terima kasihlah kepada friend3 Afiq di FB ni, dan korang sememang nyer cool bila membalas komen pada status dan profile Afiq. Bagi yang belum add Afiq, boleh lah korang jenguk3 http://www.facebook.com/afiq.danial

 

Sebenarnya pada Afiq, FB ni berbeza dari friendster dan myspace. Sebabnya FB ni lebih kepada comunity acc dan baru lah dipangil laman sosial. Kalau FS & Myspace mcm laman sorang3. Ditambah plak dengan pelbagai kemudahan seperti vitual chat, note, picture tag dan macam-macam lagi lah yang membuatkan Afiq mendelete ke semua acc laman sosial yang lain dan hanya mengunakan Facebook sahaja.

 

Bagi yang masih setia mengunakan myspace dan FS tu, sudah2 lah. Bawa berubah. daftar facebook sekarang!

Wednesday, October 21, 2009

Exchange Link Secara percuma!

image

Kepada semua pembaca sekalian, hari ini Afiq dengan bermurah hatinya ingin mengajak korang untuk exchange link blog korang dengan  permata-merah secara percuma.

 

Syaratnya korang kena letak link banner blog ini kat sidebar korang.

Afiq_Danial

<div style="text-align: center;"><a href=http://www.permata-merah.co.cc/ target="_blank"><img border="0" alt="Afiq_Danial"  src="http://img38.imageshack.us/img38/4953/iklan.gif"/></a>

select kan code diatas, kemudia tekan ctrl+c. Kemudian masukkan dalam layout, add dalam html/java script. Tekan ctrl+v

 

Lepas tu, jangan lupa tulis nama dan link blog korang dalam komen. Jika korang ada banner khas yang nk bagi Afiq, boleh email kepada evil_impaler27@yahoo.com.

Tarikh akhir exchange ini pada 28 oktober 2009. Lepas tu Afiq akan updatekan secara berperingkat di Sidebar kiri blog ini.

 

So, Afiq rasa dengan cara ini dua-dua pihak akan mendapat keuntungankan? Win-win situation gitu..

Tuesday, October 20, 2009

2009 Year End Contest

Afiq dengan sukacita nya mengajak korang semua menyertai contest ini. Contest ini sebenarnya bukanlah Afiq yang anjurkan, cuma sekadar berkongsi. Hadiah juga disediakan. Syarat yang sangat mudah dan sememangnya nak bagi korang menang! Apa tunggu lagi? klik link ini untuk menyertai.

http://lovelyhandmadecards.blogspot.com/2009/10/2009-year-end-contest_20.html

Syarat-syaratnya pula :

Step 1 : Write a blog post, With this Title ''2009 Year End Contest''.You are welcome to write in Bahasa Malaysia as well. Answer this Question in your blog post. ''How many love did you see in the picture as below?''

Step 2 : Enter your name, email and post your link to this contest in my comment box.
Step 3 : Sign up as follower in this blog.
Step 4 : Copy and paste my banner code.Display it on your blog sidebar.
Step 5 : Lastly, Sticky post.This post will stay at the top of your blog until the end of the Contest.

-This Contest opens to all bloggers (Local). Closing date will be on 4th November 2009.

-The result will be announced after 3days from the closing date. If do you have any question regarding this contest please e-mail me at yann_5692@yahoo.com.

-The winner will choose by random pick and have followed all the rules as above.

Senangkan? Apa tunggu lagi..Selamat mencuba!

Adakah Antivirus anda berfungsi?

http://teknologinformasi.blog.telkomspeedy.com/files/2009/04/antivirus.gif

Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.
Copy kod di bawah di dalam notepad.


X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*


Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)


Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti Afiq, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.


Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.


File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.


Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).

 

Selamat Mencuba!

Monday, October 19, 2009

Gempar : IBU dan FACEBOOK

Ni lah dikatakan deman facebook. Jangan sampai anak-anak ibu nanti memainkan puisi ini. Tetapi hakikatnya memang ada.

 

Afiq pernah menonton satu drama tempatan bertajuk ‘Sampai Mata Tertutup’ berkesahkan seorang ibu dan isteri yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain gara-gara kawan facebook yang dikenalnya. Akhir sekali, dia mati dalam keadaan yang menyedihkan.

 

Jadi, laman sosial seperti facebook ini memang bagus untuk teknologi, tetapi jangan sampai keterlaluan sehingga mengabaikan tangungjawab yang lain.

Seperti dalam puisi tadi :

“Notebooknya akan dibawanya ke Syurga”

Sunday, October 18, 2009

TOLONG! Aku Terdesak!

Korang tolong lah Afiq. Afiq betul3 terdesak! Sebenarnya Afiq betul3 terdesak untuk menang! Please korang! Vote Afiq! Hari ni last date untuk Vote.. jadi undian korang ini sangat3 bermakna!

cats

Untuk pengetahuan Korang, ada 95 pernyetaan setakat ini. So nak menang hadiah sagu hati pun 50-50 tau. Belum tentu menang lagi..

 

Jadi ape tunggu lagi, korang mesti tolong Afiq, dengan klik ‘Thumbs Up’

Please eh..korang…

Jamuan Hari Raya Oleh Pas Kawasan Kota Melaka

Alhamdulillah

Alhamdulillah, sambutan Jamuan yang di Anjurkan oleh Pas Kawasan Kota Melaka ini begitu meriah sekali. Disambut oleh ribuan penduduk kawasan Pernu, Telok Mas dan kampung3 kecil di sekitarnya.

 

Afiq angarkan lebih seribu yang hadir termasuklah penduduk India dan Cina. Tahniah gerak kerja Pas Kota Melaka. Afiq harap PRU13 (Pilihan Raya Umum) nanti pas akan merampas Dun Telok Mas dan Parlimen Kota Melaka.

 

Teruskan usaha! Takbir!

100_2457 100_2458 100_2459 100_2461 100_2462 100_2463 100_2464 100_2465 100_2466