Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Wednesday, February 11, 2009

Kredibiliti Muslimah


Alangkah cantiknya sekalung permata jika dipakaikan di leher seorang wanita. Alangkah berserinya cincin mutiara sekiranya disarungkan di jari manis isteri. Alangkah bahagianya ibu bapa seandainya memiliki anak yang solehah dan alangkah bangganya Islam seandainya mempunyai Muslimah yang berjiwa tabah.

Begitulah sinonimnya muslimah yang diibaratkan seperti sebiji permata yang sentiasa diperlihara dan disimpan di dalam sebuah kaca bercahaya supaya tidak dinodai dan dicemari oleh duri-duri duniawi. Betapa tinggi nilai kehormatannya yang perlu diperlihara. Bersesuaian dengan firman Allah Taala yang banyak menyebut tentang wanita serta kewajipan dan tanggungjawab wanita muslimah.

Suatu masa dahulu, muslimah bersahsiah tinggi, memiliki budi pekerti terpuji dan pendirian yang berkualiti. Namun tidak semudah yang dicari. Cuma segelintir yang berjati diri. Justeru AL-Quran dan as-Sunah membentangkan sahsiah penting yang perlu dilaksanakan untuk membentuk muslimah berkredibiliti.

Firman Allah SWT, "Wahai nabi. katakan lah kepada isteri2 mu, anak perempuan mu dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jihabnya ke seluruh tubuhnya. yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi maha Penyayang' ( Surah al-Ahzab:59)

Sesungguhnya Kunci keimanan Muslimah Terletak kepada Aurat dan amal ibadah iaitu Solat 5 waktu!

Wallahualam..

-Afiq-
11/2/2009