Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Monday, May 16, 2011

Pandangan Peribadi : Politik Malaysia ; Tun Mahathir Vs D' Seri Anwar Vs D' Seri Najib

Salam semua pembaca permata-merah, agak lama kan Afiq menyepi? Tanpa lontaran sebarang idea atau hujah menyebabkan blog ini agak usang dan bersawang. Sehinggakan ini adalah entri pertama selepas Afiq mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta.. (jiwang + jiwa)

Terpangil untuk Afiq menulis hari ini adalah kerana topik panas di kebanyakan blog politik tempatan dan juga di FB. Tak lain dan tak bukan adalah kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pendakwaraya telah mengemukakan bukti-bukti prima facie dan justeru Anwar perlu membela diri. Alahai..

Bila di imbas semula 14 tahun dahulu, iaitu sebelum tahun 1997. Masa tu tak wujud lagi PKR, penyokong PAS dan DAP boleh kira. Rata-ratanya semua menyokong penuh Barisan Nasional atau BN sebagai peneraju Parti Kerajaan. Tiada sebarang percangahan pendapat disebabkan politik.

Tetapi selepas Anwar Ibrahim dipecat, wujudnya aktivis protes yang diberi nama KEADILAN dengan tujuan untuk membantah pemecatan Anwar Ibrahim sebagai jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir ketika itu. Siapa sangka kerana tindakan itu telah mewujudkan satu pandangan lain mengenai politik Malaysia? Merubah pandangan rakwat kepada para pemimpin yang sebelum itu disanjung bagaikan MAHARAJA?


Berpuluh ribu orang berhimpun di Masjid Negara pada ketika itu membantah tindakan Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Menyedari pengaruh rakyat kepada pimimpin itu, Dr Mahathir mula membuat tuduhan RASUAH kepada Anwar. Tak cukup dengan itu, dituduh pula melakukan LIWAT dengan SUKMA DARMAWAN, Lepas tu ada hubungan SEKS dengan UMMI HAFILDA, Lepas tu kena lagi dakwa LIWAT ISTERI PEMANDU PERIBADI. Akibatnya Anwar telah dijatuhkan hukuman penjara dan dan dibebaskan selepas 4 tahun walaupun hukuman sepatutnya 9 tahun. Mungkin Pada ketika itu Perdana Menteri kita yang baik hati PAK LAH memberikan keampunan. Semasa di dalam tahanan, ISTERI ANWAR, WAN AZIZAH telah menwujudkan satu parti baru iaitu Keadilan. Laungan REFORMASI oleh Anwar telah di sambung oleh isterinya dan mencetukan GERAKAN antara Keadilan, PAS dan DAP.

Ternyata sekembalinya Anwar ke pentas politik, Semangat dan Sokongan rakyat kepadanya masih lagi kuat sehinggakan mampu memenangi beberapa kerusi dalam parlimen dan juga Kerajaan Negeri. Namun disebabkan dia di minati ramai dan mempunyai penyokong, mungkin juga menimbulkan ketidak senangan pihak ketiga sehinggakan Anwar di hentam dari semua segi. Tak cukup dengan hukuman penjara, Anwar dituduh lagi meliwat SAIFUL iaitu pembantunya yang berbadan sasa dan tinggi dari beliau. Belum habis dengan itu, sekali lagi Anwar digemparkan dengan VIDEO SEKS mirip rupanya pula.

Mungkin Anwar sekali lagi disumbatkan kedalam penjara untuk membenamkan ketokohan politiknya, tetapi adakah itu caranya kerajaan Barisan Nasional akan kembali gagah perkasa di mata rakyat?

Kita lihat silapnya Tun Mahathir kerana tindakannya memecat dan menghukum Anwar yang mewujudkan semua ini. Wujudnya dua pandangan politik rakyat, menjurangkan pemimpin kepada beberapa golongan dan paling teruk adalah kejatuhan beberapa Kerajaan Negeri kepada Pembangkang. Cuba kita andaikan sekiranya semua ini tak berlaku, adakah mungkin wujudnya REFORMASI dikalangan rakyat Malaysia?

Jika ini satu kesilapan, kenapa pula kesilapan ini perlu diulang? Sumbat lah semula Anwar ke penjara nescaya Pembangkang akan Mejoriti. Kemenangan Anwar adalah disebabkan rakyat, bukan wang ringgit atau pun sogakan. Yang terbuka minda pasti akan mengerti seluruhnya. Siapa yang menjadi mangsa dan terinaya. Adakah hanya dengan kematian Anwar akan melenyapkan fenomena politik yang gelora di Malaysia ini?

Ikhlas dari hati ini, kalau Afiq diuji seperti Anwar, lama sudah Afiq mengundur diri. Lebih baik bertugas di USA sebagai fellow kehormat daripada menjadi buruan pemangsa-pemangsa yang rakus. Oklah panjang pula celoteh Afiq hari ini, Namun apa yang Afiq sampaikan ini cumalah pandangan dari mata kasar seorang rakyat Malaysia secara peribadi. Tidak melibatkan untuk tujuan sokongan sesiapa. Yang membaca pun angaplah sebagai hiburan. Yang benar itu Datangnya dari Allah SWT, dia yang mengetahui seluruh alam. Kita manusia ini kerdil dan jahil.