Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 29, 2010

Google

Jika medan internet dan blog di politikkan, pasti nya internet di Malaysia juga akan bakal mendapat sekatan dan terbatas pengunaan nya. Kesannya ialah, maklumat dan sumber idea itu juga pastilah akan terbatas. Mengapa serik kali kita lihat, pemimpin tidak mahu rakyat menjadi pandai. Mungkin kah takut jika kekuasaan akan tergugat kerana kepandaian rakyat?

Berita menarik yang Afiq baca hari ini di Akhbar kosma memberikan gambaran yang berlaku di China. Politik dan Internet membuatkan rakyat yang tersekat.

Berita >

Jika Barat percaya bahawa penapisan terhadap sesetengah kandungan Internet melangkaui etika kebebasan maklumat, China pula berpendapat tindakan itu perlu bagi mengukuhkan struktur pemerintahannya.


POLEMIK antara penyedia enjin carian Internet paling berpengaruh di dunia, Google dengan pemerintah China belum menampakkan tanda akan berakhir. Segala-galanya bermula berikutan insiden penggodaman terutama pada e-mel Gmail yang dimiliki oleh golongan aktivis yang lantang menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan China.

Itu belum dicampur dengan pelbagai bentuk penapisan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pengguna Internet di negara komunis tersebut.

Google menyatakan serangan itu berlaku secara terancang dan datangnya dari China. Situasi itu nyata dimarakkan lagi oleh sentimen nilai budaya dan pemerintahan rejim yang berbeza.

E-MEL Gmail milik aktivis yang lantang menyuarakan pendapat terhadap kerajaan China menjadi mangsa penggodaman.


Rungutan Google mendapat sokongan daripada Rumah Putih. China pula membalasnya dengan menuduh Washington menggunakan Internet untuk menyokong pemberontakan di Iran.

Perkembangan itu menambah pergeseran di antara kedua-dua buah negara kuasa besar dunia tersebut. Sebelum ini, mereka berdepan dengan masalah penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan dan isu hak asasi manusia.

Menurut Profesor Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Renmin, Beijing, Jin Canrong, perbezaan fahaman politik dan ideologi terhadap kes Google menjadikan kerjasama antara Beijing dan Washington semakin sukar.

"Keperluan asas untuk kerjasama dalam aspek ekonomi dan diplomatik tidak berubah. Tetapi isu-isu sebegini boleh membantutkan perkembangannya," kata Jin Canrong.

RAMAI pengguna Internet tidak mahu melihat Google memberhentikan operasinya di China.


Terbaru, jurucakap bagi Pejabat Lembaga Maklumat Negara menegaskan bahawa China mengharamkan penggunaan Internet yang mengancam perpaduan warganya. Terutama kandungan yang boleh mencetuskan kebencian antara etnik, mempromosikan ajaran sesat, pornografi dan keganasan.

"China mempunyai asas perundangan yang jelas untuk menyekat kandungan sebegini. Ia jauh berbeza dengan apa yang dikatakan sebagai kebebasan Internet," jelas kenyataan yang disiarkan di laman web www.gov.cn.

Pejabat Lembaga Maklumat Negara merupakan salah satu cabang dalam kabinet China. Ia bertanggungjawab dalam menyebarkan propaganda kerajaan Parti Komunis dan menjadi salah satu agensi berkaitan polisi Internet.

China telah menyekat laman YouTube, Twitter dan Facebook, di samping mengaplikasikan penapisan Great Firewall untuk menghalang warganya daripada menonton imej dan membaca idea-idea haram yang disiarkan di laman web luar negara.

Masyarakat Barat beranggapan ucapan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton mengenai kebebasan Internet dan keperluan dikenakan tindakan terhadap aktiviti penggodaman amat dialu-alukan. Namun bagi China, ia lebih bersifat imperialisme maklumat.

Medan ujian

Dalam erti kata lain, akses terhadap sambungan (links) sensitif daripada laman-laman web di China dihalang atas arahan rasmi kerajaan tidak dapat diterima. Situasi itu mungkin mendorong Google mengambil keputusan untuk menghentikan penapisan atau menutup terus laman web berbahasa Cina miliknya, Google.cn.

Ironinya, Beijing menyifatkan tiada penapisan di China. Apa yang ada ialah sistem Internet yang terbuka. Memberi maklum balas terhadap situasi itu, banyak syarikat teknologi AS yang beroperasi di China menjauhkan diri daripada Google. Mereka tidak mahu mengalami kerugian di negara yang menawarkan tenaga kerja murah itu.

Harus diakui bahawa golongan muda China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun membesar dalam suasana pengaruh kebaratan dan lebih terbuka berbanding ibu bapa mereka. Kini, ramai yang berada di persimpangan antara semangat patriotik, keinginan untuk menyuarakan pendapat dan akses terhadap maklumat. Itu pun jika mereka mampu menerima batas yang diletakkan oleh Parti Komunis China.

SAMA ada Google akan keluar atau tidak dari China, ia bergantung kepada kejayaan rundingannya dengan pihak pemerintah negara komunis tersebut.


Justeru, Google dilihat menjadi medan ujian tersebut.

"Ciri khas Internet ialah syarikat seperti Google melihat pertumbuhan keuntungan bergantung kepada kebebasannya. Ia seakan-akan satu ujian. Sejauh mana anda menyokong Google menunjukkan anda mahukan lebih kebebasan di China. Walaupun anda tahu Google lebih mengutamakan keuntungan," kata seorang aktivis, Chen Yongmiao yang laman webnya telah disekat oleh pihak berkuasa.

Para pegawai kerajaan China mengelak untuk bersemuka dengan Google tetapi menjelaskan bahawa syarikat-syarikat Internet perlu mengikut undang-undang, termasuklah penapisan.

Lokasi tumpuan percanggahan tersebut berlaku di Zhongguancun, barat laut Beijing. Jalan Chengfu di wilayah yang digelar sebagai Lembah Silikon China itu menempatkan ibu pejabat Google menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat negara tersebut. Sedekad lalu, ia hanya sebuah kawasan perumahan kos murah, selain restoran-restoran yang dibina berhampiran tapak pertanian.

Kini, suasana itu sudah jauh berubah. Ia padat dengan kampus-kampus universiti, pejabat yang canggih, pusat beli-belah barangan berteknologi tinggi, makmal komputer, kafe dan restoran.

INTERNET dipercayai boleh menggugat perpaduan dan menyemarak kebencian dalam kalangan rakyat China.


Para pelajar dari kampus berdekatan mengisi banyak peluang pekerjaan di sana. Mereka merupakan produk daripada sistem pendidikan yang menjadi kebanggaan terhadap pencapaian China selain ketaatan kepada Parti Komunis dan kepekaan warganya terhadap tekanan asing.

Pendirian rakyat China

Majoriti rakyat China tidak begitu faham apabila Google menyatakan China menjadi dalang di sebalik penggodaman yang begitu sofistikated. Ia mungkin disebabkan tidak banyak media tempatan China yang melaporkan cerita itu. Sementara yang lain seolah-olah memperlekehkan Google kerana ingin keluar dari China berikutan isu tersebut.

Para pelajar, pencari kerja dan golongan profesional teknologi melihat pendirian Google dengan rasa kagum dan bimbang. Ia terserlah menerusi banyak forum dalam talian.

"Saya rasa kagum kerana sebuah syarikat sanggup mengorbankan keuntungan demi idea. Kenapa tidak boleh mengkritik kerajaan? Kenapa kita tidak boleh memilih apa yang hendak dibaca di Internet?" soal Liu Wei, 29, seorang akauntan yang memakai cermin mata tebal.

"Itu kerana China berbeza!" celah teman wanitanya, Sun Jingying, 26, seorang pelajar perakaunan.

"Ada sesuatu yang hanya kita perlu menerimanya. Memang sedih kalau Google tidak lagi beroperasi. Saya suka bekerja dengan mereka," tambahnya.

Kaji selidik terakhir di China menunjukkan 60 peratus daripada populasinya yang melayari Internet berusia antara 10 tahun hingga 29 tahun.

Sewaktu lawatannya ke China November lalu, Presiden AS, Barack Obama berjumpa dengan golongan muda China menerusi web-cast. Mesej Obama ialah beliau merupakan penyokong utama terhadap kebebasan penggunaan Internet.

Di sebalik kekangan dan penapisan, Internet di China merupakan forum awam yang cukup berpengaruh. Para blogger dan kumpulan-kumpulan tertentu begitu lantang menggertak kerajaan atas isu pencemaran dan rasuah.

Tahun lalu, kerajaan China membatalkan rancangan untuk mewajibkan semua komputer peribadi hadir bersama Green Dam, satu perisian penapisan Internet. Pembatalan itu dibuat selepas kritik menyatakan ia satu tindakan melampau dan tidak efektif.

Namun, ada juga generasi muda China melihat isu Google sebagai satu tindakan buli AS. Bagi mereka, Parti Komunis yang memerintah China harus mencari jalan untuk mengurangkan tekanan asing terhadap kawalan penggunaan Internet.

PENGGUNA Internet di China berdepan dengan pelbagai bentuk penapisan.


"Memang ada segelintir yang berasa semakin tidak bebas dan terhalang (iaitu mereka yang menyokong Google). Tetapi ramai juga yang dibentuk oleh media rasmi dan melihat wujud campur tangan kerajaan AS di sebalik tindakan Google," kata Li Yonggang, pakar bidang masyarakat dan Internet dari Universiti Nanjing.

"Jika mereka tidak dapat menangani masalah penggodam dan penapisan, itu masalah mereka. Setiap negara memiliki kekangan mereka sendiri. Jadi, biasalah jika China juga menguatkuasakannya. Kalau China ingin mengubahnya, itu hak China," kata seorang juruteknik perkakasan komputer, Derek Huang.

Kaji selidik pendapat menunjukkan ketika rakyat China yang berusia antara 20 hingga 30 tahun dilihat lebih kritikal terhadap kerajaan berbanding golongan tua dan mahukan lebih kebebasan. Golongan sama juga sangat patriotik dan peka mengenai perubahan landskap politik negara.

Internet memainkan peranan penting. Buktinya, ia telah menyebarkan sentimen kemarahan rakyat China ke atas protes-protes yang dilakukan oleh Barat berkaitan isu Tibet sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik pada 2008.

Tahun lalu, Internet menjadi medium menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat China yang marah terhadap Jepun.

"Google bertindak atas dasar komersial. Saya fikir, kita perlu menerima kekangan demi kestabilan negara," kata Su Xin, 25, graduan bidang kejuruteraan euronatik.

Namun begitu, sesetengah pelajar yang kurang berminat dengan perkembangan politik melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Google mungkin keluar dari China.

"Jika berlaku, saya rasa ia satu kerugian besar," kata Guo Xin, seorang pelajar berusia 19 tahun. Guo Xin memberitahu dia menggunakan Internet dan Google untuk mencari maklumat tentang permainan video dan filem.

"Tidak bagus jika terlalu ketat. Ia menjauhkan kita daripada maklumat yang diperlukan pada zaman moden ini," katanya.

Thursday, January 28, 2010

Isu Kepala Babi (Gempar)

Sekali lagi kita digemparkan dengan isu yang menyentuh perkauman dan agama  di Malaysia ini. Pada Afiq, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan perbuatan ini haruslah dikutuk. Afiq tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi kita semua jgn lah cepat melatah menyalahkan sesiapa. Tidak mustahil juga perkara sedemikian didalangi oleh orang melayu sendiri yang ingin memecah belahkan rakyat. Jangan biarkan perkara ini sehingga menjadi tragedi. Biarlah rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni.

Isu yang melibatkan sentimen perkauman seperti ini seolah-olah ada kaitanya dengan politik kotor oleh pihak-pihak tertentu!

Sumber Malaysiakini.com :-

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk sekeping wang RM1, RM5 dan RM10 - kesemunya bernilai kira-kira RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.
Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.

Bungkusan lutsinar

Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.
Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.

Saksi kejadian, Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika beliau ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh, beliau ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.
Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan mengandungi bayi yag dibuang.

Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.
Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.
Sementara itu, timbalan nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.

Manusia ini tentunya lebih keji dari Babi.

Wednesday, January 27, 2010

Sinetron Fahrin Ahmad, Linda Onn dan Scha Al-Yahya

Satu dunia sedang menonton kisah percintaan ini. Ye lah, maklum lah selebriti terkenal katakan. Tapi yang tak sedapnya bila cerita ini terlalu dramatik sampai menguris banyak pihak.

ENTAH di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain.
Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu.
Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dengan melantik seorang peguam, Tengku Naufal Tengku Mansor, Fahrin telah mengemukakan notis tuntutan maaf dan menyiarkan permohonan maaf atas alasan memfitnahnya, selain menulis surat aku janji agar tidak mengulangi perbuatan seumpama itu lagi dalam tempoh tujuh hari terhadap penyampai radio Suria FM itu.
Bagi Fahrin, tindakan yang dibuatnya itu adalah jalan yang terakhir untuk 'mendiamkan' Linda daripada membuat sebarang kenyataan buruk mengenainya.
Sudah pasti dakwaan Linda itu suatu tamparan hebat yang pernah diterima Fahrin sehingga melibatkan tekanan emosi.

Malah, ketika sidang media berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, Fahrin sebak dan terus mengeluarkan air matanya tatkala memberitahu betapa sedihnya dia mengenangkan ibunya yang terlantar sakit di hospital turut menerima tempias dan terpaksa berhadapan dengan persoalan demi persoalan tentang hal itu yang ditebak oleh saudara-mara dan teman-teman.

Berikut luahan hati Fahrin.
Setelah sekian lama, mengapa baru sekarang anda mengambil tindakan?
Pada peringkat awal ia terlalu remeh. Kisah percintaan tidak sepatutnya jadi begini. Dalam tempoh lama saya berdiam tidak bermakna saya kalah tapi saya tenang dan sekadar melihat sahaja. Saya tak akan ambil tindakan tegas jika perkara ini tidak perlu. Sepatutnya dia tak payah nak bercakap perkara yang boleh mengaibkan. Akhirnya, atas nasihat peguam, saya rasa apa yang tertera memang cukup kukuh berlandaskan undang-undang, dan saya bertindak.

Bagi anda, apakah yang membuatkan Linda mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Percintaan tidak seharusnya begini. Kenapa bila dah habis baru nak cakap buruk pasal saya. Saya tak pernah sikit pun mengata mereka (Linda dan Scha) yang boleh menyebabkan orang luar berprasangka buruk. Apabila saya putus cinta dengan Scha, saya tahu orang akan kata silap saya. Saya diam. Saya tak faham kenapa dia nak buat tindakan macam ini. Saya tak pernah menyesal berkawan dengan mereka. Tetapi kenapa sampai hati mereka buat macam ini.

Perasaan awak ketika diberi gambaran sebagai seorang yang panas baran dan kaki pukul?
Saya ini seorang yang ceria dan menghiburkan. Wajah saya sudah menjadi duta kepada beberapa produk besar dan kecil dan saya perlu menjaga nama produk yang saya bawa. Apa perasaan awak bila awak keluar negara, orang tanya, betul ke awak ini kaki pukul? Bagaimana pula perasaan awak bila mak sakit di hospital turut ditanya soalan itu.
Adik saya yang tidak tahu apa-apa pun mendapat pelbagai panggilan telefon dan mereka terpaksa menjawab soalan-soalan orang.

Bila akhbar The Star turut keluarkan artikel itu, pembaca-pembaca mereka tidak didedahkan dengan gosip-gosip. Saya percaya mereka pasti akan ada keraguan tentang saya setelah membaca artikel itu.
Mungkin bunyinya agak kelakar. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti ada orang nak bermenantukan saya. Sah-sah orang tanya, awak ni kaki pukul ke? Saya tak macam itu!

Komen keluarga awak tentang hal ini?
Alhamdulillah keluarga terus mendoakan saya dan sentiasa menjadi tulang belakang saya ketika susah dan senang. Jangan ingat saya tidak ada perasaan kecewa. Ingat, saya ini selebriti. Tak semua cerita yang boleh saya kongsikan sesuka hati. Kalau boleh saya pendamkan sahaja. Dia perlu meminta maaf dalam masa tujuh hari ini. Kerana dia, keluarga saya turut menerima tempiasnya.

Ada pesanan buat Linda dan mungkin juga Scha?
Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka.

Ada perasaan dendam terhadap mereka?
Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita.

Serik untuk bercinta dengan artis?
Mungkin kali ini usaha saya bukan dengan artis lagi kot. Saya akan cuba elakkan dari bercinta dengan wanita yang mempunyai sama bidang dengan saya.

Saksikan kisah ini :>
Babak 1 >
image
image
image
Babak 2 >
image
image
image
Babak ke 3 >
image
Babak ke 4 >
image
image
image
Babak ke 5 >
image
image
image


Dalam hal sebegini, pada Afiq tidak perlulah kita mengaibkan sesiapa. Yang sudah lepas itu lepas lah. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini. Telah tertulis Dalam Qada & Qadar Allah SWT.

Tuesday, January 26, 2010

Blog Hina Sultan? Apa Aduka Taruna tulis?

Afiq terkejut dengan berita yang menyatakan ada rakyat Malaysia yang menghina Intitusi Raja-Raja. Dengan perasaan yang ingin tahu Afiq pun mencari2 apa yang ditulis sampai dia diburu oleh pihak polis.

Walaupun telah didelete, Ini yang Afiq jumpa >

imageLink :http://74.125.153.132/search?q=cache:djHudqUJN8QJ:adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html+http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my 

Blog nya : http://adukataruna.blogspot.com/

Pada Afiq, ini memang betul2 biadap dan tidak berfikir langsung untuk menulis. Ikut sedap hati je, rasakan lah hukumannya. Silap2 boleh kene lempang dengan Sultan.. Apa-apa pun kita sebagai manusia biasa, jika ada yang tidak puas hati atau marah jangan lah terlalu mengikut hati sehinga perlu mencaci maki. Renung-renung kan lah..

Sunday, January 24, 2010

Isu Harga Petrol pada 1 Mei 2010

Harga gula pun masih belum reda dengan kenaikan 20 sen, kita akan digemparkan dengan kenaikan harga petrol pula. Skang ni gula naik, harga teh tarik pun turut naik 20sen. Kalau harga petrol nanti naik, harga teh tarik akan turut naik, walaupun nak buat teh tarik tak guna petrol. Korang setuju tak?

hdg

Harga Minyak akan naik pada 1 mei 2010, korang tak percaya? Baca ni>

Dua harga petrol mulai 1 Mei 2010
PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama

Bila Afiq baca ni pula, banyak fakta yang memang Afiq sendiri akui.>

http://beritasemasa.com

Dulu pun semasa minyak naik ke paras RM2.70, tengok harga makanan, harga barang naik. Kalau di kedai-kedai makan, mereka peduli apa kalau minyak naik, harga tetap naik punya. Rakyat Malaysia tetap kena menghadapi juga, sebab memang keperluan harian.

Okey…cuba kita buka mata lihat negara jiran kita. Ya……memang diakui yang mana harga minyak Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia. Harga minyak di Thailand mengikut harga semasa minyak dunia. That’s the fact. Tetapi…….

  1. Adakah Thailand ada naikkan cukai kereta import ber cc tinggi sehingga 300 % ?
  2. Adakah Thailand mengenakan cukai jalan ke atas mana-mana kenderaan di sana?
  3. Adakah Thailand mengenakan tol di hampir setiap jalan?

Rakyat Thailand boleh pakai kereta mewah ke mana-mana tanpa perlu risau pun cukai yang tinggi.  Pilihan dan contoh sudah ada dan  jika kerajaan kasihkan dan prihatin dengan nasib rakyat, mungkin boleh dipertimbangkan. Akhirnya keputusan terletak di tangan pihak kerajaan.

Di  Thailand tiada cukai kereta sampai 300%. Kalau di Malaysia terbalik pula. Cukai kereta mencecah sehingga 300% bukan suatu yang mustahil. Bayangkan kereta yang pada asalnya tidak sampai RM100,000 boleh menjangkau ke harga setinggi RM200,000. Kalau miskin atau berpendapatan sederhana mampu membelinya? Geleng kepala dan telan air liur sahajala. Beli Porshe, Ferrari, Lamborghini dan pelbagai lagi kereta mewah. Sebab apa? Mereka ada AP. Yang golongan yang kaya-raya tentu sahaja mampu beli.

Di Malaysia penuh dengan CUKAI…contohnya LHDN, PCB, KERETA, ROADTAX, KEDAI MAKANAN(FAST FOOD), CUSTOM DLL…….masih tidak cukup lagi tampung dana kerajaan?

Apa yang dilihat di sini, ada beberapa kemungkinan jika kerajaan melaksanakan peraturan 2 harga petrol ini. Bukannya saya katakan begini kita hendak berniat tidak baik, tetapi…kemungkinannya tetap ada. Jangan pandang remeh.

  1. Attenden pam minyak tu mintak tengok IC dari pelanggan?  Sogok RM10, sure lepas punya. Yang jaga pula sekarang ini rata-rata pekerja asing pulak tu.
  2. Kereta CC besar tidak boleh dapat subsidi, kereta kecil boleh dapat subsidi? Kalau macam itu, paling untung pemilik kereta seperti RX7, RX8, Mercedes Kompressor (Mazda RX8 memang CCnya rendah tetapi revolutionnya tinggi menyebabkan dia makan banyak minyak. Actually kereta ber CC tinggi lebih save minyak sebab power lebih, jadi kurang drag. BMW 2.5 lebih save minyak jika hendak dibandingkan dengan yang 1.8, kerana kereta BMW berat jadi drag lebih, so enjinnya yang ber CC rendah akan terpaksa guna minyak lebih, bagi mendapatkan lebih kuasa )
  3. Bagi individu  yang ada dua kereta, misalkan 1 kereta Savvy dan satu lagi Toyota wish. Maka cuma perlu isi minyak pakai kereta Savvy lepas tu bila sampai di rumah, tinggal sedut dan pindahkan ke kereta Toyota Wish.  Dapat jimat sekitar 30sen seliter dan jimat RM12 setangki penuh kereta Wish.
  4. Kalau ikut attendant pam minyak….park kereta Viva….bayar full tank(letak deposit RM100), kemudian alihkan kereta Viva… park pula Evo10, isi minyak sampai penuh.

Ada baiknya kerajaan Malaysia contohi apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan di Brunei yang mana masuk sahaja kereta  plat luar negara ke negara kita, auto charge kepada mereka harga petrol tanpa subsidi. Rakyat Malaysia dapat harga petrol bersubsidi. Kalau CC kereta 2.0 pun dikira berkehidupan mewah saya sendiri musykil, sebab sekarang ini banyak kereta-kereta lama yang CC lebih daripada 2.0 di jalan jalan sekarang ini dan kereta-kereta seperti ini pun sebenarnya bukan boleh dikategorikan sebagai kereta mewah. Contohnya :

  1. Si kaya pakai kete bawah 2.0cc, tetapi harga kereta mewahnya sangat mahal. (Dapat subsidi???)
  2. Si miskin menggunakan kereta yang lebih murah, dah berkarat cabuk contohnya Ford Cortina 2.0 atau Mistsubishi Galant 2.0 GLX yang keluaran tahun 1982. Lepas itu, adalah kereta-kereta buruk dan tidak semewah kereta-kereta lain, tetapi mempunyai CC besar. Nayalah orang yang memilikinya. Sekarang ini kereta second hand Perdana SE keluaran tahun 1996 boleh dapat sekitar RM14K-RM15K. Nasibla…..sebab dikategorikan sebagai kereta mewah.  (Tidak dapat subsidi???)

Kemudian kenapa individu yang berkereta mewah tidak boleh mengambil  dan mendapat subsidi? Walhal orang kaya seperti inilah yang menyumbang dan membayar banyak cukai. Kaya ke miskin ke, tetap menyumbang kepada ekonomi negara. Kalau nak teruskan jugak dasar ini, mungkin boleh dikenakan kepada individu yang memiliki kereta cc 2.5@3.0 ke atas.

Satu lagi jikalau kerajaan hendak menarik balik subsidi minyak untuk kereta yang ber CC tinggi, maka silalah hapuskan road tax yang  tinggi dikenakan terhadap kereta ber CC tinggi. Mungkin kerajaan sudah lupa kot. Tidak mengapa. Saya suka mengimbau balik dasar yang cuba dilaksanakan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2007, artikel atau berita kerajaan mengenakan road tax yang tinggi kepada kereta ber cc tinggi agar yang kaya pun akan boleh diberi subsidi minyak. Renung-renungkanlah……

Tapi yang lebih mengejutkan apabila dijangka harga petrol akan naik sehingga RM 3.90 seliter. Kalau ini benar2 berlaku, maka akan musnahlah Barisan Kerajaan yang ada ni untuk mentadbir Malaysia pada pengal akan datang. Sebabnya kerana mereka lebih menghulurkan beban kepada rakyat dari cuba untuk menyelesaikan nya.

Kalau lah ada juga yang masih bersetuju dengan kenaikan harga petrol ni, memang lah korang tak ada otak yang waras! Atau korang memang seorang yang sangat kaya rasa sampaikan berak pun keluar duit. Apa pun alasan nya, Afiq serta ramai lagi manusia di Malaysia ni TIDAK BERSETUJU dengan kenaikan harga petrol ni!

Terperanjat tak kalau korang baca ni>

PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.

“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97,while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family Sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect. Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

The government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota. Source===> SkyNet News Asia

Salam 1 MALAYSIA semua!!1 malaysia

Saturday, January 23, 2010

Sejarah Kesultanan Johor

image

Ramai yang tak tahu sebenarnya Kesultanan Johor asalnya dari Raya Melaka. Kesultanan Johor yang terkadang disebut juga sebagai Johor-Riau atau Johor-Riau-Lingga adalah kerajaan yang didirikan pada tahun 1528 oleh Sultan Alauddin Riayat Syah, putra sultan terakhir Malaka, Mahmud Syah. Sebelumnya daerah Johor-Riau merupakan bagian dari Kesultanan Malaka yang runtuh akibat serangan Portugis pada 1511.


Pada puncak kejayaannya Kesultanan Johor-Riau mencakup wilayah Johor sekarang, Singapura, Kepulauan Riau, dan daerah-daerah di Sumatera seperti Riau Daratan dan Jambi.


Sebagai balas jasa atas bantuan merebut tahta Johor Sultan Hussein Syah mengizinkan Britania pada 1819 untuk mendirikan pemukiman di Singapura. Dengan ditandatanganinya Traktat London tahun 1824 Kesultanan Johor-Riau dibagi dua menjadi Kesultanan Johor, dan Kesultanan Riau-Lingga. Pada tahun yang sama Singapura sepenuhnya berada di bawah kendali Britania. Riau-Lingga dihapuskan oleh pemerintah Hindia Belanda pada tahun 1911.


Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim, dipaksa untuk menerima kehadiran Residen Britania. Dengan demikian Johor efektif menjadi koloni Mahkota Britania.


Johor menjadi salah satu negara bagian Malaysia ketika negara itu didirikan pada 1963.


Raja-raja Kesultanan Johor-Riau (1528-1824)
1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Syah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
1564-1570: Sultan Muzaffar Syah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
1570-1571: Sultan Abd. Jalil Syah I (Raja Abdul Jalil)
1570/71-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (Raja Umar)
1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Syah III (Raja Mansur)
1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Syah (Raja Mansur)
1623-1677: Sultan Abdul Jalil Syah III (Raja Bujang)
1677-1685: Sultan Ibrahim Syah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
1685-1699: Sultan Mahmud Syah II (Raja Mahmud)
1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah
1761: Sultan Ahmad Riayat Syah
1761-1812: Sultan Mahmud Syah III (Raja Mahmud)
1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah (Tengku Abdul Rahman)


Raja-raja Kesultanan Johor (1824-sekarang)
1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tidak diakui oleh Inggris)
1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
1981-2010: Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

2010-Sekarang: Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

Dengan kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Semalam, rakyat Negeri Johor pasti merasai satu kehilangan. Bagi Afiq serta ahli keluarga mengucapkan Takziah Kepada seluruh kerabat Di Raya Johor.

Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di Johor Baharu boleh diziarahi segenap lapisan rakyat mulai pagi ini.


Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam semalam, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga
10.30 pagi.


NONE"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari jaml 11pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.


Peraturan berkabung
Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.


Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.


"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.


Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.


Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.
Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat?

Mengikut berita pagi dari Malaysia Kini >

Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda.

Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.

Bagaimanapun Ada berita yang menyatakan Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat pada hari ini, namun berita ini masih tidak dapat lg disahihkan oleh pihak Istana. Jika benar, Saya dan seisi keluarga dan bagi pihak Blog Permata-Merah menyucapkan Takziah kepada seluruh Ahli Kerabat DiRaja Johor. Al-Fatihah.

Navigation on your Nokia. For free Forever

Hari ini Nokia melancarkan satu lagi khidmat selepas jualannya iaitu Ovi Map. Kalau dulu ovi map ni kene bayar (free 10hari sahaja) dan mengunakan Line GPRS atau Internet. Sebagai altenatifnya ramai yang mengunakan Garmin Xt kedalam Hp GPS nya, free (bila di hack) dan tidak mengunakan talian Online (GPRS).

Lepas ni kedai-kedai hp tak dapatlah lagi nak kikis RM80 semata-mata nak installkan software garmin ni sebab nokia dah bagi free..

Bagi yang tak tahu lagi apa itu garmin ni rujuk kat sini http://cr-nawdir.blogspot.com/2009/09/garmin-mobile-xt-for-gps-handphone.html. Boleh buat sendiri dan dapat menjimatkan RM80 korang.

Untuk info pasal ovi map yang baru dikeluarkan ni, nokia bagi free. So penguna2 hp nokia yang ada GPS tu, cepat2 update dan download software ni.

image

Download kat sini > http://www.nokia.com/maps

Today we made a big announcement to provide a new version of Ovi Maps, which not only include major improvements but even something bigger: with this release Ovi Maps including high-end, car grade and pedestrian navigation features come at no extra cost and can be kept for the life of the smartphone.  No additional licenses needed for extra countries, regions or services like traffic information or city guides. I can assure you this is the best offer you will get from any company for a while.

Last time I wrote in this blog, I told how Nokia started a revolution by connecting the telephone number to a person. Instead of dialing a number, you started to call a person. Today, 15 years later, we are now making a similar move with Ovi Maps.

Location on a map is simply a combination of two numbers: latitude and longitude. For example, the location of my office is 41°1’7’’N 73°43’28’’W. As plain numbers this does not mean much to anyone. Even on a map, this location is without any meaning unless you associate the location to Nokia or me. Actually, think how irrelevant a map full of roads and buildings really is, without knowing what or who is in the building or who is driving the roads? It is as irrelevant as those phone numbers back in the 90s, if they do not belong to anyone.

With our new Ovi Maps we really want to change the world and the way you can discover it. Firstly, we wanted to make maps and navigation available for everyone, secondly we wanted to make it available in any situation. In order to do both of above mentioned we have built our maps using advanced hybrid vector technology. This makes the maps scale in practice infinitely and it makes them available both of online and offline use. The technology consumes hugely less bandwidth than the other technologies and and really enables everyone to use it everyday.

We are happy about giving new meaning to numbers. With this release of Ovi Maps we cover almost all the countries of the world, you can navigate in 74 countries in 46 languages, navigate in pedestrian-only zones for over 80 cities around the world as well as 6000 3D landmarks in over 200 cities. “In other numbers”,  this means that currently roughly 3.7 billion people could use Ovi Maps for navigation in their home country on their Nokia. You can also be pretty sure you could use Ovi Maps in your holiday location with navigation, as it works in 45 of the 50 most popular destination countries for tourists. This is equals about 700 million visits each year to these 45 countries (source Euromonitor International ).  When you’ve done these 45 countries, you’ll still have 29 more to go. And this is enough about numbers…

By making it as easy as possible to use to as many people as possible, using maps will become as common as sending text or snapping a photo. Connecting to places in a new way makes you to feel closer to who and what matters (instead of numbers).

Thursday, January 21, 2010

Bila kehidupan bermula

image

 

Terbuka sahaja mata kita, melihat cahaya yang  menerangi keindahan alam ini. Hakikat sebuah kehidupan yang kita akan lalui sejak dilahirkan. Itu lah yang menjadi lumrah bila kita bergelar manusia.

Afiq pun begitu, memang telah ditakdirkan segala-galanya setiap apa yang berlaku didunia ini. Membesar dan mengirup kehidupan, sekali-sekala menempuh noda dan liku-liku. Sukar dibayangkan apa yang akan berlalu, kerana itu bukan kuasa kita.

Bila difikirkan semula, pernahkah kita terbayang apa yang akan kita lalui hari ini? Soal jodoh pun begitu. Bila sampai satu masa, barulah kita mengetahui, dialah yang menjadi Isteri. Sebagai manusia yang hina dina, kita tidak mampu untuk menentukan masa depan kita bila semua itu telah ditakdirkan, hanya doa sahaja dipanjatkan agar semuanya seperti diminda.

100_3545

Saat dahulu bila kita mula mengenal jalan-jalan kehidupan, semuanya nampak terang. Tapi bila semakin lama kita berjalan, semakin banyaklah laluan yang kita akan kelihatan. Akhirnya kita akan membuat satu saja pilihan untuk terus ke jalan yang benar hingga akhir hayat.

Apa yang Afiq harapkan, liku hidup ini tidak lah perlu terlalu curam agar perjalanan itu akan sentiasa lancar hendaknya. AMIN..

………………………………………………………………………………………………………….

Bila dah terlalu lama tidak menulis ni, Afiq rasa sedikit kekoh. Blog pun dah penuh bersarang. Yer lah, memandangkan Afiq sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti, Blog ini sedikit terpinggir. Tetapi tidak lah Afiq bermaksud utk lupakan kalian semua sebagai pembaca. Mungkin entri selepas ini lebih banyak kepada info daripada puitis bahasa. Yang penting, ia bermakna untuk kita semua.

Tuesday, January 19, 2010

Ukiran terkecil

image UKIRAN harimau sehalus sebutir beras yang direka oleh pengukir Taiwan, Chen Forng-shean, diletakkan di atas jarum semasa dipertontonkan di kediamannya di Hsintien, Taipei, semalam. - AFP

TAIPEI 18 Jan. - Seorang lelaki Taiwan telah menjinakkan harimau dengan 'mengecilkan' haiwan zodiak Cina itu kepada sebuah ukiran yang lebih kecil daripada sebutir beras yang hanya boleh dilihat menerusi kanta pembesar.

Chen Forng-shean, yang menjadikan seni ukiran sebagai hobi sejak 30 tahun lalu telah mengukir harimau terkecil di dunia berukuran satu milimeter tinggi dan satu milimeter panjang itu dengan menggunakan damar sempena Tahun Harimau mengikut kalendar Cina yang akan bermula pada 14 Februari ini.

Namun, Chan berkata, haiwan yang diwarnakan terang itu merupakan yang terbaik pernah dihasilkan selepas 10 kali percubaan.

"Jika tangan menggigil sedikit, ukiran itu akan terjejas dan hilang," kata Chen, 54, yang dikenali sebagai pereka lukisan pinggan-mangkuk.

"Untuk harimau ini, bahagian yang paling sukar adalah kerana ia berbentuk tiga dimensi. Ia boleh dilihat daripada mana-mana sudut dan ia kelihatan 'hidup'.

"Mewarna juga sangat sukar, dengan paten di belakangnya dan warna merah diwarnakan pada lidah harimau itu," katanya.

Haiwan itu dihasilkan selepas tiga bulan menjalani proses kerja-kerja intensif dan disiapkan pada bulan November.

Menurut Chen, ukiran itu bernilai AS$94,200 (RM339,120), meskipun ia bukan untuk dijual.

Harimau termasuk 11 lagi haiwan lain dalam kalendar zodiak Cina, dipercayai boleh membawa tuah, berdikari namun dalam masa yang sama sifatnya tidak dapat diramalkan. - Reuters

Saturday, January 2, 2010

Persiapan Pertama

Masuk hari tingal tak sampai sebulan sebelum majlis pertunangan. Jadi persiapan awal telah pun disediakan. Terutamanya ialah bekas-bekas dan barang-barang hantaran.

100_3501

Dalam gambar ni yang dah selesai beli :

1) Kasut

2) Tudung/Baju/Kain

3) Telekong

4) Bekas cincin

5) Sirih junjung

Antara yang belum ada ialah dulang pahar, alas dulang, kotak hantaran, bunga ros hidup, kek, cokelat dan cincin. Rasa-rasa nya konsep dah hampir nak jadi, tapi satu dua bekas je, yang lain sedikit terabur dari konsep asal. Tapi xpe, kita tunggu alas dulang dan hiasan nanti.

Kalau korang ada idea, boleh lah tolong sikit2 eh. Nak sponser bunga pun dialu-alukan.