Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat?

Mengikut berita pagi dari Malaysia Kini >

Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda.

Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.

Bagaimanapun Ada berita yang menyatakan Tuanku Sultan Johor,DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat pada hari ini, namun berita ini masih tidak dapat lg disahihkan oleh pihak Istana. Jika benar, Saya dan seisi keluarga dan bagi pihak Blog Permata-Merah menyucapkan Takziah kepada seluruh Ahli Kerabat DiRaja Johor. Al-Fatihah.

1 Komen Pembaca:

tengkusyah said...

Salam. Al-Fatihah Buat Almarhum Tuanku Iskandar. Sudilah melawat blog saya http://tengkusyah.blogspot.com

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya