Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, June 30, 2009

Entri Terakhir!

Dengan ini saya dengan dukacitanya mengumumkan ini adalah entri terakhir dari Afiq. Saya mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada insan2 yang sudi membaca catatan buruk saya ini. Walaupun ada yang meraung mengatakan jangan, tetapi ia adalah pasti kerana ini adalah ketentuan Ilahi yang mencintakan masa.

Sebenarnya, entri ini adalah yang terakhir untuk bukan Jun. Bukan lah terakhir untuk selama-lamanya. Yer lah, menjelang tengah malam inikan dah masuk bulan Julai 2009. Cepat kan masa berlalu, walau pun kita rasa sangat sekejap mengharungi Bulan ini tetapi ini lah hakikat yang kita perlu tahu. Mungkin sudah sampainya akhir zaman. Sedar tak sedar, beribu memori tercalit dalam minda kita dalam saban hari kita menempuhi hidup. Betul tak? Ada yang gembira dan ada juga yang merana.

Sedar tak sedar, blog ini juga hampir mencapai usia 2 bulan bermula dari 5 Mei 2009. Dan jumlah entri dalam blog ini juga mempunyai 92 termasuk hari ini. Terima kasih kepada pembaca dan sahabat2 yang telah menjayakan perkembangan Blog WWW.PERMATA-MERAH.CO.CC
Sebenarnya ikhlas Afiq mengatakan catatan yang ditulis bukanlah semata-mata catatan peribadi. Ada juga entri yang Afiq tulis tidak ada kene mengena dengan hidup, hanya sekadar nak berkongsi penulisan dengan pembaca dan sahabat3. Jadi taknak lah ada yang tersinggung kononnya mengatakan Afiq seolah2 mengkejinya dan mengutuknya dalam cerita2 yang dikarang dalam blog ini. Kalau ada yang terkecil hati atau termalu sendiri, Afiq sekali lagi nak mohon maaf atas perkara2 yang tidak disengajakan. Afiq harap pembaca dan sahabat sama3 mendapat manafaat bersama dalam kewujudan blog ini. Jika ada yang dilihat tidak menyenangkan, sila2 lah komen. Afiq memang sedia menerima. Kalau ada yang nak bagi pandangan sila lah email atau Ym di evil_impaler27@yahoo.com

Ok, stop emosi! Berbalik kepada Bulan Jun 2009 yang akan berakhir tak lama lagi ni, untuk pengetahuan semua, Afiq masih lagi single! Belum ada lagi insan yang berjaya membuka hati ini.Ahak..Walaupun dengan posting entri bertajuk Mencari Kekasih Baru. Ingat lagi tak? Walaupun ada beribu yang meraung kekecewaan kerana tidak terpilih, jangan berputus asa, cuba lagi untuk menawan hati Afiq ni. Terima kasih juga kepada pihak juri Profesional yang dibayar mahal kerana nasihat3 dari anda.

Kehadiran bulan Julai ini pastinya menambahkan kesibukkan kerana Peperiksaan UPSR anak3 didik dah makin hampir. Tak sampai 2 bulan saja lagi. Ternyata yang lebih sensara adalah guru2, padahal yang mengambil periksa adalah murid. Kertas Ujian semalam pun belum lagi habis ditanda. Kalau ada yang sudi2 nak menanda kertas, meh tolong sini. Mungkin upahnya tiada tetapi pahala dari Tuhan itu pasti. So ikhlaskan diri.

Sebelum terlupa, nak ucap taniah kepada anak3 murid yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekoder peringkat Negeri Melaka dan telah menjuarainya. Taniah SK Air Baruk!

Dan kepada semua pembaca dan sahabat, Terima kasih Afiq ucapkan dan Selamat Menyambut Bulan baru dalam tahun 2009 ini iaitu Julai 2009! Yeah! Salam bahagia Semua!

Monday, June 29, 2009

Mimpi Mimpi

http://www.freewebs.com/widya/Mimpi.jpg
Baru semalam bermimpi
Dia muncul lagi
Datang seribu erti
Terpaut pada hati

Senyum itu ceria
membunuh segala duka
lupa pada yang tiada
Hidup seperti baru bermula

Kata, gelak dan tawa
mungkin bukan apa
hati cepat prasangka
sedarlah ia cuma
teman biasa
bukan untuk jatuh cinta

Jangan, jangan curiga
teman ini memang mesra
walau hati terduga
nasib belum tahu tiba
mulut memang tak terkata
kelu diam seribu bahasa

Mata memandang
hati merasa
akal terbayang
lidah berdusta jua

Pada satu titik
Hati Dah mula terdetik
Suara pula tidak memekik

Biarlah,
Yang mimpi tetap mimpi
Jangan terus mencari
Nanti hati mati lagi
Takdirkan itu sudah pasti!

Sunday, June 28, 2009

Di mata Orang

Kita sure pernah mendapatkan khidmat nasihat percuma dari kawan bukan? Kadang kala kita ditidak dapat membuat keputusan dengan betul. Mungkin secara tidak sedar kita bertanya "Eh, nak pakai baju warna apa hari ni?" ,"Ok tak warna ni?" ,"Nak makan kat mana eh?" , "Awek aku cantik tak?" dan beribu2 lagi ayat yang sering kita gunakan dalam seharian.

Sedar tak sedar sebenarnya pandangan orang lain itu amatlah berguna. Kita hidup ini pun dikelilingi dengan manusia. Tapi Tarzan di hutan juga mendapatkan khidmat pandangan dari En Monkey, betul tak? Cuba ingat balik cerita P.Ramlee dalam Labu Labi. Ingat kan3? Memang kita rasakan kita perlu ada pandangan yang tersendiri, senang kata being ur self lah..Tp kadang kala kita tidak perasan sesuatu yang orang lain perasan. Contohnya mungkin pada kita kentut sewaktu makan adalah perkara biasa, tetapi pada orang lain dan pandangan umum?Biadap bukan. So bila perkara2 mcm ni ada yang menegur, cuma terima dan fikirkan kebaikannya.

Tapi tak semua buah fikiran dari kawan itu betul. Kalau kawan korang itu sebenarnya lawan, tentu lah perkara yang tidak elok digalakkan. Yang paling mudah dan biasa kita dengar apabila kawan mengatakan "eh, kolot lah kau ni pakai tudung". Dah3, kalau korang dengar ayatnya bunyi begitu, cepat2 tala kan selipar korang di pipi dia.

Cerita pasal pandangan kawan2 ni, nak juga lah cerita pandangan sesiapa saja yang mempunyai mata cun kepada saya. Hmm tah apalah org kata. Mungkin ramai yang melebelkan saya nakal since dari sekolah lagi. Padahal saya ni baik, sopan santun, penyayang dan senangi ramai..Ahak, but itu yang saya rasa. Kalau tak percaya sila lah interview saya ok.

Sukar lah nak mendapatkan bayangan pada mata orang lain. Kita tak nampak apa yang mereka lihat, apatah lagi yang mereka fikir. Mungkin kita rasa kita dah cukup best, tapi sebaliknya hampeh. Ini lagi susah kalau pandangan cinta. Adakah benar cinta itu dapat diukur hanya dari mata? Dari mata jatuh ke hati kan? Tapi ada yang kata cinta itu buta. Yang mana betul ni? Lagi satu, macam mana kalau pandangan itu saja suka2 atau cinta? wah..ini dah kena mengena dengan Si Hati.

Pernah tak kita rasa bila ada sepasang mata yang melirik manja pada kita, dalam hati terus terdetik "eh, dia ni suka kat aku ke?". Haa..Perasaan berdebar2 tak tentu pasal. Atau pun "apa yang tak kena dengan aku hari ni? Tudung aku senget ke?" Sukar bukan menjawab persoalan yang datang nya dari pandangan?

Besar nikmatnya dari mata ini yang Tuhan berikan. So jaga lah sebaiknya supaya dapat melihat keindahan alam. Jangan asik tengok perempuan seksi atau lelaki maskulin, salah guna nikmat tu. Lirikkan kan pandangan kepada kebaikan dan kemulian. Dan jangan asik pandang salah orang lain saja, pandang di cermin dulu jahat sendiri. Bila sebut pasal pandang ini, saya nak bagi satu pantun
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai lah saya sementara nampak,
Esok jangan rindu rinduan..
Kalau ada yang sudi membeli, silakan eh..Jap3 terasa macam nak kongsi kepada korang satu lagu. Pernah dengar nama Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman? Dia sebenarnya orang Malaysia yang belajar di American InterContinental University di London dalam jurusan Fashion Designer. Bermula dengan tonjolkan bakat di You Tube dan akhirnya dia dikenali di peringkat antara bangsa. Lagunya semua dalam ingeris kecuali satu lagu ni.

Wah, sekarang ramai lah yang boleh popular dengan you tube ni. Apakata kalau saya mencuba? Tak perlu masuk AF kan? Boleh jadi maca Yuna ke? Lalalalala..
Pandangan mengenai Afiq dikaca mata anda, terus lontarkan kepada saya ok!

Friday, June 26, 2009

Zaman berubah, Sejarah tengelam

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Astro, hanpon, laptop mana ada lagi.. Yang kita tahu tengok tibi 1 dgn 3. Kalau ada komputer rumah pun masa tu Windows 95, internet takpayah cakap lah, slow giler dial up cuma 30kps saja. Jangan kata nak tengok You tube..nak buka blog Permata Merah ni pun tak lepas.

Macam tu juga kalau korang tengok melaka. Dulu cuma ada Kota Afamosa, Musium dan Zoo Melaka. Korang ingat lagi tak? Dulu masuk musium cuma 1 ringgit, masuk zoo melaka cuma Rm 3. Aku masa kecik dulu cukup suka bila sepupu balik kampung sini, ramai-ramai pergi Zoo. Naik satu kereta boleh muat 7 atau 8 orang kanak2 termasuk lah aku. Happy tak terhingga.

http://farm4.static.flickr.com/3357/3475616706_900ea8d040.jpg
Sekarang dah ada itu..ini..dan itu..
Tapi sekarang..
Orang datang melaka nak naik Menara Taming Sari RM 10, nak naik bot RM 10, Naik Eye on Malaysia RM10 pastu nak shoping kat Dataran Pahlawan Mega Mall. Masuk zoo skang dah RM10. Parking sana sini RM 2, susah pulak tu. Yang ada kat melaka ni Shoping Complex melambak2, maklumlah Dato Ali nak jadikan melaka ni syurga membeli belah. Untuk pengetahuan korang, Mydin je ada 3, Jaya Jusco ada 2 (satu tengah buat), tambah dengan tesco, cafour, mahkota parade, giant, tesco, melaka mall, mega mall, the store, bintang, koboi dan shoping2 complex yang belum menjadi super duper market.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC574JT-pXhmyDXuQOyB6Ez9t87K8pX9UuIXvXcLCZ68GLxWKb9y6e4USYXK54voBab7etiVK-Smfv3FWcxh-e8gDoqUUerxTNjwaus_m9ky_I6zbOpBBZMtgGrPRQwlWv3jy038DMM2Ig/s400/melaka.jpg
Dan lain2 tempat macam tempat go kart yang konon terbesar di asia, Pusat Bowling yang lagi besar dari Masjid, Pusat taman tema yang akan mengalahkan Genting yang dalam proses pembinaan di Klebang dan perbagai infrastuktur yang naik mendadak di melaka ni. Korang jangan terperanjat kalau datang melaka yang berubah secara total berbanding 5 tahun dahulu. Jalan raya, tak payah cakap lah..Semua highway lah..skit lebih kurang mcm kl cuma Tol Free ok..

So, tempat2 sejarah macam perigi hang tuah, makan Tun Teja dah jarang2 di kunjungi. Makin lama dah makin sepi, mcm diri ku..ahak..Pendapat aku pembangunan yang mendadak ni seolah2 membunuh identiti sejarah silam..Makin lama nanti melaka tak lagi digelarkan Melaka Bandaraya Bersejarah sebaliknya Melaka Syurga Membeli Belah.. Ingatkan kawan2 kalau datang sini, bukan setakat nak naik Eye On Malaysia ok..tapi nak mengenali sejarah bangsa! Ingat, Melaka adalah asal usul Malaysia tau!

Aku yang duduk melaka ni pun kadang2 terperanjat, "Eh bila benda ni siap?", "Eh, dah ada jalan baru", "Eh, cantiknya aweks tu". hahaha..inikan pula kalau korang yang 2 3 tahun sekali baru nak datang. Apapun aku tetap bangga menjadi Warga Melaka ni yang terkenal dengan Hawau nyer..La..La..La..Melaka Tanah Air Ku..

Sesiapa yang datang Melaka ni, contact2 lah eh..leh minum2 teh sama2..ok..

Thursday, June 25, 2009

Zazzz blogger!

Ni nak story skit lah pasal blog. Tujuan blog tu nak sampaikan maklumatkan dan catatan peribadi. Tapi ada yang gunakan blog untuk menghina orang lain. huhuhu.. Nak pesan ni, jangan lah jaga tepi kain orang, jaga seluar dalam sendiri sudah lah.

Kalau dah termengata tu takpe lah, ni siap nak maki2 dengan perkataan yang sangat jijik. Ni dah lebih. Kau tu best sangat ke? Bila terbaca satu blog ni rasa mcm nak muntah pun ada. Pastu terus naik darah hijau muka ni! Pehh...kata2 yang sangat bangsat! Ini macam orang ada ka? Tak tahu malu, mengaku diri hotzz..

Yang aku tak bleh tahan tu bila dia cakap orang anjing kurap..Wah..tebalnyer bibir kau ni eh..Dah takde insuran ke? huhu..mulut longkang! Patutlah kena ban dulu..Jangan kena ban dengan tuhan sudah lah..

Hidup jadi manusia ni, kene lah hormat menghormati kan? Kita bukan hidup sorang2 dalam dunia ni, pokok, haiwan dan orang lain yang jadi teman kita sampai hari Kiamat. So jaga-jaga lah dalam persahabatan dan perhubungan. Jangan nak cari salah orang lain tapi pekung sendiri yang berbau tu tak pula nak ditutup. Oklah..street 2 da point je lah eh, aku nak cakap sape sebenarnya ni..Eh salah, nak menasihati sebenarnya si Lezer Azwan Ali ni..Korang nilaikan lah sendiri eh dari apa yang dia cakap..Taknak komen lebih2 kang berdosa plak aku.. Tgk sini http://silaserazwanali.blogspot.com/
http://farm4.static.flickr.com/3075/3206043418_acd08fcf5f_o.jpg
Cun kan?Ahak..

Lagi satu, kalau dah buat benda tak elok tu jangan lah nak mengaku seluruh dunia. Ni siap gelarkan diri MAK HAYAM GEBUSSS..Aduh..Nak cakap pun malu lah..dah2..Malas nak layan..
*******************************
Hmm sebelum terlupa nak ucapkan kat sorang member ni..Opzz besday gurl lah.. Happy besday..Semoga panjang umur To Hidayah Nanta.. So semperna ini juga lah aku nak minta maap kalau2 ada ter ter ter kasar bahasa. so kira '0' '0' eh..

1 2 3 nyanyi sama2..


Daaaa...Salam Jumaat semua pembaca!

Awan Hitam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghdkC7mZAsCnYLnjBKKHN5Qy9xEq5NxG7b7HsB3LpF5Utrss-eDdgK31hzNzmSmcte4S34Ziod-3n144RToo4DZoQttRewC9-HOrDSfNaWrSdM6amqgRoW4e8yMKxtoSN_VX1nGU1ou8o/s320/awan.jpg

Suasana terang menjadi kelam

awan hitam itu menjadi penghalang

sedikit sahaja ada cahaya

awan hitam itu beri kegelapan


Dia baru saja bergembira,

damai mencari ketenangan

suasana terang itu telah kelam

awan hitam itu menganggunya


Cahaya itu ada lagi sinarnya

samar masih kelihatan dia

disatu sudut itu merenung jauh

masa terus berlalu selalu


Oh,

awan hitam jgn kau lalu

ketika hari masih belum malam

jangan diganggu suasana tenang

biar sinar menerangi bahagia


Hari makin terang, hari makin siang,

kelam malam telah berlalu,

bahagia telah kelihatan

awan hitam jangan kau bawa malang


Siang,awan hitam itu sekejap berlalu

tidak mengangu sinar mu wahai terang

bercahayalah menerangi dunia ini

jangan hujan kerana ketakutan.


Yang kelam, Yang hitam

jangan diganggu sinar dia

biar siang terus bercahaya

jangan hilang dalam awan hitam

Wednesday, June 24, 2009

Layan..

Tak nak cite pasal transformers, sebab tak tengok lagi.
Tak nak cite pasal cinta, sebab dah tak sedey lagi.
Tak nak cita pasal apa2, sebab tak de idea lagi.



Argghh..kadang2 memang kelu lidah ini nak berkata-kata.
Gentle man?hahaha..nope me!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-YA2IYoAgNOQQJqS_ckry1xKHJK_GWp9ACoArKpALk6cs_YTVmULRRkZmQSeqUSGyuJQnkf4tkglZetT30C8UmwAzKTP0_52BV2DpwSZvWD3epE2BzlaHHSkz1lSXPln2BpzZslRDx9E/s320/IMG_0974.JPG
Kalau dah tak terkata, apa lagi diam sudah..

So..layan lagu ini dulu..


Mencari kesedarhanaan Hidup

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQQ80KQbGs9a2jjr_XAjCN5ukD41uS4zk9TEhqRSuP4BkNpWXppMXyJ0JPRdtyQ9nt0tt1UiczHUAuHZp12KI87oktARhNTQGt_Lj_F7KuU5zoh4BAlvrYLaoQ_M5x6ShwVOjZwxwbBeo/s400/Basikal+Tokbah.jpg
Kita mungkin dikekelinggi dengan wang ringgit dan harta, rezeki mendapat ibu bapa yang mewah. Kita tak pernah susah atau pun lapar untuk mencari sesuap nasi. Kita juga tidak dihimpin dengan kemiskinan yang melampau. Jadi bersyukurlah kita kepada Tuhan yang memberi rezeki. Tapi nasib semua manusia tidak sama.

Ya, aku sebenarnya bukan lah gologan yang kaya dan banyak harta. Jangan lah hanya memandang kebendaan yang hanya dilihat di depan mata. Aku juga biasa untuk makan di warung-warung jalanan. Aku juga mengenakan pakaian lelongan. Aku biasa seperti kebanyakan orang lain. Tidak ada istimewanya aku kerana aku bukan lah anak menteri atau pun pembesar.

Seperti kebiasaan, aku memang tidak pandai bergaya. Mungkin juga aku dipandang selekeh. Tapi itu aku, aku lebih selesa seperti kebanyakan. Kalau melihat aku dijalanan dengan menyarungkan jeket lusuh dan bermotosikal, jangan lah jelik dan pelik. Itu jiwa aku.

Aku juga tiada rupa yang boleh digahkan. Apatah lagi untuk menjadi pujaan. Mungkin aku tidak layak untuk menjadi MR RIGHT bagi sesetengah orang. Siapalah aku, bukan setampan Yusof untuk mencari secantik Balqis. Jadi lebih baik aku menyepi. Jadi kalau ada yang mempersoalankan aku perlu mencari pasangan, mungkin pendapat itu perlu difikirkan balik.

Aku juga bukan selebriti untuk di puja atau dibangga. Tiada orang yang kenal aku siapa kalau aku lalu dimana2. Walaupun aku kelihatan dihadapan mungkin tiada siapa yang perasan, aku penulis Blog ini. Aku tidak popular.

Kalau lah ada yang menaruh hati kepada aku, cuba fikirkan balik. Apa yang ada pada aku? Seorang insan yang sangat kerdil, tiada harta dan bukan pandai bergaya. Aku mencari kesedarhanaan dalam hidup ini. Jelas, aku memang tiada apa.

Kalau ingin berpegang pada janji aku, mungkin tak akan dikotakan. Maklumlah aku manusia biasa yang sering dalam kealpaan. Apa lah ada pada mainan bibir aku ini, langsung tidak menjaminkan.

Jadi bila aku rasa ini semua, aku kadang-kadang takut untuk meluahkan sesuatu dari hati. Apalah yang menjadi jaminan untuk aku memiliki sesuatu? Aku insan biasa yang tiada apa. Menemani aku hanya jiwa dan Tuhan Yang Mencipta.



Ini bukan lah modal untuk aku mencari simpati, Tetapi inilah aku yang benar2 asli.

Monday, June 22, 2009

Masak Asam Pedas Melaka

Amaran
Jangan membaca ketika perut kosong!

Agak mengiurkan bila melihat gambar diatas bukan? Ya, Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Sesiapa saja yang datang ke Melaka pasti mencari2 sajian tradisi seperti ini.

Terus terang saya katakan, masakan asam pedas sebenarnya bukan lah lauk favourite saya dahulu. Ternyata darah kelahiran negeri sembilan ini lebih meminati Masak Lemak Cili Api. Tetapi setelah bermaustatin di Melaka lebih kurang 15 tahun, sedikit sebanyak telah mengubah selera saya untuk meminati masakan ini. Uniknya asam pedas melaka adalah kerana keasliannya. Tidak dinafikan ramai yang mengatakan masak asam pedas adalah masakan yang termudah berbanding kari atau masak Lemak. Bezanya asam pedas dimelaka adalah rasanya dan ke'ori'annya.

[asam+pedas1.jpg]

Setelah beberapa kali saya di ajak oleh Cik Singles untuk mencuba asam pedas di Sebuah Restoran di Malim, saya tergerak untuk berkongsi dengan kalian semua. Kunjungan kali pertama terus menambat hati saya, bezanya berbanding kedai lain yang lebih mengutamakan keuntungan daripada selera pengunjung ialah masakan di kedai ini sangat asli tanpa campuran lada hitam atau serbuk cili. Memang sungguh berbeza rasanya.


Ikhlas saya katakan saya memang tertarik dengan rasanya dan bukanlah kerana daya tarikan makan bersama cik Singles semata-mata. Lewat petang tadi adalah kunjungan saya yang ke 5. Menarik bukan daya tarikan kedai itu? Selain asam pedas, Masakan ala thai, satey, burger dan roti john turut tersedia untuk pengunjung. Disamping berjenis-jenis air serta otak-otak sebagai pencuci mulut.


Bagi yang mahukan kelainan, meja ala-ala jepun di sebelah kolam mungkin menambat hati kamu. Bagi yang mencari suasana damai dan romantik, restoran ini memang sesuai. Sebab itu saya kesana 5 kali dalam masa kurang 1 bulan.

Lokasinya? Sebelah Flyover Malim (Jejambat Malim) arah dari melaka ke alor gajah. Gambaran jelas restoran ini apabila anda Melihat Papan Tanda RESTORAN CHE WAH. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Manager restoran Izhar 017-6284816. Untuk pengetahuan kalian, Masak Asam di Melaka tidak semua sama rasanya, berbeza mengikut mutu dan cara masakan.

Di Syorkan oleh Blog Permata-Merah sebagai
Restoran Asam Pedas ***** bintang di Melaka!
ini bukan iklan tapi ini makluman kepada semua ya..

Penulis telah mengalami sintom2 kelaparan setelah selesai menulis catatan ini. Arrghh!

Us..

U said the hardest thing in life is to let go of something you love,
well it seems tht ur right ol along,its not easy letting go of things tht you cherish like hell.
but eventually it kills you inside and made u suffer more and more each day.

till after a year,i still have those memories stuck in my mind.


i realized tht ur not something small in my life,
i realized tht apart of me still says i miss you but i know tht it hurts to love you still.
i knw tht you will never knw tht i said i give up being by ur side strting frm last, im sorry.
i just cant bear the pain anymore. for once,i want to cheer myself up and have my own freedom.


Dear God,
give me strength to forget all of this madness ive been goin thru,
give me the heart and soul of a person who wants to be happy and live her life with no regrets,
give me a brain so tht i will think wisely and stop believing in ppl's words,
give me the strength to stand up for myself and tell myself each day tht its not worth it believing in ppl tht you knw you'll regret believing in them


thnks for the love tht u shown
you did it just by ur own
and for the simplest words tht made me cry
i shall remember it till the day i die.


forgive me for all the wrongdoings tht ive done to you


i learned frm a story,

a soulmate is someone tht was too meaningful for you and eventho you love em,
you just have to let em go bcs you deserve smone better,and they will always be with you no matter what,through all the heartbreaks,the joys,and the laughters,he's the love of your life.

you may not be the one tht i can say iloveyou each night as a lover,
u were so much more than tht,it's beyond explanation.
i knw tht u hurt me,
but,i let em all go.


This s last entry I wrote about us, promise tht! I will! After a year, I hope true love will bcme from s`one who realy knw wht is CINTA!

Sunday, June 21, 2009

Bowling 20 Jun 2009

Alhamdulillah perjumpaan Blog Permata-merah yang pertama di Ampang Bowl Mahkota Parade Melaka semalam berjaya juga akhirnya walaupun hanya disertai oleh 12 orang. Terima kasih kepada yang hadir dan memberi sokongan.

Tentang perlawanan bowling pula sebenar ia adalah satu acara sampingan saja, yang penting semangat setiakawan dan perjumpaan ini adalah yang diutamakan. Jadi keputusannya ialah semua menjadi juara, walaupun semua target hanya ke longkang.

Kalau ditanya kepada saya, kenapa point sedikit? " Sayakan penganjur, kalau point saya banyak nanti ada yang kata saya tak adil. Yang penting kita happy betul tak?".
Yang ini antara yang hadir. Dari belakang Aziezan. Baris ketiga dari kiri Yong Hakimi, Akmal, Afiq, Wak, Abg Yong Khamidi. Berdiri baris kedua Wanie @ Tasya? entah confius namanya, Kak Ana, Cik Yan, dan Yong Hafizi. Paling hadapan ialah baby Anis. Tidak termasuk dalam gambar ialah En Cameramen, Ruzaini dan pembantunya Luqman.

Ni orang kuat, wak, pembantu cameramen dan cameramen kita!

Cikgu dan anak muridnya? Asal ajar main bowling??


Yang pakai baju ada tulis e2! tu encik smile dengan cik tasya or wanie, eh mana satu nama ni? Korang nak ambil gambar berdua kan? kan kan kan??

Ni Cik singles dan mr single k.. Cik ni menjuarai gaya pemain terbaik..Yeah..

Releks lah bro..kalau kalah pun jangan sampai terduduk..

Steady abang ni..Kecewa makwe tak datang eh?

Giler macho.. Gaya apa kau buat?

Team juara ke ni? ahak..

Alamak, cik singles..Jangan nangis eh..bukan salah kamu, salah longkang dan bola itu!

Tangkap, jangan tak tangkap!

Abang long, abang ngah, kak ngah semua ada..uit..satu family eh?

Snap point? banyak sangat ke? huhu..

huhu..ni apa dah jadi?

Gambar ni telah dirompak dari profile Facebook Cik singles..cute kan pic ni..

Saya bagi pihak Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir. Harap lepas ni lebih ramai yang akan turut serta memeriahkan aktiviti seperti ini. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kekurangan dalam penganjuran kali ini.

Saturday, June 20, 2009

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

Hari ini kita lihat pelbagai masalah sosial yang melanda masyarakat kita dan saya percaya yang kaitannya ada dengan agama. Kalau dilihat dari sudut pandangan umum, menjaga aurat hanya kepada bertudung atau berpakaian sopan. Tetapi dalam Islam sebenarnya Aurat itu lebih terperinci. Dari menjaga aurat juga akal kita akan terpelihara dan mengelakkan dari berlakunya Maksiat. Bila ini diterapkan dalam budaya bangsa kita, nescaya Masalah Gejala Sosial pasti dapat diatasi.

Disini juga saya sampaikan Dimana Aurat wanita yang perlu dijaga. Bukan untuk mengkeji atau mencaci sesiapa, tetapi untuk sekadar mengingati sesama manusia. Moga-moga kita mendapat iktibar dan Rahmat dari Allah SWT.



1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wallahualam..

Friday, June 19, 2009

Tangisi Takdir




Dunia ini sentiasa bahagia, di hiasi indah dengan ciptaan Tuhan. Hembusan angin, Langit yang membiru, Gunung Ganang yang menghijau sentiasa menenangkan suasana. Lihat disana, burung berkicip mungkin tanda gembira. Tapi kita manusia sering saja berduka.

Mungkin bezanya kita punyai hati dan perasaan. Hati yang sering lara mengikut keadaan. Gembira, Duka dan Tangisan itu tandanya kita berakal. Tapi emosi kita sering disalah guna, menghukum alam dan orang lain atas kekecewaan yang dirasa. Ingat tak kita pada takdir yang menentukan segala? Apa yang berlaku itu ada hikmah dari yang Maha Kuasa, jangan kita menyalahkannya.

Manusia normal mana yang tidak pernah mengugurkan mutiara mata? Walau segagah mana pun dia, pilu tetap ada. Air mata pasti mengalir jika dia diuji dengan derita. Manusia tetap lemah dan kalah mengawal duka sehinggakan ada yang menghukum diri dengan mencabut nyawa. Kekesalan dengan apa yang dilakukan, tangunglah dengan kerelaan diri sendiri, tauladan lah kejadian lalu itu dengan bererti.


Emosi ini adalah mainan ngeri. Kadang-kadang kita boleh terhukum kerananya. Mungkin bukan hanya deraian air mata, tapi derita hati dan minda selama-lama. Walau kau mengalir air mata darah sekalipun nasib tetap sama. Yang telah berlaku itu tidak mungkin boleh diputarkan semula. Terima lah dengan seadanya.

Rakan-rakan dan taulan, yang duka, derita dan kecewa.
Jangan lah kau tangisi lagi yang telah pergi, sedarlah seadanya kau bukan lagi ketentuannya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Benar kesedihan itu tidak lagi dapat dibendung tetapi deraian air mata bukan lah nilai ukuran untuk kau buktikan kejujuran.

Rakan-rakan dan taulan, yang gembira, bercinta dan bahagia.
Walau bersyukur dengan nikmat yang ada, jangan lah kau lupa pada sensara. Manusia tidak akan terpisah dengan duka. Bersedialah sementara kau masih lagi ada bahagia, kelak bila sampai waktunya jangan pula kau merana.

Bahagia itu ada, cuma di tempat asing ia berada. Mungkin kita dapat merasa tetapi kerana kegelapan itu sentiasa menyelubungi kehidupan walau didepan mata, bahagia tidak kita kelihatan. Begitu juga dengan cinta yang indah rasanya, tetapi jika tidak disemai dengan kejujuran, cinta itu jugalah racun yang menghancurkan.

Nikmatilah hidup ini, dengan kemuliaan yang Tuhan telah beri. Cari lah kebenaran dan kebahagian. Cari lah cinta dan kejujuran yang sejati. Cari lah orang yang benar-benar sudi. Tabah mengharungi cabaran dan rintangan, berkongsi gembira dan duka, lalui lah lorong yang diredai. Hidup kita InsyAllah diberkati.

Salam jumaat dari saya, semoga kau bersinar selamanya..

Thursday, June 18, 2009

Hey Gadis!

Pelik..Pelik..Pelik..bila dengar lagu ni!
Hey..Hey..Hey.. Macam aku tak percaya.. Chentee.. Tapi aku sukeee.. Datang lah pada Ku.. Chentee.. Aku Tak Percaya.. Chentee.. Ahak..



Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh <--Ini Kamu
kutahu kaupun rasa sesuatu <--Ini Aku
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu <--Ini Harapan

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku <--Ini Harapan
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta <--Ini Aku
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna <--Ini Harapan

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan <--Ini Aku
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal <--Ini Kamu

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki <--Ini Kamu
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu <--Ini Aku

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku <--Ini Harapan
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta <--Ini Aku
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna <--Ini Harapan

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu <--Ini Kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
Aku tak percaya

Hey..Hey..Hey..
Betul ke Kamu tak Percaya Cinta?
Betul ke Kamu tak Percaya Cinta?
Betul ke Kamu tak Percaya Cinta?

Hey..Hey..Hey..
Jangan Beri Harapan..
Nanti Cinta kau mainkan..
Kau pun tahu aku jadi rebutan..
Kalau kau pergi, apa aku heran..
Hey..hey..Hey..

Wednesday, June 17, 2009

Menanti Jawapan Pasti

Hari ini kau kata, ‘kita xmungkin sama seperti dulu’ apakah maksud kata2 kau tu.mengapa kau xleh berterus terang tapi memberi aku segunung harapan.aku bukan xpaham.tapi aku lebih mahukan kata-kata yg straight to the point plsss...Tapi kau hanya kata ‘Tunggu n lihat j laa’.

Afiq Danial: lelaki ni, kalau dia xnak dia akan putar belit skit.tp kalau dia nak, dia akan terus ambik

Afiq Danial: sabar..jgn terlalu mengharap pd yg tak sudi

Terima kasih untuk kata2 tu..mmg betul pe yg cube di sampaikan.Tapi mesti selalu dengar kan kata org..kalu ada jodoh x kemana.ayat ni mmg dah basi.Aku perlukan kata2 pasti.

Kau ada kata.. ‘xpernah nk citer pasal ex ney kat sape2, tak menagih simpati tok dapatkan cinta org pon’

Yup..betul kata2 kau..kalau simpati, bukan buleh dapatkan cinta..

Aku hanya menagih cinta pada yg sudi..bukan simpatimu…

Aku menulis, bukan kerana inginkan simpati..tidak sama sekali.tapi ini cara aku,meluahkan ape aku rasa.rasa dr hati.aku rasa lega dgn gaya aku sendiri.aku bukan jenis yg simpan.dan bukan niat ku menjaja cerita kau dan aku.jika niat aku nk menjaja citer.pasti aku letakkan nama penuh kau.tempat kerja kau.


~Terlalu jauh lagi perjalanan hidup aku.aku pasti..masih ada cahaya di sana..aku perlu kuat dan sentiasa bersemangat~

aku tau, aku sedar..diriku xlayak lagi untuk kau.terlalu banyak kekurangan diri ini yg membuatkan kau begitu TAKUT.takut untuk menerima aku.masa mula bercinta,sanggup terima seadanya.Selepas mengenali,jadi takut plak.

Mungkin saat ni..aku akan..dan mesti blajar tok melupakan kau,

Hatiku remuk 1000,

Tuesday, June 16, 2009

Entah...


Aku dapat rasakan..lagu2 di radio seperti sengaja memerli aku..aku tau..aku xpatot salah kan ko radio..mungkin hatiku ni ajer yg selembut tisu.mudah terasa..padahal ko hanya nak menghiburkan.

Tetiba, hatiku terusik bila mendengar lagu ni..
“Masa berlalu tanpa ku menyadari percintaan yang kita bina hampir terlerai Apa salahku kau buat ku begini dalam dilema di antara jalan derita tidak pernah kuduga ini semua terjadi oh......"
Lagu Nora – Dilema

Yang pasti hatiku begitu sayu sekali,dah berkali2 aku cuba berkata pada diri..aku perlu kuat.xusah dikenangkan kisah silam..aku harus biarkan kisah itu luput sendiri dari ingatan aku walaupun agak mustahil..tapi di mana ado kemahuan di situ pasti ada jalan.aku cuba meyakinkan diri.

Aku pernah berjanji pada diri untuk melupakan dia setelah menyambut hari lahir nya yg ke 23 thn..tapi semakin aku cube melupakan,semakin aku ingat.. kamu



Tik,.,tik,.,.tik,.,.Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Lirik Lagu Kotak – Masih Cinta




Love = Afiq

love is cinta

cinta is setia

setia is ceria

ceria is bahagia

bahagia is saya

saya is afiq.

afiq ada hati

afiq pernah dilukai

afiq sampai kini

afiq single lagi.

afiq lelaki biasa

afiq takde harta

afiq cuma ada setia

afiq boleh bahagia

sape boleh tolong afiq

jadi kawan baik afiq

gembira bersama afiq

cerita sama sama afiq

permata-merah ni blog afiq

org ckp gila ke afiq

suka cerita mcm2 pasal afiq

dia punya pasallah kan afiq?


ramai tak suka afiq?

ramai juga benci afiq

ramai kan sayang afiq

eh..jgn lah marah afiq


afiq tak tahu nak ckp apa

afiq ckp thanks kat semua

afiq akan ingat sampai bila2

afiq sayang lah kamu semua!


Ape Mengarut ni Afiq? huhuhu.. Korang dah update URL facebook tak?

mcm nie http://facebook.com/afiq.danial/

kalau belum setlah eh kat http://www.facebook.com/username/


Sunday, June 14, 2009

Datang dan Pergi

Melihat bayangan di sekeliling aku, ramai yang gembira dan bahagia. Tidak kurang juga yang derita dan berduka. Masing-masing ada hidup masing-masing. Cinta, bercinta dan mencintai itu lumrah pada semua manusia. Lihat juga kepada haiwan, kucing juga berpasangan. Indahnya ciptaan Tuhan, menjadikan setiap yang hidup ini berpasangan.

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, Dia menciptakan untuk mu pasangan hidup dari sejenis mu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadaNya. Dan dijadikan Nya diantara kamu kasih dan sayang, sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda2 kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. Surah Ar Rom : Ayat 21


Aku merenung jauh melihat masa yang berlalu. Terkenang saat lalu, saat aku bukan sepi bergini. Memang masa itu bahagia dan aku tidak terduga aku jadi bergini akhirnya. Oh realiti dunia, aku alpa dahulu. Entah mengapa perasaan kasih aku kadang-kadang wujud walau aku tidak tahu untuk siapa. Adakah lintasnya cinta tanpa aku sedari?

Disinilah nukilan biasanya bermula

Teringat kata rakan aku satu tahun yang dahulu. Layak aku gelarkan nya abang. Bermain difikiran ini kata-katanya yang sungguh bererti.
"Afiq, cinta itu akan datang dan pergi. Kau tidak perlu mencari. Kerana cinta itu akan hadir tanpa kau sedari seperti datangnya mimpi. Kau mungkin tidak merasakan kehadiranya, tetapi ada saatnya kau sangat senang dengan seseorang itu, walaupun kau mengatakan kau bukan jatuh cinta namun hati kau ada sedikit terdetik. Masa itu kau perlu membuat keputusan sama ada saat yang berlalu itu perlu dicapai atau dilepaskan. Dan cinta yang hadir itu akan sejati."

Aku percaya kata-katanya. Cinta itu memang datang dan pergi. Mungkin kerana aku terlalu merasai pemergiannya sehingga aku tidak perasan kewujudannya kembali. Entahlah, mungkin aku perlu sedikit masa lagi. Untuk aku kembali bersinar semua dengan bahagia. Aku perlu sokongan dari kalian yang berada di sisi, sentiasalah meneranggi hidup ku.

Hasilnya disunting mengunakan laptop kesayangan ini

Lamunan aku terhenti disaat ada insan yang sudi mengajak aku keluar mencari sedikit ketenangan. terima kasih sahabat ku..

Nukilan ini hanyalah ilusi. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Hanya sekadar untuk tatapan dan renungan.

Saturday, June 13, 2009

3 Isu Panas melibatkan Politik

Rasanya dah lama saya tidak mengeluarkan entri tentang politik. Bukan lah saya nak pro mana2 pihak tetapi saya merasakan mengambil tahu tentang politik adalah tangungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang sudah mencapai 21 tahun dan wajib mengundi. Kalau diambil kira semua isu-isu politik sekarang ni dah tak terkira banyaknya. Adakah ia kesan dari kemelesetan ekonomi dunia atau kemelesetan duit pemimpin kita? Apa pun kita sebagai rakyat jangan kita lalai dengan tangungjawab masing-masing, teruskan dengan hidup anda dan bukannya mengikut arus politik semasa. Ok, check it out dengan isu-isu panas yang saya rasa ia agak membimbangkan.


1) Isu Manohara dengan Tengku Fakhry. Ini dah melibatkan politik antara Negara Malaysia dengan Indonesia. Majlis Raja-Raja Malaysia juga turut terjejas. Apa semua ni? Kalau ye pun ada masalah rumah tangga, jangan lah nak libatkan negara dan dunia? Kalau ditanya kepada saya tentunya saya tidak menyokong kenyataan yang dibuat oleh Manohara. Sebabnya isu ini dah terlalu lama, kenapa masa mula2 dulu tidak dihebohkan? Yang kedua, si Manohara ni pun bukan lah perempuan yang baik, banyak gambar2 dia tengah bersosial tersebar di Internet. Cuba korang tgk Ohartis.Com banyak gambarnya termasuk yang sedang meminum air kencing Setan. Yang ketiga sebab campur tangan ibu mertua di Tengku Fakhry ni. Alahai makcik, ape nak sibuk2 hal menantu ni? Biarlah diaorang dengan hal masing2.





Saya rasakan lah, nasib baik lah si Manohara ni berada di tempat dia, kalau dia masih berada di Malaysia, mesti nasib dia serupa dengan Altantuya. Kan?


2) Isu Chin Peng nak balik Malaysia. Ni lagi satu yang saya tak boleh tahan ni. Ada sesetengah pihak yang cuba nak kaitkan isu ini dengan isu perkauman. Apalah bangang sangat orang cuba nak buat provoksi gila mcm ni. Zaman si Chin Peng ni dah lama berakhir. Dia pun nak tua sangat kalau nak berjuang pun. Kalau dah tak bagi sangat dia balik, jangan lah ditimbulkan isu untuk kaitan kan dengan politik. Lagi2 diaorang hentam pembangkang kata sokong komunis, suruh si Chin Peng ni balik supaya idealogi Komunis kembali meresap kedalam Malaysia. Takkan lah Rakyat-rakyat pembangkan ni bodoh sangat nak biarkan perkara tu berlaku. Cuba lah korang fikir, membenarkan Chin Peng ni balik tak lah bererti menyokong komunis. Dulu masa zaman penjajahan, Jepun lagi teruk siksa rakyat kita, kenapa sekarang ni kita elok je jalinkan hubungan dua hala, import eksport dan sebagainya.


chin peng

Kalau dia ni (kerajaan Pusat) terus memainkan isu2 ni di media2 penipu, saya takut kelak akan berlakulah kembali sejarah hitam 13 Mei. Kan kita rakyat Malaysia aman bersatu padu tanpa mengira kaum, dah tu Stop lah cerita pasal Chin Peng ni! Baik cerita pasal Altantuya.



3) Isu kerajaan Negeri Perak. Adoyai, isu ni dah berkurun lah. Entri saya dulu pun menyebut tentang ni berkali2. Rasa nya semua orang dah tahu Cuma ada yang buat2 pekak je. Kita lihat kat sini, dah masuk mahkamah, kejap menang, kejap kalah dah macam hakim kita main2 tarik tali pula. Sapa yang bid lebih dia memang lah. Dah berjuta orang cakap, selagi tak di bubur kan kerajaan Negeri Perak untuk pilihan raya semua, selagi itulah isu bubur ni takkan selesai. Kalau dah jadi bubur takkan boleh jadi nasi. Hmm, pepatah pun menyokong perkara ini. Tapi kenapa lah ada lagi pihak2 yang masih buat2 pekak dan langsung tidak dipedulikan masalah rakyat. Sekarang ni, Menteri Besar dah ada 2, Speaker dewan dah ada 2, lepas ni apa? Raja pula ada 2? Bila dah jadi macam ni, Dewan Undangan Negeri dah langsung tak berguna, sepatutnya DUN ni membincangkan masalah rakyat, tapi yang kita lihat sekarang ni diaorang ni sebuk bergaduh2. Habislah nasib rakyat kalau berterusan macam ni.

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2009/02/18_1.jpg

Minta tolonglah sangat2 kepada pihak2 yang berwajib, selesaikan isu ini secepat mungkin dengan buat pilihan raya semua. Pihak yang kalah terus je diam. Jangan nak ungkit2 lagi. Kan senang.



Al-kisahlah 3 isu yang saya rasa perlu di ambil kira kepentingannya kerana melibatkan soal keselamatan rakyat Malaysia. Jangan lah ambil remeh perkara2 macam ni. Sedarlah bahawa rakyat semua menyaksikan walaupun ada yang hanya berdiamkan diri, tetapi mereka bukan lah bodoh untuk membuat penilaian. Kalau nak buat perubahan, timbang dengan sewajarnya agar memberi manafaat kepada semua.


Ini adalah pandangan umum dari kaca mata saya sebagai Seorang Rakyat Malaysia!