Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 30, 2009

Entri Terakhir!

Dengan ini saya dengan dukacitanya mengumumkan ini adalah entri terakhir dari Afiq. Saya mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada insan2 yang sudi membaca catatan buruk saya ini. Walaupun ada yang meraung mengatakan jangan, tetapi ia adalah pasti kerana ini adalah ketentuan Ilahi yang mencintakan masa.

Sebenarnya, entri ini adalah yang terakhir untuk bukan Jun. Bukan lah terakhir untuk selama-lamanya. Yer lah, menjelang tengah malam inikan dah masuk bulan Julai 2009. Cepat kan masa berlalu, walau pun kita rasa sangat sekejap mengharungi Bulan ini tetapi ini lah hakikat yang kita perlu tahu. Mungkin sudah sampainya akhir zaman. Sedar tak sedar, beribu memori tercalit dalam minda kita dalam saban hari kita menempuhi hidup. Betul tak? Ada yang gembira dan ada juga yang merana.

Sedar tak sedar, blog ini juga hampir mencapai usia 2 bulan bermula dari 5 Mei 2009. Dan jumlah entri dalam blog ini juga mempunyai 92 termasuk hari ini. Terima kasih kepada pembaca dan sahabat2 yang telah menjayakan perkembangan Blog WWW.PERMATA-MERAH.CO.CC
Sebenarnya ikhlas Afiq mengatakan catatan yang ditulis bukanlah semata-mata catatan peribadi. Ada juga entri yang Afiq tulis tidak ada kene mengena dengan hidup, hanya sekadar nak berkongsi penulisan dengan pembaca dan sahabat3. Jadi taknak lah ada yang tersinggung kononnya mengatakan Afiq seolah2 mengkejinya dan mengutuknya dalam cerita2 yang dikarang dalam blog ini. Kalau ada yang terkecil hati atau termalu sendiri, Afiq sekali lagi nak mohon maaf atas perkara2 yang tidak disengajakan. Afiq harap pembaca dan sahabat sama3 mendapat manafaat bersama dalam kewujudan blog ini. Jika ada yang dilihat tidak menyenangkan, sila2 lah komen. Afiq memang sedia menerima. Kalau ada yang nak bagi pandangan sila lah email atau Ym di evil_impaler27@yahoo.com

Ok, stop emosi! Berbalik kepada Bulan Jun 2009 yang akan berakhir tak lama lagi ni, untuk pengetahuan semua, Afiq masih lagi single! Belum ada lagi insan yang berjaya membuka hati ini.Ahak..Walaupun dengan posting entri bertajuk Mencari Kekasih Baru. Ingat lagi tak? Walaupun ada beribu yang meraung kekecewaan kerana tidak terpilih, jangan berputus asa, cuba lagi untuk menawan hati Afiq ni. Terima kasih juga kepada pihak juri Profesional yang dibayar mahal kerana nasihat3 dari anda.

Kehadiran bulan Julai ini pastinya menambahkan kesibukkan kerana Peperiksaan UPSR anak3 didik dah makin hampir. Tak sampai 2 bulan saja lagi. Ternyata yang lebih sensara adalah guru2, padahal yang mengambil periksa adalah murid. Kertas Ujian semalam pun belum lagi habis ditanda. Kalau ada yang sudi2 nak menanda kertas, meh tolong sini. Mungkin upahnya tiada tetapi pahala dari Tuhan itu pasti. So ikhlaskan diri.

Sebelum terlupa, nak ucap taniah kepada anak3 murid yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekoder peringkat Negeri Melaka dan telah menjuarainya. Taniah SK Air Baruk!

Dan kepada semua pembaca dan sahabat, Terima kasih Afiq ucapkan dan Selamat Menyambut Bulan baru dalam tahun 2009 ini iaitu Julai 2009! Yeah! Salam bahagia Semua!

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya