Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Saturday, June 13, 2009

3 Isu Panas melibatkan Politik

Rasanya dah lama saya tidak mengeluarkan entri tentang politik. Bukan lah saya nak pro mana2 pihak tetapi saya merasakan mengambil tahu tentang politik adalah tangungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang sudah mencapai 21 tahun dan wajib mengundi. Kalau diambil kira semua isu-isu politik sekarang ni dah tak terkira banyaknya. Adakah ia kesan dari kemelesetan ekonomi dunia atau kemelesetan duit pemimpin kita? Apa pun kita sebagai rakyat jangan kita lalai dengan tangungjawab masing-masing, teruskan dengan hidup anda dan bukannya mengikut arus politik semasa. Ok, check it out dengan isu-isu panas yang saya rasa ia agak membimbangkan.


1) Isu Manohara dengan Tengku Fakhry. Ini dah melibatkan politik antara Negara Malaysia dengan Indonesia. Majlis Raja-Raja Malaysia juga turut terjejas. Apa semua ni? Kalau ye pun ada masalah rumah tangga, jangan lah nak libatkan negara dan dunia? Kalau ditanya kepada saya tentunya saya tidak menyokong kenyataan yang dibuat oleh Manohara. Sebabnya isu ini dah terlalu lama, kenapa masa mula2 dulu tidak dihebohkan? Yang kedua, si Manohara ni pun bukan lah perempuan yang baik, banyak gambar2 dia tengah bersosial tersebar di Internet. Cuba korang tgk Ohartis.Com banyak gambarnya termasuk yang sedang meminum air kencing Setan. Yang ketiga sebab campur tangan ibu mertua di Tengku Fakhry ni. Alahai makcik, ape nak sibuk2 hal menantu ni? Biarlah diaorang dengan hal masing2.





Saya rasakan lah, nasib baik lah si Manohara ni berada di tempat dia, kalau dia masih berada di Malaysia, mesti nasib dia serupa dengan Altantuya. Kan?


2) Isu Chin Peng nak balik Malaysia. Ni lagi satu yang saya tak boleh tahan ni. Ada sesetengah pihak yang cuba nak kaitkan isu ini dengan isu perkauman. Apalah bangang sangat orang cuba nak buat provoksi gila mcm ni. Zaman si Chin Peng ni dah lama berakhir. Dia pun nak tua sangat kalau nak berjuang pun. Kalau dah tak bagi sangat dia balik, jangan lah ditimbulkan isu untuk kaitan kan dengan politik. Lagi2 diaorang hentam pembangkang kata sokong komunis, suruh si Chin Peng ni balik supaya idealogi Komunis kembali meresap kedalam Malaysia. Takkan lah Rakyat-rakyat pembangkan ni bodoh sangat nak biarkan perkara tu berlaku. Cuba lah korang fikir, membenarkan Chin Peng ni balik tak lah bererti menyokong komunis. Dulu masa zaman penjajahan, Jepun lagi teruk siksa rakyat kita, kenapa sekarang ni kita elok je jalinkan hubungan dua hala, import eksport dan sebagainya.


chin peng

Kalau dia ni (kerajaan Pusat) terus memainkan isu2 ni di media2 penipu, saya takut kelak akan berlakulah kembali sejarah hitam 13 Mei. Kan kita rakyat Malaysia aman bersatu padu tanpa mengira kaum, dah tu Stop lah cerita pasal Chin Peng ni! Baik cerita pasal Altantuya.



3) Isu kerajaan Negeri Perak. Adoyai, isu ni dah berkurun lah. Entri saya dulu pun menyebut tentang ni berkali2. Rasa nya semua orang dah tahu Cuma ada yang buat2 pekak je. Kita lihat kat sini, dah masuk mahkamah, kejap menang, kejap kalah dah macam hakim kita main2 tarik tali pula. Sapa yang bid lebih dia memang lah. Dah berjuta orang cakap, selagi tak di bubur kan kerajaan Negeri Perak untuk pilihan raya semua, selagi itulah isu bubur ni takkan selesai. Kalau dah jadi bubur takkan boleh jadi nasi. Hmm, pepatah pun menyokong perkara ini. Tapi kenapa lah ada lagi pihak2 yang masih buat2 pekak dan langsung tidak dipedulikan masalah rakyat. Sekarang ni, Menteri Besar dah ada 2, Speaker dewan dah ada 2, lepas ni apa? Raja pula ada 2? Bila dah jadi macam ni, Dewan Undangan Negeri dah langsung tak berguna, sepatutnya DUN ni membincangkan masalah rakyat, tapi yang kita lihat sekarang ni diaorang ni sebuk bergaduh2. Habislah nasib rakyat kalau berterusan macam ni.

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2009/02/18_1.jpg

Minta tolonglah sangat2 kepada pihak2 yang berwajib, selesaikan isu ini secepat mungkin dengan buat pilihan raya semua. Pihak yang kalah terus je diam. Jangan nak ungkit2 lagi. Kan senang.



Al-kisahlah 3 isu yang saya rasa perlu di ambil kira kepentingannya kerana melibatkan soal keselamatan rakyat Malaysia. Jangan lah ambil remeh perkara2 macam ni. Sedarlah bahawa rakyat semua menyaksikan walaupun ada yang hanya berdiamkan diri, tetapi mereka bukan lah bodoh untuk membuat penilaian. Kalau nak buat perubahan, timbang dengan sewajarnya agar memberi manafaat kepada semua.


Ini adalah pandangan umum dari kaca mata saya sebagai Seorang Rakyat Malaysia!

2 Komen Pembaca:

Unknown said...

salam..pelik pikir pasal perak tu..
sungguh tidak logic akal..
sakit ati den!
bubar je DUN..
arap yg wat2 pekak or tuli pasal perkara ni..
akan jd pekak n tuli btol2..
huuu

Afiq Danial said...

sabar hanim..dah nak wat mcm mana? kita tunggu je apa tindakan pemimpin selanjut nya. Disamping tu kita jangan lupa, terus laungkan Bubar Dun PERAK!

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya