Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 5, 2009

Seks & Cinta

Mungkin entri kali ini agak panas sedikit. Namun ianya realiti yang perlu dibincangkan. Apa peranan seks dalam cinta? Ramai yang terkeliru mengangapkan seks itu perlu untuk tunjukkan kasih sayang. Adakah ianya adakah benar2 satu keperluan dalam perhubungan? Mungkin Ya bagi yang telah berumah tangga. Tapi yang masih bergelar couple pula bagaimana?

Saya agak terperanjat bila mendengar pengakuan ikhlas dari seorang rakan dengan secara terangan mengatakan hubungan itu biasa. Ia tidak lagi diangap telanjur atau melakukan zina, malahan ia seperti satu kewajipan. Apakah budaya ini juga kita angap biasa sepertinya?

Mungkin remaja sekarang berfikiran lebih terbuka sehinggakan kesucian diri mereka bukan lagi terletak pada dara. Pemikiran begitu yang menghumban remaja kelembah kemaksiatan. Sebenarnya mereka tidak sedar mereka bukan saja mencemarkan diri malah mencemarkan hubungan itu semua. Seks dan Cinta sangat berbeza, itu pandangan saya.

Hari ini kita sering digemparkan dengan kes buang bayi. Yang menyayatkan hati kenapa bayi yang tidak berdosa itu dihukum atas kesalahan ibu bapa mereka? Adakah ini punca cinta durjana? Ketika peluh nafsu membasahi badan mereka, akal dan minda tertutup dari memikirkan apa yang akan berlaku. Bila telah puas berasmara barulah dirasakan kesalnya.

Kalau bercakap soal dosa pula, tentulah mereka menempelak dengan pelbagai alasan. Mereka boleh katakan perbuatan itu tidak berdosa. Jadi apa lagi yang boleh menghalang dari perkara ini?

Jawapan saya : Jangan lah bercinta..Pendapat anda pula bagaimana?

4 Komen Pembaca:

de_are_na said...

janganlah bercinta? tak la sampai macam tu skalik kot? cinta itu indah...cuma kita saja yang mencemarkan kesucian cinta...tak gitu?

Alamak...teringat lak zaman2 bercinta dulu2...Bilakah kan berulang lagi?hurm...

idacomel87 said...

CINTA ITU RACUN DUNIA!!

Afiq Danial said...

aduh, patut lah hati ku sedang sakit. Terkena racun rupanya..

Anonymous said...

cinta kepada Allah yang sebaik-baiknye..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya