Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Tuesday, June 2, 2009

Mencari Nikmat Hidup

Gambar ini adalah sumbangan Daripada Nuyoi



Ramai orang tahu dia masih lagi bernyawa. Ketika bangun dari tidur kita semua tahu bahawa kita masih lagi ada di dunia. Tapi ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya yang dicari dunia ini? Kenapa dan mengapa kita hidup di Dunia? Adakah untuk sekadar mengisi masa kerana masih lagi bernyawa?


Kalau kita kata hidup ini untuk mencari kebahagian. Selama ini anda tidak bahagia kah? Kalau dah bahagia, apa lagi yang anda cari?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari kekayaan. Selama ini anda tidak ada duit ke? Kalau dah ada duit, apa lagi anda nak?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari Akhirat. Kenapa anda perlu hidup lama di dunia ini?


Kalau anda kata hidup ini untuk mencari cinta. Kasih sayang dari kedua ibu bapa anda bukan cinta namanya? Cinta yang macam mana anda cari?


Kalau anda kata hidup ini untuk ilmu. Anda sudah pun berilmu, malah sedang mengunakannya iaitu ilmu anda membaca.


Kalau bukan ini semua, Jadi apakah nikmat hidup ini yang KITA cari??

Sebab itulah ramai manusia hidup di Dunia ini hanya melakukan kemungkaran kerana gagal Mencari Sebab kenapa perlu hidup.
Walahualam..

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya