Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Sunday, June 28, 2009

Di mata Orang

Kita sure pernah mendapatkan khidmat nasihat percuma dari kawan bukan? Kadang kala kita ditidak dapat membuat keputusan dengan betul. Mungkin secara tidak sedar kita bertanya "Eh, nak pakai baju warna apa hari ni?" ,"Ok tak warna ni?" ,"Nak makan kat mana eh?" , "Awek aku cantik tak?" dan beribu2 lagi ayat yang sering kita gunakan dalam seharian.

Sedar tak sedar sebenarnya pandangan orang lain itu amatlah berguna. Kita hidup ini pun dikelilingi dengan manusia. Tapi Tarzan di hutan juga mendapatkan khidmat pandangan dari En Monkey, betul tak? Cuba ingat balik cerita P.Ramlee dalam Labu Labi. Ingat kan3? Memang kita rasakan kita perlu ada pandangan yang tersendiri, senang kata being ur self lah..Tp kadang kala kita tidak perasan sesuatu yang orang lain perasan. Contohnya mungkin pada kita kentut sewaktu makan adalah perkara biasa, tetapi pada orang lain dan pandangan umum?Biadap bukan. So bila perkara2 mcm ni ada yang menegur, cuma terima dan fikirkan kebaikannya.

Tapi tak semua buah fikiran dari kawan itu betul. Kalau kawan korang itu sebenarnya lawan, tentu lah perkara yang tidak elok digalakkan. Yang paling mudah dan biasa kita dengar apabila kawan mengatakan "eh, kolot lah kau ni pakai tudung". Dah3, kalau korang dengar ayatnya bunyi begitu, cepat2 tala kan selipar korang di pipi dia.

Cerita pasal pandangan kawan2 ni, nak juga lah cerita pandangan sesiapa saja yang mempunyai mata cun kepada saya. Hmm tah apalah org kata. Mungkin ramai yang melebelkan saya nakal since dari sekolah lagi. Padahal saya ni baik, sopan santun, penyayang dan senangi ramai..Ahak, but itu yang saya rasa. Kalau tak percaya sila lah interview saya ok.

Sukar lah nak mendapatkan bayangan pada mata orang lain. Kita tak nampak apa yang mereka lihat, apatah lagi yang mereka fikir. Mungkin kita rasa kita dah cukup best, tapi sebaliknya hampeh. Ini lagi susah kalau pandangan cinta. Adakah benar cinta itu dapat diukur hanya dari mata? Dari mata jatuh ke hati kan? Tapi ada yang kata cinta itu buta. Yang mana betul ni? Lagi satu, macam mana kalau pandangan itu saja suka2 atau cinta? wah..ini dah kena mengena dengan Si Hati.

Pernah tak kita rasa bila ada sepasang mata yang melirik manja pada kita, dalam hati terus terdetik "eh, dia ni suka kat aku ke?". Haa..Perasaan berdebar2 tak tentu pasal. Atau pun "apa yang tak kena dengan aku hari ni? Tudung aku senget ke?" Sukar bukan menjawab persoalan yang datang nya dari pandangan?

Besar nikmatnya dari mata ini yang Tuhan berikan. So jaga lah sebaiknya supaya dapat melihat keindahan alam. Jangan asik tengok perempuan seksi atau lelaki maskulin, salah guna nikmat tu. Lirikkan kan pandangan kepada kebaikan dan kemulian. Dan jangan asik pandang salah orang lain saja, pandang di cermin dulu jahat sendiri. Bila sebut pasal pandang ini, saya nak bagi satu pantun
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai lah saya sementara nampak,
Esok jangan rindu rinduan..
Kalau ada yang sudi membeli, silakan eh..Jap3 terasa macam nak kongsi kepada korang satu lagu. Pernah dengar nama Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman? Dia sebenarnya orang Malaysia yang belajar di American InterContinental University di London dalam jurusan Fashion Designer. Bermula dengan tonjolkan bakat di You Tube dan akhirnya dia dikenali di peringkat antara bangsa. Lagunya semua dalam ingeris kecuali satu lagu ni.

Wah, sekarang ramai lah yang boleh popular dengan you tube ni. Apakata kalau saya mencuba? Tak perlu masuk AF kan? Boleh jadi maca Yuna ke? Lalalalala..
Pandangan mengenai Afiq dikaca mata anda, terus lontarkan kepada saya ok!

2 Komen Pembaca:

w i w i chan said...

pretty nice!

w i w i chan said...

ouh by the way, Zee Avi was from Sarawak. so she's malaysian!

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya