Blog Widget by LinkWithin

Thursday, June 11, 2009

Gadis Misteri

Ni nak cerita sikit pasal ada sorang peminat Afiq, selalu sangat msg. Dan kadang-kadang dia call. Yang misteri nya, dia langsung tak bagi tahu siapa dia. Bila ajak jumpa dia bagi seribu alasan. Dan yang paling membingungkan dia ni suka misscall2 bila saya tak reply msg nya. Maklumlah, saya kan sibuk. Kadang2 ada juga rasa bengang bila kita berhubung dengan orang tak kenal ni. Lebih2 lagi kalau dia dah terover sangat bila dah start msg ”Sayang2” pastu nak marah2 bila tak reply msg dia. Aduhai..kenal pun tidak nak feelling2.
Bye mmuuaahh

Tapi yang saya kagum dengan nya, dia tidak berputus asa tu. Walaupun saya amat jarang reply msg, inikan pula nak call, tapi dia tetap juga menghubungi saya. Banyak sangat ke kredit dia ni? Atau dia ni mungkin anak Ananda Krishnan..Hahaha.
Owh..K ar crdt low ni nanti pape2 hal col je la k syg

Dan rasanya bukan saya sorang yang di Spam mengunakan sistem pesanan ringkas, sahabat baik saya juga mengalami masalah yang sama. Tapi yang best nya dia dah dapat jumpa. Kena pula sahabat ni kuat melayan, so kira menjadi lah tu. Hari-hari lah diaorang ni berhubung dan kadang kala terjumpa. Yer lah, kenal pun cara misteri so hubungan tu pun misteri jugalah. Masalahnya sahabat saya ni dia masih belum dapat mengenali sepenuhnya siapa si gadis itu. Jadi sukar nak dijelaskan sejauh mana hubungan itu patut diteruskan. Saya bukan nak melarang tetapi kalau hubungan itu nak betul pasangan itu harus lah telus. Takkan sampai nama penuh beserta binti pun susah nak bagi.
Xpe awk kat ane ni?

Kepada gadis yang misteri, apalah salahnya kalau kamu menerangkan asal usul darimana kamu wujud, bagi tahu nama penuh, mana dapat no fon, apakah tujuan kamu menhubungi saya, alamat kamu dimana, apakah makanan dan minuman kegemaran, kalau perlu jumpa kita jumpa dan kalau susah sangat isikan je borang permohonan. Kalau nak berkawan, kita berkawan dengan telus dan jujur, barulah betul. Kan?

Sape2 ada masalah yang sama boleh lah berkongsi..Teruna Misteri pun boleh..


Update


Tetiba rasa nak tunjuk kat gadis misteri senyuman terbaru saya...Ahak..perasan tak perbezaannya?

4 Komen Pembaca:

SoReNsEn said...

err.. mana misai? hehe!!

nade said...

haha...x pe la.dah ade secret admirer.hehe...mcm sy,ade org sms sy tp skdr nak kwn je la.sy x suke sgt sbb mamat 2 tunang org.pd sy,blh timbul fitnah.dah le x knl.lain la kalo tunang dia sy knl.huhu

idacomel said...

uik.. bahaya ni.. mane tau ex-gf ke.. saje nk uji ker.. huhuhu...

Afiq Danial said...

idacomel:i dont think so..She never msg me..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya