Blog Widget by LinkWithin

Thursday, June 4, 2009

Dia



Permainan Dunia adalah derhaka, permainan jiwa pula adalah cinta. Setiap orang punyai hati dan perasaan. Setiap orang ada rasa Gembira dan duka. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Begitu juga dengan dia.


Dia entah dimana, mungkin ada lagi didunia ini. Langit itu sedang melihatnya dan melihat aku. Bulan yang dia pandang itu juga sama dengan apa yang aku lihat walau jarak itu berbeza. Dia, Aku tetap ada.


Mungkin ketika ini dia telah lupa, siapa aku dalam dirinya dahulu. Kerana aku ini bagai derita baginya. Ketika dia gembira, tentulah aku hilang dari hati. Tapi aku percaya, mungkin ingatannya tersentak bila mana ada orang menyebut nama aku, bila dia terlihat wajah aku. Dia akan menjadi kaku. Adakah kerana aku adalah dosanya?


Dia gembira, Dia berduka, Dia menangis jua walau tanpa aku disisinya. Dia tetap derita kerana cinta walau bukan kerana aku, namun tangisnya dan sedihnya itu sama. Aku tahu kadang-kala dia benci, kadang dia pilu bila terkenangkan aku. Aku juga keliru dengan rasa begitu. Mungkin cinta itu telah terlalu lama, meningalkan kesan pada jiwa.


Kau, dia, percaya pada Karma? Masa aku telah bertukar dari gembira kepada duka, dan masa dia pasti tiba walau bukan aku yang pinta Cuma saat dan waktunya berbeza. Aku ini mungkin bukan insan sempurna yang pernah dia miliki, dan aku juga tidak mungkin sama dengan insan yang dia akan miliki. Walau dia mencari ganti, aku Cuma ada satu didunia ini.


Takdir serta jodoh Aku & Dia telah Tuhan tentukan berbeza. Aku tak salahkan sesiapa dan aku tetap redha. Mungkin ada yang lagi sempurna. Aku tidak sesalkan kenapa aku pernah kenal dia. Walau balasannya itu memilukan tetapi dia juga pernah membahagiakan. Mungkin saat itu dia terburu-buru membunuh cinta aku dan membiarkan aku dalam kegelapan. Namun masa tidak akan mungkin berubah semula, walau sesalan dipinta. Nisan cinta aku dan dia telah setahun bersemadi dengan darah air mata derita.


Walaupun dia selalu menghina, Aku tetap senyum melihat dia bahagia. Itu hadiah aku yang sangat bermakna bagi mengantikan janji cinta kita dahulu. Terima kasih lah atas segala-galanya. Terima kasih kerana pernah ada didalam jiwa aku.

Aku pasti kalau dia sedang membaca cerita ini, aku masih lagi di hati kecilnya.


Selamat Tingal Kisah Cinta Aku & Dia..

0 Komen Pembaca:

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya