Blog Widget by LinkWithin

Saturday, June 6, 2009

Perjalanan yang Panjang

Cerita sedih hari ini. Pagi tadi aku nak ke Simpang Krayong Jasin. Nak cepat punya pasal, aku naik lah motor. Tuang lah minyak di Esso Rm 6.40 full tank. Sampai simpang Krayong, pergi balik rumah. Semayang Jumaat di Masjid Pernu.


Tengah Hari jam 2.15 aku pergilah pejabat kat Peringgit. Naik juga motor aku ni, maklumlah nak cepat kerana kerja berlambak. Lepas aku ambil dokumen, aku terus ke Jalan Munshi. Singah minum & makan kejap.


Lebih kurang jam 5.30 aku balik ke pejabat semua. Kerja punya lah banyak sampai jam 8 malam, baru nak keluar. Itu pun nak kena pergi Jasin semula. Borak punya borak jam 10 malam baru nak balik ke rumah.


Lepas je pekan Bemban, tetiba motor aku sengkut macam tak cukup nafas. Eh, kenapa motor aku tersedak2 ni? Betul-betul atas bukit dan selekoh, dah lah gelap gelita. Apa dah malang nasib hari ini, minyak motor pula habis. Aku punya lah cari tempat terang, nasib baik ada tiang lampu bernombor PTJB 140 TNB huhuhu.. Tanpa dapat berkata apa-apa, aku terus dail 013-69*****. “ Akmal, aku dalam kecemasan. Minyak Motor aku habis di tempat gelap gulita. Bantuan diperlukan segera”

Ni lah Akmal, ada yang nak kenal?

Sementara menungu sahabat aku ni datang menyelamatkan keadaan, aku pun berfikir.

Pagi tadi tuang minyak penuh, bermakna 5.5 liter minyak. Motor Kriss 110cc je, minum sikit. Kalau 1 liter boleh jalan sejauh 30 km. Bermakna aku telah berjalan sejauh 5.5l x 30km = 165km. Wah..jauhnya aku berjalan. Patutlah penat. Patutlah motor aku tersedak. Aku ingat aku baru jalan 10km je..


Apa2 pun terima kasih kepada sahabat ku Akmal, kerana sudi membantu..Dan terima kasih juga kepada motor ku yang telah berjalan sejauh 165km hari ini. Akhirnya jam 12 tengah malam juga aku sampai kerumah..

4 Komen Pembaca:

de_are_na said...

hahaha....jalan sampai tak ingat dunia...lepas tu terkejut lak minyakhabes...ahaks!!!

Afiq Danial said...

huhuhu..memang terkezut..

idacomel87 said...

wah.. pandai nya mengira...
sy pn x pnh kira brp KM sy dh
brgerak... huhuhu
nape x bwk keta je affiq??

Afiq Danial said...

kadang2 bawa motor lagi cepat sampai, lebih2 lagi kalau nak masuk bandar. So tengok keadaan nak pakai motor atau kereta..kan kan kan??

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya