Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 8, 2009

Resepi hari ini : Omelet by Afiq Danial..Wah..

Korang perasan tak kalau gie Breakfast kat hotel-hotel biasa nya ada satu menu iaitu Omelet. Sedap kan? Tapi korang mesti tak tahu macam mana nak buat. Hari ini aku nak kongsi macam mana nak sediakan Omelet yang sedap. Korang mesti boleh buat walau pun korang bukan Mr Mama.
Omelet diatas kuali.

Pertama korang mesti ada kuali. Nak lagi bagus pakai kuali yang tidak melekat. 2 biji telur ayam. Susu cair, bukan susu yang buat tea tarik tu. Sayur campur, sedikit tepung dan keberanian diri korang untuk memasak.
Omelet yang dah siap dimasak

Step pertama : Pecahkan telur dan campur kan susu cair dalam suku cawan. Sedikit sayur campur mengikut cita rasa. Dan sedikit tepung gandum dalam sesudu. Kalau banyak sangat nanti Omelet korang keras macam Goreng Pisang. Pastu pukul dan kacau sampai sebati.

Step kedua : Panaskan minyak dalam kuali, dan tuangkan adunan tadi kedalamnya. Perhatikan sehingga Omelet itu masak sehingga sempurna. Kalau nak alihkan buat dengan berhati-hati. Kalau omelet korang pecah, buruk lah rupanya.
tambah roti sebagai hiasan dan boleh juga dimakan. Sedap..

Step ketiga : Angkat omelet tu dan letakkan dalam pinggan. Boleh dihidangkan dengan roti. Tambah sedikit cili sos kalau nak sedap. Dan makan dengan bersopan. Sedap kan?
Sangat sedap dimakan..

p/s : Selain sayur campur, korang boleh masukkan daging yang telah direbus, tomato, atau pun sardin yang telah dimasak kedalam omelet korang tu. Tapi jangan lah letak bawang, sebab nanti orang ingat ko buat telur dadar. Hahaha...

Resepi ini terbukti!

3 Komen Pembaca:

Eve A said...

hi nak masak..takk
http://traditionalrecipemom.blogspot.com
sila2 lahh jgukkk..

Anonymous said...

mcm sedap.......nak cuba.. thanksss

AkuComotComot said...

haha...nice2..pagi2 buta sya surri resipi surf sni nak cri resipi omelet...alhamdulillah..dpt juga..

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya