Blog Widget by LinkWithin

Printing Galery

Friday, June 26, 2009

Zaman berubah, Sejarah tengelam

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Astro, hanpon, laptop mana ada lagi.. Yang kita tahu tengok tibi 1 dgn 3. Kalau ada komputer rumah pun masa tu Windows 95, internet takpayah cakap lah, slow giler dial up cuma 30kps saja. Jangan kata nak tengok You tube..nak buka blog Permata Merah ni pun tak lepas.

Macam tu juga kalau korang tengok melaka. Dulu cuma ada Kota Afamosa, Musium dan Zoo Melaka. Korang ingat lagi tak? Dulu masuk musium cuma 1 ringgit, masuk zoo melaka cuma Rm 3. Aku masa kecik dulu cukup suka bila sepupu balik kampung sini, ramai-ramai pergi Zoo. Naik satu kereta boleh muat 7 atau 8 orang kanak2 termasuk lah aku. Happy tak terhingga.

http://farm4.static.flickr.com/3357/3475616706_900ea8d040.jpg
Sekarang dah ada itu..ini..dan itu..
Tapi sekarang..
Orang datang melaka nak naik Menara Taming Sari RM 10, nak naik bot RM 10, Naik Eye on Malaysia RM10 pastu nak shoping kat Dataran Pahlawan Mega Mall. Masuk zoo skang dah RM10. Parking sana sini RM 2, susah pulak tu. Yang ada kat melaka ni Shoping Complex melambak2, maklumlah Dato Ali nak jadikan melaka ni syurga membeli belah. Untuk pengetahuan korang, Mydin je ada 3, Jaya Jusco ada 2 (satu tengah buat), tambah dengan tesco, cafour, mahkota parade, giant, tesco, melaka mall, mega mall, the store, bintang, koboi dan shoping2 complex yang belum menjadi super duper market.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC574JT-pXhmyDXuQOyB6Ez9t87K8pX9UuIXvXcLCZ68GLxWKb9y6e4USYXK54voBab7etiVK-Smfv3FWcxh-e8gDoqUUerxTNjwaus_m9ky_I6zbOpBBZMtgGrPRQwlWv3jy038DMM2Ig/s400/melaka.jpg
Dan lain2 tempat macam tempat go kart yang konon terbesar di asia, Pusat Bowling yang lagi besar dari Masjid, Pusat taman tema yang akan mengalahkan Genting yang dalam proses pembinaan di Klebang dan perbagai infrastuktur yang naik mendadak di melaka ni. Korang jangan terperanjat kalau datang melaka yang berubah secara total berbanding 5 tahun dahulu. Jalan raya, tak payah cakap lah..Semua highway lah..skit lebih kurang mcm kl cuma Tol Free ok..

So, tempat2 sejarah macam perigi hang tuah, makan Tun Teja dah jarang2 di kunjungi. Makin lama dah makin sepi, mcm diri ku..ahak..Pendapat aku pembangunan yang mendadak ni seolah2 membunuh identiti sejarah silam..Makin lama nanti melaka tak lagi digelarkan Melaka Bandaraya Bersejarah sebaliknya Melaka Syurga Membeli Belah.. Ingatkan kawan2 kalau datang sini, bukan setakat nak naik Eye On Malaysia ok..tapi nak mengenali sejarah bangsa! Ingat, Melaka adalah asal usul Malaysia tau!

Aku yang duduk melaka ni pun kadang2 terperanjat, "Eh bila benda ni siap?", "Eh, dah ada jalan baru", "Eh, cantiknya aweks tu". hahaha..inikan pula kalau korang yang 2 3 tahun sekali baru nak datang. Apapun aku tetap bangga menjadi Warga Melaka ni yang terkenal dengan Hawau nyer..La..La..La..Melaka Tanah Air Ku..

Sesiapa yang datang Melaka ni, contact2 lah eh..leh minum2 teh sama2..ok..

1 Komen Pembaca:

budak hitam said...

poyolah kau

Post a Comment

Sila Komen dengan ikhlasnya