Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 31, 2010

Surat Ku untuk Mu Adinda!

Kehadapan adinda ku yang jauh diperantauan, harap adinda sentiasa sihat hendaknya. Begitu juga kekanda harapkan adinda sentiasa gembira senantiasa.


Tujuan kekanda ini adalah untuk menyampaikan hasrat hati yang telah lama terpendam ini. Kanda tidak lg mampu membohongi diri sendiri,terlalu pedih hati ini! Dinda, sepermegian dinda, hati kanda ini terlalu sakit menangung rindu.kanda tak tahu hendak luahkan dimana. Mandi tak bersabun, tidur tak berdengkur, makan pun tak sendawa..


makin parah keadaan kanda ini. Jika dihitung masa, sehari tidak menghidu ketiak dinda sudah cukup membuatkan kanda gila, inikan pula selama 5 hari. Kekanda tidak lg mampu dinda!


Adinda tentu mengerti keadaan kanda ini, malam ku tiada seri bagai sepi si cengkerik menglihat siang. Malam ini kanda masih lg bersendiri,tanpa dinda menemani. Dinda,izinkan kanda puitis kan satu pantun buat dinda..


Buah cempedak diluar pagar,
ambik galah tolong jolokkan,
dinda ku cinta tak kunjung tiba,
kanda kurus tak lalu makan.


Dinda,hening senja makin terasa.kanda keseorang makin merana.bukan penganti dinda kanda harapkan,cuma mungkin sedikit saja ketenangan.


dinda,kanda mohon bukan pun seribu impian,cuma hanya 1 keizinan.kanda bukan apa,sekadar mengisi tangisan yang perlukan kenangan.


dinda,izinkan kanda pergi mencari rezeki dengan mengail malam ini.dalam erti kata lain pergi memancing mencari rezeki.harap dinda perkenankan.


sembah salam dari kanda yg merindui serta mencintai mu! Restu mu kanda pinta!

Sunday, May 2, 2010

Kem Sains & Matematik

KEM SAINS PEREMPUAN KEM SAINS3

Untuk tempahan Gambar, boleh hubungi 017-7941003.

Harga untuk saiz A4 = RM8

Harga untuk saiz 4R = RM2

 

Gambar-gambar program :-