Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 25, 2012

Y-PAD FOR KIDS

ypad ani

IMG_0432

IMG_0435

IMG_0431

Boleh tengok Video ni

RM 35 (TIDAK TERMASUK POSTAGE)

RM 6 (SM) RM 9 (S/S)

C.O.D Sekitar Melaka Sahaja.

FUNCTIONS :
* TOUCH SCREEN *
* USE 3 PCS AA BATTERY *


BENEFITS :
- LEARNING WORDS -
- SPELLING ABILITY -
- MATCH ABILITY -
- LETTER -
- VOCABULARY DEVELOPMENT -
- MUSIC TALENT -
- INDEPENT LEARNING -
- PAGES INTERACTIVE -
- LEARNING CARDS -
- PROCOGNIZE ABILITY -


This ipad is only for educational purpose, please don't compare this ipad with the REAL IPAD from apple which costs thousands. This IPAD is only for kids educational purpose, very useful for kids.

Wednesday, March 21, 2012

Jual Bayi Perempuan RM0.50 di facebook

buang bayi

kepada sesiapa yang ingin membeli baby gurl ini , sila hubungi ******** sebelum di buang k dalam tong sampah

Ini lah ayat yang dikeluarkan oleh seorang ibu untuk menjual anak nya di facebook dan turut mengugut untuk membuang kedalam tong sampah jika tiada yang membelinya.

Kejam! Itu yang layak diungkapkan oleh kita semua, namun apa penjelasan sebenar ibu tersebut?

Lihat gambar dibawah:

buang bayi2

Ibunya berpura-pura untuk menjual anak tersebut kerana anaknya dipercayai terkena sawan tangis. Adakah logik seorang ibu mengungkapkan kata sedemikian untuk mengubati penyakit sawan tangis?

Ini lah akibat jika kurang didikan Agama, banyak perkara tahyul yang dipercayainya. Kesian si anak menjadi mangsa.

Sumber link si ibu : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=188743204574980&set=a.104453989670569.6033.100003179049646&type=3&theater

Tuesday, March 20, 2012

Pilihan di tangan anda - PRU13

Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.

Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.

Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012.

Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.

Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan.

Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam PRK kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.

PRK selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU.

Anwar atau Najib?

PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah.

Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.

Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen.

Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya. Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara.

Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.

Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (NPE) di waktu pagi!

Pilihan ditangan rakyat

Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.

Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya?

Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.

Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang - mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.

Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?

Penulis pernah tinggal di kawasan pedalaman di Korea Selatan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang jauh lebih baik dari sesetengah kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak mempunyai "subway" yang panjang, pekan tersebut menawarkan sistem bas yang efisyen.

Harga kenderaan yang mahal

Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.

Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.

Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup di tahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.

Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import "recond car" membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.

Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.

Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa "mewah", rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan "bekas-bekas" dari Jepun dan United Kingdom.

Berani utuk berubah

Untuk berubah, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.

Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.

Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin.

Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka. Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.

Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.

Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.

Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi mana-mana parti politik.
Dari malaysiakini.com

Backup Gambar, Video dan Wall Facebook anda

Kitakan selalu dengan desas desus yang kata Mark (si Owner Facebook ni) nak tutup Facebook untuk selama-lamanya. Tapi tak tahu lah betul atau tidak, tapi kalau betul macam mana dengan semua gambar yang kita upload di facebook yang akan turut berkubur sekali.

 

Ramai yang tak sedar, secara tak langsung mereka banyak mengupload gambar-gambar kenangan mereka di facebook berbanding print dan simpan di album. Semua nya adalah visual dan bukan nya secara nyata. Dan gambar2 ni semua adalah kenangan yang mungkin tak boleh kita putarkan kembali.

 

Bayangkan yang start buka acc dari tahun 2005? Berapa banyak plak gambar dalam profile diaorg kan? Jadi sayang lah kalau gambar2 upload tu semua tak dapat dilihat balik.

 

Ok, bagi yang nak backup profile atau gambar, tak payah lah klik satu2 gambar lepas tu save. Bila nak sudah kan? Jadi cara yang lebih mudah Afiq akan tunjukkan disini. Backup semua gambar, video, noted dan wall. Mudah dan senang.

Klik pada gambar untuk besarkan

1

Pertama sekali, klik pada anak panah kecik pada hujung sebelah kanan Profile anda. Sebelah Home.

2

Klik Account Setting

3

Klik download a copy

4

Klik yang hijau tu

5

Klik Lagi Hijau tu

6

Kalau keluar macam ni maknanya permohonan anda berjaya. Cuma ambil masa sikit. Tunggu sampai dapat email.

7

Pada Account setting tadi akan keluar macam ini sampai lah ready untuk download. Lagi banyak gambar, lagi lama masa yang diambil. Boleh log out facebook korang atau tutup komputer. tak menjejaskan apa2.

8

Bila dah ready, korang akan dapat email mcm ni dan boleh terus klik link tersebut.

9

Masukkan password facebook korang dan klik continue. Akan keluar lah pop up download dan save kat mana korang suka.

 

File yang didownload akan keluar format zip atau rar. Bagi yang tak boleh buka tu, sila download software ni dulu www.rarlab.com

 

Oklah, sampai sini aje perkongsian Afiq yang mana semua Print Screen tu Afiq buat sendiri mengunakan Acc Facebook sendiri. Jadi yang nak share boleh cuma jangan buang watermark dan kredit ke www.permata-merah.co.cc.

Terima kasih..

Thursday, March 8, 2012

SBPA : Dimansuhkan. Kekal SSM Tetapi Ditambahbaik.

Intipati nya ialah:

  1. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 - RM320.
  2. SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
  3. 1 Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
  4. Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa.
  5. SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA). \
  6. Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
  7. BISP, PITK, PIW & BIP dikekalkan perlaksanaannya.
  8. Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.
Semalam Cuepacs kemain cakap dalam Radio Ikim, Soal Jawab, Tv3 yang penjawat awam bakal dapat durian runtuh, tapi hasilnya tak adalah durian runtuh sangat pun.. Tapi bersyukur.. Kalau gaji penjawat awam naik banyak sangat kang, membeban kan orang swasta. Sebab barang semua naik

Tuesday, February 14, 2012

Tergamak seorang bapa memotong tangan anak nya!

Abah,Ita Nak Tangan Ita Balik,Cepatlah Bagi

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis…

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imagina sinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu… !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantikkan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda…."

Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine

'VALENTINE DAY'

Melihatkan sahaja tulisan itu pada akhbar yang aku baca, sekonyong-konyong aku sedar, aku pernah berada di situ. Aku pernah berpenampilan resah hanya untuk hadir pada tarikh 14 Februari, Aku pernah mengewap gusar pada rasa hari Valentine, dan hari ini, kenangan  itu menggeser lagi.

Muda.

Apa yang aku ingat, waktu itu aku masih muda, baru usai SPM. Aku menandai garis waktu itu, dengan muzik kegemaran aku. Sebagai gadis Melayu, aku tetap bermegah-megah dengan bahasa aku. Maka, kumpulan Slam, Ukay, Spring, adalah muzik yang tidak pernah berhenti bergemerencang dalam telinga. Lagu-lagunya, menjunjung cinta hingga ke bintang, bait rindunya dibenamkan hingga ke jurang Mariana, namun apa yang aku tidak tahu, lagu-lagu itu juga yang berdingkit-dingkit mendorong aku bagi mendamba cinta lelaki.

Masih remaja, masih muda, dan segala-galanya terlihat sangat luar biasa, lalu semuanya mahu dicuba. Dan akhirnya, aku jatuh cinta kepada lelaki itu.

Lelaki.

Aku menemuinya di rumah ibu saudara. Diberitahu, bahawa lelaki itu anak angkatnya, dan dia belajar tinggi di luar negara.

Pada pertama kali menatapnya, aduhai, perasaan aku terus berasa hening, sepertinya aku berangkat ke pulau tiada penghuni. Dan apabila dia tersenyum, ia melahap mentah-mentah jiwa aku.

Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta.

Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.

Itulah bencana kepada perempuan pemalu yang jatuh hati. Ia akan menyeksa hati dengan hasrat yang diperam-peram. Namun, ia juga adalah kemujuran yang sangat besar, kerana pada ketika akal sudah kalah pada khayalan, pada ketika ajaran agama sudah dipermudah-mudahkan, masih ada benteng halus yang bernama malu, yang menjadi benteng akhir kepada iman.

Itulah seksanya. Mahu diluah, malu, mahu dibiarkan, terasa seksa. Dan pada ketika dunia terasa seperti digelapkan oleh awan hitam yang bernama cinta, hadirlah hari itu, 14 Februari, hari Valentine.

14 Februari.

Waktu itu, dengan hati yang sudah bengkak-bengkak menahan rasa cinta, aku duduk di sebelah ibu. Aku ingat lagi, waktu itu hujan renyai, sejuk, aku merapat dengan ibu bagi mendapatkan haba dan kasih, sambil mata memandang ke televisyen, yang ada rancangan berbicara berkenaan hari Valentine.

Akal aku waktu itu berputar. Aku tahu, aku boleh menggunakan situasi ini bagi mendapatkan sesuatu daripada ibu berkenaan cinta. Paling tinggi, ibu memberi restunya, atau yang paling bawah, ibu berkata, "jangan bercinta, habiskan dahulu pelajaranmu", dan aku boleh meneruskan hidup dengan alasan, 'aku tidak akan bercinta selagi belum habis belajar kerana itulah pesan ibu'.

"Memang hari Valentine adalah hari orang Islam Sepanyol disembelih?" soal aku, memulakan bicara.

"Entahlah. Ibu tidak tahu. Bukan kamu tidak tahu, ada berbagai-bagai versi berkenaannya. Namun, walau banyak versi sekalipun, ia tetap tidak menutup ruang bagi umat Islam menyambut Valentine," jelas ibu, sehingga aku sedikit terkejut bercampur lucu, kerana jarang sekali ibu bicara begitu serius, selain pada waktu aku berbuat salah.

"Mengapa ibu nampak serius?" Aku tergelak kecil.

"Kerana kamu." Ibu memandang aku, dan aku tahu, itu pandangan penuh kasih sehingga aku boleh berasa hangatnya pandangan itu dalam hati.

"Mengapa saya?"

Seketika aku menjadi gusar. Adakah ibu tahu rahsia hati aku?

"Kamu perempuan, kamu masih muda, ada rupa, dan pasti ada ramai lelaki yang menjeling. Namun paling ibu risaukan, adalah hati kamu kerana ibu tidak mampu menjaga mahunya. Dan pasti, pada suatu ketika kamu akan jatuh cinta, dan pada ketika kamu jatuh cinta, ibu menjadi sangat khuatir." Mata ibu menceritakan apa yang diucapnya itu, adalah sangat dia maksudkan.

"Maksud ibu?" Aku kembali semakin ragu-ragu.

"Ibu setuju dengan semua perkara yang diperbuat pandai agama bagi menghalang budaya sambutan Valentine, tetapi secara tidak sedar, mereka menjadikan hari valentine itu sangat istimewa." Ibu semakin fasih bicaranya. Dan aku semakin tidak tahu ke mana ibu mahu membawa bicara seperti itu. Aku angguk kemudian diam.

Ibu tahu reaksi itu, itulah reaksi aku yang tidak faham.

"Istimewa itu bukan sekadar bermaksud kepada perkara yang diraikan, tetapi istimewa itu juga adalah pada perkara yang dilarang. Tidak ada masalah melarang hari Valentine bagi disambut, tetapi tanpa sedar ia akan membuatkan hari Valentine menjadi semakin istimewa, kerana kita hanya melarang hari, tetapi tidak menghilangkan maksud hari itu. Menghalang, menjadikan Valentine terasa istimewa, dan maksud hari itu ikut terasa istimewa. Dengan itu, pasangan kekasih boleh menyambut 'hari Valentine' pada setiap hari kerana ia dianggap istimewa. Jadi, walaupun kita berjaya pada 14 Februari, belum ada jaminan kita berjaya pada 15 Februari dan seterusnya." Ibu berhenti, menarik nafas selepas penerangan yang panjang.

Bagi menunjukkan kasih, aku bertanya juga, "Jadi, apa yang ibu mahu cadangkan?"

Ibu diam. Jelas dia mengatur bicara, sebelum dengan tatap kasih dia memandang aku.

"Ibu mahu menjaga kamu dahulu."

"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.

"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"

Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,

"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.

"Jadi mengapa orang mengatakan cinta itu istimewa? Malah orang-orang pandai agama juga berkata begitu."

Dengan wajah tersenyum ibu memandang aku, "Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta, tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, dan pada ketika cinta mampu dinikmatilah, barulah ia menjadi istimewa."

Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.

"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

Aku diam, keliru.

 
"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."

Aku mengerti bicara ibu itu, tetapi aku masih tidak mampu mengaitkannya dengan hari Valentine. Namun, tetap juga kata-kata ibu itu melegakan cinta dalam hati aku. Rupa-rupanya, ia cuma perasaan biasa, hanya kerana aku menganggapnya ia istimewa, maka aku berasa sangat tertekan.

"Itulah, yang ibu harapkan kepada bijak pandai agama. Melarang itu sudah betul, namun sekiranya terhenti setakat melarang, ia cuma menjadikan hari Valentine itu istimewa. Bijak pandai agama, selepas bercerita berkenaan asal-usul hari Valentine yang banyak versi itu, ceritakanlah juga berkenaan cinta Islam yang hanya ada satu versi. Ceritakanlah, berkenaan psikologi cinta, supaya ramai tahu, cinta itu sangat biasa, tidak perlu disambut, tidak perlu Valentine, tetapi ia perlu dinikmati, dan hanya ada satu cara menikmati cinta, iaitu bernikah.  Dan ingatlah anakku, cinta itu buta, dan nikah akan kembali membuka matamu."

Aku tersenyum lebar, dan seketika, aku kembali tenang, aku berasa seperti burung yang terbang di bawah pelangi pagi.

"Kalau saya jatuh cinta, bagaimana?" Aku mula berani mengusik ibu.

"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."

"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.

"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi.  Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

"Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.

Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu  menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati,  "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia." Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

Aku terus memeluk ibu erat-erat, aku cium pipi ibu, dan ibu cium dahi aku lalu berkata, "Ingat, kamu adalah harapan ibu, bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat sana. Jadilah perempuan baik, bukan kerana ibu, tetapi kerana Allah, kerana ibu juga sangat menyayangi kamu seadanya kamu, kerana Allah."

- dipetik dari Artikel cerpen iluvislam.com

Hasil nukilan:
Bahruddin Bekri adalah penulis novel remaja. Beliau menghasilkan novel yang bertajuk Penulis yang Disayangi Tuhan, Hidup Penuh Cinta, Penulis yang Disayangi Tuhan dan sebagainya. Beliau juga banyak menghasilkan karya indah di blog http://dingin.blogspot.com/

Tuesday, February 7, 2012

Duit syiling baru

Perbezaan yang ketara ialah saiz nya yang lebih kecil untuk syiling 50sen, warna keemasan, dan berlekuk-lekuk dan lebih ringan.

Masa Afiq mula-mula dapat duit 10sen baru, Afiq ingatkan duit Singapore. Terus tak jadi guna. Tapi bile di teliti, baru lah perasan duit syiling baru rupanya. Jadi lepas ni jangan pelik kalau tengok duit macam token game. Tu syiling baru tu.

Tuesday, January 31, 2012

Memancing di sungai, dapat ketam

Al kisah ketika memancing seorang diri di petang yang panas terik, tanpa rasa jemu dan berputus asa. Tunggu punya tunggu, tetiba joran di sentap perlahan. Kelili diputar perlahan- lahan dan mendaratkan ketam tam tam ini. Lalu pulang lah dia dalam keadaan gembira. Lalalala...

Friday, January 20, 2012

Tazkirah Jumaat

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

-----Original Message-----
From: yann_5692@yahoo.com
Date: Fri, 20 Jan 2012 05:42:10
To: Afiq Danial<afiq.danial27@gmail.com>; yatie Musa<yatie_pink@ymail.com>
Reply-To: yann_5692@yahoo.com
Subject: Tazkirah Jumaat

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :) Hit LIKE & SHARE.

via Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 17, 2012

Klinik Desa Vs Klinik 1 Malaysia

Semua orang tahu yang Klinik Desa berperanan untuk memberikan rawatan dan penjagaan kepada ibu-ibu hamil dan kanak-kanak manakala Klinik 1 Malaysia pula untuk warga tua yang memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Di Klinik Desa hanya ada Jururawat Masyarakat dan Doktor hanya datang 1 minggu sekali sahaja.

Di Klinik 1 Malaysia pula ada Jururawat dan Pembantu Perubatan.

Kalau dilihat dari segi kemudahan pula, semua orang dapat mengenal pasti diantara kedua-dua klinik ini, yang manakah lebih lengkap dan teratur.

Tidak dinafikan kedua-dua nya penting iaitu untuk kanak-kanak pelopor masa depan dan juga warga emas penyandang warisan budaya. Tetapi kenapa tidak diberikan perhatian yang penuh untuk kedua-duanya secara sama rata.

Diantaranya yang perlu diperbaiki di Klinik Desa ialah:-
1) Sistem nombor. Rata-ratanya Klinik Desa masih belum ada kemudahan ini.
2) Penghawa Dingin.
3) Lokasi yang stategik. Seperti yang Afiq lihat, Klinik Desa di Krubong ini terletak bersebelahan kadai tayar dan bengkel kereta. Keadaan ini mungkin memberikan risiko yang merbahaya kepada kanak-kanak.
4) Ruang menunggu yang lebih selesa.

Kesemua perkara ini adalah penting bagi kemudahan dan kesejahteraan Rakyat Malaysia secara Am nya.

P/s: Saya Afiq Danial hanya menyuarakan pendapat melalui kaca mata sebagai seorang Rakyat Malaysia.

Monday, January 16, 2012

Kemalangan ngeri di Melaka

Video dari CCTV polis, di simpang IPK Polis Bukit Beruang Melaka. Video ini banyak disiarkan di FB dan juga di BBM. So Afiq kongsikan untuk memberi pengajaran kepada penguna jalan raya semua. Hati-hati walaupun lampu hijau, jgn lupa pandang kiri kanan.
Kalau dilihat dari rakaman video ini, nampaknya mcm kereta itu yang langar lampu merah, sebab ketiga motor itu nampak macam baru jalan dari lampu hijau. Walaubagaimana pun, punya sebenar kejadian Afiq pun tak tahu. Takziah kepada keluarga mangsa.
P/s: Teringat dulu-dulu masa muda remaja, rider motor dan pernah juga tergolek dog.

Cerita Kahwin : Noor Aisyah

Dijadikan cerita, pada tanggal 17 Disember 2011 tempoh hari, berlangsung lah satu Majlis Perkahwinan yang gilang gemilang di Segamat Johor. Pengantin perempuan nya bukan lah orang asing, Mak Busu Afiq sendiri dan pada majlis tersebut, Afiq merupakan Official Photographer untuk majlis tersebut.


Sedikit gambar untuk Afiq tayangkan





Untuk gambar penuh majlis tersebut, boleh tengok di www.afiqdanial.com

p/s : Bile tengok gambar kahwin orang, rasa macam nak kahwin lagi, tapi dengan orang yang sama, boleh tak??

Friday, January 13, 2012

Ayman di sekitar jam 2 pagi

Tengok mata si anak ni. Tak nak tido pulak dia. Ajak ayah main eh pagi-pagi ni.

Teka gambar

Kau teror cuba teka mana satu limpa dengan paru.

Thursday, January 12, 2012

Kembali Menulis - 2011 penuh bermakna

Dah usang sangat rasanya blog ini tanpa diselengara sejak dari tahun lepas. Rasanya lepas Afiq berkahwin, terus sunyi sepi. Bukan bersara, tetapi tidak berkesempatan.

Oklah, terus cerita mengenai tahun 2011 yang telah berlalu 2 minggu yang lalu. Tahun 2011 adalah tahun yang cukup bermakna buat Afiq kerana tahun itu lah Afiq mendapat isteri dan juga anak.

Ya, Afiq Danial sudah menjadi ayah kepada Muhammad Aisy Ayman. Tak sangka kan? Masa berlalu cukup pantas, kadang2 kita semacam tidak percaya apa yang telah berlaku sekarang ini. Walhal, Afiq rasa macam baru semalam ambil keputusan SPM.

Walaubagaimana pun, Afiq rasa masih muda dan bersemangat remaja, mcm dulu-dulu. Cuma yang berbeza adalah cara kehidupan dan tngungjawab. Maklum lh dah ada Seorang Isteri dan Seorang anak sekarang.

Sebut pasal anak, Isteri Afiq selamat melahirkan beliau pda 12/12/11 jam 9.14malam. Alhamdulillah. Kini gnap 1 bulan umur Muhammad Aisy Ayman. Dari cerita panjang lebar, baik Afiq kongsikan gambar2. Melalui gambar menceritakan 1001 makna, betul tak?
Masa umur 1 hari. Berat lahir 3.5kg

Umur 1 hari

Umur 3 Hari